TAISIR MUSTOLAH HADIS

1. PRAKATA – SESI 1

2. SELAYANG PANDANG – SESI 2

2.1 – Sejarah Pertumbuhan Ilmu Mustalah Dan Peringkat-peringkatnya

2.2 – Karangan-karangan Yang Terkenal Dalam Ilmu Mustalah al-Hadith

2.3  Definisi-definisi Asas –SESI 3

3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.1 Fasal Pertama: Pembahagian “Al- Khabar” Berdasarkan Kepada Jalan Dan Cara Sampainya Kepada Kita

3.1.1. Perbahasan Pertama : Al-Khabar Al-Mutawatir

3.1.2. Perbahasan Kedua: Khabar Al-Ahad – SESI 4

3.1.2.1 Al-Mashhur

 3.1.2.2 Al-Aziz – SESI 5

3.1.2.3. Hadith Gharib

3.2 Fasal kedua : Klafikasi Khabar Ahad Berdasarkan Kepada Kekuatan Dan kelemahannya – SESI 6

3.2.1. Al-Khabar Al-Makbul

3.2.1.1  Al-Sahih – SESI 7 & SESI 8

3.2.1.2  Al-Hasan – SESI 9 & SESI 10

3.2.1.3  Al-Sahih Li Ghairih – SESI 11

3.2.1.4  Al-Hasan Li Ghairih

3.2.1.5  Khabar Ahad Maqbul Yang Mempunyai Sokongan

3.2.2. Klafikasi Khabar Maqbul Kepada Yang Diamalkan Dan Tidak Boleh Diamalkan.

3.2.2.1. Al-Muhkam Wa Mukhtalif Al-Hadith

3.2.2.2 Nasikh Al-Hadith Wal Mansukhuh –SESI 12

3.3 Khabar Mardud Dan Sebab-sebab Penolakannya – SESI 13

3.3.1 Perbahasan Pertama: Al-Dha’if

3.3.2 Perbahasan Kedua: Mardud Dengan Sebab Gugur Perawi Dari Sanad – SESI 14

3.3.2.1 Al-Mu’allaq

3.3.2.2 Al-Mursal          

3.3.2.3. Al-Mu’da – SESI 15

3.3.2.4. Al-Munqati’

3.3.2.5 Al-Mudallas – SESI 16

3.3.2.  Al-Mursal Al-Khafi – SESI 17

3.3.2.7 – Mu’an’an Dan Al-Mu’annan

3.3.3 Perbahasan Ketiga : Mardud Dengan Sebab Kecaman Pada Perawi

3.3.3.1 Al-Maudhu’ – SESI 18

3.3.3.2 Al-Matruk – SESI 19

3.3.3.3 – Munkar

3.3.3.3.1 (Lawan munkar) Al-Ma`ruf

3.3.4  Al-Shadh

3.3.3.5.  Al-Mu’allal – SESI 20

3.3.4 Perbahasan Ke Empat: Percanggahan Dengan Perawi-Perawi Thiqah – SESI 21

3.3.4.1 Al -Mudraj   

3.3.4.2 Al-Maqlub – SESI 22

3.3.4.3 Al-Mazid Fi Muttasil Al-Asanid

3.3.4.4 Al-Mudhtarib         

3.3.4.5 Al-Musahhaf – SESI 23

3.3.5 Ketidak Tahuan Tentang Perawi

3.3.5.1 Al-Majhul

3.3.5.2 Al-Mubham

3.3.6 Al-Bid’ah

3.3.7 Lemah Ingatan Dan Hafazan

3.4 Khabar Yang Bersifat Maqbul Dan Mardud – SESI 24

3.4.1 Perbahasan Pertama – Pembahagian Khabar Merujuk Kepada Sandarannya

3.4.1.1 Hadith Qudsi

3.4.1.2 Al-Marfu’

3.4.1.3 Al-Mawquf

3.4.1.4 Al-Maqtu’

3.4.2 Perbahasan Kedua – Bahagian Khabar Yang Bermacam-Macam Yang Mempunyai Sifat Maqbul Dan Mardud – SESI 25

3.4.2.1 Al-Musnad

3.4.2.2 Al-Muttasil

3.4.2.3 Ziyadat Al-Thiqat

3.5  Al-I’tibar , Al-Mutabi’ Dan Al-Syahid – SESI 26

3.6.1 Al-Mutaba’ah

3.5.2 Al-Syahid

4.    BAB KEDUA – SIFAT-SIFAT ORANG YANG DITERIMA PERIWATANNYA DAN PERBINCANGAN TENTANG AL-JARH WA AL-TA’DIL

4.1. Fasal Pertama : Perawi Dan Syarat-syarat Penerimaannya

4.1.1. Hukum Periwayatan – SESI 27

4.1.1.1.  Hukum Periwayatan Perawi Yang Mengambil Upah Mengajarkan Hadith

4.1.1.2. Hukum Periwayatan Perawi Yang Dikenali Sebagai Bermudah Atau Menerima “Talqiin” Atau Banyak Lupa

4.1.1.3. Hukum Periwayatan Perawi Yang Menyampaikan Hadith Kemudian Dia Terlupa

4.1.1.4. Penolakan Terhadap Sebuah Hadith Itu Bermakna Salah Seorang Daripada Mereka Berdua (Syeikh Dan Muridnya) Telah Ditajrihkan?

4.2 Fasal Kedua : Gambaran Umum Tentang Kitab Al-Jarh Wa Al-Ta’dil

4.3 Fasal Ketiga : Tingkatan Jarh Dan Ta’dil – SESI 28

5. PERIWAYATAN HADITH, ADAB-ADAB DAN METHODE PENCATATAN

5.1 Fasal Pertama : Metode Periwayatan Dan Cara-cara Penerimaan Hadith

5.1.1. Perbahasan Pertama : Metode Mendengar Dan Menerima Hadith, Dan Sifat Catatan

5.1.2. Perbahasan Kedua: Cara-cara Penerimaan Dan Lafaz-lafaz Penyampaian Hadith

5.1.2.1 Qiraa’ah ‘Ala Al-Syaikh (Membaca Di Hadapan Guru) – SESI 29

5.1.2.2 Ijazah

5.1.2.3 Al-Munawalah

5.1.2.4 Kitaabah (Penulisan)

5.1.2.5 Al-I’lam ( Pemberitahuan)

5.1.2.6 Wasiat

5.1.2.7 Wijadah

5.1.3 Penulisan, Catatan Dan Pembukuan Hadith – SESI 30

5.1.4  Kaifiat Periwayatan Hadith – SESI 31

5.1.4.1 Gharib Al-Hadith

5.2 Fasal Kedua – Adab-adab Periwayatan Hadith – SESI 32

5.2.1 Perbahasan Pertama : Adab-adab Guru Hadith

5.2.2 Perbahasan Kedua: Adab-adab Pelajar Hadith

6 .  SANAD DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA – SESI 33

6.1 Fasal Pertama : Kesenian Sanad

6.1.1 Al-Isnad Al-‘AAli Wa Al-Naazil

6.1.2  Bahagian Ketinggian Sanad

6.1.2.1  Muwafaqah

6.1.2.2  Badal

6.1.2.3  Musaawah

6.1.2.4  Musaafahah

6.1.2.5  Ketinggian Dengan Sebab Terdahulu Kewafatan Perawi

6.1.3 Bahagian-bahagian Kerendahan Sanad

6.1.3.1 Al-Musalsal –  SESI 34   

6.1.3.2 Riwayah Al-Akabir ‘An As-Saghir

6.1.3.3 Riwayah Al-Aba’ ‘An Al-Abna  –  SESI 35     

6.1.3.4 Riwayah Al-Abna ‘An Al-Aba

6.1.3.5 Al-Mudabbaj wa Riwayah Al-Aqran

6.1.3.6 As-Sabiq Wa Al-Lahiq

6.2 Fasal Kedua: Mengenali Para Perawi – SESI 36

6.2.1 Mengenali Sahabat

6.2.2 Mengenali Tabi’in – SESI 37

6.2.3 Mengenali Al-Ikhwah Wal Al-Akhawat

6.2.4 Al-Muttafiq Wa Al-Muftariq

6.2.5 Al-Mu’talif wa Al-Mukhtalif

6.2.6 Al-Mutashabih – SESI 38

6.2.7 Al-Muhmal

6.2.8 Mengenal ‘Al-Mubhamat’

6.2.9 Mengenali Perawi-perawi “Al-Wuhdan”

6.2.10 Mengenali Perawi Yang Disebutkan Dengan Pelbagai Nama Dan Sifat Yang Berbeza

6.2.11 Mengenali Nama-nama, Kuniah Dan Gelaran Yang Tunggal – SESI 39

6.2.12 Mengenal Nama-nama Yang Terkenal Dengan Kuniah

6.2.13 Mengenali Gelaran-gelaran (laqab)

6.2.14 Mengenali Perawi Yang Dibinkan Bukan Kepada Bapa Mereka

6.2.15 Mengenali Nisbah yang Tidak Serupa Atau Tidak Mengikut Zahirnya

6.2.16 Mengenali Tarikh-tarikh Perawi

6.2.17 Mengenali Perawi Thiqah Yang Mengalami Ikhtilat – SESI 40

6.2.18 Mengenali Tabaqat (Kelas-kelas) Ulama’ Dan Perawi

6.2.19 Mengenali Para Perawi Dan Ulama’ Dari Kalangan ‘Mawla’

6.2.20 Mengenali Perawi Thiqah Dan Dhaif

6.2.21 Mengenali “Awtan” (Tanahair) dan “Buldan” (Negeri) Perawi

MUSTALAH AL HADITH – SESI 1- PRAKATA

UST MOHD HANIEF AWANG YAHAYA – 05 APR 15
 
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1. PRAKATA

Segala pujian bagi Allah s.w.t. yang telah mengurniakan ni’mat kepada orang-orang Islam dengan menurunkan al-Qur’an, menjamin untuk menjaganya dalam dada dan suratan hingga hari Akhirat dan menjadikan penjagaan Sunnah Penghulu sekalian rasul antara penyempurnaan penjagaan al-Qur’an.

Selawat dan salam buat Penghulu dan Nabi kita yang Allah s.w.t. mewakilkan Baginda untuk menjelaskan perkara yang dikehendakiNya dari al-Qur’an dengan firmanNya:

وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

“Dan Kami turunkan kepadamu al-Qur’an agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka supaya mereka memikirkan.” (Surah al-Nahl: 44)

Dengan cara yang jelas dan terang, Rasulullah s.a.w menjelaskan al-Qur’an dengan ucapan-ucapannya, perbuatan-perbuatannya dan pengakuan-pengakuannya.

Semoga Allah meredhai para Sahabat yang menerima secara langsung daripada Rasulullah s.a.w lalu mereka menjaganya dan memindahkan kepada orang-orang Islam sebagaimana mereka mendengarnya dalam keadaan suci dan murni dari kekeruhan pengubahan dan penukaran.

Didoakan rahmat dan keampunan untuk salaf yang soleh yang menukilkan Sunnah daripada generasi demi generasi dan mereka telah meletakkan prinsip-prinsip dan neraca-neraca yang halus untuk menjaga penukilannya dan periwayatannya demi memurnikannya dari penyelewengan golongan yang batil.

Semoga Allah memberikan balasan yang mulia untuk mereka yang menuruti jejak langkah salaf dari kalangan ulama’ Islam yang menerima prinsip-prinsip periwayatan Sunnah dan neraca-neracanya daripada salaf, lalu mereka menyaringnya, menyusunnya dan mengumpulkannya di dalam karangan-karangan yang berasingan yang kemudiannya dinamakan dengan ilmu Mustalah al-Hadith.

Ketika penulis ditugaskan mengajar ilmu Mustalah al-Hadith sejak beberapa tahun di Kulliyyah Shari’ah di Universiti Islam Madinah, yang ketika itu teksnya `Ulum al-Hadith karangan Ibn al-Salah kemudian digantikan pula dengan kitab ringkasannya “al-Taqrib” tulisan Imam al-Nawawi, penulis bersama dengan para mahasiswa mengalami kesukaran dalam mempelajari kedua-dua kitab tersebut dari kulit ke kulit walaupun ianya sangat hebat dan faedahnya melimpah ruah. Antara kesukaran tersebut ialah perincian dan penjelasan pada sesetengah perbahasan terutamanya pada kitab Ibn al-Salah, di samping terlalu ringkas di tempat yang lain terutamanya pada kitab Imam al-Nawawi. Lain-lain kesukaran seperti frasa-frasa kitab yang sukar difahami, perbahasan-perbahasan yang tidak lengkap seperti tidak mengemukakan definisi, mengabaikan contoh, tidak menyatakan faedah perbahasan, tidak menyebut karangan-karangan yang terkenal dan sebagainya. Demikian juga yang penulis temui dalam kitab-kitab ulama’ terdahulu yang lain malah sesetengah kitab itu tidak meliputi semua cabang ilmu hadith. Setengahnya pula tidak disaring dan tidak tersusun. Kemaafan bagi mereka sama ada perkara-perkara yang mereka tinggal tersebut jelas kepada mereka atau kerana keperluan zaman mereka untuk didetailkan sesetengah perbahasan atau sebab-sebab lain yang kita ketahui dan tidak ketahui.

Oleh itu penulis ingin menyediakan satu buku yang mudah tentang Mustalah al-Hadith dan `Ulum al-Hadith untuk para mahasiswa Kulliyyah Shari’ah yang akan memudahkan mereka memahami kaedah-kaedah ilmu ini. Penulis membahagikan setiap perbahasan kepada perenggan yang dimulakan dengan definisi diikuti dengan contohnya dan kemudian pembahagiannya dan diakhiri dengan perenggan tentang karangan-karangan yang terkenal tentangnya. Semua itu dengan ayat yang mudah, laras ilmiah jelas tanpa kesukaran dan kerumitan. Penulis tidak menyentuh kebanyakan khilafiah, pendapat-pendapat dan meluaskan perbahasan bagi menjaga masa yang ringkas yang dikhususkan untuk subjek ini di Kuliyyah Shari’ah dan Kulliyyah Pengajian Islam.

Penulis menamakan buku ini dengan Taysir Mustalah al-Hadith (Mempermudahkan ilmu Mustalah al-Hadith). Penulis tidak berpendapat bahawa dengan buku ini, kitab-kitab ulama’ terdahulu dalam ilmu ini tidak diperlukan lagi. Penulis hanya bertujuan menjadikannya sebagai anak kunci, catatan tentangnya dan pemudah untuk memahami maknanya. Kitab-kitab para imam dan ulama’ terdahulu tetap terus menjadi rujukan ulama’ dan ahli iktisas ilmu ini dan merupakan mata air yang melimpah di mana mereka mengambil air darinya.

Penulis tidak lupa untuk menyebutkan bahawa sejak akhir-akhir ini terbit beberapa tulisan pengkaji yang sangat bermanfaat terutamanya sanggahan terhadap kekeliruan orientalis dan golongan menyeleweng. Cuma sesetengahnya panjang berjela-jela atau terlalu ringkas dan ada yang tidak meliputi kesemua topik. Oleh itu, penulis mahu buku ini menjadi yang pertengahan di antara yang terlalu mendalam dan yang terlalu ringkas dan meliputi kesemua perbahasan.

Pembaharuan yang cuba diketengahkan penulis dalam buku ini ialah:

1. Pembahagian setiap perbahasan kepada beberapa perenggan bagi memudahkan pelajar memahaminya.

2. Kesempurnaan pada setiap perbincangan dari segi rangka umum seperti mengemukakan definisi, contoh dan sebagainya.

3. Meliputi semua perbahasan ilmu Mustalah al-Hadith secara ringkas.

Dari segi penyusunan bab, penulis memanfaatkan kaedah Hafiz Ibn Hajar dalam kitabnya, Nukhbah al-Fikar dan syarahnya, Nuzhah al-Nazar kerana ia merupakan susunan terbaik yang diusahakan oleh beliau. Kebanyakan perbahasan ilmiah, penulis bergantung kepada kitab ‘Ulum al-Hadith oleh Ibn al-Salah, ringkasannya al-Taqrib oleh al-Nawawi dan syarahnya Tadrib al-Rawi oleh al-Suyuti.

Penulis membahagikan buku ini kepada pendahuluan dan empat bab. Bab pertama tentang khabar, bab kedua tentang al-Jarh wa al-Ta’dil, bab ketiga tentang riwayat dan prinsip-prinsipnya dan bab keempat tentang sanad dan mengenali para perawi.

Dalam mempersembahkan usaha yang tidak seberapa ini kepada para mahasiswa, penulis insaf akan kelemahan dan kekurangan dalam menunaikan hak ilmu ini dan penulis tidak mendakwa diri ini bersih dari kegelinciran dan kesilapan. Adalah diharapkan pembaca yang menemui kesilapan dalam buku ini mengingatkan penulis agar dapat dibaikinya. Penulis berharap kepada Allah s.w.t. agar para mahasiswa dan mereka yang terlibat dengan hadith mendapat manfaat daripadanya serta Dia menjadikannya sebagai amal ikhlas keranaNya.

 

MUSTALAH AL HADITH -SESI 2- SELAYANG PANDANG SEJARAH PERTUMBUHAN ILMU MUSTALAH DAN PERINGKAT-PERINGKATNYA

UST MOHD HANIEF AWANG YAHAYA – 12 APR 15

2. SELAYANG PANDANG

2.1. SEJARAH PERTUMBUHAN ILMU MUSTALAH DAN PERINGKAT-PERINGKATNYA

Seorang penyelidik dapat mengamati asas-asas dan prinsip-prinsip periwayatan dan nukilan cerita ada di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah.

Al-Qur’an menyebutkan:

فَتَبَيَّنُوٓا۟ أَن تُصِيبُوا۟ قَوْمًۢا بِجَهَٰلَةٍ فَتُصْبِحُوا۟

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti.” (Surah al-Hujurat: 6)

Al-Sunnah pula mengatakan:

نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا شَيْئًا فَبَلَّغَهُ كَمَا سَمِعَ فَرُبَّ مُبَلِّغٍ أَوْعَى مِنْ سَامِعٍ

“Semoga Allah menyinari seseorang yang mendengar sesuatu hadith daripada kami lalu dia menyampaikannya mengikut apa yang didengari. Maka betapa ramai orang disampaikan berita itu lebih menjaganya daripada orang yang mendengarnya” [Riwayat at-Tirmizi, Tuhfah al-Ahwazi, 7/453]

Di dalam riwayat yang lain pula disebutkan:

فَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ إِلَى مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُ وَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ لَيْسَ بِفَقِيهٍ

“Alangkah banyaknya orang yang membawa fiqh kepada orang yang lebih memahami daripadanya. Dan betapa banyak orang yang membawa fiqh tetapi ia bukan seorang faqih”. [Abu Daud, Aun al-Ma’bul 10/54]

Di dalam potongan al-Qur’an dan hadith ini, terdapat prinsip kepastian dalam menukilkan riwayat, cara-cara menjaganya dan berhalus serta teliti dalam menyampaikannya, terutamanya apabila ragu-ragu tentang kebenaran penyampaiannya. Dari sinilah jelas kepada kita tentang kepentingan dan nilai sanad dalam penerimaan dan penolakan riwayat.

Di dalam Muqaddimah Sahihnya, Imam Muslim menukilkan kata-kata Ibn Sirin:

قَالَ لَمْ يَكُونُوا يَسْأَلُونَ عَنْ الْإِسْنَادِ فَلَمَّا وَقَعَتْ الْفِتْنَةُ قَالُوا سَمُّوا لَنَا رِجَالَكُمْ فَيُنْظَرُ إِلَى أَهْلِ السُّنَّةِ فَيُؤْخَذُ حَدِيثُهُمْ وَيُنْظَرُ إِلَى أَهْلِ الْبِدَعِ فَلَا يُؤْخَذُ حَدِيثُهُمْ

“Tidak pernah ulama’ bertanyakan tentang sanad. Tetapi apabila berlaku fitnah, mereka berkata: Sebutkan kepada kami tokoh-tokoh kamu. Lalu dilihat kepada ahli sunnah maka diambil riwayat mereka kemudian dilihat pula kepada ahli bid’ah lalu tidak diambil riwayat mereka

Berdasarkan kepada prinsip ini, riwayat tidak boleh diterima kecuali setelah diketahui sanadnya, maka muncullah ilmu al-Jarh Wa al-Ta’dil, perbincangan terhadap perawi, pengetahuan tentang sanad muttasil (bersambung) dan munqati’ (terputus) dan pengetahuan tentang kecacatan yang tersembunyi. Kemudian muncul pula perbincangan tentang para perawi tetapi tidak banyak kerana tidak ramai perawi-perawi yang di’tajrih’kan pada peringkat awal.

Kemudian ulama’ meluaskan perbincangan ilmu-ilmu tersebut sehingga muncul banyak ilmu yang berkaitan dengan hadith dari sudut penjagaan, catatan, metode (kaedah) penerimaan dan penyampaian, pengetahuan tentang nasikh dan mansukh, perkataan yang sukar (gharib) dan sebagainya. Walau bagaimanapun semuanya itu disentuh oleh para ulama’ secara lisan.

Perkembangan terus berlaku sehinggalah ilmu-ilmu yang berkaitan dengan hadith ini dicatit dan dibukukan tetapi masih lagi berselerak di dalam pelbagai kitab dan bercampur dengan ilmu-ilmu yang lain seperti ilmu usul, fiqh dan hadith. Ini dapat dilihat di dalam karya-karya Imam asy-Shafi’i di dalam al-Risalah dan Al-Umm.

Setelah ilmu-ilmu ini matang dan istilah-istilahnya kemas serta dapat berdiri sendiri iaitu pada abad ke empat Hijrah, ulama’ telah menyusun ilmu Mustalah al-Hadith secara berasingan. Ulama’ pertama yang menulis secara berasingan penulisan Mustalah al-Hadith dalam kitab yang khusus ialah Muhammad al-Hasan al-Ramahurmuzi (meninggal 360H) dengan kitabnya al-Muhaddith al-Fasil Bayna al-Rawi Wa al-Wa’i.

2.2. KARANGAN-KARANGAN YANG TERKENAL DALAM ILMU MUSTALAH AL-HADITH

1. al-Muhaddith al-Fasil Bayna al-Rawi Wa al-Wa’i

Kitab ini ditulis oleh al-Qadi Muhammad al-Hasan bin ‘Abdul Rahman bin Khallad al-Ramahurmuzi (wafat 360H), tapi beliau tidak meliputi kesemua perbahasan ilmu Mustalah al-Hadith. Senario begini biasanya berlaku kepada orang yang mula-mula merintis dalam menulis mana-mana ilmu.

2. Ma’rifah ‘Ulum al-Hadith

Penulisnya Abu ‘Abdullah al-Hakim al-Naisaburi (wafat 405H). Kitab ini meliputi 52 jenis ilmu hadith bagaimanapun ia tidak tersusun mengikut tertib ilmu Mustalah al-Hadith.

3. Al-Mustakhraj ‘Ala Ma’rifah ‘Ulum al-Hadith

Ditulis oleh Abu Nu’aim Ahmad bin ‘Abdullah al-Asfahani (wafat 430H). Beliau menambah beberapa kaedah yang tidak disebutkan oleh al-Hakim. Dalam pada itu, masih ada beberapa fasal yang tertinggal yang mungkin dapat ditambah oleh orang lain.

4. Al-Kifayah Fi ‘Ilm Al-Riwayah

Karangan Abu Bakr Ahmad Bin ‘Ali Bin Thabit Al-Khatib Al-Baghdadi (meninggal 463H). Sebuah kitab yang lengkap dengan permasalahan-permasalahan ilmu mustalah yang telah disaring, menjelaskan kaedah-kaedah periwayatan dan diakui sebagai sumber utama ilmu ini.

5. Al-Jami’ Li Akhlaq Al-Rawi Wa Adab Al-Sami’ juga ditulis oleh Al-Khatib Al-Baghdadi. Ia membincangkan etika periwayatan sebagaimana jelas tertera pada tajuknya. Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari segi kajian-kajian dan bahan-bahannya atau kandungannya. Sangat sedikit sekali bidang-bidang ‘Ulum al-Hadith yang tidak ditulis oleh beliau melainkan ada karangan yang berasingan tentangnya. Benar sekali kata-kata Al-Hafiz Abu Bakr Bin Nuktah: “Setiap orang yang adil pasti mengetahui bahawa semua Ahli Hadith selepas beliau bergantung kepada kitab-kitabnya.”

6. Al-‘Ilma‘ Ila Ma’ rifah Usul Al-Riwayah Wa Taqyid Al-Sama’ ditulis oleh Qadi ‘Iyad Bin Musa Al-Yahsubi (meninggal 544H) kitab ini tidak meliputi kesemua perbahasan ilmu Mustalah al-Hadith tetapi hanya berkaitan dengan kaedah penerimaan dan penyampaian hadith serta cabang-cabangnya. Kitab ini sangat baik dalam bab ini dan mempunyai susunan yang indah.

7. Ma La Yasa’ al-Muhaddith Jahluh

Ditulis oleh Abu Hafs ‘Umar bin ‘Abdul Majid al-Mayanaji (Wafat 580H). Ia merupakan satu risalah yang ringkas.

8. ‘Ulum al-Hadith

Karangan Abu ‘Amr ‘Uthman bin ‘Abdul Rahman al-Shahrazuri yang lebih dikenali dengan Ibn al-Salah (Wafat 643H). Kitab ini sangat terkenal dan merupakan antara kitab-kitab yang terbaik dalam ilmu Mustalah al-Hadith. Pengarangnya menghimpunkan perbahasan-perbahasan yang berselerak di dalam karangan-karangan al-Khatib al- Baghdadi dan ulama’ sebelumnya. Kitab ini penuh dengan fakta-fakta penting tetapi ia tidak tersusun dengan rapi. Ini kerana pengarang mendiktekan (menyuruh tulis) satu demi satu kepada pelajar-pelajar beliau. Ia telah diringkaskan, dinazamkan, dikritik dan juga disokong.

9. Al-Taqrib Wa al-Taysir Li Ma’rifah Sunan al-Bashir al-Nadhir

Ditulis oleh Muhyi al-Din Yahya bin Sharaf al-Nawawi (Wafat 676H). Kitab ini merupakan ringkasan kepada kitab ’Ulum al-Hadith karangan Ibn al-Salah. Kitab ini sangat baik namun kadang-kadang terdapat frasa-frasa yang sukar difahami.

10. Tadrib al-Rawi Fi Sharh Taqrib Al-Nawawi

Ditulis oleh Jalaluddin ‘Abdul Rahman bin Abi Bakr al-Suyuti (Wafat 911H) merupakan ulasan kepada karangan “Taqrib” al-Nawawi. Pengarangnya mengumpulkan pelbagai fakta penting yang berguna.

11. Nazm al-Durar Fi ‘Ilm al-Athar

Pengarangnya ialah Zainuddin ‘Abdul Rahim bin Al-Husain al-Iraqi (Wafat 806H). Ungkapan-ungkapan syair ini terkenal dengan nama Alfiyah al-‘Iraqi. Beliau telah menazamkan kitab ‘Ulum Hadith karangan Ibn al-Salah dengan membuat beberapa tambahan. Ia sangat baik dan banyak mempunyai fakta-fakta penting dan ditulis beberapa ulasan. Antaranya dua ulasan yang disusun oleh pengarang sendiri (Fath al-Mughith– al-‘Iraqi).

12. Fath al-Mughith Fi Sharh Alfiyah al-Hadith

Ditulis oleh Muhammad bin ‘Abdul Rahman (Wafat 902H) merupakan penjelasan kepada Alfiyah al-‘Iraqi. Ia huraian yang paling lengkap dan baik bagi matan Alfiyah al-Hadith .

13. Nukhbah al-Fikar Fi Mustalah Ahl al-Athar

Karangan al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani (Wafat 852H). Sebuah risalah yang terlalu ringkas tetapi sangat baik dan bermutu. Pengarang telah mencipta pembahagian yang baru yang tidak pernah ada sebelum ini. Beliau sendiri menghuraikannya dengan diberi nama Nuzhah al-Nazar dan kitab ini juga telah diberi penjelasan oleh ulama’ lain.

14. Al-Manzumah al-Bayquniyyah

Disusun oleh ‘Umar bin Muhammad al-Baiquni (Wafat 1030H). Ia merupakan nazam yang sangat ringkas tidak melebihi 34 bait dan baik. Ia telah dihuraikan dengan banyaknya oleh ulama’.

15. Qawa’id al-Tahdith

Disusun oleh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi (W 1332) merupakan karya yang sangat bermutu. Di samping itu terdapat banyak lagi kitab-kitab lain untuk disebutkan dan penulis hanya menyebutkan yang masyhur sahaja. Semoga Allah s.w.t memberi ganjaran-Nya kepada kita semua.

 

SESI 3- DEFINISI-DEFINISI ASAS & AL-KHABAR AL-MUTAWATIR

UST MOHD HANIEF AWANG YAHAYA – 19 APR 15

2. SELAYANG PANDANG

2.3 DEFINISI-DEFINISI ASAS

1. Ilmu al-Mustalah علم المصطلح :

Ilmu tentang prinsip-prinsip dan kaedah untuk mengetahui keadaan sanad dan matan dari segi penerimaan dan penolakan.

2. Subjeknya:

Sanad dan matan dari segi penerimaan dan penolakan.

3. Faedahnya: membezakan di antara hadith yang sahih daripada hadith yang bermasalah.

4. Al-Hadith الحديث

Dari sudut bahasa: yang baru, ahadith أحاديث merupakan kata jama’nya yang dibuat dengan tidak mengikut kaedah qiyas.

Dari segi istilah: Perkara yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w dalam bentuk ucapan, perbuatan, pengakuan atau sifat.

5. Al-Khabar الخَبَر

Dari segi bahasa bermaksud berita, jama’nya akhbarأخبار . Dari segi istilah ada tiga pendapat:

a. Ia adalah kata seerti dengan al-Hadith dari segi istilah.

b. Kata berlawanan dengan al-Hadith iaitu al-Hadith ialah perkara yang datang daripada Rasulullah s.a.w. manakala al-Khabar datang daripada orang lain.

c. Lebih umum daripada al-Hadith iaitu al-Hadith sesuatu yang berpunca daripada Rasulullah s.a.w. sedangkan al-Khabar berpunca daripada Rasulullah s.a.w. dan juga orang lain.

6. Al-Athar الأثَر

Dari sudut bahasa bererti baki sesuatu benda.

Manakala dari segi istilahnya ada dua pendapat:

a. Kata seerti bagi al-Hadith.

b. Kata berlawanan bagi al-Hadith iaitu al-Khabar ialah sesuatu yang disandarkan kepada sahabat dan tabi’in sama ada ucapan atau perbuatan.

7. Al-Isnad الإسناد: Mempunyai dua pengertian iaitu,

a. Menyandarkan hadith kepada pengucapnya dengan secara bersanad.

b. Turutan perawi-perawi yang sampai kepada matan.

8. Al-Sanad  السند

Dari segi bahasa bermaksud yang dipegang dinamakan begitu kerana hadith itu disandarkan kepada al-Sanad dan berpegang kepadanya.

Dari segi istilah bermaksud turutan jaluran perawi-perawi sehingga sampai kepada matan [1].

9. Al-Matn المتن (Matan)

Dari segi bahasa ia bererti tanah yang keras dan tinggi.

Manakala dari segi istilah ia bermaksud ucapan yang menjadi tempat yang berakhirnya sanad [2].

10. Al-Musnad المُسْنَد

Dari segi bahasa ia bermaksud kata nama objek dari asnada al-shay’ilayh dengan erti menyandarkan dan menisbahkan.

Dari segi istilahnya ia mempunyai tiga ma’na:

a) Setiap kitab yang terkumpul padanya riwayat-riwayat semua Sahabat secara berasingan.

b) Hadith marfu’ yang bersambung sanadnya atau yang sanadnya bersambung.

c) Semakna dengan sanad atau dengan erti sanad dengan itu adalah al-musnad masdar mimi (masdar yang dimulakan dengan huruf mim).

11. Al-Musnid المُسْنِد

Seorang yang meriwayatkan hadith dengan bersanad sama ada dia memahaminya atau semata-mata meriwayatkan.

12. Al-Muhaddith المُحدّث

Seorang yang melibatkan diri dalam ilmu hadith, riwayah dan dirayah dan mengetahui kebanyakan riwayat-riwayat hadith serta mengenali keadaan perawi-perawinya.

13. Al-Hafiz الحافظ

Ada dua pendapat

a) Semakna dengan al-Muhaddith. Ini mengikut kebanyakan ahli-ahli hadith.

b) Seorang yang lebih tinggi kedudukan daripada al-Muhaddith iaitu pengetahuannya terhadap riwayat dalam setiap tabaqat lebih banyak daripada yang tidak diketahuinya [3].

14. Al-Hakim الحاكِم

Seorang yang ilmunya yang meliputi kesemua hadith sehingga tidak terlepas daripadanya kecuali beberapa hadith sahaja. Ini mengikut sebahagian ulama’.

3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.1FASAL PERTAMA: PEMBAHAGIAN “AL-KHABAR” BERDASARKAN KEPADA JALAN DAN CARA SAMPAINYA KEPADA KITA

Berdasarkan kepada sampainya kepada kita, al-Khabar terbahagi kepada dua iaitu:

a) Sekiranya ia mempunyai beberapa jalan yang tidak terhitung bilangannya ia adalah Al-Mutawatir

b) Sekiranya ia mempunyai beberapa jalan yang dapat ditentukan bilangannya ia adalah Al-Ahad.

Setiap bahagian ini mempunyai beberapa bahagian dan perincian yang akan disentuh nanti, Insha’Allah.

3.1.1. PERBAHASAN PERTAMA: AL-KHABAR AL-MUTAWATIR الخبر المتواتر

Definisi

Dari segi bahasa ia adalah kata nama pelaku daripada perkataan al-tawatur iaitu yang berturut-turut seperti contohتواتر المطر tawatara al-matar iaitu hujun turun berturut-turut.

Dari segi istilah ia bererti khabar yang diriwayatkan oleh bilangan yang ramai dan pada kebiasaannya mustahil mereka berpakat untuk berdusta.

Huraian Definisi

Al-khabar atau al-hadith yang diriwayatkan oleh setiap tabaqat sanad oleh ramai perawi yang menurut hukum ‘aqal atau secara logiknya mustahil mereka bersetuju untuk mereka-reka khabar ini.

Syarat-syarat al-Mutawatir

Jelas daripada huraian istilah tadi bahawa al-tawatur tidak akan ada pada khabar melainkan dengan adanya empat syarat iaitu:

1. Diriwayatkan oleh bilangan perawi yang ramai; terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan had minimum bagi bilangan yang ramai ini. Pendapat yang terpilih ialah seramai sepuluh orang.

2. Bilangan yang ramai ini terdapat dalam setiap tabaqah sanad.

3. Pada kebiasaannya mustahil yang mereka berpakat untuk berdusta.

4. Asas bagi khabar ini adalah pancaindera seperti kami mendengar, kami melihat, kami merasai dan sebagainya. Tetapi sekiranya sandaran khabar ini ialah ’aqal seperti pendapat tentang alam ini baru, pada ketika itu khabar tidak boleh dinamakan dengan Al-Mutawatir.

 

SESI 4 – (SAMBUNGAN) AL-KHABAR AL-MUTAWATIR, KHABAR AL-AHAD – AL-MASHHUR

UST MOHD HANIEF AWANG YAHAYA – 26 APR 15

3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.1FASAL PERTAMA: PEMBAHAGIAN “AL-KHABAR” BERDASARKAN KEPADA JALAN DAN CARA SAMPAINYA KEPADA KITA

3.1.1. PERBAHASAN PERTAMA: AL-KHABAR AL-MUTAWATIR (SAMBUNGAN)

(Nota: Untuk bahagian awal perbincangan “Khabar al-Mutawatir” sila rujuk Sesi 3)

Hukumnya

Al-Mutawatir menghasilkan ilmu yang pasti iaitu ilmu yang diyakini dan seseorang itu mempercayai atau membenarkan dengan tegas dan putus seperti orang menyaksikan sendiri sesuatu peristiwa dan dia tidak teragak-agak untuk membenarkannya maka begitulah halnya dengan hadis mutawatir. Oleh kerana itu, seluruh hadith mutawatir diterima dan tidak perlu lagi mengkaji keadaan perawinya.

Bahagiannya

Mutawatir terbahagi kepada dua:

1. Al-Mutawatir Al-Lafzi المتواتر اللفظي iaitu hadith yang mutawatir pada lafaz dan maknanya seperti hadith:

مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا ، فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
 

“Sesiapa yang sengaja berdusta atas namaku maka hendaklah dia mempersiapkan tempatnya di dalam api neraka“.

Hadith ini telah diriwayatkan oleh lebih 70 orang Sahabat.

2. Al-Mutawatir Al-Ma’nawi المتواتر المعنوي iaitu hadith yang mutawatir pada makna tidak pada lafaz seperti hadith mengangkat dua tangan ketika berdoa. Ianya telah diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w hampir atau lebih kurang seratus hadith. Setiap hadith menyebutkan Baginda mengangkat tangan ketika berdoa cumanya dalam keadaan yang berbeza-beza. Dari segi keadaan ianya tidak mutawatir tetapi masing-masing menyebut mengangkat tangan ketika berdoa. Dengan itu ia menjadikan tawatur berdasarkan kepada keseluruhan atau gabungan jalan-jalan sanad.

Kewujudannya

Terdapat banyak hadith mutawatir antaranya hadith tentang kolam, menyapu khuf, mengangkat dua tangan di dalam solat, hadith, “Semoga Allah menyinari seseorang yang mendengar hadith” dan banyak lagi.

Bagaimanapun kalau dibandingkan dengan hadith ahad, bilangan hadith mutawatir sangatlah sedikit.

Karya Yang Terkenal.

Ulama’ memberi perhatian khusus dalam menghimpun hadith-hadith mutawatir di dalam karangan berasingan bagi memudahkan pelajar-pelajar membuat rujukan antaranya:

  1. “Al-Azhar al-Mutanathirah Fi al-Akhbar al-Mutawatirah” karangan Imam al-Suyuti. Kitab ini disusun mengikut bab-bab.
  2. “Qatf al-Azhar” juga karangan al-Suyuti yang merupakan ringkasan kitab yang pertama.
  3. “Nazm al-Mutanathir Min al-Hadith al-Mutawatir” karangan Muhammad bin Ja’far al-Kattani.

3.1.2. PERBAHASAN KEDUA: KHABAR AL-AHAD

Ta’rifnya

Dari segi bahasa: al-Ahad adalah jama’ bagi ahad أحد yang bermaksud tunggal, khabar al-wahid pula ialah periwayatan seorang individu. Manakala dari segi istilah ia memberi pengertian: Khabar yang tidak memenuhi syarat mutawatir.

Hukumnya

Khabar ahad menghasilkan ilmu nazari iaitu ilmu yang bergantung kepada pengamatan dan pendalilan.

Bahagiannya Berdasarkan Kepada Bilangan Tariqnya:

  1. Mashhur
  2. ‘Aziz
  3. Gharib

3.1.2.1. MASHHUR  المشهور

Ta’rif

Dari segi bahasa: kata nama objek daripada shahartu al-amr شهرتُ الأمرiaitu saya menjadikan perkara itu terkenal apabila saya telah mengumumkan dan menyatakannya. Dinamakan hadith mashhur kerana penonjolannya.

Dari segi istilah: Hadith yang diriwayatkan oleh tiga orang atau lebih pada setiap tabaqah tetapi tidak mencapai taraf mutawatir.

Contohnya:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

“Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menarik ilmu dengan mencabutnya sekaligus tetapi Dia mencabut ilmu dengan mematikan ulama’ sehingga tidak tinggal seorang alim lalu orang ramai melantik pemimpin-pemimpin jahil. Mereka ditanya lalu memberi fatwa tanpa ilmu. Mereka sesat lagi menyesatkan“. (Al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi, Ibn Majah & Ahmad)

Hadis Mustafidh مستفيض

Dari segi bahasa: kata nama pelaku daripada perkataan istafadha استفاض yang berpunca daripada kalimah fadha al-ma` فاض الماء (air telah melimpah}. Dinamakan demikian kerana kemasyhurannya.

Dari segi istilah: terdapat perbezaan pendapat tentang ta’rifnya:

  1. Mustafidh semakna dengan mashhur.
  2. Mustafidh lebih khusus daripada mashhur kerana disyaratkan (bilangan perawi) sama antara permulaan dan akhir sanad, tetapi tidak disyaratkan pula pada hadith mashhur.
  3. Mustafidh lebih umum daripada mashhur iaitu yang berlawanan dengan pendapat kedua.

Mashhur Bukan Istilah

Iaitu hadith yang terkenal di kalangan orang ramai yang tidak mempunyai syarat-syarat atau memenuhi syarat yang diakui dan ia meliputi:

  1. Hadith yang mempunyai satu sanad
  2. Hadis yang mempunyai lebih daripada satu sanad
  3. Hadith yang tidak mempunyai sanad sama sekali

Bentuk-Bentuk Hadith Mashhur Bukan Istilah

Ianya mempunyai banyak bentuk, antaranya:

  1. Mashhur di kalangan Ahli Hadith sahaja seperti hadith Anas:
قَنَتَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَهْرًا يَدْعُو عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ
 

“Rasulullah s.a.w berqunut selama sebulan setelah ruku’ mendoakan keburukan ke atas Ri’l dan Dhakwan”

2. Mashhur di kalangan Ahli Hadith, ulama’ dan orang awam, contohnya:

الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
 

“Orang Islam itu ialah orang-orang Islam terselamat daripada gangguan ucapan dan perbuatannya”.

3. Mashhur di kalangan fuqaha seperti hadith:

أَبْغَضُ الْحَلَالِ إِلَى اللَّهِ الطَّلَاقُ
 

“Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. ialah perceraian”.

4. Mashhur di kalangan ulama’ usul seperti hadith:

رفع عن أمتي الخطأ والنسيان وما استكرهوا عليه
 

“Tersilap, lupa dan dipaksa telah diangkat dari umatku, (iaitu tidak dikira berdosa)”. Hadith ini telah dinilai sebagai sahih oleh Ibn Hibban dan al-Hakim.

5. Mashhur di kalangan ahli-ahli Nahu: seperti hadith:

نِعْمَ الْعَبْدُ صُهَيْب. لَوْ لَمْ يَخَفِ الله لم يَعْصِهِ
 

“Sebaik-baik hamba ialah Suhaib. Kalau dia tidak takutkan Allah dia tidak akan berbuat maksiat terhadapNya.” (“Hadith” ini tidak ada sumber)

6. Mashhur di kalangan masyarakat. Seperti hadith:

اَلْعَجَلَةُ مِنَ اَلشَّيْطَانِ
 

“Kegopohan itu daripada syaitan”. Dihukum oleh at-Tirmizi sebagai hasan.

Hukum Mashhur

Hadith mashhur menurut istilah dan bukan istilah tidak dikatakan sebagai sahih atau tidak sahih, kerana antaranya ada yang sahih, hasan, da’if bahkan terdapat juga mawdu’.

Bagaimanapun jika hadith mashhur menurut istilah itu sahih maka ia mempunyai keistimewaan yang mengatasi hadith ‘aziz dan gharib.

Karangan-Karangan Yang Terkenal

Yang dimaksudkan dengan karangan tentang hadith mashhur ialah hadith-hadith mashhur di kalangan orang ramai bukan mashhur dari segi istilah. Antara karangan-karangan tersebut ialah:

  1. “al-Maqasid al-Hasanah Fi Ma Ishtahara ‘Ala al-Alsinah“, karangan Al-Sakhawi.
  2. “Kashf al-Khifa` Wa Muzil al-Ilbas Fi Ma Ishtahara ‘Ala Alsinah al-Nas”, karangan al-‘Ajluni.
  3. “Tamyiz al-Tayyib Min al-Khabith Fi Ma Yaduru ‘Ala Alsinah al-Nas Min al-Hadith”, hasil tulisan Ibn al-Dayba’ al-Shaybani.
 

SESI 5 – HADITH AL-AZIZ DAN HADITH GHARIB

UST MOHD HANIEF AWANG YAHAYA, 3 MAY 15

3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.1.2. PERBAHASAN KEDUA: KHABAR AL-AHAD

3.1.2.2 AL-AZIZ العزيز

Sifat mushabbahah daripada ‘azza ya’izzu عزّ يعِزّ iaitu sedikit dan jarang atau daripada ‘azza ya’azzu عزّ يعَزّ kuat dan bersangatan. Dinamakan demikian sama ada kewujudannya yang sedikit dan jarang ataupun kerana kekuatannya kerana ia datang dari tariq (jalan sanad) yang lain.

Dari Segi Istilah 

Hadith yang bilangan perawi-perawinya tidak kurang daripada dua orang di semua peringkat sanad.

Huraian Ta’rif

Iaitu perawi-perawinya tidak kurang dari dua orang pada setiap tabaqat (lapisan atau genarasi) sanad. Sekiranya didapati pada sesetengah sanad tiga orang atau lebih itu tidak menjadi hal (tidak mengapa) dengan syarat ada dua orang perawi walaupun pada satu peringkat kerana yang diambil kira ialah had minimum mana-mana peringkat sanad.

Definisi ini merupakan definisi yang terpilih sebagai mana yang diputuskan oleh Hafiz Ibn Hajar. Sebahagian ulama’ berpendapat Hadis ‘aziz ialah periwayatan dua orang atau tiga orang. Dengan itu mereka tidak mengasingkan hadis ‘aziz daripada hadis mashhur dalam beberapa bentuk.

Contohnya

Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim daripada hadis Anas dan Imam al-Bukhari daripada hadith Abu Hurairah bahawa Rasululah s.a.w bersabda:

لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ والِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعينَ

“Tidak sempurna iman seseorang dari kalangan kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada bapanya, anaknya dan sekalian manusia”.

Hadith ini telah diriwayatkan daripada Anas oleh Qatadah, ‘Abdul Aziz bin Suhaib dan diriwayatkan daripada Qatadah oleh Shu’bah dan Sa’id dan diriwayatkan pula daripada ‘Abdul ‘Aziz oleh Isma’il bin ‘Ulayyah dan ‘Abdul Warith. Dan diriwayatkan daripada setiap mereka itu oleh sebilangan yang ramai.

Karangan Yang Terkenal

Ulama’ tidak menulis karangan yang khusus berhubung dangan hadith ‘aziz. Sebabnya yang jelas ialah kerana bilangannya yang sedikit dan kerana tidak didapati faedah yang penting daripada penulisan itu.

3.1.2.3. HADITH GHARIB غريب

Definisi Dari Sudut Bahasa

Sifat mushabbahah dengan erti yang bertunggalan atau yang berjauhan dari sanak saudara.

Dari Segi Istilah

Hadith yang seorang perawi berseorangan dalam meriwayatkannya.

Huraian Definisi

Iaitu hadith yang seorang perawi berseorangan meriwayatkannya sama ada pada setiap tabaqah sanad atau pada sebahagiannya walaupun pada satu tabaqah sahaja. Ta’rif gharib tidak terjejas dengan adanya lebih daripada seorang perawi pada tabaqah yang lain kerana yang diambil kira ialah had minimum.

Nama Lain Bagi Hadith Gharib

Ramai dari kalangan ulama’ menyebut hadith gharib dengan nama lain iaitu al-fard dengan makna yang sama. Tetapi sebahagian ulama’ membezakan antara kedua-duanya, dengan menjadikan kedua-duanya sebagai bahagian yang berasingan. Al-Hafiz Ibnu Hajar menganggapnya sama makna dari segi bahasa dan istilah. Bagaimanapun beliau berkata: “Ulama Mustalah membezakan antara keduanya dari sudut banyak dan kurang pengunaannya. Mereka lebih banyak menyebut al-fard sebagai al-fard al-mutlaq dan al-gharib pula sebagai al-fard al-nisbi“.

Bahagian–bahagiannya

Berdasarkan tempat berlaku tafarrud (keseorangan), gharib dibahagikan kepada dua iaitu gharib mutlaq dan gharib nisbi.

1. Al-gharib al-mutlaq atau al-fard al-mutlaq

Ta’rifnya: hadith yang gharabah berlaku pada asal sanad iaitu hadith yang seorang perawi berseorangan meriwayatkan pada asal sanad. Contohnya hadith:

إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ

“Sesungguhnya amalan itu dikira dengan niat”

Sayyidina ‘Umar bin Al-Khattab berseorangan meriwayatkannya (tafarrada) dan ini kadang-kala berterusan sehingga akhir sanad dan kadang-kadang sebilangan perawi meriwayatkan daripada perawi-perawi yang berseorangan itu (al-Mutafarrid).

2. Al-gharib al-nisbi

Ta’rifnya: hadith yang gharabah berlaku pada pertengahan sanad iaitu lebih daripada seorang perawi yang meriwayatkan pada asal sanad kemudiannya seorang perawi berseorangan meriwayatkannya daripada perawi-perawi itu. Contohnya Hadith Malik daripada al-Zuhri daripada Anas r.a bahawa:

أن النبي صلى الله عليه وسلم دخل مكة وعلى رأسه المغفر

“Rasululah s.a.w memasuki Mekah dalam keadaan memakai mighfar (tudung)

Malik telah berseorangan meriwayatkannya daripada al-Zuhri sebab itu dinamakan gharib nisbi. Sebab dinamakan bahagian ini gharib nisbi ialah kerana tafarrud berlaku dengan nisbah kepada individu tertentu.

