KEPELBAGAIAN TINDAK TANDUK RASULULLAH S.A.W. [1]

[2] Zuhair bin Ahmanah Abdul Salam

Sesungguhnya mana-mana tindakan atau kelakuan yang terbit dari mana-mana individu sama ada ucapan, perbuatan, pengakuan kepada ucapan atau perlakuan, secara keseluruhannya merangkumi unsur-unsur yang bersusun-susun dan berkait antara satu sama lain. Sebagaimana yang ditegaskan sebelum ini, tindak tanduk Rasulullah s.a.w. mempunyai beberapa jenis. Baginda adalah seorang rasul, mufti, qadhi, ketua negara di samping sebagai seorang manusia. Semestinya keseluruhan tindak tanduk Baginda merangkumi unsur-unsur yang saling melengkapi bagi membentuk tindakan tertentu. Dengan meneliti secara mendalam, ia terbentuk daripada:

  1. Pengetahuan tentang tabiat tindak tanduk Rasulullah s.a.w.
  2. Pengetahuan tentang konteks masa dan tempat bagi hadith.
  3. Pengetahuan tentang orang yang menerima hadith daripada Rasulullah s.a.w

Pengetahuan Tentang Tabiat Tindak Tanduk Rasulullah s.a.w

Hadith Rasulullah s.a.w merupakan himpunan yang berselerak dalam kitab sunnah, athar, sejarah dan sirah yang meliputi ucapan, perbuatan dan pengakuan. Semua hadith ini merupakan penyampaian risalah Islam dan ada yang tidak demikian iaitu tindakan sebagai mengeluarkan fatwa, memutuskan kes, bertindak sebagai ketua negara dan juga sebagai seorang manusia. Nilai hukum bagi setiap ucapan dan perbuatan itu berbeza-beza mengikut jenis tindak tanduk tersebut. Shaikh Ibn’Ashur telah menghitung keadaan tindak tanduk Rasulullah s.a.w. sehingga dua belas keadaan yang mewakili pelbagai situasi hukum. [3]

Sehubungan dengan ini, ‘Ali ‘Abd al-Kafi al-Subki dan Tajuddin al-Subki berkata, perbuatan Rasulullah s.a.w mempunyai beberapa bahagian.

Pertama, ada dalil lain atau qarinah (tanda) bersamanya yang menunjukkan perbuatan tersebut adalah wajib seperti sabda perbuatan tersebut adalah wajib seperti sabda Rasulullah s.a.w, “Hendaklah kamu ambil dari aku ibadat haji kamu”. Kedua-dua hadith ini menunjukkan wajib mengikuti Rasulullah s.a.w dalam perbuatan sembahyang dan haji kecuali yang dikhususkan oleh dalil. Kewujudan bahagian ini adalah jelas kerana ia selaras mengikut dalil dan qarinah.

Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Maidah: 38)

Ketiga, perbuatan Rasulullah s.a.w yang diketahui melalui qarinah bahawa ia adalah harus seperti perbuatan semula jadi manusia termasuklah berdiri, duduk, makan, minum dan lain-lain. Perkara ini adalah jelas. Bagaimanapun, mengikut Baginda dalam perkara ini adalah digalakkan. ketika Ibn ‘Umar melakukan haji, beliau telah mengheret tali kekang untanya sehingga beliau mendudukkannya pada tempat yang diduduki oleh unta Rasulullah s.a.w sebagai mengambil berkat daripada kesan Baginda yang zahir dan tempat pijak kasut Baginda yang mulia.

Keempat, perbuatan Rasulullah s.a.w yang diketahui sebagai khusus kepadanya seperti sembahyang sunat dhuha dan adha.

Kelima, perbuatan Rasulullah s.a.w yang diketahui tidak khusus dengan Baginda seperti kebanyakan hukum-hukum taklif. Bahagian-bahagian ini adalah jelas dan tidak ada perselisihan pendapat.

Keenam, perbuatan Rasulullah s.a.w seperti yang disebutkan. Bagaimanapun tujuan taqarrub itu lebih jelas. Bahagian ini juga tidak mutlak.

