Prinsip-Prinsip Hadith: Satu Perbincangan Awal

Mohd Nazri Hasan

AL-HADITH

  • Al-hadith adalah rujukan kedua selepas al-Quran dalam agama Islam. Ianya berfungsi sebagai penjelas dan penghurai kepada al-Qur’an. Telah menjadi aqidah bahawa seseorang yang mengakui sebagai seorang muslim menerima al-hadith sebagai sumber hukum dan cara hidupnya. Inilah di antara ciri-ciri ahlu al-Sunnah wal-Jama’ah yang mana juga menerima Sahabat sebagai rujukan mereka selain al-Qur’an.

Sesetengah ahli fikir yang terpengaruh dengan ideologi barat menolak dan menyangkal hadith sebagai rujukan dalam Islam dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah seperti  hadith-hadith saling bercanggah, hadith sebagai punca perpecahan dan kepuakan serta Continue reading

Prinsip Aqidah Dalam Hadith

Muhammad Hanief bin Awang Yahaya

Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t. sebagai agama yang terakhir mempunyai beberapa prinsip yang menjadi tonggak utama yang menjamin hubungan manusia dengan Penciptanya, hubungan manusia sesama mereka dan dengan semua jenis makhluk di alam ini. Rasulullah s.a.w yang diutuskan oleh Allah s.w.t. sebagai rasul bertanggungjawab untuk menjelaskan maksud-maksud Allah yang terkandung di dalam al-Qur’an. Penjelasan Rasulullah s.a.w dalam bentuk ucapan, tindakan dan perakuan dikenali sebagai hadith. Hadith-hadith Rasulullah s.a.w. tersebut berlegar di atas beberapa paksi yang dikatakan sebagai prinsip atau roh Islam. Hakikat ini dapat diamati dengan melakukan kajian dan renungan yang khusus terhadap hadith-hadith tersebut.
Sesuatu hadith dapat diakui sebagai mengandungi prinsip tertentu apabila inti kandungannya dapat dirujukkan kepada satu makna atau konsep yang terkandung dengan jelas di dalam al-Qur’an. Dengan ini, kehadiran hadith itu dikatakan sebagai penjelasan, pengukuhan dan penegasan terhadap makna al-Qur’an. Dalam istilah ulama’ Continue reading

Hadith Usul Menjaga Kelapangan Fikiran Dan Kerehatan Hati

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ  رضي الله عنه  قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ  صلى الله عليه وسلم  انْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْكُمْ, وَلَا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ, فَهُوَ أَجْدَرُ أَنْ لَا تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اَللَّهِ عَلَيْكُمْ – مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ  .

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripada kamu dan janganlah melihat kepada orang yang lebih tinggi daripada kamu. Itu lebih baik supaya kamu tidak memperlekeh ni’mat yang diberikan Allah s.w.t. kepada kamu. (Muttafaq ‘Alayh) [1].

Dalam riwayat al-Bukhari yang lain melalui tariq al-A’raj daripada Abu Hurairah lebih jelas khusus dengan harta dan rupa fizikal bukan dalam bab ketaatan kepada Allah dan mencari ilmu. Continue reading

Prinsip Berbuat Baik Kepada Ibu Dan Bapa

Mohd Nazri Hasan

Berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah kewajipan yang dapat diterima oleh mana-mana agama sekalipun. Islam tidak memisahkan sama sekali hubungan kekeluargaan yang terjalin walaupun berlainan agama. Islam mewajibkan umatnya menjaga hubungan yang baik dengan kedua ibu dan bapa sebagaimana firman-Nya:

وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ

“Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin”.   (Surah al-Baqarah: 83) Continue reading

Prinsip Kebersihan Dalam Hadith-hadith

Mohd Nazri bin Hasan

Prinsip kebersihan ini menunjukkan kepentingan kebersihan dalam Islam sebagai satu aspek yang mesti dijaga sama ada untuk beribadat atau selainnya. Sebagai umat yang bertamadun dan mempunyai etikanya yang tersendiri maka Allah telah mewajibkan kebersihan kepada manusia yang ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Seorang muslim haruslah berada dalam keadaan yang paling baik dan bersih untuk beribadat kepada Tuhannya.