Antara bentuk hadith gharib nisbi ialah: Terdapat beberapa bentuk gharabah atau tafarrud yang boleh dikira sebagai gharib nisbi kerana gharabah padanya tidak mutlak. Gharabah padanya wujud secara nisbah atau merujuk kepada sesuatu yang tertentu.

Bentuk-Bentuk gharib nisbi

  1. Tafarrud thiqah dengan periwayatan hadith seperti kata-kata ulama’ hadith: Tidak seorang pun thiqah yang meriwayatkannya kecuali si fulan.
  2. Tafarrud perawi tertentu daripada perawi tertentu: Seperti kata ulama hadith: “Perawi itu berseorangan meriwayatkan daripada si fulan. Walaupun diriwayatkan dengan sanad atau dengan jalan yang lain melalui perawi yang lain.
  3. Tafarrud penduduk negeri seperti kata ulama’ hadith iaitu diriwayatkan oleh ahli Makkah atau ahli Sham.
  4. Tafarrud penduduk sebelah negeri daripada penduduk negeri lain seperti kata mereka: Tafarrud penduduk Basrah daripada penduduk Madinah atau tafarrud dalam meriwayatkan hadith ini penduduk Sham daripada penduduk Hijaz.

Pembahagian Lain

Dari segi Gharabah sanad dan matan, ulama’ hadith membahagikan gharib kepada

1. Gharib matan dan sanad

Iaitu hadith yang seorang perawi berseorangan meriwayatkan matannya

2. Gharib sanad tidak matan

Seperti hadith yang matannya diriwayatkan oleh sekumpulan perawi daripada kalangan Sahabat kemudian seorang perawi berseorangan meriwayatkan daripada Sahabat yang lain berkenaan dengan hadith ini Imam al-Tirmizi menyebut “gharib min hadha al-wajh” gharib dari wajah ini atau jalan ini,

Kitab-Kitab Yang Terdapat Banyak Hadith Gharib

  1. Musnad al-Bazzar
  2. Al-Mu’jam al-Awsat oleh al-Tabarani

Kitab-Kitab Yang Terkenal

  1. “Ghara’ib Malik” karangan al-Daruqutni
  2. “Al-Afrad” juga oleh al-Daruqutni
  3. “Al-Sunan Allati Tafarrada Bi kulli Sunnah Minha Ahlu Baldah” oleh Abu Daud al-Sajistani.
 

SESI 6 – KLASIFIKASI KHABAR AHAD BERDASARKAN KEPADA KEKUATAN DAN KELEMAHANNYA, AL-KHABAR AL-MAQBUL, AL-SAHIH

UST MOHD HANIEF AWANG YAHAYA, 10 MAY 15

3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.2. FASAL KEDUA: KLASIFIKASI KHABAR AHAD BERDASARKAN KEPADA KEKUATAN DAN KELEMAHANNYA

Hadith ahad yang terdiri daripada mashhur, ‘aziz dan gharib terbahagi kepada dua :

  1. Maqbul iaitu hadith yang kebenaran penceritanya lebih kuat atau lebih mengatasi. Hukumnya, wajib berhujah dan beramal dengannya.
  2. Mardud iaitu hadith yang kebenaran penceritanya tidak kuat. Hukumnya ialah tidak boleh berhujah dengannya dan tidak wajib beramal dengannya. Setiap hadis maqbul dan mardud itu mempunyai pembahagian dan perincian yang akan disebutkan pada fasal yang berasingan, Insha Allah Ta’ala.

3.2.1. AL-KHABAR AL-MAQBUL الخبر المقبول

Perbahasan pertama: Pembahagian al-maqbul

Perbahasan kedua: Pembahagian al-hadith al- maqbul kepada ma’mul bih معمول به (yang boleh beramal) dan ghayr ma’mul bih غير معمول به (yang tidak boleh beramal).

Pembahagian maqbul

Berdasarkan kepada tingkatan martabatnya, hadis maqbul terbahagi kepada dua bahagian utama: sahih dan hasan. Setiap bahagian ini pula terbahagi kepada dua iaitu li dhatih dan li ghayrih. Ini menjadikan hadis maqbul empat bahagian.

  1. Sahih Li dhatih
  2. Hasan Li dhatih
  3. Sahih Li ghayrih
  4. Hasan Li ghayrih حسن لغيره

3.2.1.1. AL-SAHIH  صحيح

Definisi
Dari sudut bahasa, Sahih صحيح adalah lawan kepada saqim سقيم (sakit) iaitu penggunaan sebenarnya pada perkara konkrit dan penggunaan secara majaz (pinjaman) kepada hadith dan perkara abstrak.

Manakala dari segi istilah: Hadith yang bersambung sanadnya dengan nukilan perawi yang adil, dabit daripada perawi sepertinya hingga ke hujung sanad tanpa ada shadh dan ‘illah.

Huraian Ta’rif

Definisi di atas mempunyai beberapa perkara yang wajib ada bagi menjadikan hadith itu sebagai sahih iaitu:

  1. Bersambung sanad. Setiap perawi mengambil riwayat secara langsung dari orang sebelumnya dari awal sanad sehingga ke penghujungnya.
  2. Keadilan para perawi. Setiap perawi mestilah mempunyai sifat Islam, baligh, tidak fasiq dan tidak cacat maruah.
  3. Ketepatan para perawi. Setiap perawi mestilah sempurna ketepatan, sama ada dari segi ingatan atau catatan.
  4. Tidak shadh. Hadis tersebut tidak bersifat shadh. Maksud shadh ialah percanggahan perawi thiqah terhadap perawi yang lebih thiqah daripadanya.
  5. Tidak mempunyai ‘illah. Hadis itu mestilah tidak terdapat ‘illah. ‘Illah adalah satu sebab yang rumit dan tersembunyi yang mencacatkan kesahihan hadith walaupun pada zahirnya tidak kelihatan.

Syarat-Syarat Hadith Sahih

Jelas daripada huraian ta’rif tadi, terdapat lima syarat yang wajib dipenuhi supaya sesebuah hadith dikira sebagai hadith sahih. Iaitu bersambung sanad, keadilan perawi, ketepatan perawi, tidak ada ’illah dan tidak ada shadh.

Apabila tidak cukup salah satu syarat ini, pada ketika itu hadith itu tidak dinamakan sahih.

Contohnya:
Hadith yang dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab sahihnya:

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَرَأَ فِي الْمَغْرِبِ بِالطُّورِ

Imam Al-Bukhari berkata: “ ‘Abdullah bin Yusuf telah menceritakan kepada kami bahawa Malik telah mengkhabarkan kepada kami daripada Ibn Shihab daripada Muhammad Bin Jubayr daripada Mut‘im daripada ayahnya katanya: “Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. telah membaca Surah Al-Tur di dalam solat Maghrib“.

Hadith ini sahih kerana:

  1. Sanadnya bersambung (Muttasil) kerana setiap perawi mendengar daripada gurunya, tentang periwayatan secara ‘an’anah oleh Malik, Ibn Shihab dan Ibn Jubayr ditafsirkan sebagai bersambung-sambung kerana mereka bukanlah perawi-perawi yang melakukan tadlis.
  2. Perawi-perawinya adil dan dhabit. Berikut ini sifat-sifat mereka di sisi ulama’ al-Jarh Wal Ta’dil: a) Abdullah bin Yusuf: thiqah, mutqin. b) Malik bin Anas: imam, hafiz c) Ibn Shihab al-Zuhri: faqih, hafiz, kehebatan dan keteguhannya disepakati semua. d) Muhammad bin Jubair: thiqah. e) Jubair bin Mut’im: seorang Sahabat nabi s.a.w.
  3. Hadith ini tidak shadh kerana tidak bercanggah dengan hadith yang lebih kuat daripadanya.
  4. Kerana ia tidak mempunyai sebarang ‘illah.

Hukumnya

Wajib beramal dengan hadith sahih berdasarkan kepada ijma’ ahli hadis dan ulama’ yang diakui pendapat mereka dari kalangan usuliyyin dan fuqaha. Ia merupakan salah satu hujah shara’ yang tidak ada ruang bagi seorang muslim untuk tidak beramal dengannya.

Maksud Kata-Kata: “Ini Hadith Sahih Atau Ini Hadith Tidak Sahih”:

  1. Maksud kata-kata ulama’ hadith, “Hadith ini sahih” ialah lima syarat hadith sahih ada padanya. Bukan diputuskan hadith itu benar-benar sahih kerana harus (adalah mungkin) berlaku kesilapan dan lupa kepada perawi yang thiqah.
  2. Maksud kata-kata mereka, “Hadith ini tidak sahih”, ialah hadith ini tidak memenuhi lima syarat hadith sahih, sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya bukan bermaksud pada kenyataannya ia adalah satu pendustaan kerana orang yang biasa melakukan kesilapan boleh jadi betul pada ketika yang lain.
 

SESI 7 – (SAMBUNGAN) AL-SAHIH

UST MOHD HANIEF AWANG YAHAYA, 17 MAY 15

3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.2. FASAL KEDUA: KLASIFIKASI KHABAR AHAD BERDASARKAN KEPADA KEKUATAN DAN KELEMAHANNYA

3.2.1. AL-KHABAR AL-MAQBUL

3.2.1.1. AL-SAHIH (Sambungan)

Adakah diputuskan mana-mana sanad sebagai sanad yang paling sahih secara mutlak?

Mengikut pendapat terpilih, tidak boleh diputuskan mana-mana sanad sebagai sanad yang paling sahih secara mutlak kerana perbezaan tingkatan kesahihan berdasarkan kepada kemungkinan sanad untuk memenuhi syarat sahih. Hadith yang memenuhi keperluan maksimum kesemua syarat sahih adalah sangat jarang. Sepatutnya tidak dihukumkan kepada mana-mana sanad sebagai sanad yang paling sahih secara mutlak. Bagaimanapun, ada dinukilkan daripada beberapa orang imam tentang sanad yang paling sahih. Yang nyata, setiap imam memilih sanad yang kuat menurut penilaian mereka. Antara pendapat tentang sanad yang paling sahih ialah:

  1. Al-Zuhri daripada Salim daripada bapanya (Abullah Ibn ‘Umar).
    Ini diriwayatkan daripada Ishaq bin Rahawaih dan Ahmad.
  2. Ibn Sirin daripada ‘Abidah daripada ‘Ali bin Abi Talib. Ini diriwayatkan daripada Ibn al-Madini dan al-Fallas.
  3. Al-A’mash daripada Ibrahim daripada ‘Alqamah daripada Abdullah bin Mas’ud. Ini diriwayatkan daripada Ibn Ma’in.
  4. Al-Zuhri daripada ‘Ali bin al-Husain daripada bapanya daripada ‘Ali. Ini diriwayatkan daripada Abu Bakar bin Abi Shaibah.
  5. Malik daripada Nafi’ daripada Ibn ‘Umar. Ini diriwayatkan daripada al-Bukhari.

Karangan Pertama Yang Khusus Tentang Hadith Sahih

Karangan pertama tentang hadith sahih sahaja ialah Sahih al-Bukhari kemudian Sahih Muslim. Kedua-duanya adalah kitab yang paling sahih selepas al-Qur’an. Umat Islam telah berijmak dalam menerima kedua-duanya.

  1. Kitab yang paling sahih di antara keduanya ialah Sahih al-Bukhari dan ia lebih mengandungi banyak faedah. Ini kerana hadith-hadith al-Bukhari lebih kemas dari segi bersambung-sambung sanadnya dan para perawi lebih thiqah di samping terdapat kesimpulan-kesimpulan fiqh dan masalah-masalah ilmiah yang tidak ada dalam Sahih Muslim. Kedudukan Sahih al-Bukhari lebih Sahih dari Sahih Muslim dengan mengambil kira keseluruhan, kerana ada terdapat sebahagian hadith dalam Sahih Muslim lebih kuat daripada beberapa hadith dalam Sahih al-Bukhari. Ada juga pendapat yang mengatakan Sahih Muslim lebih sahih, tetapi yang lebih tepat ialah pendapat yang pertama (Sahih al-Bukhari lebih sahih)
  2. Adakah al-Bukhari dan Muslim beriltizam untuk memasukkan semua hadith sahih dalam kitab-kitab mereka?

Al-Bukhari dan Muslim tidak beriltizam untuk memasukkan semua hadith sahih dalam kitab-kitab mereka. Al-Bukhari berkata: “Saya hanya memasukkan hadith sahih sahaja dalam kitabku yang jami’ ini dan saya tinggalkan hadith-hadith sahih yang lain kerana takut panjang”. Muslim berkata: “Bukan semua hadith sahih menurut saya dimasukkan di sini, tetapi saya hanya memasukkan hadith sahih yang disepakati”.

3. Adakah banyak atau sedikit hadith sahih yang tidak dimasukkan oleh mereka berdua?

Al-Hafiz Ibn al-Akhram berkata: “Hanya sebilangan yang kecil sahaja yang tidak dimasukkan oleh mereka berdua”. Bagaimanapun pendapat ini telah dibantah.

Mengikut apa yang dinukilkan daripada al-Bukhari katanya: “Hadith-hadith sahih yang saya tinggalkan lebih banyak”. Beliau juga berkata: “Saya menghafal seratus ribu hadith sahih dan dua ratus ribu hadith yang tidak sahih’’.

4. Berapakah jumlah hadith di dalam kedua-dua kitab sahih itu?

Sahih al-Bukhari mengandungi 7,275 hadith termasuk hadith yang berulang dan dengan yang tidak berulang sebanyak 4,000 hadith.

5. Di mana boleh didapati hadith-hadith sahih lain yang ditinggalkan oleh al-Bukhari dan Muslim?

Kita boleh dapatinya di dalam kitab-kitab mu’tabar yang masyhur seperti Sahih Ibn Khuzaimah, Sahih Ibn Hibban, Mustadrak al-Hakim, kitab sunan yang empat, Sunan al-Daruqutni, Sunan al-Baihaqi dan lain-lain. Perlu diingatkan bahawa kewujudan sesebuah hadith di dalam kitab-kitab tidak bermakna ia pasti sahih tetapi memerlukan kepada penjelasan tentang kesahihannya kecuali di dalam kitab yang pengarangnya mensyaratkan hanya menyebutkan hadith sahih sahaja seperti Sahih Ibn Khuzaymah

6. Perbincangan Tentang Al-Mustadrak Karangan Al-Hakim

i. Antara kitab hadith yang besar ialah al-Mustadrak ‘ala al-Sahihain karangan al-Hakim. Penulisnya menyebutkan hadith-hadith sahih yang mengikut syarat al-Shaikhan (al-Bukhari dan Muslim) atau syarat salah sesorang mereka tetapi tidak dikeluarkan oleh mereka berdua. Begitu juga pengarangnya menyebutkan hadith-hadith sahih menurut penilaiannya walaupun tidak menurut penilaian mereka berdua dengan mengatakannya sebagai sahih sanadnya. Kadang-kadang beliau menyebutkan beberapa hadith yang tidak sahih tetapi beliau mengingatkan tentang statusnya. Beliau seorang yang longgar dalam mentashihkan hadith. Hadith-hadithnya perlu disemak dan dinilai sesuai dengan keadaannya dan Al-Zahabi menilai semula status kebanyakan hadirh-hadith Mustadrak sesuai dengan kedudukannya. Bagaimanapun, kitab ini masih memerlukan kepada penyemakan, penilaian dan pemerhatian lebih lanjut lagi.51

ii. Sahih Ibn Hibban

Susunan kitab ini agak kreatif kerana ia tidak disusun mengikut susunan bab dan tidak juga mengikut tertib musnad. Oleh sebab itu, pengarangnya menamakan al-Taqasim wa al-anwa’. Disebabkan terdapat kesukaran dalam mencari hadith dari kitab ini, sebahagian ulama’ mutakhirin menyusunnya mengikut bab. Pengarangnya adalah seorang yang bermudah dalam menghukumkan hadith dan sikap bermudah beliau adalah lebih rendah dari al-Hakim.

iii. Sahih Ibn Khuzaimah

Kedudukannya lebih tinggi dari Sahih Ibn Hibban kerana beliau lebih teliti berbanding Ibn Hibban sehingga beliau menahan diri dari menghukumkan hadith walaupun hanya terdapat sedikit kritikan pada sanadnya.

7. Al-Mustakhrajat ‘ala Al-Sahihain

  • Topik mustakhraj: iaitu seorang pengarang mendapatkan mana-mana kitab hadith lalu mengeluarkan hadith-hadith tersebut melalui sanad-sanadnya sendiri bukan tariq atau jalan pengarang kitab tersebut. Dengan ini beliau akan bertemu dengan pengarang pada peringkat gurunya atau atas lagi.
  • Mustakhraj terhadap al-Sahihain yang paling mashyur : – Al-Mustakhraj karangan Abu Bakar al-Isma’ili terhadap Sahih al-Bukhar – Al-Mustakhraj karangan Abu ‘Awanah al- Isfirayni terhadap Sahih Muslim – Al-Mustakhraj karangan Abu Nu’aim ‘al-Asfahani terhadap Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.
  • Adakah pengarang-pengarang kitab mustakhraj beriltizam untuk mengeluarkan lafaz yang sama dengan lafaz al-Sahihain?

Pengarang-pengarang Mustakhraj tidak beriltizam untuk mengemukakan lafaz yang sama dengan al-Sahihain kerana mereka hanya meriwayatkan lafaz-lafaz yang sampai kepada mereka melalui jalan guru-guru mereka. Oleh kerana itu terdapat sedikit perbezaan lafaz-lafaz hadith dalam mustakhrajat. Begitu juga halnya dengan hadith-hadith yang dikeluarkan oleh pengarang-pengarang terdahulu di dalam kitab mereka yang berasingan seperti al-Baihaqi, al-Baghawi dan lain-laian seperti kata-kata mereka: diriwayatkan oleh al-Bukhari atau diriwayatkan oleh Muslim. Pada sebahagiannya terdapat perbezaan dari segi lafaz dan makna. Maksud kata-kata mereka: “diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim” ialah mereka berdua meriwayatkan hadith tersebut pada asalnya.

  • Adakah harus untuk menukilkan satu hadith daripada kitab mustakhraj lalu menyandarkan kepada al-Bukhari dan Muslim?

Berdasarkan kepada perbahasan lalu, tidak harus bagi seseorang untuk menukilkan daripada kitab mustakhrajat atau mana-mana kitab yang disebutkan sebelum ini lalu dia berkata diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim kecuali dengan salah satu cara ini: pertama dia mestilah membandingkan hadidth itu dengan riwayat al-Bukhari dan Muslim atau pengarang mustakharaj berkata atau pengarang kitab berkata; dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim dengan lafaznya.

  • Faedah-faedah mustakhrajat terhadap al-Sahihain

Mustakhrajat terhadap al-Sahihain mempunyai beberapa faedah sehingga menjangkau sepuluh, sebagaimana yang disebutkan oleh al-Suyuti dalam kitabnya, Tadrib al-Rawi. Di sini penulis bawakan untuk anda beberapa faedah terpenting. Pertama, ketinggian sanad iaitu sanad menjadi tinggi kerana jika pengarang mustakhraj meriwayatkan satu hadith melalui jalan al-Bukhari pasti sanad akan menjadi lebih rendah daripada hadis yang diriwayatkannya di dalam mustakhraj. Kedua, menambah kadar kesahihan kerana berlaku pertambahan lafaz dan kelengkapan pada sebahagian hadith. Ketiga, hadith menjadi lebih kuat dengan sebab bertambah jalannya dan faedahnya ialah dapat melakukan tarjih ketika berlaku percanggahan antara hadith-hadith.

 

SESI 8 – (SAMBUNGAN) AL-SAHIH, RIWAYAT AL-BUKHARI DAN MUSLIM YANG MANAKAH DIHUKUMKAN SEBAGAI SAHIH?

UST MOHD HANIEF AWANG YAHAYA, 24 MAY 15

3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.2. FASAL KEDUA: KLASIFIKASI KHABAR AHAD BERDASARKAN KEPADA KEKUATAN DAN KELEMAHANNYA

3.2.1. AL-KHABAR AL-MAQBUL

3.2.1.1. AL-SAHIH (Sambungan)

Riwayat Al-Bukhari Dan Muslim Yang Manakah Dihukumkan Sebagai Sahih?

Kita telahpun mengetahui bahawa al-Bukhari dan Muslim tidak memasukkan di dalam kitab sahih mereka kecuali hadith sahih sahaja dan umat Islam menerima dengan baik kitab mereka berdua. Hadith-hadith manakah yang dihukumkan sahih dan diterima oleh umat? Jawapannya ialah hadith yang diriwayatkan dengan sanad yang bersambung itulah yang dihukumkan sebagai sahih. Tentang hadith yang digugurkan permulaan sanad seorang perawi atau lebih-yang dinamakan dengan al-mu’allaq- yang banyak terdapat di dalam Sahih al-Bukhari iaitu di dalam tajuk bab (tarajim al-Abwab), namun tidak ada sama sekali di tengah-tengah bab. Di dalam Sahih Muslim hanya ada sebuah hadith dalam bab al-Tayammum yang tidak diriwayatkan secara mausul (bersambung) di tempat yang lain. Hukum hadith-hadith tersebut ialah:-

  • Jika sesuatu hadith dengan lafaz yang pasti seperti قال ‘berkata’, أمَر ‘menyuruh’, ذَكَر ‘menyebut’ maka ia dihukumkan sebagai sahih daripada orang yang disandarkan kepadanya hadith itu.
  • Jika hadith itu dengan lafaz yang tidak pasti seperti يُرْوَى ‘diriwayatkan daripada’,يُذْكَرَ ‘disebutkan’, يُحْكى ‘diceritakan’, رُوِي ‘telah diriwayatkan’, ذُكِر ‘telah disebutkan’, maka ia tidak dihukumkan sebagai hadith sahih.
  • Bagaimanapun di dalam Sahih al-Bukhari, tidak ada satu pun hadith yang sangat dha’if yang dimasukkan ke dalam kitab yang dinamakan dengan kitab sahih.

Tingkatan Hadith Sahih

Kita telah maklum bahawa ulama’ menyebutkan beberapa sanad yang paling sahih menurut pendapat mereka. Berdasarkan kepada ini dan juga kepada kemampuan memenuhi syarat-syarat sahih yang lain, hadith sahih itu mempunyai beberapa tingkatan.

  1. Tingkatan paling tinggi iaitu yang diriwayatkan dengan sanad yang paling sahih seperti Malik daripada Nafi’ daripada Ibn ‘Umar.
  2. Sanad yang rendah sedikit iaitu yang diriwayatkan melalui jalan perawi-perawi yang rendah daripada perawi-perawi sanad yang pertama seperti riwayat Hammad bin Salamah daripada Thabit daripada Anas.
  3. Sanad yang rendah sedikit iaitu riwayat perawi-perawi yang mempunyai sifat thiqah yang paling kurang seperti riwayat Suhail bin Abi Salih daripada bapanya daripada Abu Hurairah.

Boleh dimasukkan dalam perincian ini ialah pembahagian hadith sahih kepada tujuh tingkatan iaitu:

  1. Hadith yang disepakati oleh al-Bukhari dan Muslim (tingkatan tertinggi)
  2. Hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari sahaja.
  3. Hadith yang diriwayatkan oleh Muslim sahaja.
  4. Hadith yang mengikut syarat mereka berdua tetapi tidak dikeluarkan oleh mereka berdua.
  5. Hadith yang mengikut syarat al-Bukhari tetapi tidak dikeluarkannya
  6. Hadith yang mengikut syarat Muslim tetapi tidak dikeluarkannya.
  7. Hadith sahih yang tidak mengikut syarat mereka berdua tetapi sahih di sisi imam-imam selain mereka berdua seperti Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan lain-lain.

Syarat al-Shaikhain

Al-Bukhari dan Muslim tidak menjelaskan syarat yang mereka tentukan sebagai tambahan kepada syarat-syarat yang disepakati pada hadith sahih. Tetapi ulama’ yang mengkaji gaya dan metode penulisan al-Bukhari dan Muslim dapat mengesan apa yang dikatakan sebagai syarat mereka berdua atau salah seorang dari mereka berdua.

Pandangan yang paling baik tentang syarat al-Bukhari dan Muslim atau salah seorang mereka ialah hadith itu diriwayatkan oleh perawi-perawi kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim atau salah seorang dari mereka dengan mengambil kira cara periwayatan yang mereka berdua beriltizam dengannya.

Maksud Muttafaq ’alaih متفق عليه

Apabila ulama’ hadith menyebutkan hadith sebagai muttafaq ’alaih maksudnya ialah persepakatan al-Bukhari dan Muslim tentang kesahihannya bukan persepakatan umat Islam. Walau bagaimanapun begitu, Ibn al-Salah mengatakan bahawa, kesepakatan ulama’ adalah mesti dan ada bersamanya kerana umat menerima kesepakatan mereka berdua.

Adakah Hadith Sahih Disyaratkan Sebagai ‘Aziz

Mengikut pendapat yang benar, hadith sahih itu tidak disyaratkan menjadi ’aziz dengan erti ia mestilah mempunyai dua sanad kerana ada didapati di dalam Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim dan kitab-kitab lain hadith-hadith yang sahih tetapi gharib. Beberapa ulama’ seperti Abu ’Ali al-Jubba`i al-Mu’tazili dan al-Hakim mendakwa hadith sahih mestilah ’aziz. Pendapat mereka ini bertentangan dengan apa yang telah dipersetujui oleh umat Islam.

  1. Periwayatan hadith dengan menggunakan lafaz ‘an   yang boleh membawa dua andaian, sama ada perawi itu mendengar secara langsung daripada gurunya atau melalui perantaraan perawi yang lain.
  2. Menyembunyikan perawi atau kecacatan yang ada pada sanad dengan cara yang mengelirukan.
  3. Kumpulan hadith yang disusun merangkumi semua bab termasuk aqidah, fiqh, manaqib, perubatan dan lain-lain.
  4. Tetapi jika diteliti terdapat beberapa hadith yang dhaif kerana mempunyai ‘illah bercanggah dengan hadith-hadith di dalam kitab Sahih Bukhari sendiri. (Penterjemah)

 

SESI 9 – AL-HASAN

UST MOHD HANIEF AWANG YAHAYA, 31 MEI 15
3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.2.  FASAL KEDUA: KLASIFIKASI KHABAR AHAD BERDASARKAN KEPADA KEKUATAN DAN KELEMAHANNYA

3.2.1.  AL-KHABAR AL-MAQBUL

3.2.1.2.  AL-HASAN  الحَسَن

Definisi
Dari segi bahasa ia adalah sifat mushabbahah daripada al-husn الحُسْن yang bermaksud keindahan.

Dari segi istilah pula ulama’ berbeza pendapat dalam memberikan definisi hadith hasan memandangkan ia berada di tengah-tengah antara sahih dan dha’if. Sebahagian ulama’ mendefinisikan salah satu bahagiannya sahaja. Bagaimanapun penulis akan menyebutkan sebahagian daripada definisi-definisi tersebut dan akan memilih definisi yang dirasakan paling tepat.

  1. Definisi al-Khattabi: Hadith yang diketahui puncanya dan perawi-perawinya masyhur lagi dikenali. Kebanyakan hadith tergolong dalam hadith hasan dan ia diterima oleh kebanyakan ulama’ dan diamalkan oleh kesemua fuqaha’.
  2. Definisi al-Tirmizi: Setiap hadith yang diriwayatkan tanpa ada di dalam sanadnya perawi yang dituduh berdusta, hadith tidak shadh, diriwayatkan dengan jalan yang lain seperti itu juga, maka itu menurut kami adalah hadith hasan .
  3. Definisi Ibn Hajar: Khabar (hadith) ahad dengan nukilan perawi adil, sempurna ketepatan, bersambung sanad tanpa ada ‘illah dan shadh, maka itu adalah sahih lidhatih. Sekiranya ketepatannya kurang, maka ia adalah hasan lidhatih.

Penulis berpendapat, seolah-olah, hadith hasan menurut Ibn Hajar adalah hadith sahih apabila ketepatan perawinya rendah dan ini adalah definisi hadith hasan yang paling baik. Sementara definisi al-Khattabi, terlalu banyak kritikan padanya. Manakala definisi al-Tirmizi, beliau hanya mendefinisikan salah satu bahagian hadith hasan sahaja iaitu hasan lighayrih. Sepatutnya beliau memberikan ta’rif hasan lidhatihi kerana hasan lighairih adalah hadith dha’if yang meningkat ke darjah hasan kerana ditampung oleh banyak sanad.

Definisi Terpilih

Berdasarkan kepada definisi Ibn Hajar, hadith hasan bolehlah didefinisikan sebagai: “Hadith yang bersambung sanadnya dengan nukilan perawi yang adil tetapi rendah ketepatannya daripada perawi sepertinya sehingga ke hujung sanad tanpa sebarang shadh dan ‘illah.”

Hukumnya

Ia seperti hadith sahih dari segi boleh untuk dijadikan hujah walaupun dari segi kekuatan ia lebih rendah. Oleh kerana itu, semua fuqaha beramal dengannya. Kebanyakan ulama’ hadith dan ulama’ usul berhujah dengannya kecuali segelintir dari kalangan yang berpandangan keras. Bagaimanapun sebahagian ulama’ hadith yang bersikap mudah seperti al-Hakim, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah telah memasukkannya ke dalam bahagian sahih walaupun mereka berpendapat hadith hasan lebih rendah daripada hadith sahih seperti yang dijelaskan sebelum ini.

Contohnya: Hadith yang dikeluarkan oleh al-Tirmizi:

حَدَّثَنَا قُتَيبةُ حَدَّثَنَا جعفرُ بنُ سليمانَ الضُّبعيُّ عن أبي عمرانَ الجونيُّ عن أبي بكرِ بنِ أبي موسى الأشعريِّ قال: سمعتُ أبي بحضرةِ العدوِّ يقول قال رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وسَلَّم: إنَّ أبوابَ الجنَّةِ تحتَ ظلال ِ السُّيوفِ.

Kata beliau: “Qutaibah telah menceritakan kepada kami bahawa Ja’far bin Sulaiman al-Duba’i telah menceritakan daripada Abi ‘Imran al-Jawni daripada Abi Bakr bin Abi Musa al-Ash’ari berkata: “Saya mendengar ayah saya berkata ketika berhadapan dengan musuh: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya pintu-pintu syurga berada di bawah naungan pedang-pedang”.

Hadith ini dihukumkan oleh al-Tirmidhi sebagai: “Ini adalah hadith hasan gharib”. Hadith ini hasan kerana perawi-perawi yang empat bagi sanad ini kesemua adalah thiqah kecuali Ja’far bin Sulaiman al-Duba’i. Beliau seorang hasan al-hadith (baik hadithnya). Oleh kerana itu hadith ini jatuh dari martabat sahih kepada hasan.

Martabatnya

Sebagaimana hadith sahih mempunyai martabat yang berbeza antara satu sama lain, begitu juga dengan hadith hasan. Al-Zahabi telah membahagikan hadith hasan kepada dua martabat:

  1. Martabat hasan yang paling tinggi: Riwayat Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya, ‘Amr Ibn Shu’aib daripada bapanya daripada datuknya, riwayat Ibn Ishaq daripada al-Taymi dan yang seumpamanya yang dikatakan sebagai sahih. Martabat ini adalah martabat sahih yang paling rendah.
  2. Martabat hasan yang rendah: Iaitu hasan yang dipertikaikan kedudukannya, ada yang mentashihkan dan ada yang mendhaifkan seperti hadith al-Harith bin ‘Abdullah, ‘Asim bin Damrah, Hajjaj bin Artah dan lain-lain.

Kedudukan Hadith Yang Dihukumkan Oleh Ulama’ Hadith Sebagai “Hadith Sahih Al-Isnad”

Kata-kata ulama’ hadith: “Ini hadith sahih al-Isnad” tidak sama dengan kata-kata mereka: “Ini hadith sahih”. Begitu juga kata-kata mereka: “Ini hadith hasan al-Isnad” tidak sama dengan “Ini hadith hasan”. Kadang-kadang sanad itu sahih atau hasan tetapi tidak pada matan kerana ada shadh dan ’illah. Seolah-olah apabila ulama’ hadith mengatakan: “Ini hadith sahih”, beliau telah menjamin kepada kita bahawa hadith ini memenuhi kelima-lima syarat-syarat hadith sahih. Sekiranya beliau mengatakan: “Ini hadith sahih al-Isnad”, beliau menjamin adanya 3 syarat sahih sahaja iaitu bersambung sanad, keadilan dan ketepatan para perawi. Adapun penafian shadh dan ’illah, itu tidak diberi jaminan oleh beliau kerana ketidakpastian kedua-duanya itu.

Bagaimanpun jika seorang Hafiz yang diakui hanya menyebutkan hadith ini sahih al-Isnad tanpa menyebut ’illahnya, maka pada zahirnya, matan itu adalah sahih kerana kaedah asal ialah tidak ada ’illah dan tidak ada shadh.

 

SESI 10 – (SAMBUNGAN) AL-HASAN

UST MOHD HANIEF AWANG YAHAYA, 07 JUN 15

3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.2. FASAL KEDUA: KLASIFIKASI KHABAR AHAD BERDASARKAN KEPADA KEKUATAN DAN KELEMAHANNYA

3.2.1 AL-KHABAR AL-MAQBUL

3.2.1.2. AL-HASAN  الحَسَن (Sambungan)

Maksud Kata-Kata Al-Tirmizi Dan Lain-Lain: “Hadith Hasan sahih”

Zahirnya, ungkapan ini mengelirukan, kerana hasan lebih rendah daripada darjah sahih. Bagaimana boleh dihimpunkan kedua-duanya sedangkan martabat kedua-duanya berbeza? Para ulama’ telah memberikan pelbagai jawapan kepada maksud ungkapan al-Tirmizi ini. Jawapan yang paling baik ialah yang dikemukakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dan dipersetujui oleh al-Suyuti, kesimpulannya seperti berikut:

  1. Sekiranya hadith itu mempunyai dua sanad atau lebih, ungkapan itu bermaksud hasan berdasarkan satu sanad dan sahih berdasarkan kepada satu satu lagi.
  2. Sekiranya hadith itu hanya mempunyai satu sanad, maksudnya ialah hasan menurut satu kumpulan ulama’ dan sahih menurut yang lain.

Seolah-olah beliau memberikan isyarat tentang perbezaan pendapat di kalangan ulama’ tentang kedudukan hadith ini, atau baginya hadith ini tidak boleh ditentukan sama ada sahih atau hasan.

Klasifikasi al-Baghawi Hadith-Hadith Dalam “Masabih al-Sunnah

Al-Imam al-Baghawi telah menggunakan istilahnya yang tersendiri di dalam kitabnya, Masabih al-Sunnah. Beliau telah mengisyaratkan hadith-hadith yang terdapat di dalam dua kitab Sahih atau salah satunya dengan kata-katanya: “sahih” dan hadith-hadith yang terdapat di dalam kitab sunan yang empat dengan kata-katanya: “hasan”. Ini adalah istilah yang tidak selari dengan istilah umum dipakai di kalangan ulama’ hadith kerana di dalam kitab-kitab sunan yang empat itu terdapat hadith sahih, hasan, dha’if dan munkar. Oleh kerana itu, Ibn al-Salah dan al-Nawawi memberi peringatan tentang perkara ini. Dengan itu, sepatutnya pembaca kitab Masabih al-Sunnah lebih peka dengan istilah al-Baghawi di dalam kitab ini apabila beliau menyebut tentang hadith-hadith sebagai sahih atau hasan.

Kitab-Kitab Yang Boleh Didapati Hadith Hasan Dengan Banyaknya

Para ulama’ tidak menulis secara berasingan hadith-hadith hasan di dalam satu kitab seperti mana mereka mengkhususkan hadith-hadith sahih sahaja dalam tulisan mereka. Namun begitu terdapat beberapa kitab hadith yang terdapat di dalamnya banyak hadisth hasan, antara yang masyhur ialah:

  1. Jami’ al-Tirmizi atau yang lebih dikenali sebagai Sunan al-Tirmizi. Ia adalah sumber utama untuk mengetahui hadith hasan. Al-Tirmizilah yang memasyhurkan istilah hasan di dalam kitab ini dan orang yang paling banyak menyebutkannya. Bagaimanapun kita harus berhati-hati tentang edisi yang berbeza-beza berhubung dengan kata-kata beliau: “hasan sahih” dan sebagainya. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar hadith memberi perhatian dalam memilih edisi yang telah dinilai dan membandingkan dengan manuskrip asal yang diakui.
  2. Sunan Abi Daud: Beliau telah menyebutkan di dalam suratnya kepada penduduk Mekah bahawa beliau menyebutkan di dalam sunannya hadith sahih, hadith yang menyerupainya dan hadith yang hampir dengannya. Sekiranya hadith itu mempunyai kedha’ifan yang kuat, beliau akan menjelaskannya dan hadith yang tidak disebutkan apa-apa tentangnya maka itu adalah salih. Berdasarkan kepada kenyataan ini, apabila kita mendapati di dalam sunan ini hadis yang beliau tidak menjelaskan kedha’ifannya dan tidak ditashihkan oleh mana-mana imam yang diakui maka itu adalah hadith hasan di sisi Abu Daud.
  3. Sunan al-Daruqutni: Beliau menyebutkan dengan jelas kebanyakan hadith hasan di dalam kitab ini.

 

SESI 11 – SAHIH LI GHAIRIH, AL-HASAN LI GHAIRIH, KHABAR AHAD MAKBUL YANG MEMPUNYAI SOKONGAN, PERBAHASAN KEDUA: KLASIFIKASI KHABAR MAQBUL KEPADA YANG DIAMALKAN DAN TIDAK BOLEH DIAMALKAN, AL-MUHKAM WA AL MUKHTALIF AL-HADITH

UST MOHD HANIEF AWANG YAHAYA, 14-JUN-15

3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.2. FASAL KEDUA: KLASIFIKASI KHABAR AHAD BERDASARKAN KEPADA KEKUATAN DAN KELEMAHANNYA

3.2.1. AL-KHABAR AL-MAQBUL

3.2.1.3 AL-SAHIH LI GHAIRIH الصحيح لغيره

Definisi
Iaitu hadith hasan li dhatihi apabila diriwayatkan melalui jalan yang lain sepertinya atau lebih kuat darinya. Dinamakan sahih lighairih kerana kesahihan tidak datang dari sanad itu sendiri, tetapi hanya sahih apabila digabungkan dengan sanad lain dan ini boleh digambarkan dengan formula berikut:

hasan li dhatihi + hasan li dhatihi = sahih li ghayrihi

Martabatnya
Lebih tinggi martabatnya dari hasan li dhatihi dan lebih rendah daripada sahih li dhatihi.

Contohnya

حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيبٍ، حَدَّثَنَا عَبْدَةُ بنُ سُلَيمانَ، عن مُحَمَّدِ بنِ عَمْروٍ، عن أَبي سَلَمَةَ، عن أَبي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “لَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلاَةٍ”.

Hadith Muhammad bin ‘Amr daripada Abi Salamah daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalaulah tidak kerana memberatkan ummatku pasti aku akan menyuruh mereka menggosok gigi setiap kali sembahyang.”

Ibn al-Salah berkata: “Muhammad bin ‘Amr bin ‘Alqamah adalah dari kalangan yang masyhur dengan benar dan menjaga diri cumanya beliau bukan dari ahli itqan sehingga sebahagian mereka mendha’ifkannya kerana ingatannya buruk dan sebahagian mereka pula menthiqahkannya kerana benarnya dan kedudukannya. Dengan itu, dari sudut ini, hadith ini hasan. Apabila digabungkan dengan keadaannya diriwayatkan melalui tariq yang lain, kebimbangan kita tentang buruk hafalannya tidak ada lagi dan kekurangan yang sedikit itu tertampung dengan sebab tariq tersebut. Dengan sebab itu, sanad ini menjadi .sahih dan tergolong di dalam martabat sahih”.

3.2.1.4. AL-HASAN LI GHAIRIH حسن لغيره

Iaitu hadith dha’if apabila mempunyai banyak tariq dan sebab kedha’ifannya bukan kefasiqan dan pendustaan perawi.

Difahami daripada definisi ini, hadith dha’if boleh meningkat ke tahap hasan li ghairih dengan dua perkara:

  1. Diriwayatkan daripada satu tariq lain atau lebih dengan syarat tariq tersebut sepertinya atau lebih kuat daripadanya.
  2. Sebab kedha’ifan hadith itu sama ada buruk hafalan, terputus pada sanad atau tidak diketahui tentang perawi-perawinya.

Sebab Dinamakan Dengan Hasan Li Ghairih

Sebab dinamakan dengan hasan kerana sifat hasan itu bukan datang melalui sanad itu sendiri tetapi kerana digabungkan dengan yang lain. Hadis dha’if yang meningkat kepada hasan lighairihi dapat digambarkan dengan formula berikut:

Dha’if + dha’if = hasan li ghairih

Martabatnya

Hasan li ghairih lebih rendah kedudukannya daripada hasan li dhatih. Berdasarkan kepada kenyataan ini, sekiranya hadis hasan li dhatihi bercanggah dengan hasan li ghairih, maka hasan li dhatih didahulukan.

Hukumnya

Ia termasuk dalam hadith maqbul yang boleh berhujah dengannya.

Contohnya

Hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan beliau mengatakannya hasan melalui tariq Shu’bah:

عَنْ عَاصِمِ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ قَال سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَامِرِ بْنِ رَبِيعَةَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ امْرَأَةً مِنْ بَنِي فَزَارَةَ تَزَوَّجَتْ عَلَى نَعْلَيْنِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرَضِيتِ مِنْ نَفْسِكِ وَمَالِكِ بِنَعْلَيْنِ قَالَتْ نَعَمْ قَالَ فَأَجَازَهُ
 
قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ عُمَرَ وَأَبِي هُرَيْرَةَ وَسَهْلِ بْنِ سَعْدٍ وَأَبِي سَعِيدٍ وَأَنَسٍ وَعَائِشَةَ وَجَابِرٍ وَأَبِي حَدْرَدٍ الْأَسْلَمِيِّ

Daripada ‘Asim bin ‘Ubaidillah bin ‘Abdullah bin ‘Amir bin Rabi’ah daripada bapanya bahawa ada seorang wanita daripada Bani Fazarah berkahwin dengan mahar sepasang kasut. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah anda setuju untuk dirimu dan harta dengan sepasang kasut?”. Wanita itu menjawab: “Ya”. Lalu Rasulullah s.a.w. membenarkan.

Al-Tirmizi berkata: “Di dalam bab ini ada diriwayatkan juga daripada ‘Umar, Abu Hurairah, ‘A’ishah dan Abi Hadrad al-Aslami”.

‘Asim adalah seorang yang dha’if kerana hafalannya buruk, sedangkan al-Tirmizi menghukumkan hadith ini hasan kerana ia mempunyai lebih daripada satu jalan.

3.2.1.5. KHABAR AHAD MAQBUL YANG MEMPUNYAI SOKONGAN

Pendahuluan

Di akhir perbahasan bahagian hadith maqbul, penulis akan menyentuh hadith maqbul yang mempunyai sokongan. Maksudnya ialah hadith yang mempunyai perkara-perkara tambahan selain daripada syarat-syarat yang diperlukan pada hadith maqbul.

Perkara-perkara tambahan yang ada pada sesuatu hadith maqbul akan menambahkan kekuatannya dan menjadikannya lebih istimewa daripada hadith-hadith maqbul yang lain yang tidak ada perkara-perkara tersebut di samping ia lebih diutamakan daripada yang lain.

Bahagian-bahagiannya

Hadith yang mempunyai sokongan ada beberapa bahagian, yang paling masyhur ialah:

Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam kitab Sahih mereka yang tidak mencapai tahap mutawatir. Ianya disokong dengan:

  1. Kedudukan mereka yang tinggi di dalam bidang ini.
  2. Kedua-dua kitab ini terkehadapan dalam membezakan hadith sahih berbanding dengan yang lain.
  3. Para ulama’ menerima baik kitab-kitab mereka. Penerimaan ini sahaja cukup kuat dalam menghasilkan ilmu daripada semata-mata banyak tariq yang tidak mencapai tahap mutawatir.
  4. Hadith masyhur yang mempunyai tariq yang berbeza semuanya tidak ada kedha’ifan perawi dan ‘illah.
  5. Hadith musalsal dengan para imam hafiz dan mempunyai sifat itqan (ketekunan dan ketelitian) yang tidak menjadi gharib. Seperti hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Imam al-Shafi’i daripada Imam Malik. Selain daripada Imam Ahmad, ramai lagi meriwayatkan daripada Imam al-Shafi’i, begitu juga selain dari Imam al-Shafi’i, ramai perawi lain yang meriwayatkannya daripada Imam Malik.

Hukumnya

Ia lebih kuat daripada mana-mana hadith ahad maqbul. Sekiranya hadith ahad yang memiliki sokongan, bercanggah dengan hadith-hadith maqbul yang lain, maka didahulukan hadith yang mempunyai sokongan itu.

3.2.2. KLASIFIKASI KHABAR MAQBUL KEPADA YANG YANG DIAMALKAN DAN TIDAK BOLEH DIAMALKAN

Khabar maqbul terbahagi kepada dua: yang boleh diamalkan dan tidak boleh diamalkan. Terbit daripada pembahagian ini dua ilmu hadith iaitu al-Muhkam wa Mukhtalif al-hadih dan al-nasikh wa al-Mansukh.

3.2.2.1. AL-MUHKAM WA MUKHTALIF AL-HADITH

Definisi al-Muhkam

Dari segi bahasa ia adalah isim maf’ul daripada perkataan “ahkama” yang bermaksud “atqana” iaitu mengemaskan; mengukuhkan.

Dari segi istilah pula ia adalah hadith maqbul yang selamat daripada percanggahan dengan hadith sepertinya.

Kebanyakan hadith adalah hadith muhkam. Bagi nisbah kepada keseluruhan hadith, sedikit sahaja hadith yang saling bercanggah dan berbeza (al-ahdadithal-muta’ aridah wa al-mukhtalifah).

Definisi Mukhtalif al-Hadith

Dari segi bahasa ia adalah isim fa’il daripada perkataan al-ikhtilaf  llawan kepada perkataan al-ikhtifa’. Maksud mukhtalif al-hadith ialah hadith-hadith yang sampai kepada kita dalam keadaan saling bercanggah dan bertentangan antara satu sama lain dari segi makna.

Menurut istilah pula ia adalah hadith maqbul yang bercanggah dengan hadith sepertinya dan boleh dihimpunkan (jama’ wa tawfiq) antara keduanya.

Iaitu hadith sahih atau hasan yang didatangi oleh hadith lain sepertinya dari segi martabat dan kekuatan, dan secara zahir menyanggahinya pada ma’na serta dapat dihimpunkan dan diselaraskan pengertian kedua-duanya oleh ahli ilmu dan ulama’ yang berfikiran tajam dalam bentuk yang boleh diterima.

 

SESI 12 – (SAMBUNGAN) AL-MUHKAM WA AL MUKHTALIF AL-HADITH, NASIKH AL-HADITH WA MANSUKHUH

UST MOHD HANIEF AWANG YAHAYA, 03-OGOS-15

3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.2.  FASAL KEDUA: KLASIFIKASI KHABAR AHAD BERDASARKAN KEPADA KEKUATAN DAN KELEMAHANNYA

3.2.2. KLASIFIKASI KHABAR MAQBUL KEPADA YANG YANG DIAMALKAN DAN TIDAK BOLEH DIAMALKAN

3.2.2.1.  AL-MUHKKAM WA MUKHTALIF AL-HADITH (Sambungan)

Contoh Hadith Mukhtalif

Hadith لَا عَدْوَى وَلَا طِيَرَة “Tidak ada jangkitan dan sial burung” yang dikeluarkan oleh Muslim dan hadith وَفِرَّ مِنْ الْمَجْذُومِ كَمَا تَفِرُّ مِنْ الْأَسَدِ “Larilah dari orang yang diserang kusta seperti anda lari dari singa” yang dikeluarkan oleh al-Bukhari.

Kedua-dua hadith ini adalah sahih, namun pada zahirnya ada pertentangan kerana hadith yang pertama menafikan jangkitan manakala hadith yang kedua mensabitkannya. Para ulama’ telah mengkompromikan dan menyelaraskan antara kedua-dua maknanya dengan pelbagai cara. Di sini penulis menyebutkan pandangan yang telah dipilih oleh al-Hafiz Ibn Hajar yang keterangannya seperti berikut:

Metode Penyelarasan

Cara menyelaraskan antara dua hadith ini boleh dikatakan, jangkitan itu dinafikan ada dan ianya tidak sabit berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w:

لا يٌعْدِي شيء شيئاً

“Sesuatu itu tidak boleh menjangkiti sesuatu yang lain“.

Dan sabda Baginda kepada orang yang mempersoalkan tentang unta yang berkurap yang berada di tengah-tengah unta sihat lalu bercampur dengannya dan unta dijangkiti kurap juga. Baginda menjawab:

فَمَنْ أَجْرَبَ الْأَوَّلَ

“Kalau begitu siapa yang menyebabkan jangkitan pada unta yang pertama?