Ketujuh, perbuatan yang tujuan taqarrubnya tidak jelas bahkan sifatnya mutlak. Ianya berlegar antara wajib, sunat dan harus [4].

Sebenarnya kedua-dua imam yang besar tersebut telah menyebutkan beberapa butiran yang boleh disatukan dalam ungkapan yang lebih menyeluruh sebagaimana berikut.

Perkara pertama, kedua dan kelima yang dibincangkan oleh Shaykh ‘Ali dan al-Subki itu kedudukan Rasulullah s.a.w. sebagai penyampai risalah.

Perkara ketiga dan keempat mengisyaratkan kepada tindakan Rasulullah s.a.w. sebagai seorang manusia.

Perkara keenam dan ketujuh itu tidak dijelaskan oleh mereka berdua dengan terperinci sehingga kedua-duanya itu boleh diletakkan pada bahagian pertama dan juga bahagian kedua.

Agaknya penulis terbaik yang menghuraikan bentuk-bentuk tindakan Rasulullah s.a.w. ialah Imam Shihabuddin al-Qarafi dalam kitabnya, al-Furuq ketika membincangkan farq yang ketiga puluh enam. Beliau menulis: “Ketahuilah bahawa Rasulullah s.a.w adalah seorang imam yang tertinggi, qadhi yang paling adil, mufti yang paling berilmu dan ketua kepada ulama’. Allah s.w.t menyerahkan kepada Baginda seluruh jawatan-jawatan agama dalam risalah kenabiannya. Baginda merupakan manusia teragung menyandang jawatan yang pernah disandang oleh manusia sehinggalah hari kiamat. Tidak ada satu jawatan agama melainkan Baginda menyandangnya dengan sifat yang tertinggi. Bagaimanapun, tindakannya yang paling utama ialah menyampaikan risalah kerana sifat kerasulan itu lebih mendominasi. Tindakan Baginda ada dalam bentuk tabligh dan fatwa yang diakui secara ijma’. Ada dalam bentuk yang disepakati, iaitu sebagai qadhi dan ada yang diiijma’kan sebagai ketua negara. Di samping itu, ada juga yang diperselisihkan lantaran tindakan Baginda itu berpindah-pindah atau dua sifat atau lebih. Ada ulama’ yang melebihkan Baginda pada sati sifat manakala ulama’ yang lain pula melebihkan sifat yang satu lagi. Kemudian, tindakan Baginda dengan sifat-sifat ini memberikan kesan yang berbeza dalam shari’ah. Setiap apa yang diucapkan dan dilakukan oleh Baginda sebagai cara menyampaikan risalah kenabian maka ia merupakan hukum umum kepada semua manusia dan jin sehingga hari kiamat.

Setiap tindakan baginda sebagai ketua negara tidak boleh dilangkahi dan didahului kecuali dengan keputusan pemerintah yang mengikuti jejak langkah baginda kerana sebab tindakan itu ialah sifat imamah bukan tabligh yang menghendaki begitu. Tindakan baginda yang bersifat qadi tidak boleh dilangkahi kecuali dengan keputusan hakim yang mengikut sunnah baginda kerana sebab yang mendorong baginda bertindak sebagai qadi yang mengkehendaki demikian. Inilah perbezaan di antara ketiga-tiga kaedah tersebut.[5]

Al-Qarafi telah menjadikan persoalan di atas sebagai prinsip yang dipakai pada setiap hadith yang datang daripada Rasulullah s.a.w yang ditemui oleh pengkaji. Beliau berkata lagi: “Berdasarkan kepada prinsip dan perbezaan-perbezaan ini maka ada jalan penyelesaian dan terjawab segala kemusykilan tentang jenis tindakan Rasulullah s.a.w.. Perhatikan baik-baik kerana ia termasuk dalam prinsip-prinsip syariah.[6]