Sebenarnya ia tidak terhad kepada beberapa hadith yang disenaraikan di bawah bahkan terdapat beratus-ratus hadith yang boleh dimasukkan di bawah prinsip ini sama ada secara terang atau dengan isyarat. Continue reading

Prinsip Kebertanggungjawaban Dalam Hadith-Hadith

“Kebertanggungjawaban” boleh dihuraikan sebagai keadaan  seseorang yang menanggung kewajipan yang mesti ditunaikan kerana ia akan disoal dan kerananya dia akan diperhitungkan. Adakah amanah tersebut disempurnakan atau tidak? Persoalan tersebut hanya dapat dijawab apabila kewajipan tersebut telah dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Setiap orang memikul amanah yang wajib ditunaikan kepada empunya dengan sebaik-baiknya. Allah s.w.t. berfirman:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا

 “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)” (al-Nisa’: 58) Continue reading

Prinsip Kemudahan Dalam Hadith-hadith

Mohd Nazri Hasan

Firman Allah s.w.t:

مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“Allah tidak menghendaki untuk menjadikan kesukaran bagi kamu tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu supaya kamu bersyukur”. (al-Maidah: 6)

Sabda Nabi s.a.w:-

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال أحبّ الأديان إلى الله الحنيفيّة السّمحة

Daripada Abdullah bin Abbas bahawasa Rasulullah s.a.w bersabda : “Agama yang paling disukai Allah ialah lurus dan bertolak ansur”.  (Riwayat Ahmad dan Al-Bukhari)

عَنْ أَنَس بْن مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خير دينكم أيسره Continue reading

Prinsip Mencari Rezeki Halal Dalam Hadith-Hadith

Muhammad Hanief Awang Yahaya

Antara kegiatan manusia yang terpenting ialah mencari rezeki yang halal. Matlamatnya ialah supaya manusia mendapat manfaat daripada segala kemudahan dan kemaslahatan hidup yang disediakan oleh Allah s.w.t. melalui kaedah dan prinsip yang betul. Selama mana dia menjaga kaedah dan prinsip ini, kemaslahatan orang lain akan terjamin dan mereka akan hidup dalam keadaan aman tanpa ada kezaliman sesama mereka.

Berdasarkan kepada hadith-hadith, seorang muslim wajib bekerja untuk keperluan dirinya dan keluarganya dengan mencari rezeki dengan cara yang digariskan oleh syara’. Dia mestilah mengelakkan diri daripada bergantung kepada orang lain dan meminta-meminta daripada mereka. Tulang empat kerat yang diberikan itu adalah untuk memanfaatkan sumber alam yang ada dengan menjadikannya berpotensi untuk Continue reading

Prinsip Menyalahi Syaitan

Oleh: Ahmad Nasim bin Abdul Rauf

Syaitan adalah merupakan makhluk yang membawa kerosakan, kejahatan, kehancuran dan sebagainya. Perhambaan diri kepada syaitan adalah merupakan punca kerosakan dan kejahatan seseorang. Kerana itu ia merupakan makhluk yang dimusuhi oleh mana-mana agama. Lebih-lebih lagi Islam yang sentiasa mengingatkan umatnya bahawa syaitan adalah makhluk yang mesti dijauhi serta dimusuhi.

Allah Ta’ala berfirman:

أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَا بَنِي آَدَمَ أَنْ لَا تَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya dia musuh yang nyata terhadap kamu!” (Surah Yaasin ayat 60)

Allah Taala berfirman lagi: Continue reading

Prinsip Yakin Dan Menjauhi Keraguan Dalam Mengerjakan Ibadat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا وَجَدَ أَحَدُكُمْ فِي بَطْنِهِ شَيْئًا فَأَشْكَلَ عَلَيْهِ أَخَرَجَ مِنْهُ شَيْءٌ أَمْ لَا فَلَا يَخْرُجَنَّ مِنْ الْمَسْجِدِ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang dari kamu mendapati ada sesuatu dalam perutnya lalu dia menjadi musykil adakah keluar sesuatu darinya atau tidak maka janganlah dia keluar dari masjid sehinggalah dia mendengar bunyi atau merasai angin (keluar)”. (Muslim, hadith no: 362)

وَعَنِ اِبْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَيَأْتِي أَحَدَكُمُ الشَّيْطَانُ فِي صَلَاتِهِ, فَيَنْفُخُ فِي مَقْعَدَتِهِ فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهُ أَحْدَثَ, وَلَمْ يُحْدِثْ, فَإِذَا وَجَدَ ذَلِكَ فَلَا يَنْصَرِفُ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا – أَخْرَجَهُ اَلْبَزَّار ُ

Daripada Ibn ‘Abbas bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Syaitan mendatangi salah seorang daripada kamu dalam sembahyangnya lalu dia meniupkan punggungnya lalu dia terbayang bahawa yang dia berhadath sedangkan dia tidak berhadath. Apabila seseorang dari kamu mendapati demikian janganlah dia keluar (dari sembahyangnya) sehinggalah dia mendengar bunyi atau mendapati ada bau”. (al-Bazzar)

عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ وَعَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ عَنْ عَمِّهِ أَنَّهُ شَكَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله  عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلُ الَّذِي يُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهُ يَجِدُ الشَّيْءَ فِي الصَّلاةِ فَقَالَ لا يَنْفَتِلْ أَوْ لا يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا Continue reading