Maksudnya ialah Allah s.w.t. yang menyebabkan penyakit itu pada yang kedua sebagaimana Dia menyebabkan pada yang pertama. Perintah lari atau menjauhi dari orang yang terkena kusta itu adalah sebagai menutup pintu-pintu kerosakan (Sadd al-Dhari’ah) supaya seseorang yang bergaul dengan pesakit kusta itu tidak terkena kepadanya penyakit kusta dengan takdir Allah bukan kerana jangkitan. Dengan itu, dia akan menyangka itu kerana dia bergaul dengan pesakit itu, lalu menyebabkannya mempercayai adanya jangkitan dan menjerumuskannya dalam dosa. Oleh kerana itu, diperintahkan supaya menjauhi pesakit kusta sebagai mengelak diri daripada terjerumus dalam kepercayaan yang membawanya kepada dosa.

Apakah Yang Wajib Dilakukan Bila Menemui Dua Hadith Maqbul Yang Saling Bertentangan?

Bila seseorang menemui dua hadith maqbul yang saling bertentangan, dia wajib mengikuti peringkat-peringkat berikut:

  1. Dia mesti menyelaraskan antara kedua hadith tersebut jika boleh dan wajib beramal dengan kedua-duanya.
  2. Jika tidak boleh diselaraskan dengan apa-apa sudut:
  • Sekiranya diketahui mana satu yang nasikh, maka itulah yang diutamakan dan diamalkan dengannya serta yang mansukh ditinggalkan.
  • Sekiranya tidak diketahui nasikh dan mansukh, maka ditarjihkan salah satunya dengan mana-mana bentuk tarjih yang berjumlah lebih daripada lima puluh bentuk. Dengan itu, hadith yang “rajih” (kuat) diamalkan.
  • Sekiranya salah satu hadith tersebut tidak dapat ditarjihkan – ini jarang berlaku – maka ditangguhkan beramal dengan hadith tersebut sehinggalah alasan yang kuat diketahui .

Kepentingan

Bahagian ini merupakan antara cabang ilmu hadith yang terpenting kerana semua ulama’ terpaksa mengetahuinya. Kemahiran yang sempurna di dalam disiplin ini hanya dimiliki oleh imam-imam yang menggabungkan antara ilmu hadith dan fiqh dan ulama’ usul yang menyelami makna-makna yang halus. Bagi mereka, jarang sekali timbul kemusykilan apabila berhadapan dengan hadith-hadith seperti ini.

Pertentangan dalil-dalil benar-benar telah merangsangkan fikiran ulama’. Padanya terserlah bakat dan kehalusan pemahaman serta pendapat mereka yang baik. Begitu juga padanya juga ramai orang yang mengharungi kebanjirannya pasti tergelincir iaitu dari kalangan mereka yang masih lagi mentah dalam menghadapi perbahasan para ulama’.

Kitab-Kitab Yang Terkenal

  1. Ikhtilaf al-Hadith karangan Imam al-Shafi’i. Beliau merupakan orang yang pertama membincangkan dan mengarang ilmu ini.
  2. Ta’wil Mukhtalif al-Hadith tulisan Ibn Qutaibah ‘Abdullah bin Muslim
  3. Mushkil al-Athar hasil karangan al-Tahawi Abu Ja’far Ahmad bin Salamah.

3.2.2.2. NASIKH AL-HADITH WAL MANSUKHUH

Definisi Nasakh

Nasakh dari sudut bahasa ia mempunyai dua makna, pertama, menghilangkan. Daripadanya terbit contoh nasakhat al-shams al-zill نسختْ الشمْسُ الظلَّ iaitu matahari menghilangkan bayangannya. Kedua, memindahkan. Daripadanya terbit contoh nasakhtu al-kitab َ نَسَخْتُ الكتاب iaitu saya memindahkan buku apabila saya menukilkan apa-apa yang ada padanya. Dengan ini, seolah-olah al-nasikh telah menghilangkan al-mansukh atau memindahkannya kepada hukum yang lain.

Manakala makna istilahnya ialah: Shari’ (Allah dan Rasul-Nya) telah mengangkat suatu hukum yang datang daripadanya dan menggantikan dengan hukum yang lain yang datang kemudian.

Kepentingan Dan Kesukarannya

Mengetahui hadith yang memansukhkan dan hadith yang dimansukhkan merupakan satu disiplin ilmu yang penting dan sukar. al-Zuhri pernah berkata: “Pengetahuan tentang hadith nasikh dan mansukh telah memenatkan dan melemahkan para fuqaha”.

Antara ulama’ terkenal yang menonjol dalam bidang ini ialah Imam al-Shafi’i dan beliau mempunyai jasa dan sumbangan yang sungguh besar. Imam Ahmad bertanya kepada Ibn Warah yang tiba dari Mesir: “Adakah anda mencatat buku-buku al-Shafi’i?”. Beliau menjawab: “Tidak”. Beliau berkata: “Anda telah cuai. Kami tidak mengetahui mana yang mujmal (lafaz yang ringkas yang tidak dijelaskan maksudnnya) dan mana yang mufassar (lafaz yang telah dijeaskan maksudnya oleh nas yang lain), mana yang hadith nasikh dan mana hadithb mansukh sehinggalah kamu duduk di majlis al-Shafi’i”.

 

SESI 13 – (SAMBUNGAN) NASIKH AL-HADITH WA MANSUUKHUH, KHABAR MARDUD DAN SEBAB-SEBAB PENOLAKANNYA, AL-DHA’IF

UST MOHD HANIEF AWANG YAHAYA – 09 OGOS 15

3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.2. FASAL KEDUA: KLASIFIKASI KHABAR AHAD BERDASARKAN KEPADA KEKUATAN DAN KELEMAHANNYA

3.2.2. KLASIFIKASI KHABAR MAQBUL KEPADA YANG YANG DIAMALKAN DAN TIDAK BOLEH DIAMALKAN

3.2.2.2. NASIKH AL-HADITH WAL MANSUKHUH (Sambungan)

Bagaimana Hadith Nasikh Dan Mansukh Diketahui?

Hadith nasikh dan mansukh diketahui dengan salah satu daripada perkara-perkara berikut:

  1. Penjelasan Rasulullah s.a.w seperti hadith Buraidah di dalam Sahih Muslim:

“Dahulu aku melarang kamu dari menziarahi kubur, maka ziarahilah kubur kerana ia mengingatkan kamu akan akhirat”

2. Kata-kata Sahabat seperti Jabir bin ’Abdullah berkata:

كَانَ آخِرَ الْأَمْرَيْنِ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَرْكُ الْوُضُوءِ مِمَّا غَيَّرَتْ النَّارُ

Perkara terakhir daripada Rasulullah s.a.w ialah tidak berwudhu’ kerana memakan makanan yang dimasak dengan api”.

Hadith ini telah dikeluarkan oleh pengarang-pengarang kitab Sunan

3. Mengetahui sejarah seperti hadith Shaddad bin Aus yang diriwayatkan oleh Abu Daud:

أَفْطَرَ الْحَاجِمُ وَالْمَحْجُومُ

“Puasa tukang bekam dan orang dibekam telah terbatal”.

Hadith ini telah dinasakhkan oleh hadith Ibn ‘Abbas:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ احْتَجَمَ وَهُوَ مُحْرِمٌ وَاحْتَجَمَ وَهُوَ صَائِمٌ

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah berbekam di dalam keadaan Baginda berihram dan berpuasa”.

Dalam sesetengah jalan, hadith Shaddad, itu berlaku pada zaman pembukaan Mekah sedangkan Ibn ‘Abbas mendampingi Baginda ketika Hajjah al-Wida’.

4. Petunjuk ijma’ seperti hadith:

مَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ فَاجْلِدُوهُ فَإِنْ عَادَ فِي الرَّابِعَةِ فَاقْتُلُوهُ

“Sesiapa meminum arak maka hendaklah kamu menyebatnya. Sekiranya dia mengulanginya pada kali keempat maka bunuhlahnya”. (Hadith riwayat al-Tirmizi dan Abu Daud)

Imam al-Nawawi berkata: Ijma’ menunjukkan tentang mansukhnya hukum itu. Ijma’ itu sendiri tidak memansukhkannya dan tidak juga dinasakhkan tetapi menunjukkan kepada nasikh (hadith yang menasakhkan).

Kitab-Kitab Yang Terkenal

  1. al-I’tibar fi al-Nasikh Wa al-Mansukh Min al-Athar karangan Abu Bakar Muhammad ibn Musa al-Hazimi.
  2. al-Nasikh wa al-Mansukh karangan Imam Ahmad
  3. Tajrid al-Ahadith al-Mansukhah tulisan Ibn al-Jawzi.

3.3. KHABAR MARDUD DAN SEBAB-SEBAB PENOLAKANNYA

Definisi

Hadith yang tidak terbukti kebenaran perawinya kerana ketiadaan salah satu atau lebih syarat penerimaan hadith yang kita telah bincangkan dalam perbahasan hadith sahih.

Pembahagian Mardud Dan Sebab-Sebab Penolakannya

Ulama’ telah membahagikan khabar mardud kepada beberapa bahagian. Bagi setiap bahagian itu, ulama’ telah menyebutkan namanya masing-masing. Ada juga yang tidak diberikan nama khusus tetapi mereka menamakannya dengan nama umum iaitu dha’if.

Terdapat banyak sebab-sebab penolakan sesuatu hadith namun secara ringkasnya ia merujuk kepada dua sebab utama iaitu:

  1. Keguguran perawi daripada sanad
  2. Kecaman terhadap perawi

Di bawah setiap sebab ini terdapat pelbagai bentuk. Penulis akan membincangkan dengan berasingan secara terperinci dengan didahului dengan perbahasan dha’if yang dikira sebagai nama umum bagi hadith mardud.

3.3.1. PERBAHASAN PERTAMA: AL-DHA’IF

Definisi

Dari sudut bahasa ia lawan kepada al-qawiyy (yang kuat), kelemahan itu terbahagi kepada yang konkrit dan abstrak. Yang dimaksudkan di sini ialah kelemahan abstrak.

Makna istilahnya pula ialah hadith yang tidak mencukupi sifat hasan kerana ketiadaan salah satu syaratnya.

Al-Baiquni mengungkapkan di dalam nazamnya:

“Setiap hadith rendah daripada tingkat hasan, maka itu dha’if dan banyak pula bahagiannya“.

Kepelbagaiannya

Tahap kedha’ifan hadith berbeza mengikut tahap berat dan ringan kelemahan para perawi sebagaimana terdapat pelbagai tingkatan bagi hadith sahih. Antaranya dha’if, da’if jiddan, wahi, munkar dan yang paling buruk ialah maudu’.

Sanad Yang Paling Lemah

Berdasarkan kepada perbahasan dalam hadith sahih tentang sanad yang paling sahih, ulama’ menyebut dalam perbahasan dha’if satu istilah yang dinamakan sanad yang paling lemah. Al-Hakim al-Naisaburi menyebut beberapa sanad yang paling dha’if dengan nisbah kepada sebahagian Sahabat, sebahagian kawasan dan negeri. Penulis akan menyebutkan beberapa contoh daripada kitab al-Hakim dan kitab-kitab lain.

  1. Sanad yang paling lemah dengan nisbah kepada Abu Bakar al-Siddiq iaitu Sadaqah bin Musa al-Daqiqi daripada Farqad al-Sabakhi daripada Murrah al-Tayyib daripada Abu Bakar.
  2. Sanad penduduk Sham yang paling lemah iaitu Muhammad bin Qays al-Maslub daripada `Ubaidullah bin Zahr daripada `Ali bin Yazid daripada al-Qasim daripada Abi Umamah.
  3. Sanad yang paling lemah dengan nisbah kepada Ibn ‘Abbas iaitu al-Suddi al-Saghir Muhammad bin Marwan daripada al-Kalbi daripada Abu Salih daripada Ibn Abbas. Hafiz Ibn Hajr berkata: Ini adalah silsilah dusta bukan silsilah emas.

Contoh

Hadith yang dikeluarkan oleh al-Tirmizi daripada tariq Hakim al-Athram daripada Abu Tamimah al-Hujaimi daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang mendatangi perempuan yang haidh atau mendatangi isteri pada duburnya atau menemui tukang tilik, sesungguhnya dia telah mengkufuri apa yang telah diturunkan kepada Muhammad s.a.w”.

Setelah mengeluarkan hadith ini, al-Tirmizi mengulas: Kita tidak mengetahui hadith ini dari hadith Hakim al-Athram daripada Abu Tamimah al-Hujaimi daripada Abu Hurairah”. Kemudian al-Tirmizi berkata lagi: “Muhammad al-Bukhari telah mendha’ifkan hadith ini dari sudut sanadnya. Penulis berpendapat ini kerana pada sanadnya ada Hakim al-Athram. Ulama’ telah mengatakan bahawa dia adalah dha’if. Dalam Taqrib al-Tahdhib, Hafiz Ibn Hajar berkata: “Padanya ada kelemahan”.

Hukum Meriwayatkan Hadith Dha’if

Di sisi ulama’ hadith dan juga orang lain, harus meriwayatkan hadith dha’if dan bermudah pada sanadnya tanpa menjelaskan kedha’ifannya, berbeza dengan yang maudhu’ kerana tidak boleh meriwayatkannya kecuali dengan menjelaskan tentang kepalsuannya. Keharusan meriwayatkan hadih dha’if adalah dengan dua syarat:

  1. Tidak berkait dengan ‘akidah.
  2. Periwayatan itu bukan tentang hukum syara’ yang berkaitan dengan halal haram.

Harus meriwayatkannya pada perkara seperti peringatan, galakan, ancaman, cerita-cerita dan sebagainya. Antara mereka yang disebutkan bermudah-mudah dalam meriwayatkannya ialah Sufyan al-Thauri, ‘Abdul Rahman bin Mahdi dan Ahmad bin Hanbal.

Perlu diberi perhatian apabila anda meriwayatkan hadith dha’if tanpa sanad, maka janganlah anda menyebutkan, “Rasulullah s.a.w bersabda”, tetapi katakanlah, “Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w…” atau `Sampai kepada kami’ dan seumpamanya supaya anda tidak secara pasti menisbahkan hadith tersebut kepada Rasulullah s.a.w sedangkan anda mengetahui kelemahannya.

Hukum Beramal Dengan Hadith Dha’if

Ulama’ berbeza pendapat tentang hukum beramal dengan hadith dha’if. Pendapat yang dipegang oleh majoriti ulama’ ialah dianggap elok beramal dengan hadith da’if berkenaan dengan keutamaan-keutamaan amalan namun dengan tiga syarat yang telah dihuraikan oleh Hafiz Ibn Hajar.

  1. Kedha’ifan yang tidak bersangatan.
  2. Ia termasuk di bawah prinsip atau dalil yang diamalkan.
  3. Tidak boleh yakin tentang sabitnya dari Rasulullah s.a.w ketika beramal dengannya bahkan mesti berhati-hati.

Kitab-Kitab Terkenal Yang Didapati Mengandungi Banyak Hadith Dha’if:

  1. Kitab-kitab yang disusun berkenaan perawi-perawi dha’if seperti Kitab al-Dhu’afa’ tulisan Ibn Hibban, Mizan al-I’tidal karangan al-Zahabi. Mereka telah menyebutkan contoh-contoh hadith dha’if yang menjadi dha’if kerana periwayatan orang-orang dha’if tersebut.
  2. Kitab-kitab yang disusun tentang bentuk-bentuk dha’if secara khusus seperti kitab-kitab al-Marasil al-‘Ilal, al-Mudraj dan sebagainya. Contohnya Kitab al-Marasil tulisan Abu Dauud, Kitab al-Ilal susunan al-Daruqutni.

 

SESI 14 – MARDUD DENGAN SEBAB GUGUR PERAWI DARI SANAD, AL-MU’ALLAQ, AL-MURSAL

UST MOHD HANIEF AWANG YAHAYA, 16-OGOS-15

3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.3. KHABAR MARDUD DAN SEBAB-SEBAB PENOLAKANNYA

3.3.2. PERBAHASAN KEDUA: MARDUD DENGAN SEBAB GUGUR PERAWI DARI SANAD

Maksud gugur dari sanad ialah terputus rantaian perawi dengan sebab gugur seorang perawi dari sanad, secara sengaja ataupun tidak, yang dilakukan oleh sebahagian perawi, sama ada dari awal sanad, pertengahan ataupun akhir, sama ada secara jelas atau tersembunyi.

Bahagian-Bahagian Gugur

Berdasarkan kepada jelasnya atau tidak gugur perawi dari sanad itu terbahagi kepada dua:

Pertama: Gugur Yang Jelas

Gugur ini diketahui oleh para imam dan mereka yang terlibat dengan ilmu-ilmu hadith. Bentuk gugur ini dapat dikesan berdasarkan kepada seorang perawi itu tidak bertemu dengan gurunya. Sama ada dia tidak sezaman dengannya atau sezaman tetapi tidak sempat bertemu dengannya (dan tidak mempunyai ijazah dan juga wijadah). Oleh itu, pengkaji sanad-sanad hadith perlu mengetahui sejarah perawi-perawi kerana ia mengandungi keterangan tentang tarikh lahir dan wafat, zaman pengajian, pengembaraan mereka dan sebagainya.

Ulama hadith telah memperkenalkan empat nama bagi hadith yang mengalami gugur yang jelas berdasarkan kepada tempat atau bilangan perawi yang gugur.

  1. al- Mu‘allaq
  2. al-Mursal
  3. al-Mu‘dal
  4. al-Munqati’

Kedua: Gugur Tersembunyi

Bahagian ini hanya diketahui oleh para imam yang mahir dan mengetahui jalan-jalan hadithbdan kecacatan-kecacatan sanad. Ia mempunyai dua nama iaitu:

  1. al-Mudallas
  2. al-Mursal al-Khafi

3.3.2.1. AL-MU’ALLAQ

Definisi

Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek bagi kata kerja ” ‘allaqa al-syai’ ” iaitu menggantungkan dan mengikatnya supaya ia menjadi tergantung. Sanad ini dinamakan dengan mu’allaq kerana ia bersambung dengan bahagian atas sanad sahaja dan terputus pada bahagian paling bawah seperti sesuatu yang tergantung pada bumbung.

Dari segi istilah ia adalah hadith yang dibuang seorang perawi atau lebih pada awal sanad secara berturut-turut.

Bentuknya

  1. Keseluruhan sanad dibuang kemudian dikatakan Rasulullah s.a.w. bersabda…
  2. Keseluruhan sanad dibuang kecuali Sahabat atau Sahabat dan tabi’in.

Contoh

Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di awal tajuk Bab Ma Yudhkar fi al-Fakhdh:

وَقَالَ أَبُو مُوسَى غَطَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رُكْبَتَيْهِ حِينَ دَخَلَ عُثْمَانُ

Abu Musa berkata: Rasulullah s.a.w. menutup kedua-dua lututnya ketika ‘Uthman masuk

Hadith ini adalah hadith mu‘allaq kerana Imam al-Bukhari membuang keseluruhan sanadnya kecuali Sahabat sahaja iaitu Abu Musa al-Ash’ari.

Hukum Hadith Mu‘allaq

Hadis mu‘allaq adalah mardud (tertolak) kerana ia tidak mempunyai salah satu syarat penerimaan hadith iaitu bersambung-sambung sanad. Tertolaknya hadith itu dengan sebab gugur seorang atau lebih perawi dari sanad dalam keadaan tidak diketahui keadaan perawi yang gugur itu.

Hukum Hadith-Hadith Mu‘allaq Dalam Sahih al-Bukhari Dan Muslim

Hukum ini iaitu hadith mu‘allaq tertolak hanya kepada hadith mu‘allaq secara mutlak. Tetapi jika hadith mu‘allaq itu didapati di dalam kitab yang pengarangnya beriltizam hanya mengeluarkan hadith sahih sahaja seperti Sahih al-Bukhari dan Muslim, maka ia mempunyai hukum yang tersendiri. Penulis sudahpun menyentuhnya dalam perbahasan hadith sahih. Namun tidak mengapa untuk disebutkan juga di sini.

  1. Hadith yang disebutkan dengan lafaz yang pasti seperti ‘berkata’, ‘menyuruh’ dan ‘menyebut’ maka ia dihukumkan sebagai sahih daripada orang yang disandarkan kepadanya hadith itu.
  2. Hadith yang dikemukakan dengan lafaz yang tidak pasti seperti ‘diriwayatkan daripada’, ‘disebutkan’, ‘diceritakan’, ‘telah diriwayatkan’, ‘telah disebutkan’, maka ia tidak dihukumkan sebagai sahih. Bagaimanapun di dalam Sahih al-Bukhari ini, tidak ada satupun hadis wahin (sangat dha’if) untuk dimasukkan dalam kitab yang dinamakan dengan kitab Sahih. Untuk mengetahui kesahihan dan kedha’ifan hadith ini, perlu mengkaji sanad hadith ini dan menghukumnya sesuai dengan kedudukannya.

3.3.2.2. AL-MURSAL

Definisi

Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek bagi kata kerja “arsal” iaitu melepaskan. Seolah-olah orang yang meriwayatkan hadith secara mursal melepaskan sanadnya tanpa mengikatnya dengan perawi yang dikenali.

Dari segi istilah ia adalah hadith yang gugur dari penghujung sanad perawi selepas tabi’in.

Bentuknya

Bentuknya ialah seorang tabi’in – besar atau kecil berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, melakukan sesuatu atau sesuatu perkara dilakukan di hadapan Baginda. Ini adalah bentuk mursal di sisi ulama hadith.

Contoh:

Hadith yang dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya dalam kitab al-Buyu’

وحدثني محمد بن رافع حدثنا حجين بن المثنى حدثنا الليث عن عقيل عن ابن شهاب عن سعيد بن المسيب أن رسول اللّه عليه وسلم نهى عن بيع المزابنة

Kata Imam Muslim: Muhammad bin Rafi’ menceritakan kepadaku bahawa al-Laith menceritakan daripada`Uqail daripada Ibn Shihab daripada Sa’id bin al-Musayyab bahawa Rasulullah s.a.w melarang dari al-muzabanah dan al-muhaqalah.

Sa’id bin al-Musayyab adalah tabi’in besar telah meriwayatkan hadith ini daripada Rasulullah s.a.w tanpa menyebut perantaraan di antaranya dengan Rasulullah s.a.w. Beliau telah menggugurkan daripada sanad ini seorang perawi selepas dari tabi’in. Paling kurang seorang Sahabat yang gugur dan berkemungkinan gugur bersama Sahabat itu perawi lain seperti seorang tabi’in.

Mursal Menurut Fuqaha’ Dan Ulama’ Usul

Bentuk mursal yang penulis sebutkan itu adalah mursal di sisi Ulama Hadith. Sementara itu, mursal menurut Fuqaha dan Ulama Usul lebih luas lagi. Bagi mereka, setiap hadith munqati’ tanpa mengira bagaimana bentuk terputus sanadnya adalah mursal. Ini juga pendapat al-Khatib al-Baghdadi.

Hukumnya

Mursal pada asalnya dha’if dan tertolak kerana tidak memiliki salah satu syarat hadith maqbul iaitu tidak bersambung-sambung sanadnya dan kedudukan perawi yang digugurkan tidak diketahui. Ada kemungkinan perawi yang gugur itu bukan Sahabat. Dalam hal ini, boleh jadi perawi yang gugur itu bukan Sahabat. Dalam hal ini, boleh jadi perawi yang gugur itu dha’if.

Walaupun begitu, ulama’ hadith dan lain-lain tidak sepakat tentang hukum hadith mursal dan berhujah dengannya kerana bentuk inqita’ (terputus sanad) berbeza dengan yang lain. Juga kerana perawi yang gugur itu biasanya Sahabat dan kesemua Sahabat adalah adil dan tidak menjejaskan sanad jika mereka tidak diketahui.

Ringkasnya ada tiga pendapat ulama’ tentang hadith mursal:

  1. Dha’if dan Mardud, iaitu di sisi kebanyakan ulama’ hadith, ulama’ usul dan fuqaha. Hujah mereka ialah kerana tidak diketahui kedudukan perawi yang digugurkan kerana ada kemungkinan dia bukan Sahabat.
  2. Sahih dan dijadikan hujah, ini pendapat Imam Abu Hanifah, Malik dan Ahmad dalam satu riwayat yang masyhur daripadanya serta sekumpulan ulama’ dengan syarat perawi yang memursalkan itu seorang thiqah dan hanya memursalkan daripada perawi thiqah sahaja. Hujah mereka ialah tabi’in yang thiqah tidak menganggap harus untuk berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda kecuali beliau mendengar daripada perawi yang thiqah.
  3. Menerima dengan syarat. Iaitu mursal menjadi sahih dengan beberapa syarat. Ini merupakan pendapat al-Shafi’i dan sebahagian ahli ilmu. Ada empat syarat, tiga berkenaan dengan perawi yang memursalkan dan satu berkenaan hadith mursal itu. Syarat-Syarat tersebut ialah: a) Perawi yang memursalkan itu adalah tabi’i yang besar b) Apabila beliau menyebutkan perawi yang digugurkan itu, beliau akan menamakan perawi yang thiqah. c) Beliau tidak bercanggah dengan perawi-perawi yang hafiz dan dipercayai jika mereka meriwayatkan hadis yang sama. Tiga syarat di atas hendaklah disertakan dengan salah satu syarat yang berikut:
  • Hadith itu diriwayatkan melalui jalan yang lain secara musnad (bersambung)
  • Hadith itu diriwayatkan secara mursal melalui tariq yang lain bukan dari perawi hadith mursal yang pertama itu.
  • Hadith itu bertepatan dengan qaul al-Sahabi (pendapat Sahabat)
  • Kebanyakan ulama menfatwakan mengikut ma’na hadith itu.

Apabila syarat-syarat ini dipenuhi, kesahihan punca hadith mursal itu akan terbukti begitu juga riwayat-riwayat lain yang menyokongnya. Kedua-duanya adalah sahih. Sekiranya terdapat suatu hadith sahih yang mempunyai satu jalan (sanad) bercanggah dengannya dan tidak dapat diselaraskan antara kedua-duanya maka hadith itu akan ditarjihkan dengan sebab mempunyai bentuk jalan.

Perkara-perkara yang menjadi tambahan kepada syarat-syarat di atas dapat dihuraikan dengan cara berikut:

Hadis mursal + hadis musnad = sahih

Hadis mursal + hadis mursal = sahih

Hadis mursal + qawl sahabat = sahih

Hadis mursal + fatwa kebanyakan ulama’ = sahih

Mursal al-Sahabi

Iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Sahabat tentang ucapan atau perbuatan Rasululah s.a.w yang tidak pernah didengari dan disaksikannya. Sama ada kerana usianya yang muda atau lewat memeluk Islam atau tidak ada di samping Baginda. Hadith-hadith Sahabat-sahabat yang kecil termasuk di dalam bahagian ini seperti Ibn Abbas, Ibn al-Zubayr dan lain-lain.

Hukum Mursal al-Sahabi

Mengikut pendapat yang masyhur yang diputuskan oleh majoriti ulama’ ialah sahih dan dijadikan hujah kerana jarang berlaku periwayatan Sahabat daripada tabi’in. Apabila Sahabat meriwayatkan daripada tabi’in mereka akan menyatakan dan mereka berkata: Rasulullah s.a.w bersabda hukum asal ialah mereka mendengar daripada Sahabat lain. Sebagaimana ditegaskan sebelum ini, menggugurkan Sahabat di dalam periwayatan tidak menjejaskan sanad.

Dikatakan hukum mursal al-Sahabi seperti mursal lain, tetapi pendapat ini dha’if dan tertolak.

Kitab-kitab yang masyhur

  1. Al-Marasil karangan Abu Daud.
  2. Al-Marasil karangan Ibn Abi Hatim
  3. Jami’ al-Tahsil Li Ahkam al-Marasil karangan al-‘Ala’’i

 

SESI 15 – AL-MU’DAL, AL-MUNQATI’

UST MOHD HANIEF AWANG YAHAYA, 23 OGOS 15

3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.3. KHABAR MARDUD DAN SEBAB-SEBAB PENOLAKANNYA

3.3.2. PERBAHASAN KEDUA: MARDUD DENGAN SEBAB UGUR PERAWI DARI SANAD

3.3.2.3. AL-MU’DAL الُمْعَضل

Definisi

Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek bagi kata kerja a’dala َ أعْضَل iaitu memenatkan. Dari segi istilah ia adalah hadith yang gugur dari sanad dua orang perawi berturut-turut.

Contohnya

Hadith yang diriwayatkan oleh al-Hakim dalam Ma’rifah ‘Ulum al-Hadith dengan sanadnya kepada al-Qa’nabi

عن مالك إنه قد بلغه أن أبا هريرة قال قال رسول اللّه عليه وسلم للملوك طعامه وكسوته بلامعروف ولا يكلف من العمل إلا ما يطيق هذا معضل أعضله عن مالك هكذا في الموطأ

“Daripada Malik bahawa sampai kepadanya bahawa Abu Hurairah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Hamba yang dimiliki itu berhak mendapat makanannya, pakaiannya secara yang baik. Dia tidak boleh dibebankan dengan kerja melainkan yang mampu dilaksanakannya. Al-Hakim berkata: Hadith ini mu’dal daripada Malik demikianlah yang diriwayatkannya secara mu’dal di dalam al-Muwatta’ ”

Hadith ini mu’dal kerana dua orang perawi berturut-turut gugur antara Malik dan Abu Hurairah. Kita telahpun mengetahui bahawa keguguran ini berlaku berdasarkan kepada hadith lain yang diriwayatkan di luar kitab al-Muwatta`. Sanad itu ialah daripada Malik daripada Muhammad bin ‘Ajlan daripada bapanya daripada Abu Hurairah.

Hukumnya

Mu’dal adalah hadith yang dha’if dan keadaannya lebih buruk daripada hadith mursal dan munqati’ kerana ramainya perawi yang gugur daripada sanad. Hukum ini sepakat di kalangan ulama’.

Persamaan Antara Mu’dal Dan Mu’allaq

Di antara mu’dal dan mu’allaq terdapat hubungan keumuman dan kekhususan dari satu sudut.

  1. Menyerupai mu’allaq dari sudut, apabila dua orang perawi berturut-turut dibuang dari permulaan sanadnya. Pada ketika itu, hadith ini dalam masa yang sama mu’dal dan mu’allaq.
  2. Berbeza dalam dua bentuk:
  • Apabila dua orang perawi berturut-turut dibuang dari pertengahan sanad maka itu adalah mu’dal tidak mu`allaq.
  • Apabila seorang perawi sahaja yang dibuang dari permulaan sanad, maka ia adalah mu’allaq tidak mu’dal.

Antara Sumber Hadith Mu’dal

Al-Suyuti menulis: Di antara sumber hadith mu’dal ialah:

  1. Kitab al-Sunan karangan Sa’id bin Mansur.
  2. Kitab-kitab Ibn Abi al-Dunya.

3.3.2.4. AL-MUNQATI’

Definisi

Dari segi bahasa ia adalah kata nama pelaku bagi kata kerja inqata’a انقطع iaitu terputus. Dari segi istilah ia adalah hadith yang sanadnya tidak bersambung dari mana sudut sekalipun.

Contohnya

Iaitu setiap sanad yang terputus di mana-mana tempat sanad sama ada di awal sanad atau akhirnya atau pertengahannya. Dengan itu, termasuk di dalam ta’rif ini, mursal, mua’allaq dan mu’dal.

Bagaimanapun, ulama Mustalah al-Hadith mutakhirin mengkhususkan munqati’ dengan hadith yang tidak mempunyai bentuk hadith mursal, mu’allaq atau mu’dal. Begitu juga kebiasaan penggunaan ulama’ mutaqaddimin. Oleh kerana itu, Imam al-Nawawi menyatakan: “Munqati’ itu lebih banyak digunakan kepada riwayat perawi yang berada pada tingkatan selepas tabi‘i daripada Sahabat seperti Malik daripada Ibn ‘Umar.

Munqati` Mengikut Ulama’ Hadith Yang Mutakhir

Iaitu hadith yang tidak bersambung sanadnya yang tidak termasuk di dalam nama mursal, mu’allaq atau mu’dal. Seolah-olah munqati’ lebih umum bagi setiap sanad yang terputus selain dari tiga bentuk iaitu gugur di awal sanad, gugur di akhir sanad atau gugur dua perawi berturut-turut di mana-mana tempat. Inilah yang dipilih oleh Hafiz Ibn Hajar di dalam Nukhbah al-Fikar dan syarahnya, Nuzhah al-Nazar.

Kadang-kadang terputus sanad berlaku di satu bahagian pada sanad kadang-kadang berlaku lebih daripada satu seperti dua atau tiga bahagian.

Contohnya

Hadith yang diriwayatkan oleh ‘Abd al-Razzaq:

ثنا عبد الرازق قال ذكر الثوري عن أبي إسحاق عن زيد بن يثيع عن حذيفة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إن وليتموها أبا بكر فقوي أمين

“‘Abd al-Razzaq telah menceritakan kepada kami katanya al-Thauri telah menyebutkan daripada Abu Ishaq daripada Zaid bin Yuthay’ daripada Huzaifah secara marfu’: Jika kamu melantik Abu Bakar akan jawatan itu maka beliau adalah seorang yang kuat dan amanah”.

Di pertengahan sanad ini, seorang perawi telah gugur iaitu Sharik antara al-Thauri dan Abu Ishaq kerana al-Thawri tidak pernah mendengar hadis daripada Abu Ishaq secara langsung. Sebenarnya beliau mendengar daripada Sharik dan Sharik mendengar daripada Abu Ishaq.

Terputus sanad ini tidak sesuai untuk dikatakan sebagai mursal, mu’allaq atau mu’dal. Justeru kita mengatakan ia adalah munqati’.

Hukumnya

Munqati’ adalah dha’if dengan sepakat ulama’ kerana tidak diketahui kedudukan perawi yang gugur.

 

SESI 16 – AL-MUDALLAS

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 06 Sep 15

3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.3. KHABAR MARDUD DAN SEBAB-SEBAB PENOLAKANNYA

3.3.2. PERBAHASAN KEDUA: MARDUD DENGAN SEBAB UGUR PERAWI DARI SANAD

3.3.2.5. AL-MUDALLAS المدلّس

Definisi al-Tadlis

Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek bagi kata dasar tadlis تدليس iaitu menyembunyikan kecacatan barang daripada pembeli. Kata akar tadlis ialah al-dalas الدَّلَس iaitu kegelapan atau pencampurnan dengan kegelapan sebagaimana yang disebutkan oleh kitab al-Qamus al-Muhit. Seolah-olah, kerana perawi mudallis menyembunyikan kepada orang yang mahu mengetahui sesebuah hadith bermakna dia telah menggelapkan perkara itu dan jadilah hadith itu “mudallas” (digelapkan).

Dari segi istilah ia adalah menyembunyikan keaiban di dalam sanad dan memperelokkan zahirnya.

Pembahagian Tadlis

Tadlis mempunyai dua bahagian utama iaitu Tadlis al-Isnad dan Tadlis al-Shuyukh.

Tadlis al-Isnad

Ulama’ telah memberi pelbagai definisi bagi tadlis al-Isnad. Penulis akan memilih ta’rif yang paling sahih dan paling halus mengikut pandangan penulis iaitu ta’rif Imam Abu Ahmad bin ‘Amar al-Bazzar dan Abu al-Hasan bin al-Qattan. Ta’rif tersebut ialah: “Seorang perawi meriwayatkan hadith–hadith yang tidak pernah didengari daripada perawi yang dia ada mendengar daripadanya tanpa menyebut dengan jelas bahawa dia mendengar daripadanya”.

Huraian Ta’rif

Maksud ta’rif ini ialah Tadlis al-Isnad ialah seorang perawi telah meriwayatkan beberapa hadith daripada seorang syeikh yang dia pernah mendengar daripadanya tetapi hadith yang ditadliskannya itu dia tidak mendengar sendiri daripada syeikh tersebut. Sebenarnya dia meriwayatkannya daripada syeikh yang lain daripada syeikh yang pertama tadi. Jadi dia telah menggugurkan syeikh tersebut lalu meriwayatkan dengan lafaz yang diandaikan dia mendengar sendiri seperti قال ‘dia telah berkata’ atau عن ‘daripada’. Bagaimanapun dia tidak menyatakan dengan jelas bahawa dia mendengar hadith tersebut daripada syeikh itu. Dengan sebab itu dia tidak boleh berkata, سمعتُ ‘Saya mendengar’, حth دَّثني ‘telah menceritakan kepada saya’, supaya dia tidak menjadi seorang pendusta besar dengan sebab perbuatan itu. Kadang-kadang perawi yang digugurkannya itu lebih daripada seorang.

Perbezaan Antara Tadlis al-Isnad Dan al-Irsal al-Khafiy

Setelah mengemukakan ta’rifnya, Abu al-Hasan al-Qattan menyatakan: “Perbezaan di antara Tadlis al-Isnad dan al-Irsal al-Khafiy iaitu al-Irsal ialah perawinya adalah daripada orang yang dia tidak pernah mendengar hadith daripadanya. Ringkasnya ialah al-Mursil al-Khafiy (perawi yang melakukan al-Irsal al-Khafiy) dan al-Mudallis meriwayatkan daripada syeikh hadith yang tidak pernah didengari daripada syeikh itu dengan lafaz yang memberi kemungkinan dia mendengar. Tetapi al-Mudallis ada mendengar juga beberapa hadith lain selain daripada hadith yang ditadliskannya sedangkan al-Mursil al-Khafiy langsung tidak pernah mendengar hadith daripada syeikh tersebut, baik hadith yang dimursalkannya atau hadith-hadith lain. Cumanya dia hanya hidup sezaman atau pernah bertemu sahaja.

Contohnya:

Hadith yang dikeluarkan oleh al-Hakim dengan sanadnya melalui ‘Ali bin Khashram,

علي بن خشرم قال قال لنا بن عيينة عن الزهري فقيل له سمعته من الزهري فقال لا ولا ممن سمعه من الزهري حدثني عبد الرزاق عن معمر عن الزهري

“‘Ali bin Khashram berkata, Ibn ‘Uyainah berkata kepada kami daripada al-Zuhri lalu beliau ditanya adakah anda mendengar daripada al-Zuhri katanya tidak, tidak dari orang yang mendengarnya daripada al-Zuhri. ‘Abd al-Razzaq telah menceritakan kepadaku daripada Ma’mar daripada al-Zuhri.”

Di dalam contoh ini, Ibn ‘Uyainah telah menggugurkan dua orang perawi di antara beliau dan al-Zuhri.

Tadlis al-Taswiyah

Sebenarnya bentuk tadlis ini salah satu bentuk Tadlis al-Isnad. Ta’rifnya ialah periwayatan seorang perawi daripada syeikhnya kemudian menggugurkan seorang perawi da’if di antara dua perawi thiqah yang masing-masing saling bertemu. Gambarannya ialah seorang perawi meriwayatkan satu hadith daripada seorang syeikh yang thiqah. Syeikh yang thiqah itu meriwayatkan daripada perawi dha’if daripada perawi thiqah. Dua perawi yang thiqah ini pernah bertemu. Lalu perawi yang mendengar hadith daripada thiqah yang pertama datang dengan menggugurkan perawi dha’if yang terdapat di dalam sanad. Dia menjadikan sanad itu daripada syeikh yang thiqah dari syeikh thiqah yang kedua dengan lafaz yang tidak jelas lalu dia telah menyamakan keseluruhan sanad itu daripada perawi-perawi thiqah.

Ini adalah bentuk tadlis yang paling jelik kerana perawi thiqah yang pertama kemungkinan tidak pernah dikenali sebagai mudallis. Orang yang datang kemudian dan melihat sanad ini setelah berlaku tadlis taswiyah akan mendapati ianya telah diriwayatkan daripada perawi thiqah lalu dia menghukumkan sahih. Maka ini adalah satu tipu daya yang dahsyat.

Perawi Yang Terkenal Melakukan Tadlis

  1. Baqiyyah bin al-Walid. Abu Mushir berkata : “Hadith-hadith Baqiyyah tidaklah bersih maka hendaklah anda berwaspada”
  2. Al-Walid bin Muslim. Contohnya ialah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim di dalam kitabnya al-‘Ilal, katanya: Saya mendengar bapa saya berkata: -lalu dia menyebutkan hadith yang diriwayatkan oleh Ishaq bin Rahawaih daripada Baqiyyah, Abu Wahb al-Asadi telah menceritakan kepada saya daripada Nafi’ daripada Ibn `Umar hadith: Jangan kamu memuji keislaman seseorang sehinggalah kamu mengetahui pegangannya. Bapa saya berkata: Hadith ini mempunyai satu perkara yang jarang diketahui. Hadith ini diriwayatkan daripada ‘Ubaidullah bin ‘Amar (thiqah) daripada Ishaq bin Abu Farwah (dha’if) daripada Nafi’ daripada Ibn `Umar daripada Rasulullah s.a.w. `Ubaidullah adalah seorang yang thiqah. Ibn `Amar, kuniahnya ialah Abu Wahb dan dia dinisbahkan dengan al-Asadi. Baqiyyah telah menyebutkan ‘Ubaidullah dengan kuniahnya dan menisbahkannya kepada Bani Asad supaya kedudukannya tidak diketahui sehingga orang lain tidak menyedari bahawa dia menggugurkan Ishaq bin Abi Farwah.

Tadlis al-Shuyukh

Definisi: Seorang perawi meriwayatkan satu hadith yang didengarnya daripada syeikh lalu dia menamakannya, memberikan kunyah, menisbahkannya atau menyifatkannya dengan sesuatu yang syeikh itu tidak dikenali dengannya supaya tidak dikenali.

Huraian Ta’rif: seorang meriwayatkan sebuah hadith daripada seorang syeikh yang dia belajar dan mendengar riwayat daripadanya, yakni tidak berlaku pengguguran dan pada tadlis al-shuyukh tetapi terdapat penyamaran dan penyembunyian bagi nama syeikh itu, kuninah, nisbahnya atau sifatnya. Bagi menjelaskan lagi kita katakan:

  1. Nama syeikh: Mahmud bin Ahmad al-Tahhan
  2. Kunyah : Abu Hafs
  3. Nisbah: al-Tahhan
  4. Antara sifatnya: berjanggut putih.

Maka datanglah seorang perawi mudallis lalu dia berkata, telah meriwayatkan kepada saya:

  1. Ibn Ahmad
  2. Atau Abu Suhayl
  3. Atau Mahmud al-Halabi
  4. Atau si janggut putih

Perkara-perkara ini bertepatan dan bersesuaian dengan syeikh kerana:

  1. Namanya itu memang Ibn Ahmad (anak Ahmad)
  2. Kunyahnya Abu Suhayl kerana salah seorang anaknya bernama Suhayl
  3. Nisbahnya al-Halabi kerana beliau dari Bandar Halab.
  4. Sifatnya, memang beliau mempunyai janggut putih.

Bagaimanapun syeikh ini tidak dikenali di kalangan orang ramai dengan nama ini. Oleh itu, menamakannya dengan nama ini merupakan satu bentuk penyamaran dan penyembunyian dan inilah yang dikehendaki oleh perawi mudallis, iaitu mensifatkannya dengan sesuatu yang orang lain mengenalnya supaya tidak dikenali. Ini kerana terdapat aib pada syeikh itu seperti dha’if, masih muda dan sebagainya.

Contohnya: Abu Bakr bin Mujahid, salah seorang imam qiraat berkata: `Abdullah bin Abi `Abdullah menceritakan kepada saya. Yang dimaksudkannya ialah Abu Bakr bin Abu Daud al-Sajistani.

Hukum Tadlis

Tadlis al-Isnad hukumnya ialah sangat makruh dan dicela oleh kebanyakan ulama’. Shu’bah adalah seorang ulama yang keras dalam mencela tadlis sehingga ada beberapa celaan daripada beliau. Antaranya ialah, tadlis adalah saudara berdusta.

Manakala hukum tadlis al-Taswiyah lebih makruh lagi sehingga al-Iraqi berkata: Ia mencacatkan orang yang sengaja melakukannya.

Tadlis al-Shuyukh pula, hukum makruhnya lebih ringan daripada tadlis al-Isnad kerana mudallis tidak menggugurkan sesiapa. Ia dihukumkan makruh kerana mengabaikan perawi yang diriwayatkan daripadanya dan menyukarkan kepada pendengar untuk mengetahuinya. Keadaan makruh berbeza mengikut tujuan tadlis itu.

Sebab-Sebab Berlakunya Tadlis

Sebab-sebab berlakunya tadlis al-Shuyukh:

  1. Syeikh itu seorang dha’if atau tidak thiqah
  2. Syeikh itu berusia lanjut sehingga sekumpulan perawi yang lain juga mendengar hadith daripadanya selain dari perawi yang melakukannya tadlis.
  3. Syeikh itu muda sehingga muridnya itu lebih tua daripadanya.
  4. Terlalu banyak periwayatan daripada beliau. Oleh itu perawi yang melakukan tadlis ini tidak mahu menyebutkan nama gurunya ini dengan satu cara.

Tujuan-Tujuan Tadlis Al-Isnad

  1. Untuk mewahamkan bahawa sanad itu tinggi
  2. Terlepas satu bahagian hadith daripada syeikh yang dia mendengar daripadanya.
  3. Syeikh itu seorang dha’if atau tidak thiqah.
  4. Syeikh itu berusia lanjut sehingga sekumpulan perawi yang lain juga mendengar hadith daripadanya selain dari perawi yang melakukan tadlis.
  5. Syeikh itu muda sehingga muridnya itu lebih tua daripadanya.

Tiga Sebab Mengapa Tercelanya Perawi Tadlis

  1. Dia telah mewahamkan bahawa dia mendengar hadith daripada perawi yang tidak didengarinya.
  2. Dia meninggalkan cara periwayatan yang nyata kepada cara yang menimbulkan pelbagai kemungkinan.
  3. Dia menyedari sekiranya dia menyebutkan perawi yang ditadliskannya tentu dia tidak akan disenangi.

Hukum Periwayatan Perawi Tadlis

Ulama’ berbeza pendapat tentang penerimaan riwayat perawi tadlis. Dua pendapat yang masyhur ialah:

  1. Riwayatnya ditolak sama sekali walaupun dia menyatakan bahawa dia mendengar kerana tadlis itu sendiri merupakan tajrih. Pendapat ini tidak dipegang oleh ulama’.
  2. Pendapat yang sahih mengemukakan perincian iaitu: a) Jika dia menyatakan `saya mendengar’ maka riwayatnya diterima iaitu beliau mengatakan saya mendengar atau sebagainya maka hadisnya diterima. b) Jika dia tidak menjelaskan bahawa dia mendengar maka riwayatnya tidak diterima. Iaitu jika dia mengatakan `daripada’ dan sebagainya maka hadithnya tidak diterima.

Bagaimana Tadlis Dapat Dikenalpasti?

Tadlis dapat dikesan melalui dua perkara:

  1. Pengakuan perawi mudallis sendiri apabila ditanya sebagaimana yang berlaku kepada Ibn `Uyainah.
  2. Keterangan oleh mana-mana imam dalam bidang ini berdasarkan kepada pengetahuannya yang diperolehi melalui kajian dan penyelidikan.

Kitab-Kitab Yang Terkenal Tentang Tadlis Dan Perawi-Perawi Mudallis

Antara kitab yang paling masyhur ialah:

  1. Tiga buah kitab yang ditulis oleh al-Khatib al-Baghdadi, satu kitab tentang senarai mudallis iaitu al-Tabyin Li Asma’ al-Mudallisin dan dua buah lagi tentang bentuk-bentuk tadlis.
  2. Al-Tabyin Li Asma al-Mudallisin oleh Burhan al-Din bin al-Halabi
  3. Ta’rif Ahl al-Taqdis Bi Maratib al-Mawsufin bi al-Tadlis oleh Hafiz Ibn Hajar.

 

SESI 17 – AL-MURSAL AL-KHAFI, AL-MU’AN’AN DAN MAL-MU’ANNAN, MARDUD DENGAN SEBAB KECAMAN PADA PERAWI

UST MOHD HANIEF AWANG YAHAYA – 13-SEPT-15

3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.3. KHABAR MARDUD DAN SEBAB-SEBAB PENOLAKANNYA

3.3.2. PERBAHASAN KEDUA: MARDUD DENGAN SEBAB UGUR PERAWI DARI SANAD

3.3.2.6. AL-MURSAL AL-KHAFI  المرسل الخفيّ

Definisi

Dari segi bahasa mursal adalah kata nama objek daripada perkataan al-Irsal الإرسال iaitu melepaskan. Seolah-olah perawi hadith mursal melepaskan sanad tanpa menyambungkannya. Al-Khafi الخفيّ (yang tersembunyi) pula lawan kepada al-Jali الجلي (yang terang) kerana bentuk Irsal ini tidak jelas dan hanya dapat diketahui melalui kajian mendalam. Menurut istilah ulama’ pula iaitu hadith yang diriwayatkan daripada perawi yang ditemuinya atau sezaman dengannya dengan menggunakan lafaz seolah-olah ia mendengar daripadanya seperti ‘telah berkata’.

Contohnya

Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah melalui jalan ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz daripada ‘Uqbah Ibn ‘Amir.

حدّثنا مُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ. أَنْبَأَنَا عِبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ ابْنِ زِائِدَةَ، عَنْ عُمَرَ بْنِ عِبْدِ الْعَزِيزِ، عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ الْجُهْنِيِّ؛ قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم رَحِمَ اللهُ حَارِسَ الْحَرَسِ.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Semoga Allah merahmati ketua sekalian pengawal.”

‘Umar tidak pernah bertemu dengan ‘Uqbah sebagaimana yang ditegaskan oleh al-Mizzi di dalam kitabnya, al-Atraf.

Bagaimana Mursal Khafi Diketahui?

Mursal khafi dapat dikenali dengan salah satu daripada tiga perkara berikut:

  1. Kenyataan oleh sebahagian imam bahawa perawi ini tidak bertemu dengan orang yang dia meriwayatkan daripadanya atau orang yang tidak pernah mendengar sama sekali.
  2. Perawi memberitahu bahawa dia tidak pernah bertemu dengan perawi yang dia meriwayatkan daripadanya atau tidak pernah mendengar daripadanya satu hadith pun.
  3. Hadith itu datang melalui jalur lain yang mempunyai tambahan perawi di antara perawi tersebut dan orang yang meriwayatkan daripadanya.

Cara yang ketiga ini terdapat perbezaan di kalangan ulama’ kerana kadang-kadang ia termasuk dalam al-Mazid Fi Muttasil al-Asanid.

Hukumnya

Ia adalah hadirh dha’if kerana ia salah satu bentuk munqati’. Apabila jelas terbukti terputusnya sanad itu maka hukumnya adalah munqati’.

Karangan Yang Terkenal

Kitab al-Tafsil Li Mubham al-Marasil karangan al-Khatib al-Baghdadi.

3.3.2.7. MU’AN’AN DAN AL-MU’ANNAN

Pengantar

Selesai sudah perbincangan hadith-hadith yang ditolak kerana keguguran yang berlaku pada sanad. Oleh kerana kedudukan hadith al-Mu’an’an dan al-Mu’annan tidak disepakati oleh ulama’ adakah ianya termasuk dalam muttasil atau munqati’, maka penulis merasakan perlu meletakkannya bersama hadith-hadith yang ditolak kerana keguguran pada sanad.

Ta’rif Al-Mu’an’an

Dari segi bahasa Al-Mu’an’an adalah kata nama objek daripada ‘an’an yang bermaksud mengucapkan ‘an’an (daripada, daripada). Menurut istilah pula, kata-kata perawi daripada fulan daripada fulan.

Contohnya

Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah katanya:

`Uthman bin Ibn Abi Shaybah telah menceritakan kepada kami katanya Mu’awiyah bin Hisham menceritakan kepada kami katanya Sufyan menceritakan kepada kami daripada Usamah bin Zaid daripada `Uthman bin `Amr daripada `Urwah daripada `A’ishah katanya: Rasulullah s..a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah s.w.t dan para malaikatNya berdoa untuk orang-orang berada di bahagian kanan saf-saf”.

Adakah al-Mu’an’an Hadith Muttasil Atau Munqati’?

Ulama’ berbeza pendapat tentang hadith Al-Mu’an’an.

Ada pendapat mengatakan ianya adalah munqati’ sehinggalah terbukti bahawa ia adalah muttasil.

Pendapat yang sahih dan diterima pakai ialah pendapat majoriti ulama’ dari kalangan ulama’ hadith, fiqh dan usul. Mereka mengatakan bahawa ia adalah mutassil tetapi dengan beberapa syarat.

Di antara syarat tersebut, dua syarat yang dipersetujui dan yang lainnya diperselisihkan adakah menjadi syarat atau tidak. Dua syarat yang dipersetujui itu adalah syarat yang mesti iaitu:

  1. Perawi yang meriwayatkan secara ‘an’anah bukan seorang mudallis.
  2. Ada kemungkinan pertemuan antara perawi yang meriwayatkan secara ‘an’anah dengan perawi yang dia mengambil riwayat.

Bagi Imam Muslim, dua syarat ini sudah memadai. Sementara syarat-syarat lain yang diperselisihkan sebagai syarat atau tidak iaitu:

  1. Terbukti bertemu. Ini merupakan pendapat Imam al-Bukhari, Ibn al-Madini dan ulama’ yang tahqiq.
  2. Lama bersahabat dan mendampingi guru, ini adalah pendapat Abu al-Muzaffar al-Sam’ani.
  3. Perawi yang diambil riwayat daripadanya secara ‘an’an mengetahui bahawa perawi yang meriwayatkan secara ‘an’anah daripadanya telah meriwayatkan daripadanya.

Al-Mu’annan

Dari segi bahasa al-Mu’annan adalah kata nama objek daripada annana yang bermaksud mengucapkan anna anna (bahawa, bahawa). Menurut istilah pula, kata-kata perawi “si fulan menceritakan kepada saya bahawa si fulan berkata”

Hukum al-Mu’annan

  1. Imam Ahmad dan sekumpulan ulama’ mengatakan ia adalah hadith munqati’ sehinggalah dapat dibukti bahawa ia bersambung-sambung.
  2. Majoriti ulama mengatakan hukum anna sama seperti ‘an. Secara umumnya dihukumkan sebagai sama’ (mendengar secara langsung) mengikut syarat-syarat yang telah disebutkan dahulu.

3.3.3. PERBAHASAN KETIGA: MARDUD DENGAN SEBAB KECAMAN PADA PERAWI

Yang dimaksudkan dengan kecaman perawi ialah mentajrihkannya dengan kata-kata dan mempertikaikannya dari sudut keadilan dan agamanya serta dari sudut ketepatan, hafalan dan kepekaannya.

Sebab-Sebab Kecaman Pada Perawi

Sebab kecaman pada perawi ada sepuluh. Lima daripadanya berkait dengan keadilan manakala lima lagi berkait dengan ketepatan.

Sebab-sebab yang berkait dengan keadilan ialah:

  1. Berdusta
  2. Dituduh berdusta
  3. Fasiq
  4. Bid’ah
  5. Tidak diketahui (jahalah)

Sebab-sebab yang berkait dengan ketepatan ialah:

  1. Kesilapan yang jelek
  2. Buruk hafalan
  3. Kelalaian
  4. Banyak kekeliruan
  5. Percanggahan dengan perawi thiqah

Penulis akan menyebut satu persatu hadith mardud dengan sebab-sebab di atas mengikut tertib sebab kecaman yang paling kuat.

 

SESI 18 – AL-MAUDHU’

UST MOHD HANIEF AWANG YAHAYA – 20 SEP 15

3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.3. KHABAR MARDUD DAN SEBAB-SEBAB PENOLAKANNYA

3.3.3. PERBAHASAN KETIGA: MARDUD DENGAN SEBAB KECAMAN PADA PERAWI

3.3.3.1. AL-MAUDHU’

Jika sebab kecaman pada perawi itu ialah berdusta atas Rasulullah s.a.w maka hadithnya itu dinamakan hadith maudhu’.

Definisinya

Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada wada’a al-shay’ iaitu merendahkannya. Dinamakan demikian kerana kedudukannya yang rendah.

Menurut istilah pula, pendustaan yang direka, dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w.

Kedudukannya

Ia adalah hadith dha’if yang paling buruk dan paling keji. Sesetengah ulama’ menganggapnya sebagai satu bahagian yang tersendiri bukan daripada hadith-hadith dha’if.

Hukum Meriwayatkannya

Ulama’ telah sepakat bahawa tidak halal meriwayatkannya bagi sesiapa yang mengetahui kedudukannya dalam apa bentuk sekalipun melainkan jika diterangkan kepalsuannya berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

“Sesiapa yang menceritakan daripadaku sesuatu hadith yang kelihatan sebagai palsu maka dia adalah salah seorang pendusta.”

Cara Pereka-pereka Hadith Memalsukan Hadith

1. Mencipta sendiri ungkapan “hadith” dan kemudian meletakkan satu sanad untuknya lalu meriwayatkannya.

2. Mengambil ucapan ahli hikmat atau orang lain lalu meletakkan sanad untuknya.

Bagaimana Hadith Maudhu’ Dikenali

Ia dapat dikenali melalui:

  1. Pengakuan oleh pereka itu sendiri seperti pengakuan Abu Ismah Nuh bin Abu Maryam bahawa dia telah mencipta hadith kelebihan setiap surah al-Quran daripada Ibn ‘Abbas.
  2. Sesuatu seperti pengakuan seperti pereka itu menceritakan daripada seorang syeikh. Lalu dia ditanya tentang tahun lahirnya lalu dia menyebutkan tahun kewafatan syeikh tersebut terdahulu dari tahun kelahirannya sendiri dan hadith-hadith itu hanya diketahui melaluinya sahaja.
  3. Bukti pada perawi. Contohnya ialah perawi itu seorang Rafidhah (Syiah) dan hadith itu pula tentang kelebihan Ahli Bayt.
  4. Bukti pada riwayat. Seperti hadith itu mempunyai lafaz yang rapuh atau bercanggah dengan pancaindera atau nas al-Quran yang terang.

Faktor Pendorong Kepada Pemalsuan Hadith Dan Golongan-Golongan Yang Terlibat

  1. Sangkaan dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dengan mencipta hadith-hadith yang menggalakkan manusia kepada kebajikan dan hadith-hadith yang menakut-nakutkan dari melakukan kemungkaran. Pereka-pereka ini adalah kumpulan yang menisbahkan diri mereka kepada zuhud dan kesolehan. Mereka adalah perawi yang paling jahat kerana orang ramai menerima hadith-hadith rekaan mereka kerana percayakan mereka. Salah seorang dari mereka ini ialah Maisarah bin Abd Rabbih. Ibn Hibban telah meriwayatkan di dalam kitabnya al-Dhu’afa’ daripada Ibn Mahdi katanya, “Saya bertanya kepada Maisarah bin Abd Rabih: Dari mana anda bawakan hadith-hadith ini, “Siapa yang membaca ini maka pahalanya begini”?. Dia menjawab: “Saya menciptakannya supaya orang ramai berminat.”
  2. Untuk menyokong fahaman, terutamanya fahaman kumpulan-kumpulan politik setelah berlaku fitnah dan kemunculan kumpulan politik seperti Khawarij dan Syiah. Setiap kumpulan mencipta hadith masing-masing bagi menyokong fahaman mereka seperti hadith: “Ali sebaik-baik manusia, sesiapa yang meraguinya maka kafir”.
  3. Serangan terhadap Islam. Golongan ini ialah ahli zindiq yang tidak mampu menghancurkan Islam secara terbuka lalu mereka memilih cara yang keji ini. Mereka telah mencipta sejumlah hadith dengan tujuan memalsukan Islam dan menyerangnya. Di antara mereka ini ialah Muhammad bin Sa’id al-Shami yang telah disalib kerana kezindikannya. Dia telah meriwayatkan daripada Humaid daripada Anas secara marfu’. “Saya adalah penutup sekelian nabi, tidak ada nabi selepasku kecuali siapa yang Allah kehendaki”. Sesungguhnya para ulama hadith telah bangkit menjelaskan kedudukan hadith-hadith maudhu’, Alhamdulillah, syukur di atas nikmatnya.
  4. Mendampingi pemerintah. Sebahagian mereka yang lemah iman mendekatkan diri dengan para pemerintah dengan mencipta hadith sesuai dengan penyelewengan yang ada pada perintah seperti kisah Ghiyath bin Ibrahim al-Nakha’i al-Kufi dengan al-Mahdi ketika dia menemuinya sedang bermain-main dengan burung merpati. Lalu secara langsung dia membawakan dengan sanadnya kepada Rasulullah s.a.w sebagai bersabda: “Tidak ada perlumbaan kecuali pada pedang, kuda, unta atau burung. Dia telah menambahkan burung kerana al-Mahdi. Mengetahui hal ini, beliau memerintah supaya disembelih merpati itu dan berkata: “Sayalah yang menyebabkan dia berbuat demikian”.
  5. Mencari makan. Seperti sesetengah tukang cerita yang mencari wang dengan menyampaikan hadith kepada orang ramai. Mereka membawakan cerita-cerita yang menghiburkan dan pelik sehingga orang ramai memberi perhatian dan menghulurkan kepada mereka seperti Abu Said al-Mada’ini.
  6. Mencari kemasyhuran. Ini dengan cara mengemukakan hadith-hadith pelik yang tidak ada pada syeikh-syeikh hadith. Mereka memalingkan sanad hadith supaya kelihatan ganjil lalu menarik minat orang lain mendengarnya seperti Abu Dihyah dan Hammad al-Nasibi.

Fahaman Al-Karramiyyah Dalam Masalah Perekaan Hadith

Sekumpulan ahli bid’ah yang dikenali sebagai al-Karramiyyah mendakwa harus mereka hadith-hadith berhubung galakan dan ancaman. Mereka beralasan dengan lafaz tambahan yang diriwayatkan dalam sesetengah jalan hadith: “Sesiapa yang berdusta di atas namaku” iatu tambahan “untuk menyesatkan manusia”. Tetapi tambahan ini tidak sabit di sisi ulama hadith yang hafiz.

Setengah mereka berkata pula: “Kami berdusta untuk kepentingan Baginda bukan untuk kemudaratan Baginda”. Dalil ini sangat lemah sekali kerana syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w tidak memerlukan para pendusta untuk melariskannya.

Dakwaan ini bercanggah dengan ijma’ umat Islam sehingga Imam Muhammad al-Juwayni menghukumkan kufurnya pereka hadith.

Kesilapan Sesetengah Ahli Tafsir Dalam Menyebutkan Hadith-Hadith Maudhu’

Sesetengah ahli tafsir melakukan kesilapan dalam menyebutkan hadith-hadith maudhu’ di dalam kitab-kitab tafsir mereka tanpa menjelaskan kepalsuannya terutama hadith yang diriwayatkan daripada Ubay bin Ka’ab tentang kelebihan al-Quran surah demi surah. Antara ahli tafsir itu ialah:

  1. Al-Tha’labi
  2. Al-Waqidi
  3. Al-Zamakhshari
  4. Al-Baidawi
  5. Al-Shaukani

Kitab-Kitab Yang Terkenal Tentang Hadith-Hadith Maudhu’

Kitab al-Maudhu’at karangan Ibn al-Jawzi. Ini merupakan kitab paling awal dalam masalah ini tetapi beliau seorang bermudah dalam menghukumkan sesuatu hadith sebagai maudhu’. Oleh kerana itu, ulama’ mengkritik dan memberi komentar terhadapnya.

  1. Al-La’ali al-Masnu’ah Fi al-Ahadith al-Mawdu’ah karangan al-Suyuti. Ini merupakan ringkasan kepada kitab Ibn al-Jawzi dan komentar terhadapnya dan tambahan yang tidak disebutkan oleh Ibn al-Jawzi.
  2. Tanzih al-Syari’ah al-Marfu’ah ‘An al-Ahadith al-Shani’ah al-Mawdu’ah karangan Ibn `Arraq al-Kinani. Kitab ini adalah ringkasan kepada kedua kitab di atas dan merupakan kitab yang padat, kemas dan berguna.

 

SESI 19 – AL-MATRUK, AL-MUNKAR, AL-MA’RUF, AL-SHADH DAN AL-MAHFUZ

UST MOHD HANIEF AWANG YAHAYA – 04 OKT 15

3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.3. KHABAR MARDUD DAN SEBAB-SEBAB PENOLAKANNYA

3.3.3 . PERBAHASAN KETIGA: MARDUD DENGAN SEBAB KECAMAN PADA PERAWI

3.3.3.2. AL-MATRUK

Jika sebab kecaman pada perawi itu ialah tuduhan berdusta maka hadithnya itu dinamakan hadith matruk.

Definisinya

Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada “al-tark” iaitu meninggalkan. Orang Arab menamakan telur yang telah menetas dan keluar anak burung darinya sebagai “al-tarikah” iaitu yang ditinggalkan kerana tidak mempunyai faedah.

Dari segi istilah pula hadith yang sanadnya terdapat perawi yang dituduh berdusta.

Sebab Dituduh Berdusta

Perawi dituduh berdusta dengan salah satu daripada sebab berikut:

  1. Hadith tersebut hanya diriwayatkan melaluinya sahaja dan bercanggah dengan kaedah-kaedah umum.
  2. Perawi itu diketahui berdusta dalam percakapan biasa tetapi tidak jelas adakah dia berdusta juga dalam hadith.

Contohnya

Hadis ‘Amar bin Shamir al-Ju’fi al-Shi’i daripada Jabir daripada Abu al-Tufail daripada ‘Ali dan ‘Ammar kata mereka berdua: “Rasulullah s.a.w membaca qunut di dalam sembahyang subuh, bertakbir pada hari ‘Arafah pada sembahyang Zuhur dan berhenti dari bertakbir pada sembahyang Asar pada hari tashriq yang terakhir”.

Al-Nasa’ie, al-Daruqutni dan ulama’ lain berkata tentang ‘Amar bin Shamir: Dia seorang matruk al-hadith.

Kedudukannya

Kita telahpun mengetahui bahawa hadith dha’if yang paling jelek ialah maudhu’ kemudian matruk kemudian munkar kemudian mu’allal kemudian mudraj kemudian maqlub dan mudtarib. Begini tertib kedudukannya yang dikemukakan oleh Hafiz Ibn Hajar.

3.3.3.3. MUNKAR

Jika sebab kecaman pada perawi itu ialah kesilapan yang jelek atau sering lalai maka hadithnya itu dinamakan hadith munkar.

Definisinya

Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada al-inkar iaitu mengingkari lawan kepada mengakui.

Dari segi istilah pula ulama’ memberikan beberapa ta’rif yang paling masyhur ialah: Hadith yang terdapat di dalam sanadnya perawi jelek kesilapannya atau sering lalai atau jelas kefasikannya.

Ta’rif ini disebutkan oleh Hafiz Ibn Hajar dan beliau menisbahkan kepada orang lain. Al-Baiquni di dalam nazamnya menggunakan ta’rif ini:

“Dan munkar itu perawi yang berseorangan yang ta’dilnya itu tidak menerima tafarrud”

[Hadith yang diriwayatkan oleh perawi dhaif bercanggah dengan perawi thiqah]

Inilah ta’rif yang disebutkan dan diterima oleh Ibn Hajar. Dalam ta’rif ini ada tambahan kepada ta’rif pertama iaitu percanggahan perawi dha’if dengan riwayat perawi thiqah.

Perbezaan Di Antara Munkar Dan Shadh

Hadith shadh diriwayatkan oleh perawi maqbul dalam keadaan bercanggah perawi dha’if dengan perawi yang lebih utama daripadanya.

Hadith munkar ialah hadith yang diriwayatkan oleh perawi dha’if bercanggah dengan perawi thiqah.

Dengan ini, kedua-dua ta’rif ini mempunyai persamaan dari sudut percanggahan dan berbeza dari segi perawi shadh adalah maqbul manakala perawi munkar adalah dha’if. Kata Ibn Hajar: “Orang yang telah menyamakan kedua-duanya sesungguhnya dia tidak memerhati dengan baik”.

Contoh

  1. Contoh munkar mengikut ta’rif pertama, hadith yang diriwayatkan oleh al-Nasa’ie dan Ibn Majah daripada riwayat Abu Zukair Yahya bin Muhammad bin Qais daripada Hisham bin `Urwah daripada bapanya daripada Aishah secara marfu’: “Makanlah buah kurma mengkal (hampir masak) dengan yang kering kerana apabila anak Adam memakannya maka syaitan akan marah”. Kata al-Nasa’ie: “Ini hadith munkar, Abu Zukair berseorangan meriwayatkannya. Dia seorang sheikh yang soleh. Muslim mengeluarkan hadithnya pada mutaba’at, cumanya beliau tidak mencapai tahap perawi yang keseorangannya itu dalam periwayatan dapat diterima”.
  2. Contoh munkar mengikut ta’rif kedua: Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim melalui jalan Hubayyib bin Habib al-Zayyat daripada Abu Ishaq daripada al-Ayzar bin Huraih daripada Ibn ‘Abbas daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, mengerjakan haji, berpuasa dan melayani tetamu maka dia akan memasuki syurga”. Kata Abu Hatim: Dia seorang munkar kerana perawi thiqah yang lain meriwayatkan daripada Abu Ishaq secara mawquf dan inilah yang ma’ruf.

Kedudukannya

Daripada dua ta’rif di atas, dapat diketahui bahawa munkar termasuk dalam kategori hadis dha’if jiddan (sangat da’if) kerana berdasarkan ta’rif pertama ia adalah periwayatan perawi dha’if yang melakukan kesilapan yang buruk atau sering lalai atau fasiq. Manakala menurut ta’rif kedua-duanya mempunyai kedhai’fan yang bersangatan. Oleh kerana itu, kita telah sebutkan ia berada selepas hadith matruk dari sudut sangat dha’if.

3.3.3.3.1. (LAWAN MUNKAR) AL-MA’RUF

Definisi

Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada ‘arafa iaitu mengenali.

Dari segi istilah hadith yang diriwayatkan oleh perawi thiqah yang menyanggahi riwayat perawi dha’if.

Dengan makna ini, hadith ma’ruf ialah lawan kepada hadis munkar atau dengan ungkapan yang lebih tepat lawan kepada hadith munkar mengikut definisi Hafiz Ibn Hajar.

Contohnya

Contoh bagi hadith ma’ruf ialah hadith disebutkan pada contoh yang kedua bahagian munkar tetapi melalui jalan perawi-perawi thiqah iaitu secara mawquf setakat Ibn ‘Abbas kerana setelah mengemukakan hadith Hubayyih yang ma’ruf, Ibn Abi Hatim berkata: Ia adalah munkar, kerana perawi-perawi thiqah yang lain meriwayatkan daripada Abu Ishaq secara mawquf dan itulah yang ma’ruf.

3.3.3.4 AL-SHADH

Definisi

Dari segi bahasa Shadh ialah kata nama pelaku daripada shadhdha iaitu berseorangan. Shadh bermakna seseorang yang bersendirian daripada orang lain.

Dari segi istilah pula: Hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang maqbul dalam keadaan bercanggah dengan perawi yang lebih utama daripadanya.

Huraian Ta’rif

Perawi maqbul ialah perawi adil tamm al-dabt ya’ni yang sempurna ketepatannya atau perawi adil yang kurang ketepatannya. Perawi yang lebih utama daripadanya ialah perawi yang lebih kuat dan utama kerana mempunyai kelebihan ketepatannya atau lebih bilangan atau mempunyai kelebihan sudut-sudut tarjih yang lain. Bagaimanapun ulama’ berbeza pendapat dalam mengemukakan definisi hadith shadh tetapi inilah ta’rif yang dipilih Hafiz Ibn Hajar dan beliau mengulas: Ta’rif inilah diakui berkenaan dengan istilah shadh.”

Di Mana Berlakunya Shadh

Sebagaimana shadh berlaku pada sanad begitu juga terdapat pada matan.

Contoh shadh pada sanad ialah:

Hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi, al-Nasai’e dan Ibn Majah melalui jalan Ibn ‘Uyainah dari ‘Amar bin Dinar daripada `Awsajah daripada Ibn ‘Abbas bahawa:

“Seorang lelaki telah meninggal dunia pada zaman Rasulullah s.a.w dalam keadaan tidak meninggalkan waris kecuali seorang hamba miliknya yang telah dibebaskan.”

Ibn Juraij menjadi mutabi’ kepada Ibn ‘Uyainah dan perawi lain dengan mewasalkannya (menyambungkannya) tetapi Hammad bin Zaid menyanggahinya dengan meriwayatkan daripada ‘Amar bin Dinar daripada ‘Awsajah tanpa menyebut Ibn ‘Abbas.

Oleh kerana itu, Abu Hatim mengatakan: “Hadith yang mahfuz (terpelihara) ialah hadith Ibn `Uyainah Hammad bin Zaid adalah dari kalangan perawi yang adil dan kemas bagaimanapun Abi Hatim mentarjihkan riwayat perawi yang lebih ramai bilangan.

Contoh shadh pada matan:

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi dari hadith ‘Abdul Wahid bin Ziyad daripada al-A’mash daripada Abi Salih daripada Abu Hurairah secara marfu’:

“Apabila salah seorang dari kamu telah sembahyang sunat subuh hendaklah dia berbaring atas lambung kanannya“.

Kata al-Baihaki, ” ‘Abdul Wahid telah menyanggahi perawi yang ramai dalam perkara ini. Sebenarnya mereka meriwayatkan hadith itu sebagai perbuatan Rasulullah bukan ucapannya. Dari kalangan murid al-A’mash, ‘Abdul Wahid telah berseorangan meriwayatkan dengan lafaz ini.

3.3.3.4.1. (LAWAN SHADHMAHFUZ

Hadith yang berlawanan dengan Shadh ialah Mahfuz iaitu hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqah dalam keadaan bercanggah dengan perawi thiqah. Contohnya adalah sama dengan contoh bahagian shadh.

Hukum Hadith Shadh Dan Mahfuz

Sebagaimana diketahui Shadh adalah hadith yang ditolak manakala hadith Mahfuz adalah hadis maqbul.

 

SESI 20 – AL-MU’ALLAL

UST MOHD HANIEF AWANG YAHAYA – 11 OKT 15

3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.3. KHABAR MARDUD DAN SEBAB-SEBAB PENOLAKANNYA

3.3.3. PERBAHASAN KETIGA: MARDUD DENGAN SEBAB KECAMAN PADA PERAWI

3.3.3.5. MU’ALLAL

Jika sebab kecaman pada perawi itu ialah kekeliruan maka hadithnya itu dinamakan hadith mu’allal. Ini adalah sebab yang keenam.

Definisinya

Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada “allalahu” iaitu mencacatkan atau menimpakan penyakit. Kata nama “mu’all” iaitu yang cacat atau ditimpakan penyakit. Binaan perkataan ini mengikut kaedah saraf yang masyhur dan merupakan bahasa yang fasih. Tetapi sebutan “al-mu’allal” oleh ulama’ hadith tidak mengikut bahasa yang masyhur. Ada juga di kalangan ulama’ hadith yang menyebutkan sebagai “al-ma’lul”. Ini ungkapan yang sangat lemah di sisi ulama’ bahasa Arab.

Dari segi istilah pula hadith yang dikesan terdapat padanya “`illah” yang mencacatkan kesahihan hadith walaupun pada zahirnya kelihatan selamat daripadanya.

Definisi `Illah

Sebab yang sukar lagi tersembunyi yang mencacatkan kesahihan hadith.

Berdasarkan kepada definisi ini, ulama’ menyimpulkan “`illah” tersebut mestilah memenuhi dua syarat iaitu:

  1. Sukar dan tersembunyi
  2. Mencacatkan kesahihan hadith.

Jika tidak ada salah satu seperti `illah itu zahir atau tidak mencacatkan maka ia bukan `illah mengikut istilah ulama’ hadith.

Penggunaan `illah Tidak Dengan Makna “Istilahi”

Ta’rif yang disebutkan dalam perenggan yang lalu adalah maksud “ `illah” di sisi istilah ulama’ hadith. Bagaimanapun, kadang-kadang mereka menggunakan lafaz “ `illah” bagi menunjukkan sebarang kecaman yang ditujukan kepada hadith walaupun kecaman itu tidak tersembunyi atau mencacatkan.

Kecaman dengan alasan yang tidak tesembunyi atau nyata seperti menyatakan pendustaan perawi, kelalaian, lemah hafalannya atau sebab-sebab lain. Sehinggakan Imam al-Tirmizi menamakan nasakh sebagai `illah.

Kecaman dengan alasan yang tidak mencacatkan seperti alasan percanggahan yang tidak menggugatkan kesahihan hadith seperti memursalkan hadith yang diriwayatkan para perawi thiqah secara bersambung-sambung. Berdasarkan kepada ini sesetengah ulama’ menyebutkan antara hadith yang sahih ada yang “sahih mu’allal”.

Keutamaan Dan Kehalusan Ilmu Ini Dan Siapakah Yang Menguasainya

Mengetahui “`illal al-hadith” atau kecacatan hadith termasuk dalam bahagian ilmu hadith yang paling utama dan paling halus kerana memerlukan kepada kajian yang mendedahkan “`illah” yang sukar dan tersembunyi yang hanya dikesan oleh tokoh-tokoh besar dalam ilmu hadith. Bahagian ini hanya dikuasai oleh ahli hadith yang kuat hafalan, pakar dan mempunyai kefahaman yang tajam. Oleh itu lautan yang dalam ini hanya diredahi oleh sebilangan kecil imam hadith seperti `Ali Ibn al-Madini, Ahmad, al-Bukhari, Abu Hatim dan al-Daruqutni.

Sanad Manakah Yang Dimasuki Oleh `Illah?

`Illah memasuki sanad yang lengkap dengan syarat-syarat hadith sahih secara zahir kerana hadith yang dha’if tidak perlu untuk mencari `illahnya kerana ini tertolak dan tidak diamalkan.

Bagaimana mengetahui `Illah

`Illah dapat dikesan dengan berpandukan kepada:

  1. Keseorangan perawi dalam riwayat
  2. Percanggahan dengan perawi lain.
  3. Tanda-tanda lain di samping dua perkara di atas.

Perkara-perkara ini mengingatkan kepada orang yang mengetahui ilmu ini tentang kekeliruan yang berlaku kepada perawi hadith sama ada terdedah “kemursalan” dalam hadith yang diriwayatkan secara “mawsul” atau “mauqufnya” hadith yang diriwayatkan secara “marfu’. Atau sebuah hadith dimasukkan dalam satu hadith lain atau kekeliruan lain yang membuatkannya hampir yakin lalu menghukumkannya sebagai tidak sahih.

Jalan Untuk Mengetahui “Mu’allal”

Jalan untuk mengetahuinya ialah dengan menghimpunkan semua jalan sanad hadith dan mengkaji pada perbezaan para perawi dan membandingkan siapakah yang paling tepat dan kemas kemudian memberi keputusan kepada riwayat yang terdapat “`illah”.

Di Mana Terletak “`Illah

  1. “`Illah” terletak pada sanad dan inilah yang paling banyak seperti alasan “`illah” dengan sebab “mawquf” atau “mursal”.
  2. “`Illah” terletak pada matan dan ini paling sedikit seperti hadith yang menafikan bacaan “basmalah” di dalam sembahyang.

Adakah “`Illah” Pada Sanad Mencacatkan Matan Hadith

Kadang-kadang `Illah mencacatkan pada matan di samping mencacatkan pada sanad seperti “ ‘illah” dengan alasan “mursal”.

Mencacatkan pada sanad sahaja manakala matan sahih seperti hadith Ya’la bin `Ubaid daripada al-Thauri daripada `Amar bin Dinar daripada Ibn `Umar secara marfu’.

“Dua orang yang melakukan jual beli berhak mendapat pilihan (untuk meneruskan `aqad atau tidak)”

Ya’la telah waham dalam meriwayatkan daripada al-Thairi dalam kata-katanya ‘Amar bin Dinar sedangkan yang sebenarnya ialah ‘Abdullah bin Dinar. Matan ini sahih walaupun pada sanad terdapat `illah kesilapan kerana kedua-duanya, ‘Amar dan ‘Abdullah bin Dinar ialah perawi yang thiqah. Tersilap menyebutkan perawi lain tidak menjejaskan kesahihan matan walaupun lafaz sanad silap.

Karangan Yang Masyhur Tentang Hadith Mu’allal

  1. “Kitab al-`Illal” oleh Ibn al-Madini.
  2. “`Ilal al-Hadith” oleh Ibn Abi Hatim
  3. “Al-`Ilal Wa Ma’rifah” al-Rijal oleh Ahmad bin Habal.
  4. “Al-`Ilal al-Kabir” oleh al-Tirmizi
  5. “Al-`Ilal al-Waridah Fi Ahadith al-Nabawiyyah” oleh al-Daruqutni. Kitab ini adalah yang paling lengkap dan paling detail.

SESI 21 – PERCANGGAHAN DENGAN PERAWI-PERAWI THIQAH, AL-MUDRAJ

UST MOHD HANIEF AWANG YAHAYA – 18 OKT 15

3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.3. KHABAR MARDUD DAN SEBAB-SEBAB PENOLAKANNYA

3.3.4. PERBAHASAN PERCANGGAHAN DENGAN PERAWI-PERAWI THIQAH

  1. Jika percanggahan yang melibatkan perubahan “siyaq” sanad atau memasukkan “mawquf” dalam “marfu’ ” maka ia dinamakan “mudraj”.
  2. Jika percanggahan yang melibatkan mendahulukan atau mengkemudiankan maka ia dinamakan “maqlub”.
  3. Jika percanggahan yang berkait dengan penambahan perawi maka ia dinamakan “mazid fi muttasil al-asanid”.
  4. Jika percanggahan yang berkait dengan menukar perawi dengan perawi lain atau wujud pertentangan yang saling menolak pada matan dan tidak dapat ditarjihkan maka ia dinamakan “mudtarib”.
  5. Jika percanggahan yang melibatkan perubahan lafaz tetapi konteks ayat tetap kekal maka ia dinamakan “musahhaf”.

3.3.4.1 AL-MUDRAJ

Definisinya

Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada “adraja” iaitu memasukkan sesuatu ke dalam benda lain.

Dari segi istilah pula ialah hadith yang diubah “siyaq” sanadnya atau dimasukkan ke dalam matan sesuatu yang lain tanpa pemisah.

Bahagiannnya

Mudraj terbahagi kepada dua iaitu “mudraj al-Isnad” dan “mudraj al-Matn”.

Mudraj al-Isnad

Definisi “Mudraj al-Isnad” ialah hadith yang diubah “siyaq” sanadnya.  Bentuknya ialah perawi mengemukakan sanad tiba-tiba berlaku sesuatu lalu dia mengucapkan perkataannya sendiri.  Dalam keadaan demikian orang yang mendengar ucapan tersebut menyangka itu termasuk dalam matan sanad itu lalu dia meriwayatkan begitu.

Contoh: kisah Thabit bin Musa al-Zahid dalam riwayatnya:

“Sesiapa yang banyak bersolat malam wajahnya akan berseri-seri di siang hari“.

Asal ceritanya Thabit bin Musa datang menemui Sharik bin ‘Abdullah al-Qadi.  Pada ketika itu beliau, membacakan hadith untuk dicatat.  Beliau berkata:

Al-A’mash telah menceritakan kepada kami daripada Abu Sufyan daripada Jabir katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “…….”. Kemudian beliau diam untuk memberi ruang kepada “mustamli” (orang yang bertindak sebagai penyampai suara guru hadith apabila dalam majlis dipenuhi oleh ramai pelajar)  untuk menulis.  Apabila beliau terpandang Thabit lantas berkata:

“Siapa yang bersolat malam wajahnya akan berseri-seri di siang hari.”

Beliau memaksudkan  dengan kata-kata itu akan Thabit kerana kezuhudan dan kewarakannya .  Tetapi Thabit menyangka itu matan sanad tersebut lalu menyampaikan riwayat tersebut sebagai hadith.

Mudraj al-Matn

Ta’rifnya ialah hadith yang dimasukkan ke dalam matannya sesuatu yang lain tanpa pemisah.

“Mudraj al-Matn” terbahagi kepada tiga:

  1. Tambahan berlaku pada permulaan hadith. Ini tidak banyak berlaku.
  2. Tambahan berlaku pada pertengahan hadith. Ini jarang berlaku
  3. Tambahan berlaku pada akhir hadith. Ini yang biasa berlaku.

Contoh Tambahan Berlaku Pada Permulaan Hadith:

Sebabnya perawi menyebutkan satu ucapan yang berdalilkan kepada hadith itu lalu dia mengucapkannya tanpa pemisah. Lalu pendengar menyangka keseluruhan itu adalah hadith. Contohnya ialah riwayat yang dinukilkan daripada al-Khatib daripada Abi Qattan dan Shababah daripada Shu’bah daripada Muhammad bin Ziyad daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, “Sempurnakan wudhu’, neraka Wail bagi tumit yang tidak dibasahi”. Kata-kata “Sempurnakan wudhu’ ” adalah tambahan daripada ucapan Abu Hurairah seperti yang dinyatakan dalam riwayat al-Bukhari daripada Adam daripada Shu’bah daripada Muhammad bin Ziyad daripada Abu Hurairah katanya:

 “Sempurnakan wuduk, kerana sesungguhnya Abu Qasim (Rasulullah s.a.w.) bersabda : “Neraka Wail bagi tumit yang tidak dibasahi“.

Al-Khatib al-Baghdadi berkata: Abi Qatn dan Shababah telah keliru dalam riwayatnya daripada Shu’bah seperti yang kami telah kemukakan. Hadith ini telah diriwayatkan oleh sekumpulan yang ramai seperti riwayat Adam.

Contoh Tambahan Berlaku Pada Pertengahan Hadith

Hadith ‘A’ishah berkenaan permulaan wahyu iaitu: “Rasulullah s.a.w. menyendiri di Gua Hira’ dan bertahannuth – iaitu beribadat-beberapa malam”

Kata-kata “iaitu beribadat” adalah tambahan daripada al-Zuhri.

Contoh Tambahan Berlaku Pada Akhir Hadith

Hadith Abu Hurairah secara marfu’, maksudnya: “Bagi hamba yang dimiliki oleh tuannya dua ganjaran pahala, demi yang nyawaku di tangan-Nya kalaulah tidak kerana jihad di jalan Allah, haji dan berbakti kepada ibuku maka saya suka sekali untuk mati sebagai seorang hamba”. Kata-katanya, “Demi yang nyawaku …… hingga akhir” adalah ucapan Ahli Hurairah kerana mustahil itu terbit daripada Rasulullah s.a.w kerana tidak mungkin Baginda bercita-cita untuk menjadi hamba dan ibunya pula tidak ada untuk Baginda berbakti kepadanya.

Faktor-faktor Idraj

Faktor-faktor kepada berlakunya idraj sangat banyak, yang paling masyhur ialah:

  1. Menjelaskan hukum syara’
  2. Menyimpulkan hukum syara’ daripada hadith sebelum selesai menyebutkan hadith.
  3. Menjelaskan lafaz “gharib” ya’ni sukar difahami di dalam hadith.

Bagaimana Diketahui Idraj

Idraj dapat diketahui melalui perkara-perkara berikut:

  1. Hadith itu datang secara terperinci melalui riwayat yang lain.
  2. Penjelasan bahawa berlakunya “idraj” oleh ulama’ yang mahir.
  3. Pengakuan perawi sendiri bahawa dia telah memasukkan ucapannya.
  4. Mustahil sesuatu ucapan itu datang daripada Rasulullah s.a.w.

Hukum Idraj

Ulama hadith dan fiqh serta lain-lain telah sepakat bahawa haram melakukan idraj kecuali untuk mentafsirkan lafaz yang sukar kerana itu tidak dilarang. Oleh kerana itu al-Zuhri dan imam hadith yang lain ada melakukannya.

Karangan yang terkenal

  1. Al-Fasl Li al-Wasl al-Mudraj Fi al-Nql” oleh al-Khatib al-Baghdadi.
  2. Taqrib al-Manhaj bi Tartib al-Mudraj“ oleh Ibn Hajar. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab al-Khatib dengan sedikit tambahan.
 
 

SESI 22 – AL-MAQLUB, AL-MAZID FI MUTTASIL AL-ASANID, AL-MUDHTARIB

UST MOHD HANIEF AWANG YAHAYA – 25 OKT 15

3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.3. KHABAR MARDUD DAN SEBAB-SEBAB PENOLAKANNYA

3.3.4. PERCANGGAHAN DENGAN PERAWI-PERAWI THIQAH

3.3.4.2. AL-MAQLUB

 

Definisinya

Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada “al-qalb” iaitu memusingkan sesuatu dari mukanya.

Dari segi istilah pula menukarkan lafaz dengan yang lain pada sanad atau pada matan dengan cara mendahulukan, mengkemudiankan atau lain-lain.

Bahagian-Bahagiannya

Hadith maqlub terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Maqlub al-Sanad  dan Maqlub al-Matn.

Maqlub al-Sanad

Penukaran yang berlaku pada sanad.  Ia mempunyai dua bentuk:

  1. Perawi mendahulukan dan mengkemudiankan nama salah seorang perawi dan nama ayahnya seperti hadith yang diriwayatkan oleh Ka’ab bin Murrah lalu seorang meriwayatkan dengan Murrah bin Ka’ab.
  2. Perawi menukarkan seseorang dengan seorang yang lain dengan tujuan untuk menjadikannya “gharib” seperti hadithbyang terkenal daripada Salim lalu dijadikan daripada Nafi’.

Antara perawi yang sering melakukannya ialah Hammad bin Amr al-Nasibi.  Contohnya ialah:

Hadith yang diriwayatkan oleh Hammad bin ‘Amr al-Nasibi dari al-A’mash daripada Abu Salih daripada Abu Hurairah secara murfu’.

“Apabila kamu bertemu dengan orang musyrik di jalanan maka jangan dahulukan mereka dengan ucapan salam”.

Hadith ini maqlub kerana Hammad telah menukarkannya dengan menjadikannya daripada al-A’mash.  Sebenarnya hadith ini ma’ruf daripada Suhail bin Abu Salih daripada bapanya daripada Abu Hurairah.  Beginilah yang ditakhrijkan oleh Muslim di dalam Sahihnya. Bentuk penukaran ini menyebabkan perawinya dikenali sebagai pencuri hadith.

Maqlub al-Matn

Penukaran yang berlaku pada matan.  Ia mempunyai dua bentuk:

  1. Perawi mendahulukan dan mengkemudiankan sebahagian matan hadith. Contohnya:  Hadith Abu Hurairah di dalam Sahih Muslim tentang tujuh golongan yang mendapat teduhan Allah pada hari tiada teduhan selain teduhan-Nya.  Lafaz tersebut ialah:

“Dan seorang lelaki bersedekah dengan menyembunyikannya sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kirinya”.

Ini adalah penukaran yang telah dilakukan oleh sesetengah perawi.

Sebenarnya ialah:

“Sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya.”

  1. Perawi meletakkan matan sebuah hadith pada sanad yang lain dan meletakkan sanad hadith pada matan lain. Tujuannya antara lain ialah untuk menguji.  Contohnya sekumpulan ulama’ hadith Banghdad telah membalikkan seratus hadith untuk Imam al-Bukhari dan bertanya kepada beliau sebagai menguji daya ingatannnya. Lalu beliau mengembalikan kesemua hadithbyang telah dibalikkan kepada keadaan asalnya tanpa melakukan sedikit kesalahan pun.

Sebab-Sebab Yang Mendorong Membalikkan Hadith

Ada beberapa sebab yang mendorong berlakunya pembalikan pada hadith. Antaranya ialah:

  1. Bertujuan untuk menjadikan hadith itu “gharib” lalu orang ramai tertarik untuk mengambil dan meriwayatkannya.
  2. Untuk menguji dan memastikan daya hafalan seorang ulama’ hadith dan juga ketepatannya.
  3. Berlaku kesilapan yang tidak disengajakan.

Hukum Membalikkan Hadith

  1. Jika membalikkan itu dengan tujuan menjadikannya “gharib”, tidak syak lagi itu tidak harus kerana mengubah hadith dan ini kerja pereka-pereka hadith.
  2. Jika dengan tujuan untuk menguji maka harus bagi mendapatkan kepastian ingatan ulama’ hadith dan sejauh mana keahliannya. Bagaimanapun sebelum majlis itu berakhir hendaklah dijelaskan manakah sebenarnya yang sahih.
  3. Jika berlaku secara tersilap atau lupa maka pelakunya dimaafkan tetapi apabila sering kali berlaku itu mencacatkan ketepatannya dan menjadikannya perawi yang dha’if.

Ringkasnya, hadith maqlub termasuk dalam kagegori hadis dha’if yang ditolak sebagaimana yang jelas diketahui.

Karangan Yang Terkenal

“Rafi’ al-Irtiyab Fi al-Maqlub Min al-Asma’ Wa al-Alqab” karangan al-Khatib al-Baghdadi. Jelas daripada namanya, kitab ini khusus dengan hadith maqlub sanad sahaja.

 

 

3.3.4.3. AL-MAZID FI MUTTASIL AL-ASANID

Definisinya dari segi bahasa, ianya adalah kata nama objek daripada “al-ziyadah” iaitu menambahkan. “Al-muttasil” kata lawanan bagi “al-Munqati’ “ dan “al-Asanid” jama’ bagi “Isnad”.

Dari segi istilah pula bermaksud penambahan perawi pada pertengahan sanad yang zahirnya kelihatan bersambung-sambung.

Contohnya:

Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn al-Mubarak, katanya, Sufyan telah menceritakan kepada kami daripada `Abdul Rahman bin Yazid katanya, Busr bin ‘Ubaidullah telah menceritakan kepada kami katanya, saya mendengar Abu Idris berkata saya mendengar Wathilah berkata, saya mendengar Abu Marthad berkata, saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Jangan kamu duduk di atas kubur dan jangan bersembahyang dengan menghadapnya”.

Penambahan Dalam Contoh Ayat Di Atas

Penambahan dalam contoh di atas berlaku pada dua tempat. Tempat pertama pada lafaz Sufyan dan tempat kedua pada lafaz Abu Idris. Sebab berlakunya penambahan pada kedua-dua tempat ini adalah waham daripada perawi.

  1. Lafaz Sufyan adalah waham daripada perawi sebelum Ibn al-Mubarak kerana beberapa orang perawi thiqah meriwayatkan hadith ini daripada Ibn al-Mubarak secara langsung daripada `Abdul Rahman bin Yazid. Malah sesetengah mereka menyatakan dengan jelas pengkhabaran `Abdul Rahman bin Yazid. Malah sesetengah mereka menyatakan dengan jelas pengkhabaran `Abdul Rahman bin Yazid kepada Ibn al-Mubarak.
  2. Penambahan lafaz Abu Idris itu adalah waham yang berpunca daripada Ibn al-Mubarak kerana beberapa orang perawi thiqah meriwayatkan hadith ini daripada ‘Abdul Rahman bin Yazid tanpa menyebutkan Abu Idris. Di antara mereka ada yang menyebutkan dengan jelas bahawa Busr mendengar secara langsung daripada Wathilah.

Syarat-Syarat Penolakan Penambahan Perawi

Dua syarat mesti dipenuhi bagi menolak tambahan itu dan itu dianggap sebagai waham daripada perawi yang menambahkannya:

  1. Perawi yang tidak menambahkan itu lebih kuat ingatan dan kemas daripada perawi yang menambahkan.
  2. Adanya penjelasan bahawa perawi mendengar sendiri pada tempat tambahan. Sekiranya kedua-dua syarat ini tidak dipenuhi tambahan ini dikira sebagai kuat dan diterima. Sanad yang tidak mempunyai tambahan ini dianggap sebagai “munqati’ “. Cuma terputus sanad itu secara tersembunyi dan dinamakan sebagai “al-Mursal al-Khafi”.

Kritikan terhadap Dakwaan Wujudnya Penambahan

Dakwaan wujudnya penambahan itu dikritik dengan dua perkara:

  1. Jika sanad yang tidak mempunyai tambahan itu dengan lafaz “ ‘an” pada tempat tambahan maka sepatutnya sanad itu dianggap “munqati’ “.
  2. Jika dinyatakan dengan jelas perawi itu mendengar sendiri, ada kemungkinan dia mendengar hadith itu melalui perantaraan seorang perawi dan setelah itu baru dia mendengar secara langsung.

Kritikan Ini Boleh Dijawab Dengan Berikut:

  1. Kritikan pertama boleh diterima dan masuk akal.
  2. Andaian pada kritikan kedua itu mungkin terjadi. Bagaimanapun ulama’ tidak memutuskan penambahan itu sebagai waham kecuali bila terdapat tanda dan bukti.

Karangan yang terkenal

“Tamyiz al-Mazid Fi Muttasil al-Asananid” karangan al-Khatib al-Baghdadi.

 

 

3.3.4.4. AL-MUDHTARIB

Definisi

Dari segi bahasa ia adalah kata nama pelaku daripada “al-Idtirab” iaitu keadaan tidak tetap dan kucar-kacir. Asalnya daripada “idtarab al-Mawj” iaitu ombak bergelora apabila banyak pergerakan dan saling memukul.

Dari segi istilah pula hadith yang diriwayatkan secara berlainan tetapi sama dari segi kekuatan.

Huraian Ta’rif

Hadith yang diriwayatkan dengan cara yang saling bertentangan sehingga tidak dapat diselaraskan antara satu sama lain. Kesemua riwayat itu sama kekuatan dari semua sudut sehingga tidak dapat ditarjihkan dengan mana-mana sudut pentarjihan.

Syarat Kewujudannya

Dengan memerhatikan kepada ta’rif dan huraiannya, jelas bahawa sesebuah hadith tidak dinamakan dengan mudtarib kecuali dengan memenuhi dua syarat berikut:

  1. Perbezaan riwayat-riwayat hadith sehingga tidak dapat diselaraskan.
  2. Riwayat-riwayat tersebut dari segi kekuatan sehingga tidak dapat ditarjihkan satu riwayat daripada riwayat yang lain.

Namun apabila salah satu riwayat dapat ditarjihkan atau boleh dijamakkan dengan cara yang diakui maka sifat tidak tetap atau kegoncangan itu hilang daripada hadith tersebut. Dalam hal pentarjihan, riwayat yang ditarjihkan itu diamalkan manakala dalam hal penyelarasan, maka kesemua riwayat yang diselaraskan dapat diamalkan.

Bahagian-bahagiannya:

Berdasarkan kepada tempat berlaku kegoncangan, “mudtarib” terbahagi kepada dua, “mudtarib al-Sanad” dan “mudtarib al-Matn”.

Mudhtarib al-Sanad

Contohnya, hadis Abu Bakar katanya: “Wahai Rasulullah, saya melihat tuan sudah beruban, Baginda menjawab: “Surah Hud dan saudara-saudaranya telah menyebabkan saya beruban”.

Al-Daruqutni berkata: Ini hadis “mudtarib” kerana ia hanya diriwayatkan daripada jalan Abu Ishaq. Lebih kurang terdapat sepuluh cara bagaimana hadith ini diriwayatkan daripadanya. Ada dari kalangan perawi meriwayatkannya secara “mursal”, ada secara “mawsul” (bersambung-sambung), ada yang menjadikannya “musnad Abu Bakar”, ada yang menjadikannya “musnad Sa’d”, ada yang menyebutkannya sebagai “musnad`A’ishah” dan sebagainya. Perawi-perawinya adalah thiqah dan tidak dapat tarjihkan antara satu sama lain begitu juga tidak dapat diselaraskan.

Mudtarib al-Matn

Contohnya, hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi:

 

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

“Daripada Sharik daripada Abu Hamzah daripada al-Sha’bi daripada Fatimah binti Qays katanya: “Rasulullah s.a.w telah ditanya tentang zakat: Lalu Baginda bersabda: Sesungguhnya dalam harta itu ada hak selain zakat “.

Dan Ibn Majah meriwayatkan sanad ini dengan lafaz: 

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

 

“Tidak ada hak (kewajiban) pada harta selain dari zakat”

Kata al-`Iraqi: Ini adalah kegoncangan yang tidak dapat dita’wilkan.

Siapakah Punca Berlakunya Kegoncangan

Kadang-kadang kegoncangan berpunca daripada seorang perawi sahaja iaitu dengan meriwayatkan hadith yang sama dengan pelbagai cara. Kadang-kadang terjadi kerana kumpulan perawi yang ramai iaitu masing-masing meriwayatkan dengan cara yang berbeza antara satu sama lain.

Sebab Dhaifnya Hadith Mudhtarib

Dhaifnya hadith “mudhtarib” kerana kegoncangan itu menunjukkan kepada ketidaktepatan para perawinya.

Kitab Yang Masyhur

“Al-Muqtarib Fi Bayan al-Mudtarib” oleh Hafiz Ibnu Hajar.

SESI 23 – AL-MUSAHHAF, KETIDAK TAHUAN TENTANG PERAWI, AL-MUBHAM, AL-BID’AH, LEMAH INGATAN DAN HAFAZAN

UST MOHD HANIEF AWANG YAHAYA – 01- NOV-15

3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.3 KHABAR MARDUD DAN SEBAB-SEBAB PENOLAKANNYA

3.3.4. PERCANGGAHAN DENGAN PERAWI-PERAWI THIQAH

3.3.4.5. AL-MUSAHHAF

 

Definisinya

Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada “al-tashif” iaitu kesilapan dalam catatan.  “Al-Sahafi” iaitu orang yang melakukan kesilapan dalam membaca catatan lalu mengubah beberapa lafaz kerana salah membaca.

Dari segi istilah pula, “tashif” ialah mengubah perkataan dalam hadith kepada yang  bukan diriwayatkan oleh perawi-perawi thiqah secara lafaz atau makna.

Kepentingan Mengetahui Al-Musahhaf

Ia merupakan ilmu yang sangat utama dan halus.  Kepentingannya sangat jelas dalam menerangkan kesilapan yang dilakukan oleh para perawi.  Tugas yang begitu berat ini hanya dapat dipikul oleh ulama’ hadith yang bijaksana dan tajam pemikirannya seperti al-Daruqutni.

Pembahagian

Ulama’ telah membahagikan al-musahhaf kepada tiga kategori:

1) Berdasarkan kepada tempat berlaku

Dilihat kepada tempat berlaku, al-Musahhaf terbahagi kepada dua iaitu

a. Tashif pada sanad

Contohnya hadis Shu’bah daripada al-`Awwam bin Ibn Muraajim.  Ibn Ma’in telah melakukan tashif dengan mengatakan daripada al-`Awwam bin Muzaahim

b. Tashif pada matan

Contohnya, hadith Zaid bin Thabit bahawa, “Rasulullah s.a.w. membuat bilik di dalam masjid”

Ibn Lahi’ah telah melakukan tashif dengan mengatakan

“Rasulullah s.a.w. telah berbekam di dalam masjid”.

 

2) Berdasarkan kepada punca

 

Dilihat kepada puncanya, musahhaf terbahagi kepada dua

a. Tashif penglihatan

Ini yang sering berlaku. Tulisan mengelirukan penglihatan pembaca sama ada tulisan yang jelek atau tidak bertitik.

Contohnya hadith:

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian mengikutinya enam hari dalam bulan Shawwal”. Abu Bakar al-Suli telah melakukan “tashif” dengan menyebutkan:

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian mengikutinya dengan sesuatu dalam bulan Shawwal”

b. Tashif pendengaran

Tashif yang berpunca daripada pendengaran yang tidak jelas atau pendengar berada jauh dan sebagainya lalu dia terkeliru dengan sesetengah perkataan kerana ia mempunyai kesamaan timbangan soraf.

Contoh hadith yang diriwayatkan oleh `Asim al-Ahwal.  Sebahagian perawi telah melakukan tashif dengan menyebut daripada Wasil al-Ahdab.

3) Berdasarkan kepada lafaz atau makna

Dilihat kepada lafaz dan makna, tashif terbahagi kepada tashif pada lafaz dan tashif pada makna

a. Tashif pada lafaz

Tashif ini banyak berlaku. Contohnya sama seperti contoh-contoh di atas.

b. Tashif pada makna

Iaitu perawi yang melakukan tashif itu mengekalkan lafaz dengan keadaannya tetapi dia mentafsirkannya dengan cara dia memahami makna itu tidak mengikut makna yang asal.  Contohnya, kata-kata Abu Musa al-Anazii:

“Kami adalah kaum yang mempunyai kemuliaan.  Kami dari kabilah ‘Anazah.  Rasulullah s.a.w. bersembahyang dengan menghadap ke arah kami”.

Beliau maksudkan dengan hadith:

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersembahyang dengan menghadap `anazah (tombak)”.

Beliau telah waham bahawa Baginda s.a.w bersembahyang menghadap ke kabilah mereka sedangkan ‘anazah itu ialah tombak yang dipacakkan di hadapan orang yang bersembahyang.

Pembahagian al-Hafiz Ibn Hajar

Al-Hafiz Ibn Hajar telah membahagikan tashif kepada pembahagian lain dengan menjadikannya dua bahagian iaitu:

Musahhaf dan Muharraf

  1. Musahhaf: Hadth yang terdapat perubahan yang merujuk kepada titik huruf dalam keadaan tulisan tetap kekal tidak berubah.
  2. Muharraf: Hadith yang terdapat perubahan yang merujuk kepada baris dalam keadaan tulisan tetap kekal tidak berubah.

Adakah Tashif Menjejaskan Keadilan Perawi?

Apabila tashif itu jarang-jarang terbit daripada seorang perawi maka itu tidak menjejaskan ketepatannya kerana tidak ada orang yang terselamat daripada kesilapan dan tashif walaupun sedikit. Sebaliknya jika sering berlaku maka menjejaskan ketepatannya, menunjukkan kepada kelemahannya dan dia bukanlah tokoh dalam bidang ini.

Sebab Berlakunya Tashif Yang Banyak Pada Perawi

Kebiasaannya tashif yang banyak berlaku pada perawi kerana dia mengambil hadith melalui kitab dan catatan tanpa memerima daripada guru-guru. Ulama’ hadith berkata: “Janganlah kamu mengambil hadith daripada sahafi maksudnya jangan kamu mengambil hadith daripada orang yang mengambilnya melalui catatan tanpa guru”.

Kitab Yang Masyhur

  1. “Al-Tashif” oleh al-Daruqutni
  2. “Islah Khata`al-Muhaddithin” oleh al-Khattabi
  3. “Tashifat al-Muhaddithin” oleh Abu Hamid al-Askari.

 

3.3.5. KETIDAK TAHUAN TENTANG PERAWI (AL-MAJHUL)

 

Dari segi bahasa adalah kata dasar bagi “jahila” – tidak tahu atau lawan kepada mengetahui. Ketidaktahuan tentang perawi bermaksud tidak mengenalinya. Dari segi istilah pula ialah tidak mengetahui diri perawi atau keadaannya.

Sebab-sebabnya

Ada tiga sebab mengapa perawi tidak dikenali:

  1. Banyak pengenalan pada perawi, sama ada nama, kuniyah, gelaran, sifat, kemahiran atau nisbah dan dia dikenali dengan salah satu daripadanya lalu disebutkan bukan dengan sebutan yang dia dikenali dengan tujuan-tujuan tertentu. Ini menyebabkan dia dianggap perawi yang berlainan dan ini menyebabkan ketidaktahuan tentang keadaan.
  2. Sedikit riwayatnya, dengan itu tidak ramai perawi yang meriwayatkan daripadanya.
  3. Tidak dijelaskan namanya, disebabkan untuk meringkaskan atau sebagainya. Perawi yang tidak dijelaskan namanya dipanggil sebagai perawi mubham.

Contoh-contohnya

Banyak sifat pada perawi: Muhammad bin al-Sa’ib bin Bishr al-Kalbi. Sebahagian perawi menisbahkan kepada datuknya dengan mengatakan Muhammad bin Bishr. Sebahagiannya pula meletakkan kuniyah Abu al-Nadr, ada yang menyebutkan Abu Sa’id, Abu Hisham lalu menyebabkan dia disangka sebagai ramai sedangkan seorang sahaja.

Sedikit riwayatnya dan sedikit pula perawi daripadanya: Abu al-`Ashara’al-Darimi seorang tabi’i tidak ada yang meriwayatkan daripadanya kecuali Hammad bin Salamah.

Tidak dijelaskan namanya: seperti kata perawi: “Si fulan atau syeikh atau seorang lelaki telah menkhabarkan kepadaku”.

 

3.3.5.1. ALMAJHUL

Ta’rif al-Majhul

Iaitu perawi yang tidak dikenali diri dan sifatnya. Maksudnya perawi yang tidak diketahui siapa sebenarnya atau peribadinya atau peribadinya diketahui tetapi tidak diketahui keperibadiannya iaitu keadilan dan ketepatannya.

Bahagian Perawi Majhul

Perawi Majhul dapat dibahagian kepada tiga:

Majhul al-‘Ayn

Ta’rifnya: Perawi yang disebutkan namanya tetapi tidak ada yang meriwayatkan daripadanya kecuali seorang sahaja.

Hukum periwayatannya:

Tidak diterima kecuali bila dinyatakan tentang ke”thiqah”annya.

Bagaimana ke”thiqahan”nya dinyatakan?

Kethiqahannya dapat dibuktikan dengan salah satu daripada dua cara ini: dia dinyatakan sebagai thiqah oleh perawi yang bukan meriwayatkan daripadanya. Atau dinyatakan thiqah oleh perawi yang meriwayatkan daripadanya dengan syarat dia dari kalangan ulama’ al-Jarh Wa al-Ta’dil.

Adakah hadithnya itu mempunyai nama khusus?

Hadithnya itu tidak mempunyai nama khusus tetapi diletakkan di bawah hadith dha’if.

Majhul al-Hal (dinamakan juga al-Mastur)

Definisi: Perawi yang diriwayatkan daripadanya oleh dua orang atau lebih tetapi tidak di”tawsiq”kan.

Hukum periwayatannya

Tidak diterima mengikut pendapat yang sahih di sisi majoriti ulama’.

Adakah hadithnya itu mempunyai nama khusus?

Hadithnya itu tidak mempunyai nama khusus tetapi diletakkan di bawah hadith dha’if.

 

Majhul al-Hal (dinamakan juga al-Mastur)

Definisi – Perawi yang diriwayatkan daripadanya oleh dua orang atau lebih tetapi tidak ditawsiqkan.

Hukum periwayatannya: tidak diterima mengikut pendapat yang sahih di sisi majoriti ulama’

Adakah hadithnya mempunyai nama khusus? – Hadithnya tidak mempunyai nama khusus tetapi diletakkan di bawah hadith dhaif.

 

3.3.5.2. AL-MUBHAM

Definisi

Perawi yang tidak dinyatakan dengan jelas namanya di dalam hadith.

Hukum periwayatannya:

Tidak diterima kecuali perawi yang meriwayatkan daripadanya menyatakan namanya atau namanya diketahui, melalui jalan yang lain yang menyebutkan dengan jelas namanya.

Sebab hadithnya ditolak ialah tidak diketahui siapa dirinya kerana orang yang disamarkan namanya tidak akan diketahui dirinya, apatah lagi tentang keadilannya, tentulah tidak diketahui. Oleh itu periwayatannya tidak diterima.

Adakah diterima periwayatan perawi yang disamarkan dengan lafaz ta’dil? Contohnya seperti kata seorang perawi yang meriwayatkan daripadanya: “Perawi thiqah telah menceritakan kepada saya”?

Jawapan: Mengikut pendapat yang sahih riwayatnya juga tidak diterima kerana boleh jadi thiqah padanya tetapi tidak di sisi orang lain.

Adakah hadithnya itu mempunyai nama khusus?

Jawapan: Ya, hadithnya mempunyai nama khusus iaitu hadith Mubham. Ia adalah hadith yang terdapat di dalamnya perawi yang tidak dinyatakan namanya. Kata al-Baiquni di dalam bait-bait syairnya: “Dan mubham itu di dalamnya ada perawi yang tidak dinamakan”.

Kitab-Kitab Terkenal Yang Membahaskan Sebab-Sebab “Jahalah Al-Ruwah”.

  1. Berkenaan perawi yang mempunyai banyak sifat: al-Khatib al-Baghdadi menulis kitab “Mudih Awham al-Jam’Wa al-Tafriq”.
  2. Perawi yang sedikit riwayatnya: Berkenaan sebab ini ditulis kitab-kitab “al-Wuhdaan” iaitu kitab yang mengandungi perawi yang seorang sahaja meriwayatkan daripadanya. Antara kitab ini ialah “al-Wuhdaan” karangan Imam Muslim.
  3. Tidak dinyatakan nama perawi: Berkenaan sebab ini ditulis kitab-kitab “al-Mubhamat” seperti kitab “al-Asma al-Mubhamah fi al-Anba’al-Muhkamah” oleh al-Khatib al-Baghdadi dan kitab “al-Mustafad min Mubhamat al-Matn Wa al-Isnad” oleh Waliyuddin al-Iraqi.

 

3.3.6. AL-BID’AH

Definisi:

Dari segi bahasa adalah kata dasar bagi “bada’a” iaitu mengadakan, seperti juga “ibtada’a” sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab “al-Qamus al-Muhit”. Dari segi istilah pula bid’ah ialah perkara baru dalam agama setelah ianya disempurnakan atau perkara yang direka sama ada dalam bentuk hawa nafsu atau amalan setelah Rasulullah s.a.w wafat.

Bahagian-bahagiannya

Bid’ah “mukaffirah” iaitu bid’ah yang menyebabkan pengamalnya menjadi kafir seperti dia beri’tiqad dengan sesuatu yang membawa kepada kekufuran. Mengikut pendapat yang diakui, perawi yang ditolak periwayatannya ialah orang yang mengingkari perkara mutawatir yang diketahui sebagai kemestian ajaran agama atau beri’tiqad dengan sebaliknya.

Bid’ah mufassiqah iaitu pengamalnya difasiqkan dengan sebabnya dan ia tidak membawa kepada kekufuran sama sekali.

Hukum Periwayatan Ahli Bid’ah

Jika dia seorang pengamal bid’ah “mukaffirah”, periwayatannya ditolak. Jika dia seorang pengamal bid’ah mufassiqah, menurut pendapat yang sahih, riwayatnya diterima dengan dua syarat:

  1. Dia tidak menyeru kepada bid’ahnya
  2. Dia tidak mewarwarkan bid’ahnya.

Adakah Hadith Ahli Bid’ah Mempunyai Nama Khusus?

Hadis ahli bid’ah tidak mempunyai nama khusus kerana hadithnya sebagaimana anda ketahui termasuk dalam jenis-jenis hadith mardud, tidak boleh diterima kecuali dengan sebab-sebab yang telah disebut.

 

 

3.3.7. LEMAH INGATAN DAN HAFAZAN

Ta’rif perawi yang mempunyai lemah ingatan: Perawi yang aspek “betul”nya tidak kuat berbanding dengan aspek kesilapannya.

Bentuk-bentuknya

Ada dua bentuk:

  1. Sekiranya lemah hafalan itu ada bersamanya sejak awal kehidupannya lalu berterusan padanya dalam semua keadaannya hadisnya dinamakan dengan shadh mengikut setengah ulama hadith.
  2. Sekiranya lemah hafalan itu berlaku sama ada kerana tua, atau hilang penglihatan atau terbakar. Ini dinamakan al-mukhtalat

Hukum Periwayatannya

  1. Hadith yang disampaikannya sebelum berlaku “ikhtilat” dan dapat dibezakan maka hadithnya makbul.
  2. Hadith yang disampaikannya selepas berlaku “ikhtilat” maka hukumnya mardud.
  3. Hadis yang tidak dapat ditentukan sama ada disampaikan sebelum atau selepas berlaku “ikhtilat” maka hendaklah ditangguhkan sehinggalah jelas kedudukannya.

SESI 24 – KHABAR YANG BERSIFAT MAQBUL DAN MARDUD, HADITH QUDSI, AL-MARFU’, AL-MAWQUF, AL-MAQTU’

UST MOHD HANIEF AWANG YAHAYA – 08- NOV-15

 

3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.4. KHABAR YANG BERSIFAT MAQBUL DAN MARDUD

3.4.1 PERBAHASAN PERTAMA – PEMBAHAGIAN KHABAR MERUJUK KEPADA SANDARANNYA

Berdasarkan kepada orang yang disandarkan kepadanya hadith, khabar terbahagi kepada empat bahagian iaitu hadith Qudsi, Marfu’, Mawquf dan Maqtu’. Di sini dikemukakan satu persatu huraian secara terperinci.

 

3.4.1.1. HADITH QUDSI

Definisi

Dari sudut bahasa al-Qudsi adalah nisbah kepada al-Quds iaitu kesucian sebagaimana yang disebutkan di dalam al-Qamus al-Muhit. Ya’ni hadith yang dinisbahkan kepada Allah s.w.t, Zat Yang Suci.

Dari segi istilah pula, hadith yang sampai kepada kita daripada Rasulullah s.a.w dengan menyandarkannya kepada Allah s.w.t.

Perbezaan Antara Hadith Qudsi Dengan Al-Quran

Terdapat banyak perbezaan tetapi yang masyhurnya ialah:

1. Lafaz dan makna Al-Quran daripada Allah s.w.t manakala hadith qudsi maknanya daripada Allah s.w.t sedangkan lafaznya daripada Rasulullah s.a.w.
2. Al-Quran dijadikan ibadat dengan membacanya manakala hadith qudsi tidak dijadikan ibadat dengan membacanya.
3. Al-Quran itu sabit dengan cara “tawatur” sedangkan “tawatur” tidak disyaratkan pada hadith qudsi.

Bilangan Hadith Qudsi

Hadith-hadith qudsi tidaklah banyak jika dinisbahkan kepada hadis nabawi. Bilangannya tidak melebihi 200 hadith.

Contohnya hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya:

“Daripada Abu Zar daripada Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan dari Tuhannya bahawa Dia berfirman: “Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman atas diri-Ku. Dan Aku telah jadikannya perkara yang diharamkan sesama kamu, maka janganlah melakukan kezaliman sesama kamu”.

Lafaz-lafaz Periwayatannya

Bagi perawi hadith qudsi, dia boleh meriwayatkan dengan mana-mana daripada lafaz ini:

Pertama:
“Rasulullah s.a.w. bersabda sebagaimana yang diriwayatkan daripada Tuhannya:…”

Kedua,
“Allah s.w.t. berfirman sebagaimana yang diriwayatkan daripada-Nya oleh Rasulullah s.a.w”.

Kitab-Kitab Yang Terkenal

“Al-Ithafat al-Saniyyah Bi al-Ahadith al-Qudsiyyah” oleh Abdul Ra’uf al-Munawi. Di dalamnya beliau telah menghimpunkan 272 hadith qudsi.

 

3.4.1.2. AL-MARFU’

Definisi

Dari sudut bahasa, al-Marfu’ adalah kata nama objek bagi rafa’a iaitu “mengangkat” lawan kepada wada’a iaitu “meletakkan”. Seolah-olah dinamakan demikian kerana nisbahnya kepada pemilik kedudukan yang tinggi iaitu Rasulullah s.a.w.

Dari segi istilah pula, apa yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w dalam bentuk ucapan, perbuatan, pengakuan atau sifat.

Huraian Definisi

Apa yang dinisbahkan atau disandarkan kepada Rasulullah s.a.w samada ucapan Baginda, perbuatan, pengakuan atau sifat. Sama ada yang menyandarkan itu Sahabat atau orang yang di bawahnya. Sama ada sanadnya bersambung-sambung atau terputus. Oleh itu marfu’ merangkumi mawsul, mursal, muttasil dan munqati’. Inilah yang masyhur tentang hakikatnya. Selain itu, ada beberapa pendapat tentang maksud dan ta’rifnya.

Bahagian-bahagiannya

Daripada ta’rifnya dapat diketahui bahawa marfu’ itu ada empat bahagian.

  1. Marfu’ dari sudut ucapan
  2. Marfu’ dari sudut perbuatan
  3. Marfu’ dari sudut pengakuan
  4. Marfu’ dari sudut sifat

Contoh

  1. Contoh marfu’ qawli (ucapan): Sahabat berkata atau orang lain: “Rasulullah s.a.w. bersabda……
  2. Contoh marfu’ fi’li (perbuatan): Sahabat berkata atau orang lain: “Rasulullah s.a.w. melakukan.
  3. Contoh marfu’ Taqriri (pengakuan) : sahabat berkata atau orang lain “Ada perkara dilakukan di hadapan Rasulullah s.a.w. dan Baginda tidak mengingkarinya”.
  4. Contoh marfu’ Wasfi (sifat): Sahabat berkata atau orang lain: “Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang paling baik akhlaqnya.

3.4.1.2. AL-MAWQUF

Definisi

Dari sudut bahasa, al-Mawquf adalah kata nama objek bagi waqafa iaitu “memberhentikan”. Seolah-olah perawi memberhentikan hadith itu pada Sahabat dan tidak terus menyebutkan baki rantaian sanad.

Dari segi istilah pula, apa yang disandarkan kepada Sahabat dalam bentuk ucapan, perbuatan atau pengakuan.

Huraian Definisi

Apa yang dinisbahkan atau disandarkan kepada Sahabat atau sekumpulan Sahabat sama ada ucapan, perbuatan atau pengakuan. Sama ada sanadnya “muttasil” atau “munqati”.

Contoh Mawquf di segi ucapan

‘Ali bin Abi Talib berkata: “Bercakaplah dengan orang ramai mengikut pengetahuan mereka. Adakah anda mahu Allah dan Rasul-Nya didustakan”.

Contoh Mawquf di segi perbuatan

Al-Bukhari berkata: “Ibn Abbas menjadi imam sedangkan beliau bertayyamum”

Contoh Mawquf di segi pengakuan

Kata-kata sebahagian tabi’in: “Kami berbuat demikian di hadapan salah seorang Sahabat dan beliau tidak membantahku.”

 

Penggunaan Lain Bagi Mawquf

Ada juga penggunaan lain bagi istilah mawquf iaitu berita yang datang dari bukan Sahabat tetapi dengan “qayd” (dengan ikatan/sifat) seperti hadith ini dimawqufkan oleh si fulan pada al-Zuhri atau `Ata dan sebagainya.

Istilah Fuqaha’ Khurasan

Fuqaha’ Khurasan menamakan “marfu’” sebagai khabar dan “mawquf” sebagai athar. Sementara Ahli hadith menamakan semuanya itu dengan athar kerana diambil daripada “athartu al-shay’” yakni meriwayatkan sesuatu.

Permasalahan Berkaitan Dengan “Marfu’ Hukman”

Ada beberapa bentuk mawquf dari sudut lafaz dan bentuknya tetapi bagi ulama’ yang menghalusi hakikatnya mengatakan ia sama makna dengan hadith marfu’, Oleh kerana itu, ia dinamakan “marfu’ hukman” iaitu mawquf pada lafaz tetapi marfu’ pada hukumnya.

Bentuk-Bentuk Marfu’ Ini

Pertama: Sahabat yang tidak diketahui pernah mengambil cerita daripada ahli Kitab mengatakan sesuatu yang tidak boleh diijtihadkan, tidak ada hubung kait dengan bahasa atau menjelaskan lafaz gharib seperti:

  1. Perkhabaran berita-berita lepas seperti permulaan kejadian.
  2. Perkhabaran tentang perkara-perkara akan datang seperti malahim (peristiwa-peristiwa besar), fitan (fitnah-fitnah akhir zaman) dan keadaan hari kiamat.
  3. Pengkhabaran tentang pahala khusus yang diperolehi dengan melakukan amalan atau siksaan tertentu seperti Sahabat mengatakan sesiapa yang melakukan ini akan mendapat ganjaran ini.

Kedua: Sahabat melakukan sesuatu perkara yang tidak boleh diijtihadkan seperti Sayyidina `Ali bersembahyang gerhana bulan dengan dua ruku’ pada setiap rakaat.

Ketiga: Sahabat melaporkan bahawa mereka selalu mengucapkan demikian, melakukan demikian atau berpendapat tidak mengapa demikian.

  1. Jika disandarkan kepada zaman Rasulullah s.a.w menurut pendapat yang sahih ia adalah marfu’ seperti kata Jabir:  “Kami melakukan `azal pada zaman Rasulullah s.a.w”
  2. Jika tidak disandarkan kepada zaman Baginda, ia adalah mawquf mengikut majoriti ulama’ seperti kata-kata Jabir:

“Apabila mendaki kami mengucapkan takbir dan apabila menuruni kami bertasbih”

Keempat: Sahabat mengatakan: “Kami diperintahkan dengan ini, kami dilarang daripada itu, atau termasuk dalam sunnah perkara ini. Contohnya kata-kata setengah Sahabat:

“Bilal diperintah supaya menggandakan azan dan mengganjilkan iqamah”

Kata-kata Ummu `Atiyyah:

“Kami dilarang dari mengiringi jenazah tetapi tidak diketatkan terhadap kami”.

Kata-kata Abu Qilabah daripada Anas:

“Termasuk dalam sunnah apabila seseorang mengahwini dengan anak dara dalam keadaan sudah berkahwin dengan janda, dia boleh berada bersamanya tujuh hari”.

Kelima: Perawi mengatakan dalam hadith ketika menyebutkan Sahabat dengan perkataan-perkataan yang empat ini, “yarfa’uhu”, “yanmiihi”, “yablughubihi” atau “riwayatan”. Seperti hadith al-A’raj daripada Abu Hurairah “riwayatan”:

“Kamu akan memerangi kaum yang mempunyai mata yang sepet”

Keenam: Sahabat mentafsirkan sesuatu yang berkait dengan sebab turun ayat. Seperti kata-kata Jabir: “Yahudi sering mengatakan sesiapa yang menyetubuhi isterinya pada kemaluannya dari arah belakang maka akan lahir anak yang juling, lalu Allah s.w.t menurunkan ayat surah al-Baqarah ayat 223″.

Bolehkah Berhujah Dengan Hadis Mawquf

Seperti mana yang diketahui, hadith mawquf itu kadang-kadang sahih, hasan atau dhaif tetapi jika terbukti sahih adakah boleh dijadikan hujah? Jawabnya, pada asalnya mawquf itu tidak dijadikan hujah kerana ia adalah ucapan dan perbuatan Sahabat. Bagaimanapun jika sabit sebagai sahih ia boleh menguatkan sesetengah hadith dhaif – sebagaimana yang dibincangkan dalam bab hadith mursal – kerana keadaan Sahabat adalah beramal dengan sunnah. Ini jika mawquf itu tidak mempunyai hukum marfu’. Apabila mawquf itu mepunyai hukum marfu’ maka ia boleh dijadikan hujah.

 

3.4.1.3. AL-MAQTU’

Definisi

Dari sudut bahasa, al-Maqtu’ adalah kata nama objek bagi “qata’a” iaitu “memutuskan” lawan kepada “wasala” iaitu “menyambung”.

Dari segi istilah pula, apa yang disandarkan kepada tabi’i atau orang yang lebih rendah daripadanya dalam bentuk ucapan atau perbuatan.

Huraian Ta’rif

Iaitu apa yang disandarkan kepada tabi’i atau tabi’ tabi’in dan mereka yang di bawahnya sama ada ucapan atau perbuatan. Al-Maqtu’ berbeza dengan al-Munqati’ kerana al-Maqtu’ adalah sifat matan manakala al-Munqati’ adalah sifat sanad. Dengan kata lain, hadith maqtu’ adalah ucapan tabi’in dan mereka yang di bawahnya yang kadang-kadang sanadnya bersambung-sambung kepada tabi’i tersebut, sedangkan munqati’ bermaksud sanad hadith itu tidak muttasil dan tidak ada kaitan dengan matan.

Contoh

Contoh hadith maqtu’ qawli: Kata-kata al-Hasan al-Basri tentang sembahyang di belakang ahli bid’ah, “Sembahyanglah kamu (di belakangnya), dia yang bertanggungjawab terhadap bid’ahnya”.

Contoh hadith maqtu’ fi’li: Kata-kata Ibrahim bin Muhammad al-Muntashir:

“Masruq sering melabuhkan tabir di antara dirinya dengan ahli keluarganya, dia terus bersembahyang dan membiarkan mereka dengan urusan dunia mereka”.

Hukum Berhujah Dengannya

Hadith maqtu’ tidak boleh dijadikan hujah dalam mana-mana hukum syara’ walaupun sah sandarannya kepada tuannya kerana ia hanya ucapan atau perbuatan salah seorang muslim. Bagaimanapun jika terdapat qarinah atau tanda yang menunjukkan ia marfu’ maka ia dianggap mempunyai hukum hadis marfu’ mursal seperti kata-kata sesetengah perawi ketika menyebutkan tabi’in “yarfa’uhu” (mengangkatnya kepada Rasulullah s.a.w) maka maqtu’ itu dianggap memppunyai hukum marfu’ mursal.

Penamaan Maqtu’ Dengan Munqati’

Sesetengah ulama’ hadith seperti al-Shafi’i dan al-Tabarani menyebutkan “Maqtu’ “ dan mereka memaksudkan hadisth munqati’ iaitu hadith yang tidak bersambung sanadnya. Bagaimanapun istilah ini tidak masyhur.

Mungkin alasan yang boleh diberikan bagi pihak Imam al-Safi’i iaitu penggunaan istilah itu belum lagi menjadi istilah mantap. Manakala bagi pihak al-Tabarani, ia dikira sebagai menggunakan bahasa pinjaman bukan dengan ma’na istilah.

Kitab-Kitab Tentang Hadith Mawquf Dan Maqtu’

  1. Musannaf Ibn Abi Shaibah
  2. Nysabbaf `Abd al-Razaq
  3. Tafsir al-Tabari, Ibn Abi Hatim dan Ibn al-Munzir

SESI 25 – AL-MUSNAD, AL-MUTTASIL, ZIYADAT AL-THIQAT

UST MOHD HANIEF AWANG YAHAYA – 15- NOV-15

 

3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.4.   KHABAR YANG BERSIFAT MAQBUL DAN MARDUD

3.4.2 PERBAHASAN KEDUA – BAHAGIAN KHABAR YANG BERMACAM-MACAM YANG MEMPUNYAI SIFAT MAQBUL DAN MARDUD

 

3.4.2.1. AL-MUSNAD

Definisi:

Dari sudut bahasa, al-Musnad adalah kata nama objek bagi “asnada” iaitu menyandarkan atau menisbahkan.

Dari segi istilah pula, hadith yang bersambung sanadnya secara marfu’ kepada Rasulullah s.a.w.

Contoh:
Hadith yang dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari katanya:

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

“Abdullah bin Yusuf menceritakan kepada kami daripada Malik daripada Abu al-Zinad daripada al-A’raj daripada Abu Hurairah katanya: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila anjing minum dalam bekas salah seorang kamu maka hendaklah dia membasuhnya sebanyak tujuh kali” (Sahih al-Bukhari, no 170)

Hadith ini bersambung sanadnya daripada awal sampai ke penghujungnya dan ia marfu’ kepada Rasulullah s.a.w.

 

3.4.2.2. AL-MUTTASIL

Definisi

Dari sudut bahasa, al-muttasil adalah kata nama pelaku bagi “ittasala” iaitu bersambung lawan kepada “inqata’a” iaitu terputus.Bahagian ini juga dinamakan dengan al-Mawsul.

Dari segi istilah pula, hadith yang bersambung sanadnya secara marfu’ kepada Rasulullah s.a.w atau secara mawquf.

Contoh

Contoh al-Muttasil al-marfu’:

Malik daripada Ibn Shihab daripada Salim bin `Abdillah daripada bapanya daripada Rasulullah s.a.w. bahawa Baginda bersabda”……

Contoh al-Muttasil al-Mawquf:

Malik daripada Nafi’ daripada Ibn `Umar bahawa beliau berkata:”…….

Adakah Kata-Kata Tabi’i Dianggap Sebagai Al-Muttasil?

Al-‘Iraqi berkata: “Berkenaan dengan kata-kata tabi’in apabila bersambung-sambung sanadnya kepada mereka maka ia tidak dinamakan al-Muttasil secara mutlak. Tetapi dalam keadaan dikaitkan (dengan mereka) maka boleh dinamakan demikian dan ada dalam penggunaan ulama’ hadith seperti kata mereka: “Ini muttasil kepada Sa’id bin al-Musayyab atau kepada al-Zuhri atau kepada Malik dan lain-lain. Ada dikatakan ia dinamakan sebagai maqaati’. Menamakannya dengan al-muttasil seperti menyifatkan dua perkara yang bertentangan pada bahasa dengan satu sifat.”

 

3.4.2.3. ZIYADAT AL-THIQAT

Maksud Ziyadat al-Thiqat

“Al-Ziyadat” maksudnya penambahan-penambahan dan maksud “thiqat” itu ialah perawi-perawi thiqah, yang adil dan tepat. Yang dimaksudkan dengan penambahan perawi-perawi thiqah ialah lafaz-lafaz yang kita dapati pada riwayat sesetengah perawi thiqah melebihi daripada yang diriwayatkan oleh perawi-perawi thiqah yang lain.

Ulama’ Yang Terkenal Dengan Perhatian Kepada Perkara Ini

Penambahan-penambahan oleh sesetengah perawi thiqah dalam sebahagian hadith-hadith telah menarik perhatian ulama’ lalu mereka memeriksa, mengumpulkan dan mengkajinya. Antara mereka ialah:

  1. Abu Bakr `Abdullah bin Muhammad bin Ziyad al-Naisaburi
  2. Abu Nu’aim al-Jurjani
  3. Abu Al-Walid Hassan bin Muhammad al-Qurashi

Tempat Berlaku Pertambahan

  1. Pada matan dengan penambahan perkataan atau ayat.
  2. Pada sanad dengan memarfu’kan yang mawquf atau memawsulkan yang mursal.

Hukum Penambahan Pada Matan

Ulama’ berbeza pendapat tentang hukumnya. Ada ulama’ yang menerima secara mutlak dan ada yang menolaknya secara mutlak. Sementara itu, ada ulama’ yang menolak penambahan yang dilakukan oleh perawi yang meriwayatkannya sebelum itu tanpa penambahan (kemudian meriwayatkan pula dengan penambahan) tetapi menerima penambahan yang dilakukan oleh perawi lain

Ibn al-Salah telah membahagikan penambahan berdasarkan kepada penerimaan dan penolakan kepada tiga bahagian. Pembahagian ini sangat baik dan persetujui oleh al-Nawawi dan ulama’ lain.

  1. Penambahan yang tidak ada pertentangan dengan perawi-perawi thiqah atau lebih thiqah. Hukum penambahan ini ialah maqbul kerana ia seperti hadith yang keseluruhannya diriwayatkan oleh salah seorang perawi thiqah secara berseorangan.
  2. Penambahan yang bertentangan dengan riwayat perawi-perawi thiqah atau lebih thiqah. Hukumnya mardud sebagaimana yang dibincangkan dalam bab al-Shadh.
  3. Penambahan yang mempunyai bentuk pertentangan dengan riwayat perawi-perawi thiqah atau lebih thiqah. Pertentangan tersebut melibatkan mengikat yang mutlak atau mengkhususkan yang umum. Bahagian ini tidak dihukumkan oleh Ibn al-Salah tetapi al-Nawawi memutuskan dengan mengatakan: “Menurut pendapat yang sahih, yang terakhir ini adalah maqbul”.

Contoh Penambahan Pada Matan

Contoh Penambahan Yang Tidak Ada Pertentangan

Hadith yang diriwayatkan oleh Muslim melalui jalan ‘Ali bin Mushir daripada al-A’mash daripada Abu Razin daripada Abu Salih daripada Abu Hurairah dengan penambahan lafaz (maka hendaklah dia mencurahkannya) dalam hadith tentang jilatan anjing. Sedangkan perawi-perawi yang lain meriwayatkan:

 

“Apabila anjing menjilat pada bekas salah seorang daripada kamu maka hendaklah dia membasuhnya sebanyak tujuh kali”. Penambahan ini menjadi seperti sebuah hadith yang Ali bin Mushir berseorangan meriwayatkannya dan beliau seorang yang thiqah maka penambahan itu diterima.

Contoh Penambahan Yang Mempunyai Pertentangan

Penambahan “Hari ‘Arafah”, XXXXXX dalam hadith:

xxxxxxXXXXXXXXXXXX

“Hari `Arafah, hari penyembelihan dan hari Tashriiq adalah hari raya kita orang-orang Islam. Ia adalah hari-hari makan dan minum (tidak berpuasa padanya)”

Hadith ini pada keseluruhan jalannya tidak mempunyai penambahan tersebut. Sebenarnya itu terdapat dalam jalan yang dikemukakan oleh Musa bin ‘Ali bin Rabah daripada bapanya daripada `Uqbah bin Amir. Hadith itu diriwayatkan oleh Abu Daud (no: 2419), al-Tirmizi (No. 770), dan lain-lain.

Contoh Penambahan Yang Mempunyai Bentuk Kelainan

Hadith yang diriwayatkan oleh Muslim melalui jalan Abu Malik al-Ashja’i daripada Rib’i daripada Huaifah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

“Dan bumi semuanya dijadikan untuk kita sebagai masjid dan tanahnya sebagai alat bersuci.

Abu Malik al-Ashja’i telah berseorangan meriwayatkan dengan tambahan “dan tanahnya” dan tidak disebutkan oleh perawi-perawi lain. Mereka hanya meriwayatkan begini:

XXXXXXXXXXXXXXXX

“Dan bumi semuanya dijadikan untuk kita sebagai masjid dan alat bersuci.”

Hukum Penambahan Pada Sanad

Berkenaan dengan penambahan pada sanad, ia lebih tertumpu pada dua masalah yang sering berlaku iaitu pertentangan antara mewawsulkan dengan memursalkan dan pertentangan antara memarfu’kan dengan mewawqufkan. Sementara bentuk penambahan lain dalam sanad, ulama’ telah membincangkan secara khusus dalam bab-babnya seperti al-Mazid Fi Muttasil al-Asaanid.

Dalam persoalan penambahan pada sanad, ulama ‘berbeza pendapat sehingga kepada empat pendapat.

  1. Diterima penambahan yang memawsulkan dan memarfu’kan. Ini adalah pendapat majoriti ulama’ fiqh dan usul.
  2. Tidak diterima penambahan yang memawsulkan dan memarfu’kan. Ini adalah pendapat kebanyakan ahli hadith.
  3. Keputusan bergantung kepada yang paling banyak. Ini adalah pendapat sebahagian ahli hadith.
  4. Keputusan bergantung kepada yang paling kuat hafalan. Ini pendapat sebahagian ahli hadith.

Contohnya:

Hadith:

“tidak ada pernikahan tanpa wali”.

Hadith ini telah diriwayatkan oleh Yunus bin Abi Ishaq al-Sabi’i, anaknya Israil dan Qaays bin al-Rabi’ daripada Abu Ishaq secara muttasil sementara Sufyan al-Thauri dan Shu’bah bin al-Hajjaj telah meriwayatkannya daripada Abu Ishaq secara mursal.

SESI 26 – AL-I’TIBAR. AL-MUTABI’ DAN AL-SHAHID

UST MOHD HANIEF AWANG YAHAYA – 15- NOV-15

3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.5. AL-I’TIBAR, AL-MUTABI’ DAN AL-SYAHID

Definisi Al-I’tibar

Dari sudut bahasa, “al-i’tibar” adalah kata dasar bagi “i’tabara” yang bermaksud memerhatikan beberapa perkara untuk mengetahui perkara lain yang sama jenis dengannya.

Dari segi istilah pula, memeriksa jalan-jalan hadith yang diriwayatkan oleh perawi secara berseorangan untuk mengetahui adakah ada perawi lain yang juga meriwayatkannya atau tidak.

Definisi Al-Mutabi’

Dari sudut bahasa, “al-Mutabi’ “ adalah kata nama pelaku bagi “taba’a” iaitu turut sama.

Dari segi istilah pula, ianya bermaksud hadith yang perawi-perawinya turut meriwayatkannya dengan hadith tunggal yang diriwayatkan oleh perawi-perawi lain dari sudut lafaz  dan makna atau pada makna sahaja dengan syarat sama pada Sahabat.

Definisi Al-Shahid

Dari sudut bahasa, “al-Shahid” adalah kata nama pelaku bagi “al-shahadah” iaitu menyaksikan.  Dinamakan demikian kerana ia menyaksikan bahawa hadith tunggal itu mempunyai asal yang menguatkannya sebagaimana saksi menguatkan kata-kata pendakwa dan menyokongnya. 

Dari segi istilah pula, hadith yang perawi-perawinya sama meriwayatkannya dengan hadith tunggal yang diriwayatkan oleh perawi-perawi lain dari sudut lafaz dan makna atau pada makna sahaja dengan syarat berbeza pada Sahabat.

Al-I’tibar Bukan Sebahagian Daripada Kategori Al-Mutabi’ Dan Al-Shahid

Boleh jadi ada orang yang keliru lalu menyangka al-I’tibar itu termasuk dalam kategori yang sama dengan al-Mutabi’ dan al-Shahid.  Sebenarnya bukan begitu kerana al-I’tibar itu adalah keadaan untuk sampai kepada kedua-duanya.  Dengan kata lain, ia adalah metode untuk mengkaji dan memeriksa hadith-hadith yang boleh menjadi al-Mutabi’ dan al-Shahid.

Istilah Lain Bagi Al-Mutabi’ Dan Al-Shahid

Definisi yang kita kemukakan di atas adalah yang dipegang dan diterima pakai oleh kebanyakan ulama’ hadith dan itu adalah yang masyhur.  Bagaimanapun ada ta’rif yang lain bagi kedua-dua istilah itu:

Al-Tabi’

Perawi-perawi itu sama-sama meriwayatkan hadith yang tunggal itu dengan lafaz yang sama, sama ada berbeza Sahabat ataupun tidak.

Perawi-perawi itu bersama-sama meriwayatkan hadith tunggal dengan lafaz yang sama, sama ada berlainan Sahabat atau tidak.

Bagaimanapun, setiap daripada kedua-dua istilah ini juga digunakan untuk memberi pengertian kepada istilah yang satu lagi.  Istilah al-Tabi’ ada juga digunakan dengan makna al-Shahid sementara istilah al-Shahid digunakan untuk menunjukkan makna al-Tabi’.  Perkara ini tidak menjadi persoalan kerana mengikut Hafiz Ibn Hajar, tujuan kedua istilah itu untuk menguatkan hadith itu dengan mencari riwayat lain yang sama dengannya.

 

3.5.1. AL-MUTABA’AH

Definisi

Dari sudut bahasa, kata dasar bagi “taba’a” dengan makna “wafaqa” iaitu sama dengan itu al-Mutaba’ah itu adalah al-Muwafaqah.

Dari sudut istilah:  Perawi itu bersamaan dengan orang lain dalam periwayatan hadith.

Bahagian-bahagian al-Mutaba’ah

  1. Al-Mutaba’ah al-Tammah: Iaitu berlaku persamaan bagi perawi dari awal sanad.
  2. Al-Mutaba’ah al-Qasirah: Iaitu berlaku persamaan bagi perawi di pertengahan sanad.

Contoh:

Penulis akan menyebutkan satu contoh yang dikemukakan oleh Hafiz Ibn Hajar  yang merangkumi al-Mutaba’ah al-Tammah, al-Mutaba’ah al-Qasirah dan al-Shahid.

Hadith yang diriwayatkan oleh al-Shafi’i dalam Kitab al-Umm daripada Malik daripada `Abdullah  bin Dinar daripada Ibn `Umar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Bulan itu dua puluh sembilan hari, janganlah kamu berpuasa sehinggalah kamu melihat anak bulan, jangan kamu berbuka selagi kamu tidak melihatnya, jika berlaku mendung maka kamu sempurnakan bilangan tiga puluh hari”.

Hadith ini dengan lafaz ini telah dianggap oleh satu kumpulan bahawa al-Shafi’i berseorangan meriwayatkan daripada Imam Malik, lalu mereka memasukkan dalam senarai hadith-hadith gharib Malik kerana murid-murid Malik meriwayatkan daripadanya dengan sanad ini dengan lafaz:

“Jika berlaku mendung maka hitungkan untuknya”

Tetapi setelah dilakukan i’tibar kita dapati Imam al-Shafi’i mempunyai Mutaba’ah Tammah, Mutab’ah Qasirah dan Shahid.

Al-Mutaba’ah al-Tammah

Hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada `Abdullah bin Maslamah al-Qa’nabi daripada Malik dengan sanad yang sama. Dalam hadith itu terdapat:

“Jika berlaku mendung maka kamu sempurnakan bilangan tiga puluh hari”

Al-Mutaba’ah al-Qasirah

Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah daripada jalan Asim bin Muhammad daripada bapanya Muhammad bin Zaid daripada datuknya `Abdullah bin `Umar dengan lafaz

“Sempurnakan tiga puluh”.

 

3.5.2. AL-SYAHID

Hadith yang diriwayatkan oleh al-Nasa’ie melalui riwayat Muhammad bin Hunain daripada `Abbas daripada Rasulullah s.a.w dalam hadith itu disebutkan:

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Jika hari mendung maka sempurnakan bilangan tiga puluh hari”.

 

 

4BAB KEDUA – SIFAT-SIFAT ORANG YANG DITERIMA PERIWATANNYA DAN PERBINCANGAN TENTANG AL-JARH WA AL-TA’DIL

 

4.1 FASAL PERTAMA : PERAWI DAN SYARAT-SYARAT PENERIMAANNYA

Pendahuluan

Oleh kerana hadith-hadith Rasulullah s.a.w hanya sampai kepada kita melalui para perawi dan merekalah paksi utama untuk mengetahui kesahihan dan kepalsuan hadith, maka ulama’ hadith telah memberi perhatian khusus terhadap para perawi dan meletakkan beberapa syarat yang teliti lagi kemas sekaligus membuktikan kedalaman pemerhatian, kemantapan pemikiran dan keunggulan metodologi mereka.

Syarat-syarat yang diletakkan oleh ulama’ hadith pada perawi serta syarat-syarat lain bagi penerimaan hadith dan riwayat tidak pernah dicapai oleh mana-mana agama sekalipun pada zaman moden ini walaupun ahli-ahlinya mendakwa bahawa mereka memiliki metodologi dan ketelitian. Mereka tidak meletakkan syarat pada pelapor berita seperti syarat yang dimestikan oleh ulama’ hadith pada perawi meskipun syarat yang lebih rendah daripada itu. Kebanyakan berita-berita yang dilaporkan oleh agensi-agensi berita rasmi tidak dapat dipercayai dan diyakini. Ini kerana para pelapornya tidak dikenali. Bukankah kebinasaan cerita-cerita itu kerana pelapor-pelapornya? Selang beberapa waktu sahaja ternyata kebanyakan berita itu adalah palsu.

Syarat-Syarat Penerimaan Perawi

Majoriti ulama’ hadith dan fiqh telah sepakat bahawa dua syarat asas mesti ada pada seorang perawi, iaitu:

  1. Keadilan iaitu perawi itu mestilah seorang muslim, baligh, waras, tidak mempunyai faktor-faktor kefasikan dan perkara-perkara yang mencacatkan maruah.
  2. Ketepatan iaitu tidak bercanggah dengan perawi-perawi thiqah, tidak lemah ingatan, tidak ada kesilapan yang jelek, tidak lalai dan tidak banyak kekeliruan.

Bagaimana Keadilan Terbukti

Keadilan dibuktikan dengan salah satu daripada perkara berikut:

  1. Penjelasan oleh ulama “Al-Jarh Wa Al-Ta’dil” tentang keadilannya atau salah seorang daripada mereka.
  2. Dengan sebab terkenal dan masyhur. Sesiapa yang terkenal dengan keadilannya di kalangan ahli ilmu, memadai tersebar pujian terhadapnya dan tidak perlu lagi kepada penjelasan daripada ulama’ “Al-Jarh Wa Al-Ta’dil”. Mereka itu termasuklah para imam seperti imam mazhab yang empat, Abu Hanifah, Malik, al-Shafi’i dan Ahmad bin Hanbal, Sufyan Ibn `Uyaynah, Sufyan al-Thauri, al-Awza’i dan lain-lain.

Mazhab Ibn `Abd Al-Barr Tentang Pembuktian Keadilan

Ibn `Abd al-Barr berpendapat bahawa setiap pembawa ilmu yang terkenal dengan memberi perhatian terhadap ilmu dianggap sebagai adil sehinggalah terbukti tajrih kepada. Beliau berhujah dengan hadith:

 

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

“Ilmu ini dibawa pada setiap generasi oleh orang-orang yang adil yang menghindarkan daripadanya penyelewengan orang-orang yang melampau, pemalsuan golongan sesat dan takwilan golongan jahil”.

Bagaimanapun pendapat beliau ini tidak dipersetujui oleh para ulama’ kerana status hadith ini tidak sahih. Jika diandaikan sahih maka maknanya hendaklah ditafsirkan sebagai perintah iaitu hendaklah pada setiap generasi orang-orang yang adil membawa ilmu ini. Pentafsiran ini berdasarkan ada juga perawi yang tidak adil membawa ilmu ini.

Bagaimana Mengetahui Ketepatan Perawi

Ketepatan perawi dapat diketahui berdasarkan kepada kesamaan riwayatnya dengan perawi-perawi thiqah yang tekun dalam periwayatan hadith. Jika pada kebanyakan keadaan beliau menyamai mereka dalam periwayatan maka dia dianggap sebagai seorang yang “dhaabit” (seorang yang tepat dan kuat ingatan); tidak mengapa jika jarang-jarang terdapat perbezaan dengan riwayat perawi-perawi lain. Sebaliknya jika berlaku banyak percanggahan maka cacatlah ketepatannya dan dia tidak boleh dijadikan hujah.

Adakah Tajrih Dan Ta’dil Diterima Dengan Tanpa Alasan?

Mengikut pendapat yang masyhur dan sahih, ta’dil diterima tanpa disebutkan sebabnya kerana ianya terlalu banyak dan sukar untuk dihitung kerana ulama’ yang menta’dilkan perawi terpaksa menyebutkan: “Dia tidak melakukan ini, tidak melakukan itu….atau dia buat ini, dia buat itu…dan sebagainya.

Tetapi tajrih tidak diterima kecuali dengan menjelaskan sebab kerana sebabnya tidak sukar untuk dinyatakan dan masyarakat berbeza pendapat tentang sebab-sebab tajrih. Kadang-kadang ulama’ mentajrihkan perawi tanpa tajrih yang wajar. Ibn al-Salah berkata: “Inilah yang jelas diakui dalam ilmu fiqh dan usul. Al-Khatib al-Baghdadi menyebutkan itu adalah mazhab imam yang hafiz hadith dan pengkritik hadith seperti al-Bukhari, Muslim dan lain-lain. Oleh kerana itu, al-Bukhari berhujjah dengan sekumpulan perawi yang ditajrihkan oleh orang lain seperti `Ikrimah, `Amar bin Marzuq. Muslim pula berhujah dengan Suwaid bin Sa’id dan sekumpulan perawi yang dipertikai oleh orang lain. Begitu juga dengan Abu Daud. Ini menunjukan bahawa mereka berpendapat bahawa tajrih tidak terbukti kecuali dengan diterangkan sebabnya.

Adakah Tajrih dan Ta’dil Terbukti Dengan Seorang Sahaja?

  1. Menurut pendapat yang sahih, ta’dil dan tajrih boleh sabit dengan seorang imam.
  2. Ada pendapat mengatakan perlu kepada dua orang imam.

Tajrih Dan Ta’dil Serentak Pada Perawi Yang Sama

Apabila berkumpul pada seorang perawi Tajrih dan ta’dil maka:

  1. Menurut pendapat yang muktamad tajrih diutamakan jika tajrih mufassar (dinyatakan sebab).
  2. Dikatakan jika bilangan ulama’ yang menta’dilkan itu ramai maka ta’dil didahulukan. Tetapi pendapat ini dhaif dan tidak dipegang.

Hukum Periwayatan Perawi Adil Daripada Seseorang Individu

Periwayatan seorang perawi adil daripada seseorang tidak boleh dianggap sebagai ta’dil. Ini merupakan pendapat sebilangan besar ahli hadith dan inilah pandangan yang sahih. Ada juga yang mengatakan itu merupakan ta’dil untuk perawi tersebut.

Amalan dan fatwa seorang alim mengikut sesebuah hadith bukanlah merupakan keputusan kepada kesahihannya. Demikian juga percanggahannya dengan hadith itu bukan merupakan kritikannya terhadap kesahihan hadith tersebut dan tidak juga terhadap perawi-perawinya. Ada dikatakan, itu adalah keputusannya tentang kesahihan hadith itu. Pendapat ini telah diakui sahih oleh al-Amidi dan ulama’ lain dari kalangan ahli usul. Dalam masalah ini ada perbahasan yang panjang dan terperinci.

Hukum Periwayatan Perawi Yang Bertaubat Daripada Kefasikannya

  1. Diterima periwayatan perawi yang bertaubat daripada melakukan kefasikan.
  2. Tidak diterima periwayatan daripada perawi yang bertaubat daripada mereka-reka hadith atas nama Rasulullah s.a.w.

SESI 27 – HUKUM PERIWAYATAN, KITAB JAR’H WA TA’DIL

UST MOHD HANIEF AWANG YAHAYA – 29- NOV-15

4BAB KEDUA – SIFAT-SIFAT ORANG YANG DITERIMA PERIWATANNYA DAN PERBINCANGAN TENTANG AL-JARH WA AL-TA’DIL

4.1FASAL PERTAMA : PERAWI DAN SYARAT-SYARAT PENERIMAANNYA

4.1.1. HUKUM PERIWAYATAN 

4.1.1.1. Hukum Periwayatan Perawi Yang Mengambil Upah Mengajarkan Hadith

  1. Sesetengah ulama’ tidak menerima periwayatan perawi yang mengambil upah kerana mengajarkan hadith. Antara mereka ialah, Imam Ahmad, Ishaq dan Abu Hatim.
  2. Setengah ulama’yang lain menerima seperti Abu Nu’aim Fadal bin Dukain.
  3. Abu Ishaq al-Shirazi memfatwakan harus mengambil upah bagi perawi yang tidak mampu menyara keluarganya kerana sibuk mengajarkan ilmu hadith.

4.1.1.2. Periwayatan Perawi Yang Dikenali Sebagai Bermudah Atau Menerima “Talqiin” Atau Banyak Lupa

  1. Tidak diterima periwayatan perawi yang dikenali sebagai bermudah atau longgar dalam menerima dan menyampaikan hadith seperti orang yang tidur ketika mendengar hadith atau menyampaikan hadith berdasarkan kepada nuskhah yang tidak dibandingkan dengan nuskhah yang diakui.
  2. Tidak diterima periwayatan perawi yang dikenali menerima talqiin dalam hadith seperti ia dibacakan sesuatu hadith kemudian ia menyampaikannya tanpa mengetahui itu termasuk dalam hadithnya sendiri.
  3. Tidak diterima periwayatan perawi yang dikenali dengan banyak lupa.

4.1.1.3. Periwayatan Perawi Yang Menyampaikan Hadith Kemudian Dia Terlupa

Definisi perawi yang menyampaikan hadith dan ia lupa ialah seorang syeikh yang tidak mengingati riwayat hadith yang disampaikan oleh muridnya daripadanya.

Hukum Periwayatannya,

  1. Ditolak, jika beliau menafikannya dengan tegas dengan mengatakan saya tidak pernah meriwayatkannya atau dia berdusta atas nama saya dan sebagainya.
  2. Diterima, jika beliau teragak-agak dalam menafikannya seperti ia mengatakan saya tidak tahu atau saya tidak ingat dan sebagainya.

4.1.1.4Penolakan Terhadap Sebuah Hadith Itu Bermakna Salah Seorang Daripada Mereka Berdua (Syeikh Dan Muridnya) Telah Ditajrihkan?

Tidak boleh dianggap penolakan hadith itu sebagai mencacatkan keadilan salah seorang daripada mereka berdua, kerana masing-masing tidak boleh mentajrihkan satu sama lain.

Contoh

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah melalui Rabi’ah bin Abi Abdul Rahman daripada Suhail bin Abi Salih daripada bapanya daripada Abu Hurairah bahawa:

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Rasulullah s.a.w. telah memutuskan kes berdasarkan sumpah berserta saksi”.

`Abdul `Aziz bin Muhammad al-Darawardi berkata: “Rabiah bin Abi `Abdul Rahman telah menceritakan kepada saya hadith ini daripada Suhail.  Kemudian saya menemui Suhail dan bertanya kepadanya tentangnya dan beliau tidak mengetahuinya. Lalu saya mengatakan (kepadanya), Rabi’ah telah meriwayatkan hadith ini daripada anda”. Selepas itu, Suhail mengatakan `Abdul `Aziz telah menceritakan kepada saya Rabi’ah daripada saya bahawa saya meriwayatkan hadith ini kepadanya daripada Abu Hurairah.

Kitab-kitab yang paling masyhur:

“Kitab Akhbar Man Haddatha Wa Nasiya” oleh al-Khatib.

 

4.2. FASAL KEDUA: GAMBARAN UMUM TENTANG KITAB AL-JARH WA AL-TA’DIL

 

Gambaran Umum Tentang Kitab-Kitab Al-Jarh Wa Al-Ta’dil

Oleh kerana penilaian tentang kesahihan dan kedhaifan hadith berdasarkan kepada keadilan perawi dan ketepatannya atau kecaman terhadap kedua-duanya, para ulama’ telah menyusun kitab-kitab yang menjelaskan keadilan para perawi dan ketepatan mereka. Penulisan mereka itu berdasarkan kepada nukilan daripada imam-imam yang dipercayai dalam ilmu mengkreditkan para perawi. Ini dinamakan sebagai ta’dil sebagaimana dalam kitab-kitab tersebut terhadap kecaman terhadap keadilan sesetengah perawi atau terhadap ketepatan dan keadilan mereka yang dinukilkan daripada para imam yang tidak taksub. Ini dinamakan dengan “al-Jarh”. Dari sinilah, kitab-kitab tersebut dinamakan kitab-kitab “al-Jarh Wa al-Ta’dil”.

Kitab-kitab ini sangat banyak dengan pelbagai metode, antaranya dikhususkan untuk menjelaskan perawi-perawi yang dhaif dan ditarjihkan. Ada kitab tentang perawi-perawi thiqah dan dhaif. Dari aspek lain, sebahagian kitab ini meliputi semua perawi hadith tanpa melihat kepada perawi-perawi kitab hadith tertentu dan ada juga khusus dengan perawi-perawi sebuah kitab sahaja atau beberapa buah kitab hadith yang tertentu.

Usaha-usaha penyusunan biografi-biografi perawi yang dilakukan oleh ulama’ al-Jarh Wa al-Ta’dil ini diakui sebagai usaha yang unik kerana mereka menyentuh secara teliti kesemua biografi para perawi hadith dan menjelaskan kedudukan al Jarh Wa al-Ta’dil yang ditujukan kepada mereka. Kemudian disebutkan guru-guru yang menjadi sumber ambilan bagi perawi itu kemudian siapa pula yang mengambil hadith daripadanya. Ke mana mereka pernah mengembara dan bilakah mereka bertemu guru-guru hadith. Di samping itu, dinyatakan juga zaman hidup mereka dengan cara yang tidak pernah didahului oleh orang lain bahkan bangsa-bangsa bertamaddun di zaman moden ini tidak dapat menjangkaui walaupun sedikit biografi-biografi perawi hadith. Mereka mengingati dengan lengkap pengenalan tentang perawi-perawi hadith sepanjang hayat mereka. Semoga Allah s.w.t memberikan balasan yang baik buat mereka. Berikut beberapa nama kitab-kitab rijal:

  1. “Al-Tarikh al-Kabir” oleh Imam al-Bukhari. Kitab ini umum meliputi perawi-perawi thiqah dan dha’if.
  2. “Al-Jarh Wa al-Ta’dil” oleh Ibn Abi Hatim. Ini juga merangkumi perawi-perawi thiqah dan dhaif.
  3. “Al-Thiqat” oleh Ibn Hibban. Kitab ini khusus tentang perawi thiqah sahaja.
  4. “Al-Kamil fi al-Du’afa” oleh Ibn Adi. Jelas dari namanya, kitab ini khusus tentang perawi-perawi dha’if.
  5. “Al-Kamal Fi Asma’ al-Rijal” oleh `Abd al-Ghani al-Maqdasi. Sebuah kitab yang umum, bagaimanapun ia khusus dengan perawi-perawi kitab Sunan Sittah.
  6. “Mizan al-I’tidal” oleh al-Zahabi. Sebuah kitab yang khusus tentang perawi-perawi dhaif dan matruk iaitu setiap orang perawi yang ditajrihkan walaupun pentajrihan itu tidak diterima.
  7. “Tahdhib al-Tahdhib” oleh Ibn Hajar. Kitab ini dianggap sebagai salah sebuah ringkasan dan saringan kitab “al-Kamal Fi Asma’ al-Rijal”.
 

SESI 28 – TINGKATAN JARH DAN TA’DIL, METODE MENDENGAR DAN MENERIMA HADITH, CARA-CARA PENERIMAAN DAN LAFAZ-LAFAZ PENYAMPAIAN HADITH

UST MOHD HANIEF AWANG YAHAYA

4BAB KEDUA – SIFAT-SIFAT ORANG YANG DITERIMA PERIWATANNYA DAN PERBINCANGAN TENTANG AL-JARH WA AL-TA’DIL

4.3. FASAL KETIGA: TINGKATAN JARH DAN TA’DIL

Di dalam pendahuluan kitabnya, al-Jarh Wa al-Ta’dil, Ibn ‘Adi telah membahagikan peringkat Jarh dan Ta’dil kepada empat dan menjelaskan hukum setiap peringkat itu.  Kemudian ulama’ telah membahagikan setiap peringkat itu kepada dua.  Dengan itu, setiap peringkat Jarh dan Ta’dil itu mempunyai enam.  Berikut ini, peringkat-peringkat Jarh dan Ta’dil tersebut berserta dengan lafaz-lafaznya.

Peringkat-Peringkat Ta’dil Dan Lafaz-Lafaznya

  1. Yang menunjukkan kepada kemuncak kepada menthiqahkan atau dengan menyatakan makna `paling’. Ini peringkat yang paling tinggi seperti XXXXXXX (fulan itu kemuncak dalam ketelitian), atau XXXXXX (si fulan orang yang paling teguh).
  2. Kemudian ditegaskan dengan satu sifat atau dua sifat thiqah seperti XXXXXXXXX (dipercayai dipercayai) atau XXXXXXXX (dipercayai lagi teguh).
  3. Peringkat yang disebutkan dengan sifat yang menunjukkan thiqah tetapi tanpa penegasan seperti XXXXX (thiqah) atau (hujjah).
  4. Peringkat yang menunjukkan ta’dil tanpa menyatakan ketepatan perawi seperti xxxxx (sangat benar), XXXXXXX (padanya ada kebenaran), XXXXXXX(tidak mengapa dengannya) selain dari Ibn Ma’in kerana lafaz ini di sisi beliau adalah seorang perawi yang thiqah.
  5. Peringkat yang tidak menyatakan thiqah atau tajrih seperti XXXXXXXX atau orang ramai meriwayatkan daripadanya.
  6. Peringkat yang menunjukkan hampir dengan tajrih seperti XXXXXXX (seorang dengan hadithnya baik) atau XXXXXXXX (boleh ditulis hadithnya).

Hukum Peringkat-Peringkat Ini

  1. Tiga peringkat yang pertama itu, para perawinya dijadikan hujah walaupun di antara mereka itu ada yang lebih kuat.
  2. Peringkat keempat dan kelima, perawi-perawinya itu tidak boleh dijadikan hujah tetapi haditj mereka boleh ditulis dan diuji. Walaupun perawi peringkat kelima lebih rendah daripada perawi peringkat keempat.
  3. Perawi-perawi peringkat keenam tidak boleh dijadikan hujah tetapi hadith mereka boleh ditulis untuki i’tibar sahaja bukan untuk diuji kerana ketidaktepatan mereka dalam periwayatan sudah jelas.

Peringkat-Peringkat Jarh Dan Lafaz-Lafaznya

  1. Lafaz yang menunjukkan kepada lembut, iaitu yang paling ringan dalam Jarh seperti…….atau ……
  2. Lafaz yang menunjukkan tidak boleh dijadikan hujah atau yang seumpamanya seperti…………atau …….
  3. Kemudian lafaz yang menunjukkan hadirhnya tidak ditulis dan seumpamanya seperti ……….atau………..
  4. Kemudian lafaz yang mengandungi tuduhan berdusta atau seumpamanya seperti…………….atau………….
  5. Lafaz yang menyifatkan perawi itu mereka hadith atau seumpamanya seperti……………….atau………….
  6. Kemudian lafaz yang menunjukkan kepada dusta secara maksimun iaitu yang paling buruk seperti …..atau…..

Hukum Peringkat-Peringkat Ini

  1. Perawi-perawi dua peringkat yang pertama tidak boleh berhujah dengan hadith mereka sama sekali tetapi boleh ditulis untuk i’tibar sahaja walaupun perawi-perawi peringkat kedua tidak sama kedudukannya dengan yang peringkat pertama.
  2. Adapun perawi-perawi peringkat keempat yang terakhir, hadithñmereka tidak boleh dijadikan hujah, tidak ditulis dan tidak dijadikan I’tibar.

 

5. PERIWAYATAN HADITH, ADAB-ADAB DAN METHODE PENCATATAN

5.1. FASAL PERTAMA: METODE PERIWATAN DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH

5.1.1. PERBAHASAN PERTAMA: METODE MENDENGAR DAN MENERIMA HADITH, DAN SIFAT CATATAN

Pendahuluan

Apa yang dimaksudkan dengan metode mendengar hadirh ialah penjelasan tentang perkara-perkara yang sepatutnya ada dan disyaratkan kepada sesiapa yang mahu mendengar hadirhbdaripada syeikh-syeikh dengan tujuan periwayatan dan penerimaan untuk menyampaikannya pula kepada orang lain. Contohnya seperti pensyaratan umur tertentu secara wajib atau umur yang digalakkan.

Maksud penerimaan hadith ialah penjelasan tentang cara-cara periwayatan hadith dan penerimaannya daripada syeikh-syeikh. Maksud penjelasan tentang catatan ialah bagaimana pelajar hadith mencatat riwayat yang diterimanya dengan cara yang dikira layak untuk orang lain berpuas hati untuk mengambil hadith daripadanya.

Ulama’ hadith telah memberikan perhatian terhadap bahagian ilmu hadith ini dan mereka telah menggariskan kaedah-kaedah, kriteria-kreteria dengan cara yang kemas lagi halus. Mereka juga membezakan antara cara-cara penerimaan hadith dengan membahagikannya kepada beberapa peringkat yang berbeza-beza. Usaha ini merupakan satu penegasan bahawa mereka amat mengambil berat tentang periwayatan hadith-hadith Rasulullah s.a.w dan betapa eloknya cara perpindahan hadith daripada seorang kepada seorang lain supaya orang Islam berpuas hati dengan cara sampainya hadith kepadanya dan menyakini bahawa metode ini sangat selamat dan teliti.

Adakah Disyaratkan Islam Dan Baligh Dalam Penerimaan Hadith?

Islam dan baligh tidak disyaratkan untuk menerima hadith mengikut pendapat yang sahih tetapi disyaratkan untu menyampaikannya. Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam syarat-syarat perawi. Berdasarkan kepada perkara ini, diterima periwayatan seorang muslim yang baligh apa yang diriwayatkan sebelum dia memeluk Islam atau sebelum akil baligh dengan syarat dia sudah mumayyiz.

Ada pendapat yang mengatakan baligh juga disyaratkan dalam penerimaan hadis. Tetapi ini pendapat yang tidak tepat kerana orang-orang Islam telah menerima riwayat sahabat muda seperti al-Hasan, Ibn `Abbas dan lain-lain tanpa membezakan antara hadith yang diriwayatkan sebelum atau selepas baligh.

Bilakah Digalakkan Untuk Mula Mendengar Hadith?

  1. Ada pandangan yang mengatakan elok mula mendengar hadith pada usia tiga puluh tahun, ini pendapat Ahli Sham.
  2. Ada yang mengatakan pada usia dua puluh tahun, ini pendapat Ahli Kufah.
  3. Ada yang mengatakan pada usia sepuluh tahun, ini pendapat Ahli Basrah.
  4. Pendapat yang betul ialah pada zaman mutakhir ini, bersegera mendengar hadith ketika layak mendengarnya kerana hadith telah pun tercatat dalam kitab-kitab.

Adakah Ditentukan Usia Tertentu Untuk Melayakkan Kanak-Kanak Mendengar Hadith?

  1. Sesetengah ulama’ menetapkan pada ketika berusia lima tahun dan inilah yang menjadi amalan di kalangan ahli hadith.
  2. Sebahagian yang lain mengatakan sebetulnya hendaklah mengambil kira sama ada kanak-kanak ini memahami percakapan dan memberikan responnya, maka dia dikira mumayyiz dan sah pendengarannya. Sekiranya dia tidak bersifat demikian maka dia bukan seorang mumayyiz.

5.1.2. PERBAHASAN KEDUA: CARA-CARA PENERIMAAN DAN LAFAZ-LAFAZ PENYAMPAIAN HADITH

Terdapat lapan metode penerimaan hadith iaitu sama’ min lafz al-Shaykh (mendengar lafaz guru), qira’ah `ala al-Shaykh (membaca di hadapan guru), ijazah (keizinan), munawalah (menghulurkan riwayat), kitabah (memberikan tulisan), i’lam (memberitahu), wasiyyah (memesan) dan wijadah (mendapati).

Setiap metode ini akan dibincangkan dengan berurutan secara ringkas di samping huraian tentang lafaz-lafaz yang digunakan untuk menyampaikan riwayat.

Al-Sama’

Bentuknya: Seorang syeikh membaca dan pelajar mendengar, samada daripada hafalan atau bukunya, atau pelajar mendengar, sambil menulis atau mendengar sahaja.

Tingkatannya

Sama’ merupakan metode yang paling tinggi di sisi majoriti ulama’

Lafaz-lafaz penyampaian

Sebelum tersebarnya lafaz yang khusus bagi setiap metode penerimaan riwayat, harus bagi pelajar yang mendengar lafaz syeikh untuk mengatakan ketika menyampaikan riwayat, “saya telah mendengar”, “dia telah menceritakan kepada saya”, “dia telah memberitahu kepada saya”, “dia telah berkata kepada saya” atau “dia telah menyebutkan kepada saya”.

Setelah lafaz-lafaz dikhususkan untuk setiap metode maka lafaz-lafaz tersebut sebagaimana berikut:

  1. Untuk sama’ XXXXXXX atau XXXXXXXX
  2. Untuk qiraa’ah XXXXXX
  3. Untuk ijazah XXXXXX
  4. Untuk mendengar muzakarah [1] hadith: XXXXXXX “berkata kepada saya” XXXXXXXX

Nota Kaki:

[1} Sama‘ muzakarah (mendengar dalam perbincangan) tidak sama dengan sama’ tahdith (mendengar dalam bentuk penyampaian hadith) kerana yang kedua itu syaikh atau pelajar telah bersedia dari awal dengan catatan hadith sebelum menghadiri majlis penyampaian hadith. Sementara dalam sama’ muzakarah, persediaan seperti tidak ada.

SESI 29 – QIRAA’AH ‘ALA AL-SYAYKH, IJAZAH, AL-MUNAWALAH, AL-KITABAH, AL-I’IAM, WASIAY, AL-WIJADAH

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 20- Dis-16

5. PERIWAYATAN HADITH, ADAB-ADAB DAN METHODE PENCATATAN

5.1. FASAL PERTAMA: METODE PERIWATAN DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH

5.1.2. CARA-CARA PENERIMAAN DAN LAFAZ-LAFAZ PENYAMPAIAN HADITH.

5.1.2.1. QIRAA’AH ‘ALA AL-SYAIKH (MEMBACA DI HADAPAN GURU)

Majoriti ulama’ hadith menamakannya dengan `ard (pembentangan).

Bentuknya: Pelajar membaca sedangkan syeikh mendengar [1] sama ada pelajar itu sendiri membaca atau pelajar lain yang membaca dan dia mendengar, sama ada bacaan itu daripada hafalan atau daripada buku, sama ada syeikh memerhatikan pembaca itu daripada ingatannya atau beliau memegang bukunya sendiri atau perawi thiqah yang lain.

Hukum Periwayatan Dengan Metode Ini

Riwayat dengan metode ini sah tanpa ada khilaf dalam semua bentuk yang dinyatakan di atas kecuali ada pendapat yang dinukilkan daripada sesetengah ulama’ yang terlalu tegas dan pendapat mereka itu tidak diambilkira.

Tingkatannya

Ada khilaf tentang kedudukannya:

  1. Sama taraf dengan Sama’. Pendapat ini diriwayatkan daripada Malik, al-Bukhari dan kebanyakan ulama’ Hijaz dan Kufah.
  2. Lebih rendah daripada Sama’. Ini diriwayatkan daripada majoriti ulama’ di sebelah timur dan inilah yang sahih.
  3. Lebih tinggi daripada Sama’. Ini diriwayatkan daripada Abu Hanifah, Ibn Abi Dhi’b dan satu riwayat daripada Malik.

 

Lafaz-lafaz Penyampaian

Yang lebih cermat: XXXXXXXXXX (Saya membaca di hadapan fulan) atau XXXXXXXXXX (dibacakan di hadapannya dalam keadaan saya mendengar dan dia memperakuinya).

Harus dengan lafaz-lafaz “Sama’ ” tetapi disyaratkan ada lafaz qira`ah seperti XXXXXXXXXXXXXX haddathana qira’atan `alaih (beliau menceritakan kepada kami secara pembacaan di hadapannya).

Yang umum dipakai di kalangan ulama’ hadith ialah XXXXXXX “akhbarana” sahaja.

 

5.1.2.2. IJAZAH

Definisi: memberi keizinan untuk meriwayatkan hadith secara lisan atau bertulis.

Bentuknya: Syeikh berkata kepada salah seorang pelajarnya: Saya mengizinkan anda meriwayatkan Sahih al-Bukhari daripada saya.

Bahagian-bahagiannya:

Ada beberapa kategori ijazah tetapi di sini penulis hanya akan menyebutkan lima sahaja daripadanya.

  1. Syeikh memberi keizinan kepada orang tertentu untuk riwayat yang tertentu seperti dia mengatakan: “Saya memberi kepada anda meriwayatkan Sahih al-Bukhari”.  Kategori ini adalah bahagian ijazah tanpa munawalah yang paling tinggi.
  2. Syeikh memberi ijazah kepada orang tertentu untuk menerima riwayat yang tidak tertentu seperti dia mengatakan: “Saya memberi ijazah kepada anda untuk meriwayatkan hadith-hadith yang saya dengar”.
  3. Memberi ijazah kepada kepada orang yang tidak tertentu dengan riwayat yang tidak tertentu seperti saya memberi ijazah kepada orang-orang di zaman saya untuk meriwayatkan hadith-hadith yang saya dengar.
  4. Memberi ijazah kepada orang yang tidak diketahui atau riwayat yang tidak diketahui seperti saya memberi ijazah kepada anda untuk meriwayatkan kitab sunan, sedangkan dia meriwayatkan beberapa kitab sunan atau saya memberi ijazah kepada Muhammad bin Khalid al-Dimashqi sedangkan terdapat ramai orang yang mempunyai nama ini.
  5. Memberi ijazah kepada pihak yang tidak ada sama ada sebagai ikutan kepada orang yang ada seperti, “Saya memberi ijazah kepada si fulan dan anak yang akan dilahirkan atau kepada orang yang belum dilahirkan lagi secara berseorangan seperti saya memberi ijazah kepada anak si fulan yang akan dilahirkan”.

Hukumnya

Bahagian yang pertama adalah sahih menurut pendapat majoriti ulama’ dan dipakai secara berterusan serta harus meriwayatkan dengan cara ini dan beramal dengannya. Beberapa kumpulan ulama’ pula menganggap cara ini tidak tepat dan ini salah satu daripada dua pendapat yang dinukilkan daripada Imam al-Shafi’i.

Sementara bahagian-bahagian ijazah yang lain, khilaf tentang keharusannya lebih ketara lagi. Bagaimanapun, penerimaan dan periwayatan hadith dengan cara ini (ijazah) merupakan penerimaan dengan cara yang lemah dan tidak sepatutnya bermudah dengannya.

Lafaz-lafaz Penyampaian

  1. Yang sebaiknya dengan mengatakan (si fulan telah mengijazahkan kepada saya).
  2. Diharuskan dengan lafaz “sama’ “ yang mempunyai ikatan seperti beliau telah menceritakan kepada kami secara ijazah atau dia telah mengkhabarkan kepada kami secara ijazah.
  3. Istilah ulama’ muta’akhkhirin: Lafaz (menyampaikan kepada kami) dan ini dipilih oleh pengarang kitab al-Wijazah.

5.1.2.3. AL-MUNAWALAH [1]

Bahagian-bahagiannya

Munawalah dengan ijazah. Ini merupakan bentuk ijazah yang paling tinggi secara mutlak. Gambarannya ialah guru menyerahkan kepada pelajar akan kitabnya dan berkata kepadanya: Ini adalah riwayat saya daripada si fulan maka riwayatkanlah daripada saya kemudian beliau memberi milik kepada pelajar itu atau meminjamkannya untuk penyalinan.

  1. Munawalah tanpa ijazah. Gambarannya ialah guru menyerahkan kitabnya kepada pelajar dengan hanya mengucapkan ini adalah riwayat yang saya dengar.

Hukum

  1. Harus meriwayatkan dengan cara munawalah berijazah dan ini merupakan peringkat periwayatan yang lebih rendah daripada sama’ dan qira’ah ala al-Shaykh.
  2. Tidak harus meriwayatkan secara munawalah tanpa ada ijazah. Ini adalah pendapat yang sahih.

Lafaz-lafaz penyampaian

  1. Yang lebih baik ialah perawi berkata si fulan telah menghulurkan kepada saya atau menghulurkan dan memberi ijazah kepada saya. Ini sekiranya munawalah itu secara ijazah.
  2. Diharuskan dengan lafaz sama’ dan qira’ah (yang disebutkan munawalah) atau (memberitahu kepada kami secara munawalah) atau (memberitahu kepada kami secara munawalah dan ijazah)

 

5.1.2.4. KITABAH (PENULISAN)

Shaykh menulis sendiri hadith-hadith yang didengarinya kepada hadirin atau orang tidak hadir [2] dengan tulisannya sendri atau menyuruh orang lain menulis.

Bahagian-bahagian

Kitabah terbahagi kepada dua:

  1. Disertakan dengan ijazah seperti (saya memberi ijazah kepada anda apa yang saya tulis untuk atau kepada anda) dan sebagainya.
  2. Tanpa disertakan dengan ijazah seperti seperti ditulis untuk si fulan beberapa hadith dan dikirimkan kepadanya tanpa disertakan ijazah.

Hukum

  1. Kitabah dengan ijazah: periwayatannya adalah sah dan ia sama kuat dengan munawalah berserta dengan ijazah.
  2. Kitabah tanpa ijazah: Sekumpulan ulama’ menegahnya sementara yang lain mengharuskannya. Pendapat yang sahih di sisi ulama hadith ialah harus dengan cara ini kerana ia menunjukkan kepada makna ijazah.

Adakah Disyaratkan Bukti Kepada Kesahihan Tulisan?

  1. Sebahagian ulama’ mensyaratkan bukti kepada tulisan dengan mendakwa satu tulisan menyerupai tulisan yang lain. Ini adalah pendapat yang lemah.
  2. Sebahagian pula mengatakan memadai bagi orang yang menerima tulisan seseorang berbeza dengan tulisan orang lain. Inilah pendapat yang sahih.

Lafaz-Lafaz Periwayatan

  1. Dengan menjelaskan sebutan kitabah, seperti kata-kata: “Si fulan telah menulis kepada saya”.
  2. Menyebutkan lafaz sama’ dan qira’ah dengan disertakan lafaz kitabah, seperti (si fulan menceritakan atau memberitahu saya kepada secara penulisan).

Bentuknya: Seorang sheikh memberitahu kepada pelajar bahawa hadith ini atau kitab ini adalah riwayat yang didengarnya.

 

5.1.2.5. AL-I’LAM (PEMBERITAHUAN)

Hukum Periwayatan

Ulama’ berbeza pendapat tentang metode ini:

  1. Harus: ini pendapat kebanyakan ulama hadith, fuqaha’ dan ulama usul.
  2. Tidak harus: Ini pendapat ramai dari kalangan ulama’ hadith dan lain-lain. Inilah yang sahih kerana sheikh memberitahu bahawa hadith itu adalah apa yang diriwayatkannya tetapi tidak harus meriwayatkannya kerana terdapat kecacatan padanya. Namun, sekiranya sheikh memberi ijazah untuk meriwayatkannya maka hukumnya harus.

Lafaz Penyampaian

Perawi berkata (guru saya telah memberitahu kepada saya).

 

5.1.2.6. WASIAT

Seorang sheikh mewasiatkan salah satu kitab yang diriwayatkannya pada saat kematiannya atau pengembaraannya kepada seseorang.

Hukum Periwayatan Dengan Cara Wasiat

  1. Harus: Ini pendapat sebahagian salaf, bagaimanapun ini tidak tepat kerana sheikh itu mewasiatkan kitab bukan mewasiatkan supaya meriwayatkannya.
  2. Tidak harus, Inilah yang betul.

Lafaz-lafaz Penyampaian

Sheikh berkata, “Si fulan mewasiatkan kepada saya dengan sekian sekian atau si fulan telah menceritakan kepada saya secara wasiat”.

 

5.1.2.7. WIJADAH

Wijadah dengan “waw” berbaris bawah, kata dasar kepada wajada. Masdar ini merupakan binaan baru yang tidak pernah digunakan oleh orang-orang `Arab.

Bentuknya

Pelajar mendapati beberapa hadith dengan tulisan sheikh yang meriwayatkan hadith-hadith tersebut dan dia mengenali sheikh itu. Tetapi pelajar itu tidak mendengar hadith daripada sheikh dan tidak juga mendapat ijazah.

Hukum Periwayatan

Periwayatan secara wijadah adalah termasuk dalam hadis munqati’ tetapi dari satu segi ia adalah secara bersambung-sambung.

Lafaz-lafaz Penyampaian

Orang yang menemui hadith itu berkata (saya mendapati tulisan si fulan atau saya membaca tulisan si fulan), kemudian dia menyebutkan sanad dan matan.

 

NOTA KAKI:

[1] Maksudnya pelajar itu membaca hadith-hadith yang merupakan riwayat syaikh tersebut bukan dia membaca mana-mana hadith yang disukainya kerana matlamat qira’ah ‘ala al-syaikh ialah supaya beliau dapat mendengarnya dan menentukan ketepatannya. (penterjemah)

[2] Untuk orang yang tidak ada dalam majlis hadith kerana berada di tempat lain (penterjemah)

SESI 30 – PENULISAN, CATATAN DAN PEMBUKUAN HADITH

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 20- Dis-16

 

5. PERIWAYATAN HADITH, ADAB-ADAB DAN METHODE PENCATATAN

5.1. FASAL PERTAMA: METODE PERIWATAN DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH

5.1.3. PENULISAN, CATATAN DAN PEMBUKUAN HADITH

SESI 31- KAIFIAT PERIWAYATAN HADITH, GHARIB AL-HADITH

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 27- Dis-16

5. PERIWAYATAN HADITH, ADAB-ADAB DAN METHODE PENCATATAN

5.1. FASAL PERTAMA: METODE PERIWATAN DAN CARA-CARA PENERIMAAN HADITH

5.1.4. PERBAHASAN KEEMPAT – KAIFIAT PERIWAYATAN HADITH

Yang dimaksudkan tajuk ini ialah kaifiat yang digunakan untuk meriwayatkan hadith dan adab-adab yang perlu dimiliki serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Sebahagiannya telahpun dibincangkan dalam perbahasan yang lalu. Di sini ada beberapa perkara yang belum disebutkan:

Adakah harus periwayatan perawi daripada kitabnya apabila dia tidak mengingati apa yang ada di dalamnya?

Ini merupakan perkara yang diperselisihkan oleh para ulama’. Ada yang bersikap keras, bermudah dan bersederhana.

Ulama’ yang bersikap keras menegaskan tidak boleh dijadikan hujah melainkan apa yang diriwayatkan oleh perawi berdasarkan kepada ingatannya.  Pendapat ini dinukilkan daripada Malik, Abu Hanifah dan Abu Bakar al-Saidalani al-Shafi’i.

Ulama’ yang bersikap mudah dan longgar meriwayatkan hadith daripada catatan-catatan yang tidak dibandingkan dengan naskhah asal atau dengan usulnya, antara mereka ialah Ibn Lahi’ah.

Ulama’ yang sederhana dan mereka itu mewakili majoriti berpendapat, apabila perawi cukup syarat-syaratnya dalam penerimaan hadith dan membandingkannya, maka harus kepadanya meriwayatkan hadith daripada kitab walaupun kitab itu tidak ada padanya, jika kitabnya itu diyakini selamat daripada penukaran dan pengubahan.  Terutamanya jika perawi itu dari kalangan perawi yang mengetahui berlakunya pengubahan secara umum.

Hukum Periwayatan Orang Buta Yang Tidak Menghafaz Apa Yang Telah Didengarinya

Apabila seorang perawi buta yang tidak mengingati apa yang telah didengarinya meminta pertolongan daripada perawi thiqah untuk menulis hadith yang didengarinya, dicatat dan dijaga tulisannya serta dia amat cermat ketika membaca kepada perawi buta itu dan diyakini selamat daripada perubahan maka sah periwayatannya di sisi kebanyakan ulama’ hadith.  Perawi buta itu dikira seperti orang buta huruf yang tidak menghafaz.

Periwayatan Hadith Dengan Makna Dan Syarat-Syaratnya

Ulama’ berbeza pendapat tentang keharusan dan larangannya.

  1. Satu golongan ulama’ hadith, usul dan fiqh telah melarang periwayatan hadith dengan makna. Antara yang berpendapat demikian ialah Ibn Sirin dan Abu Bakar al-Razi.
  2. Majoriti ulama’ salaf termasuk ahli hadith dan ulama’ usul dan fiqh mengharuskannya termasuklah imam yang empat.

Ulama’ yang mengharuskan periwayatan secara makna telah meletakkan beberapa syarat:

  1. Perawi tersebut hendaklah mengetahui lafaz-lafaz (Arab) dan makna-maknanya.
  2. Mahir dengan sesuatu yang mengubah makna lafaz.

Keharusan ini bukan dalam bab penulisan kerana tidak harus meriwayatkan hadith dengan makna dalam tulisan dan tidak harus juga mengubah lafaz walaupun dengan makna yang sama.  Ini kerana keharusan riwayat secara makna itu adalah kerana terpaksa apabila perawi itu tidak mengingati salah satu kalimah.  Setelah periwayatan hadith sudah tetap dan sabit dalam kitab-kitab maka sudah tidak ada lagi keadaan terpaksa untuk meriwayatkan hadith dengan makna.  Bagaimanapun, seeloknya bagi perawi yang menyampaikan hadith dengan makna mengucapkan “atau seperti yang disabdakan”, “lebih kurang seperti itu” atau “lebih kurang sama dengannya”.

“Al-Lahn” : Kesilapan Nahu Dalam Hadith Dan Puncanya

Sebab utama “al-lahn” dalam hadith iaitu salah membaca hadith ialah:

  1. Tidak mempelajari ilmu nahu dan bahasa. Oleh itu menjadi kewajipan kepada pelajar hadith mempelajari nahu dan bahasa yang dapat mengelakkannya daripada “lahn” dan “tashif”. Al-Khatib al-Baghdadi meriwayatkan daripada Hammad bin Salamah, “Perumpamaan mereka yang mempelajari hadith tetapi tidak mengetahui nahu adalah seperti keldai yang membawa guni tanpa barli”
  2. Mengambil hadith dari buku dan lembaran kertas tanpa melalui guru.

Kita telahpun membincangkan tentang beberapa cara penerimaan dan penyampaian hadith.  Ada di antaranya itu lebih kuat berbanding dengan yang lain.  Metode yang paling kuat ialah mendengar hadith dari mulut syeikh atau yang dibacakan kepada syeikh.  Sewajibnya kepada mereka yang terlibat dengan hadith hendaklah menerimanya dari mulut syeikh yang alim dan tahqiq sehingga terselamat daripada kesalahan dan pengubahan dan tidak sepatutnya pelajar hadith mendapatkan kitab-kitab lalu mengambil daripadanya hadith-hadith dengan menganggap itulah guru-gurunya kerana itu hanya memperbanyakkan silap dan “tashif”.  Oleh sebab itu sejak dahulu lagi ulama’ menegaskan: “Janganlah diambil al-Quran daripada “mushafi” (orang yang mengambil al-Quran darui mushaf tanpa mempelajarinya dari guru-guru dan qari’) dan jangan diterima hadith daripada sahafi” (orang yang mengambil hadith daripada buku dengan tidak berguru dengan para sheikh hadith).

 

5.1.4.1. GHARIB AL-HADITH

Pengertian bahasa

Menurut pengertian bahasa, “al-Gharib” ialah seorang yang berjauhan dari sanak saudaranya. Yang dimaksudkan dengan lafaz ini ialah lafaz-lafaz yang tersembunyi maknanya. “Gharuba” sama timbangan dengan maknanya “ghamuda” (sukar) dan “khafiya” (tersembunyi)

Pengertian Istilah

Lafaz yang sukar yang terdapat dalam hadith yang jauh untuk difahami kerana jarang penggunaannya.

Kepentingan Dan Kesukarannya

Bahagian ini merupakan cabang ilmu yang sangat penting dan amat tercela jika ahli hadith tidak mengetahuinya. Namun demikian seseorang perlu berhati-hati dalam mengharungi bidang ini lantaran kerana kesukarannya. Hendaklah mereka yang memasukinya bertaqwa kepada Allah daripada berani mentafsirkan kata-kata Rasulullah s.a.w dengan semata-mata sangkaan dan ulama salaf cukup teliti tentangnya.

Sebaik-baik Pentafsiran

Sebaik-baik pentafsiran ialah dengan melihat kepada riwayat lain yang menjelaskannya seperti hadith `Imran bin Husain tentang sembahyang pesakit,:

 “Hendaklah bersembahyang dengan berdiri, jika tidak mampu maka duduklah, jika tidak mampu maka dia berbaring di atas  lambung.”

Lafaz “ `ala janb” itu telah ditafsirkan oleh hadith `Ali dengan lafaznya, di atas rusuk kanannya dalam keadaan mengadap kiblat dengan mukanya.

Kitab-Kitab Yang Termasyhur

  1. “Gharib al-Hadith” oleh Abu al-Qasim Ibn Sallam
  2. “Al-Nihayah Fi Gharib al-Hadith Wa al-Athar” oleh Ibn al-Athir. Ini adalah kitab gharib hadith yang terbaik.
  3. “Al-Durr al-Nathir” oleh al-Suyuti, ringkasan kepada al-Nihayah.
  4. “Al-Faiq” oleh al-Zamakhshari.

SESI 32 – ADAB-ADAB GURU HADITH DAN ADAB-ADAB PELAJAR HADITH

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya

5. PERIWAYATAN HADITH, ADAB-ADAB DAN METHODE PENCATATAN

5.2. FASAL KEDUA – ADAB-ADAB PERIWAYATAN HADITH

5.2.1. PERBAHASAN PERTAMA: ADAB-ADAB GURU HADITH

 

Pendahuluan

Oleh kerana menyibukkan diri dengan hadithh merupakan cara yang paling utama untuk mendekatkan diri kepada Allah s..w.t. dan tugas yang paling mulia, maka orang yang terlibat dengannya dan menyebarkannya di kalangan orang ramai sepatutnya menghiaskan diri dengan akhlak-akhlak yang mulia dan penampilan yang elok. Dia mestilah menjadi gambaran yang tepat kepada apa yang diajarkan kepada orang ramai di samping terlebih dahulu mempraktikkannya pada diri sendiri sebelum menyuruh orang lain.

Sifat-sifat utama yang guru hadith perlu menghiaskan diri dengannya:

  1. Membetulkan niat dan mengikhlaskannya. Mensucikan hati daripada tujuan-tujuan dunia seperti suka menjadi ketua dan cintakan kemasyhuran.
  2. Hendaklah kesungguhannya yang utama untuk menyebarkan hadith, menyampaikan daripada Rasulullah s.a.w untuk mendapatkan ganjaran pahala yang besar (yakni sebagai melaksanakan perintah Rasulullah s.a.w: ”Sampaikanlah daripada aku walaupun sepotong ayat”, dan “Hendaklah orang yang hadir menyampaikan kepada orang tidak hadir”).
  3. Tidak menyampaikan hadith di hadapan orang yang lebih utama daripadanya dari segi usia dan keilmuan.
  4. Menunjukkan orang yang bertanya kepadanya tentang sesuatu hadith yang ada pada ahli hadith yang lain.
  5. Tidak mengelakkan diri daripada menyampaikan hadith kepada seseorang kerana merasakan dia seorang yang tidak ikhlas. Orang itu diharapkan dapat memperbaiki niatnya.
  6. Mengadakan majlis untuk menyampaikan dan mengajar hadith apabila sudah berkelayakan kerana itu peringkat periwayatan yang tertinggi (Majlis ini dinamakan dengan majlis “imlaa’ ” hadith yang diadakan pada hari-hari tertentu samada untuk umum atau pelajar-pelajar khusus mengikut kesesuaian audiens)

Perkara-perkara Yang Digalakkan Apabila Menghadiri Majlis Mencatat Hadith

  1. Membersihkan diri, memakai wangian dan menyikat janggut.
  2. Duduk dengan tenang dan kelihatan hebat sebagai membesarkan hadith Rasulullah s.a.w.
  3. Menghadapkan wajahnya kepada semua peserta majlis dan jangan memberi perhatian kepada individu yang tertentu sahaja.
  4. Memulakan majlis dan menutupkannya dengan memuji-muji Allah s.w.t. dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w serta berdoa dengan doa yang sesuai dengan keadaan.
  5. Menjauhi perkara yang tidak dapat diterima oleh akal hadirin atau hadith-hadith yang tidak difahami oleh mereka.
  6. Menyudahkan majlis imlaa’ (membacakan hadith dengan tujuan untuk disalin) dengan cerita-cerita untuk menghiburkan hati dan menghilangkan kejemuan.

Berapakah Usia Yang Sepatutnya Ahli Hadith Tampil Untuk Menyampaikan Hadith?

Terdapat perbezaan pendapat dalam perkara ini.

  1. Dikatakan apabila berusia lima puluh tahun, empat puluh tahun dan lain-lain lagi.
  2. Mengikut pendapat yang sahih, apabila seseorang itu berkelayakan dan diperlukan maka hendaklah dia mengadakan majlis tanpa mengira usia.

Kitab-kitab Yang Terkenal

  1. “Al-Jami’ Li Akhlaq al-Rawi Wa Adab al-Sami’ ” karangan al-Khatib al-Baghdadi.
  2. “Jaami’ Bayaan al-‘Ilm Wa Fadlih Wa Ma Yanbaghi Fi Riwayatih Wa Hamlih” oleh Ibn ‘Abd al-Barr.

5.2.2. PERBAHASAN KEDUA: ADAB-ADAB PELAJAR HADITH

Pendahuluan

Yang dimaksudkan dengan adab-adab pelajar hadith ialah pekerti-pekerti tinggi dan akhlak-akhlak mulia yang mesti dimiliki oleh pelajar yang bersesuaian dengan kemuliaan ilmu yang dicarinya, iaitu hadith Rasulullah s.a.w. Adab-adab itu ada yang menyamai adab-adab guru hadith dan ada yang tidak sama.

Adab-Adab Yang Sama Dengan Guru Hadith

  1. Memperbetulkan niat dan mengikhlaskan diri kerana Allah dalam menuntutnya.
  2. Berwaspada terhadap tujuan mencarinya untuk memperolehi maksud-maksud dunia. Abu Daud dan Ibn Majah telah mengeluarkan sebuah hadith daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang dicari melaluinya itu keredhaan Allah tetapi dia tidak mencarinya melainkan untuk memperolehi habuan dunia, dia tidak akan mendapati bauan syurga pada hari Kiamat”.

Adab-Adab Khusus Kepada Pelajar Hadith

  1. Memohon daripada Allah s.w.t. taufiq, kemudahan, kelurusan dan pertolongan supaya dapat mencatat hadith dan memahaminya.
  2. Memberi perhatian sepenuhnya dan mencurahkan segala usaha untuk memperolehi ilmu hadith.
  3. Hendaklah memulakan pengajian hadith dengan guru-guru di tempatnya yang paling utama dari segi sanad, ilmu dan agama.
  4. Menghormati dan memuliakan guru, ini sebagai memuliakan ilmu itu sendiri. Mencari keredhaan guru dan bersabar dengan kekasarannya jika ada.
  5. Menunjukkan faedah-faedah ilmiah yang diperolehinya kepada teman-teman dan saudara-saudaranya dalam belajar dan jangan pula disorokkan. Menyorokkan sesuatu faedah ilmiah adalah perbuatan tercela yang dilakukan oleh pelajar-pelajar yang rendah akhlaknya sedangkan tujuan menuntut ilmu ialah untuk menyebarkannya.
  6. Janganlah seseorang itu dihalangi oleh sifat malu dan sombong untuk mendengar dan memperolehi hadith walaupun daripada seseorang yang lebih muda daripadanya atau lebih rendah kedudukannya.
  7. Tidak memadai mendengar dan mencatat hadith bahkan perlu kepada pengetahuan dan kefahaman. Jika tidak hanya memenatkan diri sahaja tanpa memperolehi apa-apa faedah.
  8. Dari segi mendengar, mencatat dan memahami hadit, maka hendaklah dia mengutamakan Sahih al-Bukhari dan Muslim kemudian diikuti dengan Sunan Abi Daud, Jami al-Tirmizi dan Sunan Al-Nasa’ie. Setelah itu al-Sunan al-Kubra oleh al-Baihaqi dan kitab-kitab hadith lain yang diperlukan dalam bentuk masanid dan jamawi seperti Musnad Ahmad dan Muwatta’ Malik. Selain itu hendaklah dirujuk juga kitab-kitab ‘Ilal al-Hadith seperti “Ilal al-Daruqutni. Berkenaan ilmu rijal, kitab-kitab seperti al-Tarikh al-Kabir oleh Imam al-Bukhari, al-Jarh Wa al-Ta’dil oleh Ibn Abi Hatim, di samping kitab Ibn Makula bagi menentukan sebutan nama-nama perawi. Kitab al-Nihayah pula untuk mengetahui kalimah-kalimah gharib yang terdapat hadith.

SESI 33 – KESENIAN SANAD – AL-ISNAD A-‘AALI WA AL-NAAZIL

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 10- Jan-16

6. SANAD DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA

6.1. FASAL PERTAMA: KESENIAN SANAD

6.1.1. AL-ISNAD AL-‘AALI WA AL-NAAZIL

Pendahuluan

Selain menjadi sunnah yang amat dititikberatkan, sanad merupakan ciri khusus yang utama bagi umat ini yang tidak dimiliki oleh mana-mana umat yang terdahulu. Oleh itu, menjadi kewajipan kepada setiap individu berpegang dengannya ketika menukilkan hadith dan riwayat. Ibn al-Mubarak berkata: “Sanad itu sebahagian dari agama. Jika tidak kerana sanad, sesiapa sahaja akan mengatakan apa yang disukainya”. Sufyan al-Thauri berkata: “Sanad adalah senjata orang mukmin”.

Demikian juga mencari sanad yang tinggi merupakan sunnah sebagaimana kata Imam Ahmad bin Hanbal: “Mencari sanad yang tinggi adalah sunnah di sisi salaf”. Murid-murid Ibn Mas’ud mengembara dari Kufah ke Madinah untuk belajar dan mendengar hadith daripada Sayyidina ‘Umar. Oleh kerana itu, mengembara untuk mencari hadith sangat dituntut dan digalakkan. Ramai dari kalangan Sahabat yang telah mengembara untuk mencari sanad yang tinggi, antara mereka ialah Abu Ayyub dan Jabir r.hum.

Definisi

Dari sudut bahasa “al-Ali” ialah kata nama pelaku daripada “al-Uluww”  iaitu “ketinggian” lawan kepada “al-Nuzul” iaitu “kerendahan”. “Al-Nazil” pula kata nama pelaku daripada “al-Nuzul”.

Mengikut istilah, “al-Sanad al-Ali” ialah sanad yang mempunyai jumlah perawi yang sedikit berbanding dengan sanad lain yang mempunyai bilangan perawi lebih ramai yang membawa hadith yang sama.

“Al-Sanad al-Nazil” ialah sanad yang mempunyai jumlah perawi yang lebih ramai berbanding dengan sanad lain yang memyampaikan kepada hadith sama..

 

 

6.1.2. BAHAGIAN-BAHAGIAN KETINGGIAN SANAD

Ketinggian sanad terbahagi kepada lima bahagian, salah satu daripadanya adalah ketinggian mutlak dan yang lain adalah ketinggian secara nisbi (relatif):

  1. Hampir kepada Rasulullah s.a.w dengan sanad yang sahih dan bersih.

Ini merupakan bahagian ketinggian yang paling utama.

2. Hampir dengan salah seorang imam hadith walaupun selepasnya terdapat ramai bilangan perawi yang menyampaikan kepada Rasulullah s.a.w.

Contohnya dekat dengan al-A’mash atau Ibn Jurayj, Malik, atau imam yang lain dengan syarat sanad yang sahih dan bersih.

3. Hampir dengan melihat kepada periwayatan salah satu Sunan Sittah atau kita-kitab hadith lain yang diakui.

Bahagian ini lebih diberi perhatian oleh ulama dan ia terbahagi pula kepada “muwaafaqah”, “abdaal”,”musaawah” dan “musaafahah”

 

6.1.2.1 Muwafaqah

Iaitu sampainya kepada syeikh salah seorang pengarang kitab bukan melalui jalannya dengan bilangan perawi yang berkurangan berbanding jika diriwayatkan melaluinya.

Contohnya:

Hafiz Ibn Hajar menyebutkan di dalam “Sharh Nukhbah al-Fikar”: Imam al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Qutaybah daripada Malik. Sekiranya kita meriwayatkan hadis tersebut melalui jalan al-Bukhari maka bilangan perawi antara kita dan Qutaybah menjadi seramai lapan orang.  Tetapi jika kita meriwayatkannya melalui Abu al-`Abbas al-Siraj (salah seorang guru al-Bukhari) daripada Qutaybah maka bilangan perawi antara kita dan Qutaybah hanya tujuh orang.  Dengan ini, kita memperolehi “muwaafaqah” dengan Imam al-Bukhari pada sheikhnya di samping ketinggian sanad berbanding dengan beliau.

 

6.1.2.2. Badal

Iaitu sampai kepada guru bagi guru salah seorang pengarang kitab hadith dengan jalan lain dengan bilangan perawi yang berkurangan daripada jalan syeikh tersebut.  Contohnya seperti yang disebutkan oleh Hafiz Ibn Hajar: “Seperti sanad itu sendiri sampai kepada kita melalui jalan lain kepada al-Qa’nabi (salah seorang guru al-Bukhari)  daripada Malik maka al-Qa’nabi itu menjadi “badal” kepada Qutaibah”.

 

6.1.2.3 Musaawah

“Musaawah” iaitu sama bilangan sanad daripada perawi sehingga kepada akhirnya bersama-sama sanad salah seorang pengarang kitab

Contohnya seperti yang disebutkan oleh Hafiz Ibn Ibn Hajar: “Seperti al-Nasa’i meriwayatkan satu hadith yang mejadi perantaraan antara beliau dengan Rasulullah s.a.w seramai 11 orang.  Hadith itu sendiri kita meriwayatkannya dengan sanad yang lain melalui perantaraan 11 orang juga.  Dengan itu, kita menyamai al-Nasa’i dari sudut bilangan”.

 

6.1.2.4. Musaafahah

Iaitu sama bilangan sanad daripada perawi hingga kepada hujungnya bersama dengan sanad murid salah seorang pengarang-pengarang.  Dinamakan “musafahah” kerana kebiasaannya dua orang perawi yang bertemu akan berjabat  tangan (musafahah)

 

6.1.2.5. Ketinggian Dengan Sebab Terdahulu Kewafatan Perawi

Contohnya seperti yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi: “Hadis yang saya terima daripada tiga orang daripada al-Bayhaqi daripada al-Hakim lebih tinggi daripada saya meriwayatkan daripada tiga orang daripada Abu Bakr bin Khalf daripada al-Hakim kerana kewafatan al-Bayhaqi itu terdahulu daripada kewafatan Ibn Khalf. (Al-Baihaqi meninggal dunia pada tahun 458H manakala Ibn Khalf meninggal dunia pada tahun 487H)

 

6.1.2.6. Ketinggian Dengan Sebab Terdahulu Mendengar Hadith

Iaitu terdahulu mendengar hadis daripada syeikh. Sesiapa yang mendengar dahulu maka ia dikira lebih tinggi daripada orang yang mendengar kemudian. Contohnya dua orang perawi mendengar hadis daripada seorang syeikh dan “sama’ ” salah seorang itu sejak enam puluh tahun sedangkan seorang lagi sejak empat puluh tahun dalam keadaan bilangan perawi yang menyampaikan kepada mereka berdua itu sama maka yang pertama lebih tinggi daripada yang kedua. Ini lebih diberikan perhatian apabila guru seorang itu “ikhtilat”(fikiran bercelaru) atau nyanyuk.

 

 

6.1.3 BAHAGIAN-BAHAGIAN KERENDAHAN SANAD

Terdapat lima bahagian sanad rendah dan dapat diketahui daripada lawannya iaitu ketinggian sanad. Setiap bahagian ketinggian sanad adalah lawan kepada setiap bahagian kerendahan sanad.

 

Adakah Ketinggian Sanad Lebih Utama Atau Kerendahan Sanad?

Mengikut pendapat sahih yang dipegang oleh majoriti ulama, ketinggian sanad itu lebih utama kerana ia menjauhkan daripada andaian banyak berlaku kecacatan dalam hadis dan kerendahan sanad itu tidak disukai. Ibn al-Madini berkata: “Kerendahan sanad itu adalah pesimis”. Hal ini berlaku apabila sanad itu sama kuat.

Kerendahan sanad itu lebih utama apabila sanad yang rendah itu mempunyai keistimewaan (seperti perawi-perwainya lebih thiqah, lebih kuat hafazan atau lebih faqih daripada perawi-perawi sanad tinggi)

Karangan-Karangan Yang Masyhur

Secara umumnya, tidak terdapat kitab khusus tentang sanad-sanad tinggi atau rendah tetapi ulama hadis telah menulis secara berasingan juzuk-juzuk yang dinamakan sebagai “al-Thulathiyyat” yang bermaksud hadis-hadis yang mempunyai perantaraan antara pengarang dan Rasulullah s.a.w seramai tiga orang sahaja. Ini sebagai isyarat kepada perhatian ulama terhadap sanad-sanad tinggi. Antaranya ialah:

  1. Thulathiyyat al-Bukhari oleh Ibn Hajar
  2. Thulathiyyat Ahmad bin Hanbal oleh al-Saffarayni.

SESI 34 – AL-MUSALSAL, RIWAYAH AL-AKABIR ‘AN AL-ASAGHIR

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 18

 

6. SANAD DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA

6.1. FASAL PERTAMA: KESENIAN SANAD

6.1.3.-BAHAGIAN-BAHAGIAN KERENDAHAN SANAD

6.1.3.1. AL-MUSALSAL

Definisi:

Pada bahasa:  “al-Musalsal”  ialah kata nama objek “al-Salsalah” iaitu bersambung sesuatu dengan yang lain, daripadanya terbit perkataan “Silsilah al-Hadid” (rantai besi) dinamakan dengan demikian kerana keserupaannya dengan “silsilah” dari sudut pertautan atau persamaan antara juzu’-juzu’.

Pada istilah:  Berterusan perawi-perawi sanad dengan satu sifat atau keadaan para perawi atau juga pada periwayatan.

Huraian Ta’rif

Hadith musalsal iaitu hadith yang perawi-perawi berturut-turut dengan:

  1. Berkongsi satu sifat
  2. Berkongsi satu keadaan
  3. Berkongsi satu sifat periwayatan

Bahagian-bahagiannya

Daripada huraian ta’rif jelas bahawa “musalsal” mempunyai tiga bahagian iaitu:

“Musalsal” dengan keadaan perawi, “musalsal” dengan sifat perawi dan “musalsal”  dengan sifat periwayatan.  Berikut ini penjelasan bagi setiap bahagian tersebut.

Musalsal Dengan Keadaan Perawi-perawi

 “Musalsal” dengan keadaan perawi-perawi itu sama ada ucapan sahaja, perbuatan sahaja atau kedua-duanya sekali.

1. Musalsal Dengan Keadaan Perawi Secara Ucapan

Seperti hadith Mu’az bin Jabal bahawa Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya

“Wahai Muaz, sesungguhnya aku mencintaimu maka ucapkanlah setiap kali engkau selesai bersembahyang: ‘Ya Allah, tolonglah aku untuk mengingati, mensyukuri dan mengelokkan ibadat kepada Engkau”. Berlaku tasalsul dalm periwayatan hadith ini dengan kata-kata setiap perawinya, “Sesungguhnya aku mencintaimu maka ucapkanlah.”

2. Musalsal Dengan Keadaan Perawi Secara Perbuatan

Seperti hadith Abu Hurairah berkatanya,

Rasulullah s.a.w menyilang antara jari-jariku dan bersabda: “Allah menciptakan bumi pada hari Sabtu”

Setiap perawi telah meriwayatkan secara musalsal denga menyilang jari-jari perawi yang meriwayatkan hadith ini daripadanya.

3. Musalsal Dengan Keadaan Perawi Secara Ucapan Dan Perbuatan

Seperti hadith yang diriwayatkan Anas katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Seseorang itu tidak akan mengecapi kemanisan iman sehinggalah dia beriman dengan taqdir, baik dan buruknya, manis dan pahitnya, dan Rasulullah s.a.w menggenggam janggutnya sambil mengucapkan: “Aku beriman dengan taqdir baik dan buruknya, manis dan pahitnya.”

Setiap perawi telah meriwayatkan secara musalsal dengan menggengam janggut dan mengucapkan, aku beriman dengan takdir baik dan buruknya, manis dan pahitnya.

 

Musalsal Dengan Sifat-sifat Perawi

Sifat perawi merangkumi ucapan dan juga perbuatan.

 

1. Musalsal Dengan Sifat-sifat Perawi Secara Ucapan

Seperti hadith musalsal dengan bacaan surah al-Saff.  Hadith ini menjadi musalsal kerana setiap perawi mengucapkan, si fulan membacanya dengan cara seperti ini.

Al-`Iraqi berkata: “Sifat-sifat perawi secara ucapan dan keadaan mereka secara ucapan sangat hampir bahkan saling menyerupai”.

 

2. Musalsal Dengan Sifat-sifat Perawi Secara Perbuatan

Seperti sama nama-nama perawi seperti musalsal perawi bernama Muhammad, atau sama nama-nama mereka, musalsal fuqaha’ atau hafiz-hafiz hadith atau sama nisbah seperti perawi-perawi Dimashq atau Mesir.

 

3. Musalsal Dengan Sifat Periwayatan

Sifat periwayatan sama ada berkaitan dengan lafaz-lafaz penyampaian, masa periwayatan atau tempat periwayatan.

  1. Musalsal lafaz-lafaz penyampaian seperti hadith musalsal dengan kata-kata setiap perawinya: saya telah mendengar, si fulan telah memberitahu kepada saya.
  2. Musalsal masa periwayatan, seperti hadith seperti musalsal dengan periwayatan pada hari raya.
  3. Musalsal tempat periwayatan seperti hadith musalsal tentang dimaqbulkan doa di Multazam.

Hadith Musalsal Yang Paling Utama

Ialah yang menunjukkan kepada bersambung-sambung mendengar tanpa berlaku tadlis.

Faedah:

Mempunyai ketepatan (dabt) tambahan pada perawi-perawi.

Adakah Disyaratkan Ada “Tasalsul” Pada Semua Sanad?

Tidak disyaratkan ada “tasalsul” pada semua sanad kerana kadang-kadang “tasalsul” itu terputus di tengah atau di akhir sanad.  Walau bagaimanapun ulama’ menyebutkannya sebagai hadith ini “musalsal” setakat si fulan.

Tidak Ada Kaitan Antara “Tasalsul”  Dan Kesahihan

Sedikit sekali hadith musalsal selamat dari kedha’ifan walaupun asal hadith itu sahih bukan melalui jalan “tasalsul”.

Karangan Yang Paling Masyhur

  1. “Al-Musalsal al-Kubra” oleh al-Suyuti, mengandungi 85 hadith.
  2. “Al-Manahil al-Salsalah Fi al-Ahadith al-Musalsalah” oleh Muḥammad ʻAbd al-Baqi` Ayyubi.

 

6.1.3.2. RIWAYAH AL-AKABIR ‘AN AS-SAGHIR

Definisi

Dari sudut bahasa: “al-Akabir” jama’ kepada “akbar” iaitu yang lebih tua, “al-Asaghir” jama’ “asghar” iaitu yang lebih muda. Maksudnya ialah periwayatan perawi-perawi yang lebih tua daripada perawi-perawi yang lebih muda.

Dari sudut istilah: Periwayatan seseorang perawi daripada orang yang lebih rendah daripadanya dari sudut umur dan “tabaqah” (kelas atau generasi) atau dari sudut ilmu dan hafalan.

Huraian Definisi

Seorang perawi meriwayatkan daripada orang yang lebih muda daripadanya dan lebih rendah “tabaqah”nya. Rendah pada “tabaqah” seperti periwayatan sahabat daripada tabi’in dan sebagainya.

Atau periwayatan daripada perawi yang kurang ilmu atau hafalan seperti periwayatan seorang alim yang hafiz daripada seorang syeikh walaupun syeikh itu lanjut usia. Bagaimanapun patut diberi perhatian bahawa semata-mata lebih tua atau terdahulu dalam “tabaqah” tanpa ada persamaan pada ilmu daripada orang yang diambil riwayat daripadanya tidak memadai untuk dinamakan “Riwayah al-Akaabir `An al-Asaaghir”. Contoh-contoh berikut akan menjelaskan perkara ini.

Bahagian-Bahagian Dan Contoh-Contohnya

Riwayah “al-Akaabir `An al-Asaaghir” ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian:

  1. Perawi itu lebih tua dan tabaqahnya lebih terdahulu daripada orang yang diambil riwayat daripadanya. (Ya’ni di samping ilmu dan hafalan).
  2. Perawi itu lebih tinggi kedudukan bukan dari segi usia daripada orang yang diambil riwayat daripadanya. Seperti riwayat hafiz alim daripada syeikh yang tua yang tidak hafiz. Seperti riwayat Malik daripada `Abdullah bin Dinar.(Malik adalah seorang imam dan hafiz manakala Abdullah bin Dinar adalah seorang syeikh, perawi sahaja walaupun dia lebih tua dari Malik)
  3. Perawi itu lebih tua dan lebih tinggi kedudukan daripada orang yang diambil riwayat daripadanya yakni lebih tua dan lebih alim. Seperti riwayat al-Barqani daripada al-Khatib. (Al-Barqani lebih tua dari al-Khatib dan lebih tinggi kedudukan daripadanya kerana beliau seorang sheikh dan gurunya serta lebih alim daripadanya).

Antara Riwayah al-Akabir `An al-Asaghir

  1. Riwayah Sahabat daripada tabi’in seperti riwayat al-`Abadilah (iaitu empat orang sahabat yang bernama ‘Abdillah iaitu Abdullah bin Umar, ‘Abdullah Bn ‘Abbas, ‘Abdullah bin Az-Zubair ‘Abdullah bin Amr bin al-‘As) dan lain-lain daripada Ka’b bin al-Ahbar.
  2. Riwayat tabi’in daripada tabi’- tabi’in seperti riwayat Yahya bin Sa’id al-Ansari daripada Malik.

Faedah mengetahui Riwayah al-Akabir `An al-Asaghir

  1. Supaya tidak dianggap orang yang diambil riwayat daripadanya lebih utama dan lebih tua daripada perawi kerana itulah yang biasa.
  2. Supaya jangan disangka berlaku pertukaran dan pembalikan dalam sanad kerana kebiasaannya periwayatan itu oleh perawi yang lebih muda daripada yang lebih tua.

Karangan Yang Masyhur

Kitab “Ma Rawahu al-Kibar `An al-Sighar Wa al-Aba `An al-Abna’” oleh Hafiz Abu Ya’qub Ishaq bin Ibrahim al-Warraq yang meninggal dunia pada tahun 403H

SESI 35 – RIWAYAH AL-ABNAA ‘AN AL-AABAA, RIWAYAH AL-ABNA ‘AN AN-ABA, AL-MUDABBAJ WA RIWAYAH AL-AQRAN

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya

6. SANAD DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA

6.1. FASAL PERTAMA: KESENIAN SANAD

6.1.3.-BAHAGIAN-BAHAGIAN KERENDAHAN SANAD

6.1.3.3. RIWAYAH AL-ABA’ ‘AN AL-ABNA

Definisi

Terdapat dalam sanad hadths seorang bapa meriwayatkan daripada anaknya.

Contoh

Hadith yang diriwayatkan oleh al-‘Abbas bin Abd al-Mutallib daripada anaknya, al-Fadhl bahawa Rasulullah s.a.w. menjamakkan dua sembahyang di Muzdalifah.

Faedah

Supaya jangan disangka berlaku pertukaran dan kesilapan dalam sanad kerana ada prinsipnya, anak meriwayatkan daripada bapa. Bentuk periwayatan ini dan juga bentuk periwayatan al-Akabir ‘An al-Ashaghir menunjukkan kerendahan diri ulama’ dalam mengambil ilmu daripada sesiapa sahaja walaupun lebih rendah daripada mereka dari segi kedudukan dan umur.

Kitab-kitab Yang Paling Mashyur

Riwayah al-Aba’ ‘An al-Abna’ oleh al-Khatib al-Baghdadi.

 

6.1.3.4. RIWAYAH AL-ABNA `AN AL-ABA

Definisi

Terdapat di dalam sanad hadith seorang anak meriwayatkan daripada bapanya sahaja atau daripada bapanya daripada datuknya.

Bahagiannya Yang Paling Penting

Bahagian periwayatan ini yang paling penting ialah yang tidak disebutkan nama bapa atau datuk kerana ia memerlukan kepada kajian untuk mengetahuinya.

Bahagian-Bahagiannya

Ada dua:

  1. Periwayatan anak daripada bapanya sahaja iaitu tanpa meriwayatkan daripada datuk. Ini yang banyak berlaku.  Contohnya seperti riwayat Abu al-`Ushara’ daripada bapanya.
  2. Periwayatan seorang perawi daripada bapanya daripada datuknya atau daripada bapanya daripada datuknya dan sehingga ke atas.  Contohnya seperti riwayat `Amr bin Shu’aib daripada bapanya daripada datuknya.

Antara Faedahnya

  1. Mengkaji dan menyelidik bagi mengetahui nama bapa atau datuk bila tidak dinyatakan dengan jelas.
  2. Menjelaskan siapakah yang dimaksudkan dengan datuk. Adakah itu datuk kepada anak atau datuk kepada bapa.

Kitab-Kitab Yang Paling Masyhur

  1. “Raiwayah al-Abna’ `An Aba`ihim” oleh Abu Nasr `Ubaidullah bin Sa’id al-Wa`ili.
  2. “Juz`Man Rawa `An Abihi `An Jaddih” oleh Ibn Abi Khaythamah
  3. “Kitab al-Washy al-Mu’lim Fi Man Rawa `An Abihi `An Jaddihi `An a-Nabiyy s.a.w.” karangan al-Hafiz al-`Ala`i.

 

 

6.1.3.5. AL-MUDABBAJ WA RIWAYAH AL-AQRAN

Definisi al-Aqran

Bahasa: “al-Aqran” jama’ “qarin” dengan makna orang sentiasa mendampingi temannya, sebagaimana disebutkan dalam al-Qamus al-Muhit.

Istilah: Perawi-perawi yang hampir sama dari segi umur dan sanad.

Definisi Riwayah al-Aqran

Salah seorang “qarin” yang meriwayatkan daripada seorang lagi. Seperti riwayat Sulaiman al-Taimi daripada Mis’ar bin Kidam. Mereka berdua adalah qarin tetapi tidak diketahui Mis’ar ada meriwayatkan daripada al-Taimi.

Definisi al-Mudabbaj

Bahasa: Kata nama objek daripada “Tadbij” dengan makna menghiaskan. “Tadbij” itu berasal daripada perkataan “Dibajatay al-Wajh” iaitu dua belah pipi seolah-olah dinamakan “al-Mudabbaj” kerana persamaan antara perawi-perawi dengan orang yang diriwayatkan daripadanya sebagaimana persamaan pada dua pipi. Istilah: Dua orang qarin yang saling meriwayatkan hadirh antara satu sama lain .

Contoh al-Mudabbaj

  1. Pada Sahabat riwayat `A`ishah daripada Abi Hurairah dan riwayat Abu Hurairah daripada `A’ishah.
  2. Pada tabi’in: riwayat al-Zuhri daripada `Umar bin `Abd al-`Aziz dan riwayat `Umar bin `Abd al-‘Aziz daripada al-Zuhri
  3. Pada tabi’in al-Tabi’in: riwayat Malik daripada al-Awza’i dan riwayat al-Awza’i daripada Malik.

Antara Faedahnya

  1. Supaya tidak disangka terdapat penambahan perawi pada sanad
  2. Supaya tidak disangka lafaz ” ‘an” ditukar dengan lafaz “waw”

Kitab-Kitab Yang Terkenal

  1. “Al’ Mudabbaj” oleh al-Daruqutni
  2. “Riwayah al-Aqran” oleh Abu al-Shaikh al-Ashfahani.

 

6.1.3.6. AS-SABIQ WA AL-LAHIQ

 

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

SESI 36 – MENGENALI SAHABAT

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 31- Jan-16

6. SANAD DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA

6.2. FASAL KEDUA: MENGENALI PARA PERAWI

6.2.1.  MENGENALI SAHABAT

Sahabat Yang Paling Banyak Meriwayatkan Hadith

Sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadith ialah enam orang, iaitu:

  1. Abu Hurairah, meriwayatkan sebanyak 5374 hadith dan jumlah perawi yang meriwayatkan daripada beliau lebih 300 orang.
  2. Ibn `Umar, meriwayatkan sebanyak 2630 hadith
  3. Anas bin Malik, meriwayatkan sebanyak 2286 hadith
  4. ‘A’ishah, meriwayatkan sebanyak 2210 hadith
  5. Ibn ‘Abbas, meriwayatkan sebanyak 1660 hadith
  6. Jabir bin ‘Abdullah, meriwayatkan sebanyak 1540 hadith

Sahabat Yang Paling Banyak Memberi Fatwa

Sahabat yang paling banyak memberi fatwa ialah Ibn `Abbas kemudian diikuti oleh Sahabat-sahabat besar yang lain seramai enam orang sebagaimana yang disebutkan Masruq: “Ilmu para Sahabat berakhir kepada enam orang, ‘Umar, ‘Ali, Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit, Abu al-Darda’ dan Ibn Mas’ud kemudian berakhir kepada ‘Ali dan Ibn Mas’ud.

Siapakah al-‘Abadilah?

Yang dimaksudkan dengan al-’Abadilah ialah Sahabat yang bernama ‘Abdullah. Bilangan mereka mencapai 300 orang. Tetapi yang dimaksudkan di sini ialah empat orang Sahabat yang bernama ‘Abdullah iaitu ‘Abdullah bin ‘Umar; ‘Abdullah bin ‘Abbas, ‘Abdullah bin al-Zubair dan ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As.

Keistimewaan mereka ialah kerana mereka merupakan ulama’ Sahabat yang lewat meninggal dunia sehingga ilmu mereka itu diperlukan. Maka dengan itu mereka memiliki keistimewaan dan kemasyhuran. Apabila mereka bersepakat dalam fatwa maka dikatakan ini adalah pendapat al-‘Abadilah.

Bilangan Sahabat

Tidak ada satu penjumlahan yang tepat tentang bilangan Sahabat.  Bagaimanapun ada beberapa pendapat ahli ilmu yang menunjukkan mereka itu lebih daripada 100,000 orang.

Pendapat yang paling masyhur ialah pendapat Abu Zur’ah al-Razi, katanya: `Rasulullah s.a.w. wafat dengan meninggalkan 114,000 yang mendengar dan meriwayatkan hadith daripada Baginda.

Bilangan Tabaqat Sahabat

Ulama’ berbeza pendapat berhubung dengan tabaqat Sahabat.  Ada yang membahagikan berdasarkan kepada dahulunya memeluk Islam, hijrah atau menyertai sesuatu peristiwa penting.  Ada juga ulama’ menentukan tabaqat berdasarkan perkiraan lain.  Semuanya itu menurut ijtihad masing-masing.

  1. Ibnu Sa’ad membahagikan kepada lima tabaqat
  2. Al-Hakim membahagikan kepada dua belas tabaqat

Sahabat Yang Paling Utama

Sahabat yang paling utama secara mutlak ialah Abu Bakar al-Siddiq. Kemudian Umar al-Khattab dengan ijma’ orang Islam.  Kemudian diikuti dengan `Uthman kemudian `Ali mengikut pendapat jumhur Ahli Sunnah kemudian Sahabat sepuluh yang dijamin syurga. (Nota: Kesemua Sahabat berdasarkan ayat-ayat Quran dijamin masuk syurga-At Taubah, ayat 100. Yang dimaksudkan di sini ialah jaminan kepada sepuluh orang sahabat itu disebutkan secara khusus dalam satu hadis), kemudian ahli Badr kemudian ahli Uhud dan ahli Bay’ah Ridwan.

Sahabat Pertama Memeluk Islam

  1. Dari kalangan lelaki yang merdeka: Abu Bakar al-Siddiq.
  2. Dari kalangan kanak-kanak: `Ali bin Abi Talib
  3. Dari kalangan wanita: Khadijah, Ummu al-Mu’minim
  4. Dari kalangan hamba bebasan: Zaid bin Harithah
  5. Dari kalangan hamba: Bilal in Rabah

Sahabat Terakhir Meninggal Dunia

Sahabat terakhir meninggal dunia ialah Abu al-Tufail `Amir bin Wathilah al-Laithi. Beliau meninggal dunia pada tahun 100H di Mekah.  Malah dikatakan kemudian daripada itu lagi.  Sahabat yang terakhir meninggal sebelumnya ialah Anas Bin Malik yang meninggal pada tahun 93H di Basrah.

Kitab-Kitab Yang Masyhur Tentang Sahabat

  1. “Al-Isaabah Fi Tamyiz al-Sahabah” oleh Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani.
  2. “Usd al-Ghabah Fii Ma’rifah al-Sahaabah” oleh `Ali bin Muhammad al-Jazari yang terkenal dengan Ibn al-Athir.
  3. “Al-Istii’aab Fii Asmaa’ al-Ashaab” oleh Ibnu `Abd al-Barr
 

SESI 37 – MENGENALI TABI’IN, MENGENALI AL-IKHWAH WAL AL-AKHAWAT, AL-MUTTAFIQ WA AL-MUFTARIQ, AL-MU’TALIF WA AL-MUKHTALIF

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya

 

6. SANAD DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA

6.2. FASAL KEDUA: MENGENALI PARA PERAWI

6.2.2. MENGENALI TABI’IN

Definisi al-Tabi’in

Dari sudut bahasa, al-Tabi’in jama’ kepada “taabi’ii” atau “tabi’ ” iaitu orang yang mengikuti.  Al-Tabi’ ialah kata nama pelaku daripada kata kerja “tabi’ahu” dengan erti berjalan di belakangnya.

Pada istilah, orang yang menemui seorang sahabat dan meninggal dunia dalam keadaan Islam.   Ada juga yang mengatakan tabi’i ialah orang yang mendampingi Sahabat.

Faedah Mengetahui

Dengan mengetahui seseorang itu dapat membezakan antara riwayat “mursal” dan “muttasil”.

Tabaqat Tabi’in

Ulama’ berbeza pendapat berhubung bilangan tabaqat tabi’in.  Mereka mempunyai cara pembahagian masing-masing.

  1. Imam Muslim membahagikan kepada tiga kelas.
  2. Ibn Sa’ad membahagikan kepada empat kelas.
  3. Al-Hakim membahagikan kepada 15 kelas, yang pertama ialah mereka yang sempat bertemu dengan 10 sahabat yang diberi jaminan syurga.

Mukhadramuum

Mukhadramuun adalah kata jama’ kepada “mukhadram” iaitu orang yang berada di zaman jahiliah, sezaman dengan Rasulullah s.a.w, memeluk Islam tetapi tidak berkesempatan melihat Baginda.  Mengikut pendapat yang sahih, “mukhadhram” termasuk dalam kategori tabi’in. Bilangan mereka lebih kurang 20 orang sebagaimana yang dihitung oleh Imam Muslim. Tetapi mengikut pendapat-pendapat yang sahih bilangan mereka itu lebih lagi.  Antara mereka ialah Abu `Uthman al-Nahdi dan al-Aswad bin Yazid al-Nakha’i.

Tujuh Fuqaha’ di Madinah

Di antara tokoh-tokoh utama tabi’in ialah tujuh orang fuqha’.  Mereka semuanya adalah ulama’ besar dari kalangan penduduk Madinah.  Mereka ialah Sa’id bin al-Musayyab, al-Qasim bin Muhammad, `Urwah bin al-Zubair, Kharijah bin Zaid, Abu Salamah bin ‘Abdul Rahman, ‘Ubaidullah bin ‘Abdullah bin ‘Utbah dan Sulaiman bin Yasar. (Nota: Ibnu Mubaarak menyebutkan Salim Bin Abdullah bin Umar pada tempat  Abu Salamah. Abu Zinad pula mengatakan Abu Bakar Bin Abdullah pada tempat Salim Bin Abdullah Bin Umar dan Abu Salamah).

Tabi’in Yang Paling Mulia

Ada beberapa pendapat ulama’ tentang siapakah tabi’in yang paling utama. Pendapat yang masyhur ialah Sa’id bin al-Musayyab. Abu ‘Abdullah Muhammad bin Khafif al-Shirazi mengatakan penduduk Madinah mengatakan tabi’in yang paling utama ialah Sa’id bin al-Musayyab. Penduduk Kufah mengatakan Uwais al-Qarni dan penduduk Basrah mengatakan al-Hasan al-Basri.

Tabi’iyyat Yang Paling Utama

Abu Bakar bin Abu Daud mengatakan, dua orang penghulu tabi’iyyat ialah Hafsah binti Sirin dan `Amrah binti `Abdul Rahman, kemudian diikuti oleh Ummu al-Darda’.

Karangan Yang Paling Terkenal

“Kitab Ma’rifah al-Tabi’in” karangan Abu al-Mutarrif bin Futays al-Andalusi.

 

6.2.3. MENGENALI AL-IKHWAH WAL AL-AKHAWAT

Prakata

Ilmu ini merupakan salah satu cabang ilmu yang diberikan perhatian oleh ulama’ hadith dan mereka menulis khusus tentangnya. Iaitu mengenali “al-Ikhwah Wa al-Akhawat”, yakni mengenali saudara-saudara perawi pada setiap tabaqat. Penulisan khusus tentang pengetahuan ini menunjukkan bahawa betapa ulama’ hadith memberi perhatian khusus kepada para perawi, nisbah, saudara-saudara mereka dan perkara-perkara lain sebagaimana akan dibincangkan nanti.

Faedah Mengetahui

Antara faedahnya ialah supaya tidak dianggap adik beradik perawi yang mempunyai nama bapa yang sama. Seperti `Abdullah bin Dinar dan `Amar bin Dinar, orang yang tidak mengetahui akan menyangka bahawa mereka berdua adik beradik sedangkan sebenarnya tidak walaupun nama bapa mereka sama.

Contoh-contoh:

  1. Dua bersaudara, di kalangan Sahabat, ‘Umar dan Zaid anak-anak al-Khattab.
  2. Tiga bersaudara, di kalangan sahabat, ‘Ali, Ja’far, ‘Aqil anak-anak Abu Talib.
  3. Empat bersaudara, di kalangan pengikut tabi’in, Suhail, ‘Abdullah, Muhammad, Salih anak-anak Abi Salih.
  4. Lima bersaudara, di kalangan pengikut tabi’in, Sufyan, Adam, ‘Imran, Muhammad dan Ibrahim anak-anak ‘Uyainah.
  5. Enam bersaudara, dikalangan tabi’in, Muhammad, Anas, Yahya, Ma’bad, Hafsah dan Karimah anak-anak Sirin.
  6. Tujuh bersaudara, di kalangan sahabat, al-Nu’man, Ma’qil, ‘Uqail, Suwaid, Sinan, ‘Abdul Rahman dan ‘Abdullah anak-anak Muqarrin. Ketujuh-tujuh mereka ini adalah sahabat yang telah berhijrah ke Madinah. Tidak ada sesiapapun yang memiliki kemuliaan ini seperti mereka. Dikatakan mereka semuanya menyertai peperangan Khandaq.

Kitab-Kitab Yang Paling Terkenal

  1. “Kitab al-Ikhwah” oleh Abu al-Mutarrif bin Futais al-Andalusi.
  2. “Kitab al-Ikhwah” oleh Abu al-`Abbas al-Sarraj.

6.2.4. AL-MUTTAFIQ WA AL-MUFTARIQ

Pada bahasa: “al-Muttafiq” kata nama pelaku daripada “al-Ittafaq” (persamaan, kesepakatan) manakala “al-muftariq” pula kata nama pelaku daripada “al-Iftiraq” (perbezaan) lawan kepada “al-Ittafaq”.

Pada istilah: Persamaan atau kebetulan serupa beberapa nama perawi dan bapa mereka secara tulisan dan sebutan tetapi berlainan individu. Termasuk dalam perkara ini juga persamaan nama dan kuniah mereka, nama dan nisbah atau lain-lain.

Contoh:

  1. Al-Khalil bin Ahmad, terdapat enam orang perawi yang memiliki nama ini, orang yang pertama ialah al-Khalil, guru kepada Sibawayh.
  2. Ahmad bin Ja’far bin Hamdan empat orang yang sezaman.
  3. ‘Umar bin al-Khattab, ada enam individu.

Kepentingan Dan Faedahnya

Mengetahui bahagian ini amat penting kerana ramai ulama’ yang besar telah tergelincir disebabkan ketidaktahuan mereka. Antara faedahnya ialah:

  1. Supaya tidak menyangka individu-individu yang mempunyai nama yang serupa itu sebagai orang yang sama sedangkan mereka itu ramai. Bahagian ini merupakan lawan kepada “al-Muhmal” yang dibimbangi seorang individu dianggap sebagai dua orang.
  2. Membezakan perawi-perawi yang memiliki nama yang sama. Kemungkinan salah seorang mereka itu thiqah dan seorang lagi dha’if lalu menyebabkan dia mendha’ifkan hadith yang sahih atau sebaliknya.

Bilakah Elok Mengemukakannya

Elok mengemukakannya apabila dua orang perawi atau lebih yang serupa nama mereka dan mereka itu sezaman, serta berkongsi pada setengah syeikh atau sesetengah perawi daripada mereka.

Sekiranya mereka itu berada di zaman yang berjauhan maka tidak ada kemusykilan pada nama-nama mereka.

Kitab-Kitab Yang Terkenal Tentang Bahagian Ini

  1. “Kitab al-Muttafiq Wa al-Muftariq” oleh al-Khatib al-Baghdadi, sebuah kitab yang besar dan sangat bernilai.
  2. “Kitab al-Ansab al-Muttafiqah” oleh al-Hafiz Muhammad bin Tahir, meninggal dunia pada tahun 508H. Kitab ini khusus tentang al-Muttafiq.

 

6.2.5. AL-MU’TALIF WA AL-MUKHTALIF

Bahasa: al-Mu’talif kata nama pelaku daripada “al-I’tilaf” (berkumpul, bertemu) lawan kepada “al-nufrah” (liar, berjauhan). “Al-mukhtalif” pula kata nama pelaku daripada “al-Ikhtilaf” (perbezaan) lawan kepada “al-Ittafaq”.

Istilah: Nama, gelaran, kuniah atau nisbah sama pada tulisan tetapi berbeza pada lafaz.

Contoh:

  1. “Salam” dan “Sallam”, yang pertama tanpa “tashdid” dan yang kedua dengan “tashdid”.
  2. “Miswar” dan “Musawwar”, yang pertama dengan baris bawah pada huruf “mim” dan baris mati pada huruf “sin” dan “waw” tanpa tashdid. Yang kedua dengan baris hadapan pada huruf “mim”, baris atas pada huruf “sin” dan tashdid pada huruf “waw”.
  3. “Al-Bazzaz” dan “al-Bazzar”, yang pertama huruf akhirnya adalah “zai” dan yang kedua huruf akhirnya adalah “ra”.
  4. “Al-Thawri” dan “al-Tawwazi”, yang pertama dengan huruf “tha” dan “ra” dan yang kedua dengan huruf “ta” dan “zai”.

Adakah Ia Mempunyai Kayu Ukur Tertentu?

  1. Kebanyakannya tidak mempunyai kriteria tertentu kerana ia banyak tersebar tetapi dapat ditentukan dengan hafalan. Setiap nama itu ada sifatnya tersendiri.
  2. Ada juga nama perawi yang mempunyai kriteria dan ini terbahagi kepada dua: a) Nama yang mempunyai penentu dengan nisbah kepada satu kitab yang khusus atau beberapa buah kitab yang khusus. Seperti kita mengatakan setiap perawi bernama “Yasar” yang terdapat dalam Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim dan al-Muwatta’ maka dia adalah Yasar, dengan huruf “ya’ ” dan “sin” kecuali Muhammad bin Bashshar, yang dieja dengan huruf “ba` ” dan “shin”. b) Nama yang mempunyai penentu secara umum, yakni tidak merujuk kepada kitab-kitab tertentu seperti, “Sallam”, semuanya dengan “tashdid” huruf “lam” kecuali lima orang perawi sahaja.

Kepentingan Dan Faedahnya

Mengenali bahagian ini merupakan tugas penting ilmu “rijal” sehingga ‘Ali bin al-Madini berkata: “Tashif” yang paling berat adalah yang terjadi pada nama para perawi kerana ia sesuatu yang tidak boleh diqiyaskan dan tidak ditunjukkan oleh sesuatu sebelumnya mahupun selepasnya. Faedahnya ialah dapat mengelakkan daripada tersilap dan melakukan kesalahan membaca nama perawi.

Kitab-Kitab Yang Terkenal

  1. “Al-Mu’talif Wa al-Mukhtalif” oleh ‘Abd al-Ghani bin Sa’id
  2. “Al-Ikmal” oleh Ibn Makula dan tambahannya oleh Abu Bakar bin Nuqtah.

SESI 38 – AL-MUTASHABIH, AL-MUHMAL, MUBHAMAT, AL-WUHDAN

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 14- Feb-16

6. SANAD DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA

6.2. FASAL KEDUA: MENGENALI PARA PERAWI

6.2.6. AL-MUTASHABIH

Definisi

Pada bahasa: Kata nama pelaku daripada al-Tashabuh dengan erti menyerupai dan dimaksudkan dengan “al-mutasyabih” (yang menyerupai) dengan makna “al-multabis”, yang mengelirukan.  Dari sinilah datang penggunaan ayat “al-Mutashabih”, iaitu ayat yang mengelirukan maknanya.

Pada istilah: Nama perawi sama pada sebutan dan tulisan tetapi berbeza nama bapa mereka pada lafaz sahaja tidak pada tulisan atau sebaliknya.

Contoh-contoh

Muhammad bin `Uqail, dengan huruf `ain berbaris hadapan dan Muhammad bin `Aqil, dengan huruf `ayn berbaris atas.  Walaupun mempunyai nama sama perawi tetapi berbeza nama bapa.

Shuraih bin al-Nu’man dan Suraij bin al-Nu’man, berbeza nama perawi tetapi sama nama bapa.

Faedah

Terserlah faedah tentang bahagian ini ketika mana mencatat nama para perawi, tidak terkeliru dalam menyebutkannya dan tidak terjerumus dalam “tashif” dan “waham”.

Bahagian-Bahagian Lain Bagi Al-Mutashabih

Ada beberapa bahagian lain bagi “al-Mutashabih” dan di sini penulis hanya menyebutkan yang terpenting sahaja.

  1. Sama nama perawi dan nama bapa kecuali pada satu atau dua huruf seperti Muhammad bin Hunain dan Muhammad bin Jubair.
  2. Atau sama nama perawi dan nama bapa pada tulisan dan sebutan tetapi berbeza dari segi dahulu dan kemudian: a)Sama ada pada dua nama secara keseluruhan seperti al-Aswad bin Yazid dan Yazid bin al-Aswad b) Atau pada setengah huruf seperti Ayyub bin Sayyar dan Ayyub bin Yasar.

Kitab-Kitab Yang Terkenal

  1. “Talkhis al-Mutashabih Fi al-Rasm Wa Himayah Ma Ashkala Minhu `An Bawadir al-Tashif Wa al-Wahm” oleh al-Khatib al-Baghdadi.
  2. “Tali al-Talkhis”, juga karangan al-Khatib al-Baghdadi. Kitab ini merupakan pelengkap atau tambahan kepada kitab terdahulu.  Kedua-dua kitab ini sangat berharga dan tidak pernah ditulis satu kitab dalam bab ini sepertinya.

 

6.2.7. AL-MUHMAL

Definisi

Pada bahasa, kata nama pelaku daripada “al-Ihmal” dengan makna meninggalkan. Seolah-olah perawi meninggalkan nama tanpa menyebutkan sesuatu yang membezakannya daripada yang lain.  Pada istilah, perawi meriwayatkan daripada dua orang perawi yang sama pada nama sahaja atau sama juga pada nama bapa atau sebagainya dan kedua-dua mereka itu tidak dapat dibezakan antara satu sama lain dengan sesuatu yang menjadi ciri khusus mereka berdua.

Bilakah “Ihmal” Menjejaskan Kesahihan Hadith

Sekiranya salah seorang mereka itu thiqah sementara seorang lagi dha’if kerana kita tidak mengetahui siapakah orang yang diambil riwayat daripadanya di sini.  Boleh jadi diriwayatkan daripada perawi yang dhaif, maka dengan sebab itu hadith itu menjadi dhaif. Adapun, jika kedua-duanya itu thiqah maka “ihmal” itu tidak menjejaskan kesahihan hadith kerana daripada siapapun hadith itu diriwayatkan maka hadith itu tetap sahih.

Contohnya:

  1. Apabila kedua-dua perawi itu thiqah, hadith yang terdapat dalam Sahih al-Bukhari daripada riwayat Ahmad – tanpa dinisbahkan kepada sesiapa daripada Ibn Wahb, kerana ia sama ada Ahmad bin Salih atau Ahmad bin ‘Isa, mereka berdua itu adalah perawi yang thiqah.
  2. Apabila salah seorang thiqah dan seorang lagi dhaif; Sulaiman bin Daud dan Sulaiman bin Daud.  Jika seorang itu al-Khawlani maka dia adalah seorang yang thiqah dan jika seorang lagi al-Yamani maka dia merupakan seorang yang dhaif.

Perbezaan Antara “Al-Muhmal”  Dan “Al-Mubham”  

Perbezaan antara “al-Muhmal” dan “al-Mubham” ialah yang pertama disebutkan nama tetapi tidak dapat ditentukan siapa dan dan yang kedua, tidak disebutkan namanya.

Kitab-Kitab Yang Terkenal

“Kitab al-Mukmal Fi Bayan al-Muhmal”

 

6.2.8MENGENALI “AL-MUBHAMAT”

Definisi pada bahasa: “al-Mubhamat”  jama’ kepada “mubham” iaitu kata nama pelaku daripada perkataan “al-Ibham”, mengaburkan, lawan kepada “al-Idah”, menjelaskan.

Pada istilah, perawi yang disamarkan namanya pada matan atau pada sanad atau seseorang yang mempunyai kaitan dengan riwayat.

Faedah Mengkajinya

Sekiranya “ibham” itu pada sanad: dapat mengenali perawi jika dia seorang thiqah atau dhaif maka dapat dinilai hadithnya sebagai sahih atau dhaif. Sekiranya pada matan, maka banyak faedah yang diperolehi, yang paling jelas ialah mengenali tuan cerita atau orang yang bertanya sehingga jika disebutkan keutamaannya dalam hadith itu maka kita dapat mengetahui kelebihannya.  Jika sebaliknya, dengan mengetahuinya akan selamat daripada sangkaan terhadap orang lain dari kalangan Sahabat-sahabat yang utama.

Bagaimana “al-Mubham” Dikenali

“Al-Mubham” dikenali dengan salah satu cara ini:

  1. Perawi itu disebutkan namanya dalam setengah riwayat lain.
  2. Kebanyakan nama perawi “mubham” itu disebutkan dengan jelas oleh ulama sirah.

Bahagian-Bahagian “Mubham”

Berdasarkan kepada tahap ketidakjelasan, “ibham”  terbahagi kepada empat dan penulis akan memulakan bahagian “mubham” yang paling kabur.

  1. Lelaki atau perempuan seperti hadith Ibn ‘Abbas bahawa seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah! Adakah haji itu setiap tahun?” Lelaki ini adalah al-Aqra’ bin Habis.
  2. Anak lelaki atau anak perempuan.  Termasuk dalam kategori ini ialah saudara lelaki, saudara perempuan, anak saudara lelaki dan anak saudara perempuan, seperti hadith Ummu ‘Atiyyah berhubung dengan memandikan anak perempuan Rasulullah s.a.w. dengan air dan daun bidara.  Beliau ialah Zainab r.ha.
  3. Bapa saudara dan ibu saudara.  Termasuk dalam kategori ini ialah bapa saudara sebelah bapa, sebelah ibu, sepupu-sepapat.  Contohnya hadith Rafi’ bin Khadij daripada bapa saudaranya sebelah bapa tentang larangan “mukhabarah” (iaitu memberikan tanah kepada seseorang untuk bercucuk tanam dengan sebahagian daripada hasil tanaman itu diberikan kepadanya-pent).    Nama bapa saudara beliau ialah Zuhair bin Rafi’.  Hadith tentang ibu saudara Jabir (sebelah bapa) yang menangisi bapanya yang terbunuh dalam peperangan Uhud, namanya ialah Fatimah binti ‘Amar.
  4. Suami dan isteri seperti hadith dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim tentang kematian suami Subai’ah.  Nama suaminya ialah Sa’d bin Khawlah.  Hadith tentang isteri `Abdul Rahman bin al-Zubair yang dahulunya isteri kepada Rifa’ah al-Qurazi yang diceraikannya, namanya Tamimah binti Wahb.

Kitab-Kitab Yang Masyhur

Ramai ulama’ yang mengarang kitab tentang mubhamat antaranya `Abd al-Ghani bin Sa’id, al-Khatib, al-Nawawi.  Kitab yang paling baik dan lengkap ialah “al-Mustafad Min Mubhamat al-Matn Wa al-Isnad” oleh Waliyuddin al-`Iraqi.

 

6.2.9. MENGENALI PERAWI-PERAWI “AL-WUHDAN”

Pada bahasa: “al-Wuhdan” ialah jama’ kepada “wahid” iaitu satu.  Pada istilah: Perawi-perawi yang tidak ada orang yang meriwayatkan daripada mereka kecuali seorang perawi sahaja.

Faedah

Mengenali perawi “majhul al-Ain” dan ditolak riwayatnya jika beliau bukan Sahabat.

Contoh:

  1. Dari kalangan sahabat: Amr bin Mudarris, tidak ada yang meriwayatkan daripadanya kecuali al-Sha’bi dan al-Musayyab bin Hazn, tidak ada yang meriwayatkan daripadanya kecuali anaknya Sa’id.
  2. Dari kalangan tabi’in: Abu al-Ushara’, tidak ada yang meriwayatkan daripadanya kecuali Hammad bin Salamah.

Adakah Imam al-Bukhari Dan Iman Muslim Mengeluarkan Hadith Dalam Kitab Mereka Berdua Daripada Perawi Wuhdan?

Dalam “Kitab al-Madkhal”, al-Hakim menyebutkan bahawa Imam al-Bukhari dan Imam Muslim tidak mengeluarkan hadith dalam kitab mereka berdua daripada mana-mana perawi “wuhdan”.

Tetapi majoriti ahli hadith berpendapat bahawa dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim terdapat banyak hadis yang diriwayatkan daripada perawi-perawi “wuhdan”, antaranya ialah:

  1. Hadith al-Musayyab tentang kematian Abu Talib, Imam al-Bukhari dan Muslim memasukkanya dalam kitab mereka berdua.
  2. Hadith Qays bin Hazim daripada Mirdas; orang-orang soleh pergi seorang demi seorang. Tidak ada yang meriwayatkan hadith ini daripada Mirdas kecuali Qays. Hadith ini telah dimasukkan oleh al-Bukhari dalam kitab sahihnya.

Kitab-Kitab Yang Terkenal

“Al-Mufradat dan al-Wuhdan” oleh Imam Muslim.

 

16.2.10. MENGENALI PERAWI YANG DISEBUTKAN DENGAN PELBAGAI NAMA DAN SIFAT YANG BERBEZA  

Ta’rif

Iaitu perawi yang disifatkan dengan beberapa nama, gelaran atau “kuniah” yang berbeza, seorang individu atau beberapa orang.

Contoh

Muhammad bin al-Sa’id al-Kalbi.  Sesetengah orang menamakannya Abu al-Nadr dan setengah pula menamakannya Hammad bin al-Sa’ib dan ada juga yang menamakannya Abu Sa’id.

Faedah

  1. Tidak terkeliru pada menentukan nama-nama individu yang sama dan tidak menyangka bahawa dia lebih daripada seorang (individu yang berlainan).
  2. Mendedahkan “tadlis al-Shuyukh” Al-Khatib al-Baghdadi banyak meletakkan pelbagai nama pada syeikh-syeikhnya. Beliau meriwayatkan dalam kitabnya daripada Abu al-Qasim al-Azhari, `Ubaidullah bin Abi al-Fath al-Farisi, `Ubaidullah bin Ahmad bin ‘Uthman al-Sayrafi.  Kesemua nama-nama itu adalah orang yang sama.

Kitab-Kitab Yang Paling Masyhur

  1. “Idah al-Ishkal” oleh Hafiz `Abdul Ghani bin Sa’id
  2. “Mudih Awham al-Jam’ Wa al-Tafriq” oleh al-Khatib al-Baghdadi
 

SESI 39 – MENGENALI NAMA-NAMA, KUNIAH DAN GELARAN YANG TUNGGAL & [TANPA VIDEO] MENGENALI TARIKH-TARIKH PERAWI

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 22- Feb-16

6. SANAD DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA

6.2. FASAL KEDUA: MENGENALI PARA PERAWI

6.2.11. MENGENALI NAMA-NAMA, KUNIAH DAN GELARAN YANG TUNGGAL

Maksud Tunggal

Sahabat atau perawi-perawi lain secara umumnya atau ulama’ mempunyai nama, “kuniah” atau “laqab” yang tidak sama dengan orang lain dan pada kebiasaannya nama tunggal itu ganjil dan sukar disebut.

Faedah Mengetahui

Tidak terjerumus dalam kesilapan “tashif” atau “tahrif” pada nama-nama tunggal yang ganjil itu.

Contoh:

Nama

Dari kalangan Sahabat: Ajmad bin `Ujyan, dibaca dengan timbangan Sufyan atau `Ulayyan ya’ni `Ujayyan dan Sandar dengan timbangan Ja’far.

Bukan dari kalangan sahabat: Aswat bin `Amar, Duraib bin Nuqair bin Sumair.

Kuniah

Dari kalangan Sahabat: Abu al-Hamra, mawla Rasulullah s.a.w, namanya ialah Hilal bin al-Harith.

Bukan Dari Kalangan Sahabat:

Abu al-`Ubaidain, namanya ialah Mu’awiyah bin Sabrah.

Gelaran:

Dari kalangan Sahabat: Safinah, mawla Rasulullah s.a.w. namanya ialah Mihran.

Bukan dari kalangan Sahabat: Mandal, namanya ialah ‘Amar bin ‘Ali al-Ghazzi al-Kufi.

Kitab-Kitab Yang Paling Masyhur

Al-Hafiz Ahmad bin Harun al-Bardiji telah mengkhususkan dengan satu kitab yang dinamakan “al-Asma’ al-Mufradah”.  Perbahasan ini juga boleh didapati dihujung kitab-kitab rijal seperti Taqrib al-Tahdhib oleh Hafiz Ibn Hajar.

 

6.2.12. MENGENAL NAMA-NAMA YANG TERKENAL DENGAN KUNIAH

Yang dimaksudkan dengan perbahasan ini ialah menyiasat nama-nama perawi yang terkenal dengan “kuniah” supaya diketahui nama mereka yang tidak masyhur.

Faedah

Faedah mengetahui perbahasan ini ialah supaya perawi yang sama tidak dianggap sebagai dua orang kerana boleh jadi individu ini disebut dengan namanya yang tidak masyhur dan kemudian disebutkan dengan kuniahnya yang masyhur.  Kepada orang yang tidak mempunyai pengetahuan tentang perkara ini dia akan keliru lalu menganggap itu adalah dua orang berlainan sedangkan dia adalah orang yang sama.

Cara Penulisan Perbahasan Ini

Ulama’ yang menulis tentang “al-kuna” (jama’ kepada perkataan “kuniah’) menyusun bab-bab mengikut tertib abjad pada “kuniah” kemudian menyebutkan nama-nama pemilik “kuniah”. Contohnya dalam bab “hamzah” disebutkan Abu Ishaq, dan disebutkan namanya. Dalam bab huruf “ba’ ” Abu Bishr dan disebutkan namanya. Demikian seterusnya.

Bahagian Pemilik-Pemilik “Kuniah” Dan Contoh-Contohnya

  1. Perawi yang namanya adalah “kuniah”nya.  Dia tidak mempunyai nama selain dari “kuniah” itu seperti Abu Bilal al-Ash’ari, namanya adalah “kuniah”.
  2. Perawi yang dikenali dengan “kuniah”nya dan tidak diketahui adakah dia mempunyai nama atau tidak seperti Abu Unas, seorang Sahabat.
  3. Perawi yang digelar dengan “kuniah”, dia mempunyai nama dan “kuniah” yang lain seperti Abu Turab gelaran kepada ‘Ali bin Abi Talib dan “kuniah”nya Abu-al-Hasan.
  4. Perawi yang mempunyai dua “kuniah’ atau lebih seperti Ibn Juraij.  Beliau juga diberikan “kuniah” dengan Abu al-Walid dan Abu Khalid.
  5. Perawi yang tidak disepakati “kuniah”nya.  Seperti Usamah bin Zaid, dikatakan “kuniah”nya Abu Muhammad, juga dikatakan Abu ‘Abdullah dan Abu Kharijah.
  6. Perawi yang dikenali “kuniah”nya tetapi berbeza pendapat tentang namanya.  Seperti Abu Hurairah.  Terdapat perbezaan pendapat tentang namanya dan nama ayahnya sebanyak 30 pendapat.  Pendapat paling masyhur ialah `Abdul Rahman bin Sakhr.
  7. Perawi yang tidak disepakati nama dan kuniahnya.  Seperti Safinah. Dikatakan namanya `Umair, Salih dan Mihran.  “Kuniah”nya dikatakan Abu `Abdul Rahman dan Abu al-Bakhtari.
  8. Perawi yang dikenali dengan namanya dan “kuniah”nya dan dia terkenal kedua-duanya sekali.  Seperti Abu `Abdillah “kuniah” kepada Sufyan al-Thawri, Malik bin Anas, Muhammad bin Idris al-Shafi’ii dan Ahmad bin Hanbal.  Begitu juga Abu Hanifah “kuniah” kepada al-Nu’man bin Thabit.
  9. Perawi yang terkenal dengan “kuniah” dan dikenali juga namanya.  Seperti  Abu Idris al-Khawlani, namanya `A`idhullah.
  10. Perawi yang terkenal dengan namanya dan dikenali juga “kuniah”nya.  Seperti Talhah bin `Ubaidillah al-Taimi, `Abdul Rahman bin `Auf, al-Hasan bin `Ali bin Abi Talib, kuniah mereka ialah Abu Muhammad.

Kitab-Kitab Yang Masyhur

Ulama’ telah menulis banyak kitab tentang “al-kuna”. Antara yang menulis tentangnya ialah:

‘Ali bin al-Madini, Muslim, al-Nasa’i. Kitab terkenal yang dicetak ialah “al-kuna Wa al-Asma’” oleh al-Dulabi Abu Bishr Muhammad bin Ahmad, meninggal dunia pada tahun 310H.

 

6.2.13. MENGENALI GELARAN-GELARAN (LAQAB)

Definisi Bahasa

“Alqab” jama’ “laqab” maknanya gelaran iaitu setiap sifat yang menggambarkan ketinggian atau kerendahan, atau menunjukkan pujian atau celaan.

Maksud Perbahasan Ini

Maksud perbahasan ini memeriksa dan menyiasat gelaran ahli hadith dan para perawi untuk mengenali dan menentukannya.

Faedah

Faedah mengenali gelaran ada dua:

  1. Tidak menyangka gelaran sebagai nama dan individu yang disebutkan sekali dengan nama dan sekali dengan gelaran sebagai dua orang sedangkan dia adalah orang yang sama.
  2. Mengetahui sebab perawi disebutkan dengan gelaran itu, maka dapat diketahui maksud sebenar gelaran yang sering kali bertentangan dengan maksud zahirnya.

Bahagian-Bahagian

Ada dua bahagian iaitu:

  1. Gelaran yang tidak harus memperkenalkan perawi dengannya.  Orang yang disebutkan gelaran itu padanya tidak menyukainya.
  2. Gelaran yang harus memperkenalkan perawi dengannya.  Orang yang disebutkan gelaran itu padanya menyenanginya.

Contoh-contoh:

  1. Al-Dall (orang yang sesat), gelaran Mu’awiyah bin `Abdul Karim, kerana beliau tersesat dalam perjalanan ke Mekah.
  2. Al-Dha’if (orang yang lemah), gelaran `Abdullah bin Muhammad.  Dipanggil begitu kerana lemahnya pada fizikal bukan pada hadithnya.  Abdul Ghani bin Sa’d berkata:  Dua tokoh utama tetapi melekat pada mereka berdua gelaran yang buruk, al-Dall dan al-Dha’if.
  3. Ghundar, maknanya dalam bahasa Ahli Hijaz orang membuat riuh rendah.  Gelaran ini diberikan kepada Muhammad bin Ja’far al-Basri sebabnya Ibn Juraij datang ke Basrah lalu beliau menceritakan hadith daripada al-Hasan al-Basri lalu mereka mengingkarinya dan kecoh dan Muhammad bin Ja’far yang paling bising membuat riuh. Ibn Juraij berkata kepadanya: “Diam wahai Ghundar”.
  4. Ghunjar, gelaran kepada `Isa bin Musa al-Taimi kerana bahagian atas pipinya yang merah.
  5. Sa’iqah, gelaran kepada Muhammad bin Ibrahim al-Hafiz, Imam al-Bukhari mengambil riwayat daripadanya.  Beliau digelar begitu kerana ingatannya dan cepatnya perbincangannya.
  6. Mushkudanah, gelaran `Abdullah bin `Umar al-Umawi.  Dalam bahasa Parsi, maksudnya biji kasturi atau bekas kasturi.
  7. Mutayyan, gelaran Abu Ja’far al-Hadrami.  Beliau diberikan gelaran ini kerana semasa kecil beliau bermain-main bersama kanak-kanak dalam air lalu mereka melumurkan belakangnya dengan tanah.  Abu Nu’aim berkata kepadanya: Wahai Mutayyan (orang yang berlumuran tanah) kenapa engkau tidak menghadiri majlis ilmu.

Kitab-Kitab Yang Terkenal

Ulama’ mutaqaddimin dan mutakhirin telah menyusun kitab tentang gelaran-gelaran dan kitab yang paling baik dan paling ringkas ialah “Nuzhah al-Albab” oleh Hafiz Ibn Hajar.

 

6.2.14. MENGENALI PERAWI YANG DIBINKAN BUKAN KEPADA BAPA MEREKA

Maksud Perbahasan

Mengenali perawi yang “bin”nya lebih masyhur kepada bukan ayahnya. Mereka di”bin”kan kepada sama ada ahli keluarganya yang lain atau pengasuh dan lain-lain.

Faedah

Faedahnya ialah menolak anggapan berbilangnya perawi ketika dibinkan kepada bapa mereka.

Bahagian-Bahagian Dan Contoh-Contoh

  1. Perawi yang dibinkan kepada ibu, contohnya: Mu’adh, Mu’awwidh, dan `Awz anak-anak `Afra’.  Bapa mereka ialah al-Harith. Bilal bin Hamamah, bapanya Rabah.  Muhammad bin al-Hanafiyyah, ayahnya `Ali bin Abi Talib.
  2. Perawi yang dibinkan kepada neneknya.  Nenek yang dekat atau yang jauh seperti Ya’la bin Munyah.  Munyah itu ibu kepada bapanya. Bapa Ya’la namanya Umayyah.  Bashir Bin al-Khasasiyyah. Beliau ialah ibu kepada datuknya yang ketiga.  Ayahnya ialah Ma’bad.
  3. Perawi yang dibinkan kepada datuk mereka seperti Abu `Ubaidah bin al-Jarrah.  Namanya ialah `Amir bin `Abdullah bin al-Jarrah.  Ahmad bin Hanbal, beliau ialah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal.
  4. Perawi yang dibinkan kepada orang lain kerana ada sebab seperti al-Miqdad bin `Amar al-Kindi.  Beliau dipanggil al-Miqdad bin al-Aswad kerana beliau berada di bawah jagaan al-Aswad bin `Abd Yaghuth lalu dijadikan anak angkatnya.

Karangan Yang Terkenal

Penulis tidak mengetahui satu kitab khusus tentang bab ini tetapi kitab rijal secara umumnya menyebutkan nama keturunan setiap perawi terutamanya kitab-kitab rijal yang besar.

 

6.2.15. MENGENALI NISBAH YANG TIDAK SERUPA ATAU TIDAK MENGIKUT ZAHIRNYA.

Pengenalan

Ada sebilangan perawi yang dinisbahkan kepada tempat, peperangan, kabilah atau pekerjaan.  Tetapi apa yang terlintas itu bukan maksud sebenar.  Tetapi sebenarnya mereka dinisbah begitu kerana suatu perkara yang berlaku kepada mereka seperti kerana mereka singgah di tempat itu atau pergaulan dengan orang yang melakukan pekerjaan itu.

Faedah

Perbahasan ini ialah mengetahui bahawa nisbah-nisbah ini bukan hakiki tetapi kerana kebetulan, di samping mengetahui sebab itu sendiri.

Contoh-contoh

  1. Abu Mas’ud al-Badri tidak pernah menyertai peperangan Badar beliau hanya singgah sahaja di situ. [1]
  2. Yazid al-Faqir, bukan seorang yang miskin tetapi dipanggil demikian kerana sakit belakang yang dialaminya.
  3. Khalid al-Hadhdha’ (tukang kasut).  Beliau diberikan gelaran demikian kerana sering bergaul dengan tukang kasut.

Karangan Yang Masyhur

Kitab “al-Ansab” oleh al-Sam’ani, Ibn al-Athir telah meringkaskannya dalam sebuah kitab yang bernama “al-Lubab Fi Tahzib al-Ansab”. Al-Suyuti pula meringkaskan ringkasan ini dengan nama “Lubb al-Lubab”.

 

 

6.2.16. MENGENALI TARIKH-TARIKH PERAWI

Pada bahasa tawarikh kata jama’ bagi kalimah tarikh iaitu kata dasar arrakha. Huruf hamzah padanya itu telah ditashilkan.

Pada istilah ialah mengetahui waktu yang dicatatkan padanya tarikh lahir, kematian dan peristiwa-peristiwa lain.

Maksudnya di sini ialah mengetahui tarikh kelahiran perawi-perawi, bilakah mereka mendengar hadith daripada syeikh-syeikh, kedatangan mereka ke sesebuah negeri dan kewafatan mereka.

 

Faedah Dan Kepentingannya

Ini merupakan bahagian yang penting. Sufyan al-Thawri berkata bila perawi-perawi menggunakan dusta maka kami menggunakan sejarah untuk melawan mereka. Antara faedahnya, mengetahui bersambungnya atau terputusnya sanad. Jika satu puak mendakwa mengambil riwayat daripada satu kumpulan yang lain maka dilihat pada tarikh. Maka ternyata dakwaan periwayatan mereka daripada kumpulan ulama’ itu beberapa tahun selepas kewafatan mereka.

 

Contoh-contoh Dari Sumber-Sumber Sejarah

 

  1. Pendapat yang sahih tentang usia Rasulullah s.a.w dan kedua-duanya Sahabat Baginda, Abu Bakar dan ‘Umar ialah 63 tahun.
  2. Rasulullah s.a.w wafat pada waktu dhuha hari isnin 12 Rabi’ Awwal tahun 11H.
  3. Abu Bakar meninggal dunia pada bulan Jumada Ula tahun 13H.
  4. Umar meninggal dunia pada bulan Dhul Hijjah tahun 23 H.
  5. Uthman syahid pada bulan Dhul Hijjah tahun 35H ketika berusia 82 tahun. Ada yang mengatakan ketika berusia 90 tahun.
  6. Sayyidina ‘Ali syahid pada bulan Ramadhan tahun 40H ketika berusia 63 tahun.
  7. Dua orang Sahabat yang hidup selama 60 tahun di zaman jahiliyah dan 60 tahun dalam Islam, meninggal dunia di Madinah pada tahun 54 H, mereka berdua ialah Hakim bin Hizam dan Hasan bin Thabit.

Tokoh-Tokoh Mazhab Yang Diikuti

  1. Abu Hanifah, namanya al-Nu’man bin Thabit, (80-150)
  2. Malik bin Anas, (93-179)
  3. Muhammad bin Idris al-Shafi’I, (150-204)
  4. Ahmad bin Hanbal, (164-241)

Pengarang-pengarang Kitab Hadith Yang Mu’tabar

  1. Muhammad bin Isma’il al-Bukhari, (194-256)
  2. Muslim bin al-Hajjaj, (204-261)
  3. Abu Dawud al-Sijistani, (202-275)
  4. Abu ‘Isa al-Tirmidhi, [4] (209 – 279)
  5. Ahmad bin Shu’ayb al-Nasa’I, (214 – 303)
  6. Ibn Majah Al-Qazwayni. (207 – 275)

Kitab-Kitab Yang Masyhur

Antara kitab yang terkenal tentang bab ini ialah:

  1. Kitab al-Wafayat oleh Ibn al-Wazir Muhammad bin ‘Ubaidillah al-Rib’i, ulama’ hadith Sham, meninggal dunia pada tahun 379 H. Kitab ini disusun berdasarkan tahun.
  2. Tambahan kepada kitab Ibn al-Wazir oleh al-Kattani kemudian oleh al-Akfanu kemudian oleh al-‘Iraqi dan ulama’-ulama’ lain.

SESI 40 – MENGENALI PERAWI THIQAH YANG MENGALAMI IKHTILAT

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 29- Feb-16

6. SANAD DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA

6.2. FASAL KEDUA: MENGENALI PARA PERAWI

6.2.17. MENGENALI PERAWI THIQAH YANG MENGALAMI IKHTILAT

Ta’rif Ikhtilat

Pada bahasa ikhtilat ialah rosak akal, dikatakan “ikhtalata fulan” maksudnya rosak akalnya sebagaimana yang tersebut dalam “al-Qamas al-Muhit”.

Pada istilah, “ikhtilat” ialah rosak akal, percakapan yang celaru kerana nyanyuk, cacat penglihatan, kitab terbakar atau sebagainya.

Bahagian-Bahagian Perawi Yang Ikhtilat

  1. Dengan sebab nyanyuk seperti `Ata’ bin al-Sa’ib al-Thaqafi al-Kufi.
  2. Hilang penglihan seperti `Abdul Razzaq bin Hummam al-San’ani. Setelah itu dia meriwayatkan hadith secara “talqin”.
  3. Sebab-sebab lain seperti terbakar kitab contohnya `Abdullah bin Lahi’ah al-Misri.

Hukum Perawi Mukhtalat

  1. Riwayat yang diambil daripadanya sebelum “ikhtilat” boleh diterima.
  2. Tidak diterima riwayat yang diambil daripadanya setelah berlaku “ikhtilat”. Demikian juga tidak diterima periwayatan daripadanya jika diragui sebelum “ikhtilat” atau selepasnya.

Kepentingan Dan Faedahnya

Ini merupakan seni yang sangat penting, faedahnya tersirat dalam membezakan hadith-hadirh perawi thiqah yang disampaikan setelah berlaku “ikhtilat” untuk menolak dan tidak menerimanya.

Adakah Imam Al-Bukhari Dan Muslim Mengeluarkan Dalam Kitab Sahih Mereka Hadith-Hadith Daripada Perawi Thiqah Yang Mengalami “Ikhtilat”?

Memang, tetapi hanya hadith yang disampaikan perawi thiqah sebelum mengalami “ikhtilat”

Karangan Yang Masyhur

Beberapa orang ulama’ telah menulis kitab dalam bab ini seperti al-Ala’i, al-Hazimi.

Antara kitab-kitab ini ialah “al-Ightibat Bi Man Rumiya Bi al-Ikhtilat” oleh Hafiz Ibrahim bin Muhammad, cucu Ibn al-`Ajmi meninggal pada tahun 841H.

 

6.2. 18. MENGENALI TABAQAT (KELAS-KELAS) ULAMA’ DAN PERAWI

Ta’rif tabaqat:

Pada bahasa, kumpulan yang sama sebaya.

Manakala pada istilah pula, satu kumpulan yang hampir sama pada usia dan sanad atau pada sanad sahaja.

Makna hampir sama pada sanad ialah guru-guru perawi ini adalah guru-guru perawi seorang lagi atau hampir dengn guru-gurunya.

Faedah Mengetahuinya

  1. Antara faedah mengetahuinya ialah selamat dari memasukkan perawi yang sama nama atau kuniah dan sebagainya kerana ada kalanya dua nama sama lafaznya lalu disangka salah seorangnya adalah orang lain. Untuk membezakannya perlu mengenali tabaqatnya.
  2. Mengetahui maksud sebenar periwayatan secara `an’anah.

Kadang-Kadang Dua Orang Perawi Dilihat Dari Satu Sudut Sebagai Satu Tabaqat Tetapi Dari Sudut Lain Sebagai Dua Tabaqat

Contohnya Anas bin Malik dan “sighar” Sahabat lain. Mereka dan sepuluh Sahabat yang dijamin syurga dikira sebagai satu tabaqat dengan mengambil kira kesemua mereka adalah Sahabat. Ini bermakna semua Sahabat adalah satu tabaqat.

Dari sudut terdahulunya memeluk Islam, ada beberapa belas tabaqat para Sahabat sebagaimana yang telah dibincangkan dalam fasal “Mengenali Sahabat”. Dengan ini Anas bin Malik dan Sahabat-sahabat sebaya dengannya tidak berada dalam tabaqat yang sama dengan sepuluh Sahabat yang dijamin syurga.

Sifat Yang Mesti Ada Pada Pengkaji Ilmu Tabaqat

Pengkaji dalam ilmu tabaqat mestilah mengetahui tarikh kelahiran dan kewafatan para perawi, siapakah yang mengambil riwayat daripada mereka dan daripada siapa mereka mengambil riwayat.

Kitab-Kitab Yang Masyhur

  1. “Al-Tabaqat al-Kubra” oleh Ibn Sa’d
  2. “Tabaqat al-Qurra’ “ oleh Abu `Amr al-Dani
  3. “Tabaqat al-Shafi’iyyah al-Kubra” oleh Abdul Wahab Al-Subki
  4. “Tadhkirah al-Huffaz” oleh al-Zahabi

6.2.19. MENGENALI PARA PERAWI DAN ULAMA’ DARI KALANGAN “MAWLA”

Pada bahasa: “Mawali” jama’ kepada “mawla”. Ia termasuk dalam perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan, hamba, tuan mas, orang yang membebaskan hamba dan hamba yang dibebaskan.

Pada istilah: Orang yang membuat perjanjian sumpah setia (bersekutu), hamba yang dibebaskan dan orang yang memeluk Islam di tangan orang lain.

Bahagian-Bahagian Mawla

  1. “Mawla hilf” seperti Imam Malik bin Anas al-Asbahi al-Taymi. Beliau pada asalnya berketurunan Asbah, dinisbahkan kepada Taym kerana kaumnya, Asbah mawla kepada Taym Quraisy dengan bersekutu.
  2. Mawla hamba seperti Abu Bakhtari al-Tai’i al-Tabi’i. Nama beliau ialah Sa’id bin Fairuz. Beliau merupakan hamba bebasan Ta’i kerana tuannya itu dari qabilah Tai’.
  3. Mawla Islam seperti Muhammad bin Ismail al-Bukhari al-Ju’fi kerana datuknya, al-Mughirah seorang Majusi yang memeluk Islam di tangan al-Yaman bin Akhnas al-Ju’fi.

Faedah

Terhindar dari kekeliruan dan dapat mengenali siapakah yang dinisbahkan kepada qabilah secara nasab keturunan atau wala’. Dengan itu dapat dibezakan antara perawi yang mempunyai nama serupa yang dinisbahkan kepada satu qabilah dengan seorang lagi dinisbahkan kepada qabilah itu secara wala.

Kitab-Kitab Yang Masyhur

Abu `Umar al-Kindi menulis tentang perawi-perawi yang dinisbahkan kepada Mesir sahaja.

 

6.9.20. MENGENALI PERAWI THIQAH DAN DHA’IF

Pada bahasa, thiqah ialah orang yang dipercayai. Dha’if lawan kepada kuat (lemah) dan ia pada fizikal dan juga ma’nawi.

Pada istilah, thiqah ialah perawi yang adil, dhabit. Manakala dha’if nama umum merangkumi orang yang dikecam keadilan atau ketepatannya.

Kepentingan Dan Faedah Mengetahuinya

Ia merupakan bahagian ilmu hadith yang paling utama kerana melaluinya dapat diketahui hadith yang sahih daripada hadith yang lemah.

Kitab-Kitab Yang Masyhur

  1. Kitab yang khusus dengan perawi-perawi thiqah seperti al-Thiqat oleh Ibn Hibban, Kitab al-Thiqat oleh al-Ijli.
  2. Kitab yang khusus dengan perawi-perawi dha’if, seperti “al-Du’afa’ ” oleh Imam al-Bukhari, al-Nasa’i, al-`Uqaili dan al-Daruqutni.
  3. Kitab-Kitab yang merangkumi perawi-perawi thiqah dan dha’if seperti “al-Tarikh al-Kabir” oleh Imam al-Bukhari, “al-Jarh Wa al-Ta’dil” oleh Ibn Abi Hatim.
  4. Kitab-Kitab ini bersifat umum tentang perawi-perawi. Di antara kitab jenis ini juga kitab-kitab yang khusus dengan perawi dalam sesetengah kitab hadith seperti “al-Kamal Fi Asma’ al-Rijal” oleh `Abd al-Ghani al-Maqdisi dan kitab-kitab ringkasannya seperti” Tahdhib al-Kamal” oleh al-Zahabi. Tahzib al-Tahzib dan Taqrib al-Tahdhib oleh Ibn Hajar dan Khulasah Tahdhib al-Tahdhib oleh al-Khazrji.

6.9.21. MENGENALI “AWTAN” (TANAHAIR) DAN “BULDAN” (NEGERI) PERAWI

Maksud Perbahasan Ini:

“Awtan” adalah jamak kepada “watan”, iaitu iklim atau tempat kelahiran seseorang atau tempat tinggalnya. “Buldan” jamak kepada “balad” iaitu bandar atau kampung kelahiran seseorang atau tempat tinggalnya. Maksud perbahasan ini ialah mengenali negeri dan bandar-bandar perawi yang merupakan tanahair mereka dan menjadi tempat tinggal mereka.

Faedahnya:

Dapat membezakan antara dua nama yang sama pada lafaz apabila mereka berdua berasal dari negeri yang berlainan. Ini merupakan pengetahuan yang diperlukan oleh penghafaz-penghafaz hadith untuk tugas-tugas dan penulisan-penulisan mereka.

Nisbah Yang Digunakan Oleh Perawi-Perawi Arab Dan Bukan Arab

Sejak dahulu lagi bangsa Arab menisbahkan diri mereka kepada qabilah-qabilah kerana kebanyakan mereka merupakan golongan badwi yang mengembara. Pertalian mereka dengan qabilah lebih kuat berbanding dengan negeri. Apabila Islam datang, kebanyakan mereka merupakan penduduk-penduduk negeri dan kampung maka mereka menisbahkan diri mereka kepada negeri dan kampung mereka.

Sementara itu, bangsa bukan Arab, sejak dahulu lagi mereka menisbahkan diri mereka kepada negeri dan kampung mereka.

Bagaimana Orang Yang Berpindah Dari Negerinya Menggunakan Nisbah

Apabila seseorang itu mahu menggabungkan antara tempat asal dan negeri barunya maka hendaklah didahulukan nisbah kepada negeri asal kemudian barulah nisbah kepada tempat baru. Seeloknya dimasukkan sebelum tempat kedua itu perkataan (kemudian). Dikatakan kepada orang yang dilahirkan di Halab kemudian berpindah ke Madinah “fulan al- Halabi thumma al-Madani”. Ini yang banyak digunakan.

Apabila dia tidak mahu menggabungkan tempat asal dan negeri barunya maka bolehlah dia menisbahkan kepada tempat yang dikehendakinya. Ini jarang sekali berlaku.

Bagaimana Orang Berada Di Sebuah Kampung Yang Terletak Di Sebuah Negeri menisbahkan Dirinya

  1. Dia boleh menisbahkan dirinya kepada kampung itu.
  2. Dia boleh menisbahkan dirinya kepada negeri yang mana kampung itu terletak.
  3. Dia boleh menisbahkan dirinya kepada kawasan yang terletak di negeri itu.

Contohnya, sekiranya seseorang itu berasal dari al-Bab yang berada di kawasan Bandar Halab dan ianya terletak di negeri Sham maka dia boleh menggunakan nisbah “al-Babiy”, atau “al-Halabi”, atau “al-Shami”.

Berapakah Tempoh Masa Berada Di Sesebuah Tempat Yang Membolehkan Seseorang Itu Menisbahkan Dirinya Kepada Tempat Itu?.

Sekurang-kurangnya empat tahun dan ini merupakan pendapat `Abdullah bin al-Mubarak.

Kitab-Kitab Yang Masyhur

  1. Kitab “al-Ansab” oleh al-Sam’ani yang telah disebutkan sebelum ini sebagai kitab tentang bahagian nisbah kerana beliau menyebutkan pengnisbahan kepada tanahair dan lain-lain.
  2. Di antara kitab yang menyebutkan dengan banyak tanahair dan negeri-negeri para perawi ialah “al-Tabaqat al-Kubra” oleh Ibn Sa’d.

Inilah penghujung kitab yang Allah s.w.t. permudahkan saya untuk menyusunnya. Selawat dan salam buat junjungan dan nabi kita Muhammad, untuk ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya, dan segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan sekalian alam.

 

DAFTAR ISI KANDUNGAN

1. PRAKATASESI 1

2. SELAYANG PANDANGSESI 2

2.1 – Sejarah Pertumbuhan Ilmu Mustalah Dan Peringkat-peringkatnya

2.2 – Karangan-karangan Yang Terkenal Dalasm Ilmu Mustalah al-Hadith

2.3  Definisi-definisi Asas –SESI 3

3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.1 Fasal Pertama: Pembahagian “Al- Khabar” Berdasarkan Kepada Jalan Dan Cara Sampainya Kepada Kita

3.1.1. Perbahasan Pertama : Al-Khabar Al-Mutawatir

3.1.2. Perbahasan Kedua: Khabar Al-Ahad – SESI 4

3.1.2.1 Al-Mashhur

 3.1.2.2 Al-Aziz – SESI 5

3.1.2.3. Hadith Gharib

3.2 Fasal kedua : Klafikasi Khabar Ahad Berdasarkan Kepada Kekuatan Dan kelemahannya – SESI 6

3.2.1. Al-Khabar Al-Makbul

3.2.1.1  Al-Sahih SESI 7 & SESI 8

3.2.1.2  Al-Hasan – SESI 9 & SESI 10

3.2.1.3  Al-Sahih Li Ghairih – SESI 11

3.2.1.4  Al-Hasan Li Ghairih

3.2.1.5  Khabar Ahad Maqbul Yang Mempunyai Sokongan

3.2.2. Klafikasi Khabar Maqbul Kepada Yang Diamalkan Dan Tidak Boleh Diamalkan.

3.2.2.1. Al-Muhkkam Wa Mukhtalif Al-Hadith

3.2.2.2 Nasikh Al-Hadith Wal Mansukhuh –SESI 12

3.3 Khabar Mardud Dan Sebab-sebab Penolakannya – SESI 13

3.3.1 Perbahasan Pertama: Al-Dha’if

3.3.2 Perbahasan Kedua: Mardud Dengan Sebab Gugur Perawi Dari Sanad – SESI 14

3.3.2.1 Al-Mu’allaq

3.3.2.2 Al-Mursal          

3.3.2.3. Al-Mu’da – SESI 15

3.3.2.4. Al-Munqati’

3.3.2.5 Al-Mudallas – SESI 16

3.3.2.  Al-Mursal Al-Khafi – SESI 17

3.3.2.7 – Mu’an’an Dan Al-Mu’annan

3.3.3 Perbahasan ketiga : Mardud Dengan Sebab Kecaman pada Perawi

3.3.3.1 Al-Maudhu’ – SESI 18

3.3.3.2 Al-Matruk – SESI 19

3.3.3.3 – Munkar

3.3.3.3.1 (Lawan munkar) Al-Ma`ruf

3.3.4  Al-Shadh

3.3.3.5.  Al-Mu’allal – SESI 20

3.3.4 Perbahasan Ke Empat: Percanggahan Dengan Perawi-Perawi Thiqah – SESI 21

3.3.4.1 Al -Mudraj   

3.3.4.2 Al-Maqlub – SESI 22

3.3.4.3 Al-Mazid Fi Muttasil Al-Asanid

3.3.4.4 Al-Mudhtarib         

3.3.4.5 Al-Musahhaf – SESI 23

3.3.5 Ketidak Tahuan Tentang Perawi

3.3.5.1 Al-Majhul

3.3.5.2 Al-Mubham

3.3.6 Al-Bid’ah

3.3.7 Lemah Ingatan Dan Hafazan

3.4 Khabar Yang Bersifat Maqbul Dan Mardud – SESI 24

3.4.1 Perbahasan Pertama – Pembahagian Khabar Merujuk Kepada Sandarannya

3.4.1.1 Hadith Qudsi

3.4.1.2 Al-Marfu’

3.4.1.3 Al-Mawquf

3.4.1.4 Al-Maqtu’

3.4.2 Perbahasan Kedua – Bahagian Khabar Yang Bermacam-Macam Yang Mempunyai Sifat Maqbul Dan Mardud – SESI 25

3.4.2.1 Al-Musnad

3.4.2.2 Al-Muttasil

3.4.2.3 Ziyadat Al-Thiqat

3.5  Al-I’tibar , Al-Mutabi’ Dan Al-Syahid – SESI 26

3.6.1 Al-Mutaba’ah

3.5.2 Al-Syahid

4.    BAB KEDUA – SIFAT-SIFAT ORANG YANG DITERIMA PERIWATANNYA DAN PERBINCANGAN TENTANG AL-JARH WA AL-TA’DIL

4.1. Fasal Pertama : Perawi Dan Syarat-syarat Penerimaannya

4.1.1. Hukum Periwayatan – SESI 27

4.1.1.1.  Hukum Periwayatan Perawi Yang Mengambil Upah Mengajarkan Hadith

4.1.1.2. Hukum Periwayatan Perawi Yang Dikenali Sebagai Bermudah Atau Menerima “Talqiin” Atau Banyak Lupa

4.1.1.3. Hukum Periwayatan Perawi Yang Menyampaikan Hadith Kemudian Dia Terlupa

4.1.1.4. Penolakan Terhadap Sebuah Hadith Itu Bermakna Salah Seorang Daripada Mereka Berdua (Syeikh Dan Muridnya) Telah Ditajrihkan?

4.2 Fasal kedua : Gambaran Umum Tentang Kitab Al-Jarh Wa Al-Ta’dil

4.3 Fasal Ketiga : Tingkatan Jarh Dan Ta’dil – SESI 28

5. PERIWAYATAN HADITH, ADAB-ADAB DAN METHODE PENCATATAN

5.1 Fasal Pertama : Metode Periwayatan Dan Cara-cara Penerimaan Hadith

5.1.1. Perbahasan Pertama : Metode Mendengar Dan Menerima Hadith, Dan Sifat Catatan

5.1.2. Perbahasan Kedua: Cara-cara Penerimaan Dan Lafaz-lafaz Penyampaian Hadith

5.1.2.1 Qiraa’ah ‘Ala Al-Syaikh (Membaca Di Hadapan Guru) – SESI 29

5.1.2.2 Ijazah

5.1.2.3 Al-Munawalah

5.1.2.4 Kitaabah (Penulisan)

5.1.2.5 Al-I’lam ( Pemberitahuan)

5.1.2.6 Wasiat

5.1.2.7 Wijadah

5.1.3 Penulisan, Catatan Dan Pembukuan Hadith – SESI 30

5.1.4  Kaifiat Periwayatan Hadith – SESI 31

5.1.4.1 Gharib Al-Hadith

5.2 Fasal Kedua – Adab-adab Periwayatan Hadith – SESI 32

5.2.1 Perbahasan Pertama : Adab-adab Guru Hadith

5.2.2 Perbahasan Kedua: Adab-adab Pelajar Hadith

6 .  SANAD DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYASESI 33

6.1 Fasal Pertama : Kesenian Sanad

6.1.1 Al-Isnad Al-‘AAli Wa Al-Naazil

6.1.2  Bahagian Ketinggian Sanad

6.1.2.1  Muwafaqah

6.1.2.2  Badal

6.1.2.3  Musaawah

6.1.2.4  Musaafahah

6.1.2.5  Ketinggian Dengan Sebab Terdahulu Kewafatan Perawi

6.1.3 Bahagian-bahagian Kerendahan Sanad

6.1.3.1 Al-Musalsal –  SESI 34   

6.1.3.2 Riwayah Al-Akabir ‘An As-Saghir

6.1.3.3 Riwayah Al-Aba’ ‘An Al-Abna  –  SESI 35     

6.1.3.4 Riwayah Al-Abna ‘An Al-Aba

6.1.3.5 Al-Mudabbaj wa Riwayah Al-Aqran

6.1.3.6 As-Sabiq Wa Al-Lahiq

6.2 Fasal Kedua: Mengenali Para Perawi – SESI 36

6.2.1 Mengenali Sahabat

6.2.2 Mengenali Tabi’in – SESI 37

6.2.3 Mengenali Al-Ikhwah Wal Al-Akhawat

6.2.4 Al-Muttafiq Wa Al-Muftariq

6.2.5 Al-Mu’talif wa Al-Mukhtalif

6.2.6 Al-Mutashabih – SESI 38

6.2.7 Al-Muhmal

6.2.8 Mengenal ‘Al-Mubhamat’

6.2.9 Mengenali Perawi-perawi “Al-Wuhdan”

6.2.10 Mengenali Perawi Yang Disebutkan Dengan Pelbagai Nama Dan Sifat Yang Berbeza

6.2.11 Mengenali Nama-nama, Kuniah Dan Gelaran Yang Tunggal – SESI 39

6.2.12 Mengenal Nama-nama Yang Terkenal Dengan Kuniah

6.2.13 Mengenali Gelaran-gelaran (laqab)

6.2.14 Mengenali Perawi Yang Dibinkan Bukan Kepada Bapa Mereka

6.2.15 Mengenali Nisbah yang Tidak Serupa Atau Tidak Mengikut Zahirnya

6.2.16 Mengenali Tarikh-tarikh Perawi

6.2.17 Mengenali Perawi Thiqah Yang Mengalami Ikhtilat – SESI 40

6.2.18 Mengenali Tabaqat (Kelas-kelas) Ulama’ Dan Perawi

6.2.19 Mengenali Para Perawi Dan Ulama’ Dari Kalangan ‘Mawla’

6.2.20 Mengenali Perawi Thiqah Dan Dhaif

6.2.21 Mengenali “Awtan” (Tanahair) dan “Buldan” (Negeri) Perawi

Mustalah Al Hadith – Sesi 1- Prakata

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 05 Apr 15
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1. PRAKATA

Segala pujian bagi Allah s.w.t. yang telah mengurniakan ni’mat kepada orang-orang Islam dengan menurunkan al-Qur’an, menjamin untuk menjaganya dalam dada dan suratan hingga hari Akhirat dan menjadikan penjagaan Sunnah Penghulu sekalian rasul antara penyempurnaan penjagaan al-Qur’an.

Continue reading

Mustalah Al Hadith -Sesi 2- Selayang Pandang Sejarah Pertumbuhan Ilmu Mustalah Dan Peringkat-Peringkatnya

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 12 Apr 15

 

2. SELAYANG PANDANG

2.1. SEJARAH PERTUMBUHAN ILMU MUSTALAH DAN PERINGKAT-PERINGKATNYA

Seorang penyelidik dapat mengamati asas-asas dan prinsip-prinsip periwayatan dan nukilan cerita ada di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah.

Al-Qur’an menyebutkan:

فَتَبَيَّنُوٓا۟ أَن تُصِيبُوا۟ قَوْمًۢا بِجَهَٰلَةٍ فَتُصْبِحُوا۟

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti.” (Surah al-Hujurat: 6)

Al-Sunnah pula mengatakan:

نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا شَيْئًا فَبَلَّغَهُ كَمَا سَمِعَ فَرُبَّ مُبَلِّغٍ أَوْعَى مِنْ سَامِعٍ
 

“Semoga Allah menyinari seseorang yang mendengar sesuatu hadith daripada kami lalu dia menyampaikannya mengikut apa yang didengari. Maka betapa ramai orang disampaikan berita itu lebih menjaganya daripada orang yang mendengarnya” [Riwayat at-Tirmizi, Tuhfah al-Ahwazi, 7/453]

Continue reading

Sesi 4 – (Sambungan) Al-Khabar Al-Mutawatir, Khabar Al-Ahad – Al-Mashhur

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 26 Apr 15

 

3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.1FASAL PERTAMA: PEMBAHAGIAN “AL-KHABAR” BERDASARKAN KEPADA JALAN DAN CARA SAMPAINYA KEPADA KITA

3.1.1. PERBAHASAN PERTAMA: AL-KHABAR AL-MUTAWATIR (SAMBUNGAN)

(Nota: Untuk bahagian awal perbincangan “Khabar al-Mutawatir” sila rujuk Sesi 3)

Hukumnya

Al-Mutawatir menghasilkan ilmu yang pasti iaitu ilmu yang diyakini dan seseorang itu mempercayai atau membenarkan dengan tegas dan putus seperti orang menyaksikan sendiri sesuatu peristiwa dan dia tidak teragak-agak untuk membenarkannya maka begitulah halnya dengan hadis mutawatir. Oleh kerana itu, seluruh hadith mutawatir diterima dan tidak perlu lagi mengkaji keadaan perawinya.

Continue reading

Sesi 5 – Hadith Al-Aziz Dan Hadith Gharib

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya, 3 May 15

 

3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.1.2. PERBAHASAN KEDUA: KHABAR AL-AHAD

3.1.2.2 AL-AZIZ العزيز

Sifat mushabbahah daripada ‘azza ya’izzu عزّ يعِزّ iaitu sedikit dan jarang atau daripada ‘azza ya’azzu عزّ يعَزّ kuat dan bersangatan. Dinamakan demikian sama ada kewujudannya yang sedikit dan jarang ataupun kerana kekuatannya kerana ia datang dari tariq (jalan sanad) yang lain.

Dari Segi Istilah 

Hadith yang bilangan perawi-perawinya tidak kurang daripada dua orang di semua peringkat sanad.

Huraian Ta’rif Continue reading

Sesi 6 – Klasifikasi Khabar Ahad Berdasarkan Kepada Kekuatan Dan Kelemahannya, Al-Khabar al-Maqbul, Al-Sahih

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya, 10 May 15

 

3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.2. FASAL KEDUA: KLASIFIKASI KHABAR AHAD BERDASARKAN KEPADA KEKUATAN DAN KELEMAHANNYA

Hadith ahad yang terdiri daripada mashhur, ‘aziz dan gharib terbahagi kepada dua :

  1. Maqbul iaitu hadith yang kebenaran penceritanya lebih kuat atau lebih mengatasi. Hukumnya, wajib berhujah dan beramal dengannya.
  2. Mardud iaitu hadith yang kebenaran penceritanya tidak kuat. Hukumnya ialah tidak boleh berhujah dengannya dan tidak wajib beramal dengannya. Setiap hadis maqbul dan mardud itu mempunyai pembahagian dan perincian yang akan disebutkan pada fasal yang berasingan, Insha Allah Ta’ala.
Continue reading

Sesi 7 – (Sambungan) Al-Sahih

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya, 17 Mei 15

 

3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.2. FASAL KEDUA: KLASIFIKASI KHABAR AHAD BERDASARKAN KEPADA KEKUATAN DAN KELEMAHANNYA

3.2.1. AL-KHABAR AL-MAQBUL

3.2.1.1. AL-SAHIH (Sambungan)

Adakah diputuskan mana-mana sanad sebagai sanad yang paling sahih secara mutlak?

Mengikut pendapat terpilih, tidak boleh diputuskan mana-mana sanad sebagai sanad yang paling sahih secara mutlak kerana perbezaan tingkatan kesahihan berdasarkan kepada kemungkinan sanad untuk memenuhi syarat sahih. Hadith yang memenuhi keperluan maksimum kesemua syarat sahih adalah sangat jarang. Sepatutnya tidak dihukumkan kepada mana-mana sanad sebagai sanad yang paling sahih secara mutlak. Bagaimanapun, ada dinukilkan daripada beberapa orang imam tentang sanad yang paling sahih. Yang nyata, setiap imam memilih sanad yang kuat menurut penilaian mereka. Antara pendapat tentang sanad yang paling sahih ialah:

Continue reading

Sesi 8 – (Sambungan) Al-Sahih, Riwayat Al-Bukhari Dan Muslim Yang Manakah Dihukumkan Sebagai Sahih?

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya, 24 Mei 15

 

3. BAB PERTAMA – AL-KHABAR

3.2. FASAL KEDUA: KLASIFIKASI KHABAR AHAD BERDASARKAN KEPADA KEKUATAN DAN KELEMAHANNYA

3.2.1. AL-KHABAR AL-MAQBUL

3.2.1.1. AL-SAHIH (Sambungan)

Riwayat Al-Bukhari Dan Muslim Yang Manakah Dihukumkan Sebagai Sahih?

Kita telahpun mengetahui bahawa al-Bukhari dan Muslim tidak memasukkan di dalam kitab sahih mereka kecuali hadith sahih sahaja dan umat Islam menerima dengan baik kitab mereka berdua. Hadith-hadith manakah yang dihukumkan sahih dan diterima oleh umat? Jawapannya ialah hadith yang diriwayatkan dengan sanad yang bersambung itulah yang dihukumkan sebagai sahih. Tentang hadith yang digugurkan permulaan sanad seorang perawi atau lebih-yang dinamakan dengan al-mu’allaq- yang banyak terdapat di dalam Sahih al-Bukhari iaitu di dalam tajuk bab (tarajim al-Abwab), namun tidak ada sama sekali di tengah-tengah bab. Di dalam Sahih Muslim hanya ada sebuah hadith dalam bab al-Tayammum yang tidak diriwayatkan secara mausul (bersambung) di tempat yang lain. Hukum hadith-hadith tersebut ialah:-

Continue reading