Sebagai memberikan pengantar kepada persoalan ini, Dr Sa’id Ramadhan al-Buti meletakkan satu kriteria yang penting. Kata beliau: “Tidak diragukan bahawa kenabian merupakan celupan (sibghah) umum yang luas meliputi semua tindak-tanduk dan keadaan Rasulullah s.a.w. Meskipun demikian, Allah s.w.t. menentukan kenabian ini sebagai asas kepada yang terbit daripadanya tiga aspek yang saling melengkapi. Ia merupakan rukun masyarakat manusia yang sejahtera. Ketiga-tiga aspek ini diperlukan oleh kepelbagaian masyarakat dan perbezaan keadaan dan situasinya. [7]

Beliau selanjutnya berbicara tentang kepentingan memahami tabiat perlakuan Rasulullah s.a.w: “Makna keterikatan dengan Sunnah Rasulullah s.a.w, yang berbeza mengikut ketiga-ketiga aspek keperibadian Baginda telah hilang dalam pemikiran kebanyakan pengkaji. Boleh jadi mereka menggambarkan ikutan kepada Rasulullah s.a.w hanya tercapai dengan berpegang teguh secara harfiah terhadap setiap apa yang datang daripada Baginda tanpa melihat kepada kepelbagaian atau keadaan-keadaan, sedangkan perkara sebenar tidak begitu.[8]

A- Perlakuan Rasulullah S.A.W. Sebagai Penyampai Risalah

Tindakan baginda di sini semata-mata menyampaikan risalah dari Allah s.w.t. kepada manusia. Al-Qarafi berkata: “Tindakan baginda dengan menyampaikan risalah itulah tuntutan atau kehendak kerasulan. Ia merupakan perintah Allah s.w.t. kepada baginda. Baginda pada maqam kerasulan menyampaikan apa yang sampai kepadanya daripada Allah yang maha Haq kepada makhluq -Nya. Pada maqam ini, baginda adalah penyampai dan penuqil dari pihak allah s.w.t. [9] dan kerasulan itu adalah menyampaikan semata-mata dan mengikuti sepenuhnya.[10]

Inilah perkara yang sama yang ditekankan oleh Shaikh ‘Allal al-Fasi. Beliau menulis: ” Tindakan Rasulullah s.a.w. dengan melakukan tabligh merupakan tuntutan kepada risalah. Risalah itu sendiri adalah perintah Allah s.w.t kepada Baginda supaya melaksanakan tabligh. Baginda ketika menunaikan tugas kerasulan adalah penyampai dan penukil dari pihak Allah s.w.t. Kedudukan ini diwarisi daripada Baginda oleh para huffaz al-Qur’an dan perawi-perawi hadith, sebagaimana mufti mewarisi daripada Baginda tugas memberi fatwa. Perbezaan di antara perawi hadith dan mufti ialah perbezaan di antara tugas Rasulullah s.a.w mentablighkan dari Allah s.w.t. dengan tugas Baginda memberi fatwa dalam urusan agama.[11] Iaitu Rasulullah s.a.w. menyampaikan hukum-hukum syara’ yang berkaitan dengan ibadat, aqidah dan beberapa perkara ghaib yang tidak ada ruang untuk baginda berijtihad. Terdapat beberapa ayat al-Qur’an yang menunjukkan tabiat tindakan ini. Allah s.w.t. berfirman:

وَٱلسَّارِقُ وَٱلسَّارِقَةُ فَٱقْطَعُوٓا۟ أَيْدِيَهُمَا جَزَآءًۢ بِمَا كَسَبَا نَكَٰلًا مِّنَ ٱللَّهِ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Ma’idah: 38)

يَٰٓأَيُّهَا ٱلرَّسُولُ بَلِّغْ مَآ أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ وَإِن لَّمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُۥ وَٱللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ ٱلنَّاسِ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلْكَٰفِرِينَ

Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir. (Al-Ma’idah: 67)

وَمَا عَلَى ٱلرَّسُولِ إِلَّا ٱلْبَلَٰغُ ٱلْمُبِينُ

Rasul hanya menyampaikan dengan penjelasan yang terang nyata. (Al-‘Ankabut: 18)

فَإِنْ أَعْرَضُوا۟ فَمَآ أَرْسَلْنَٰكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا إِنْ عَلَيْكَ إِلَّا ٱلْبَلَٰغُ

“Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (Wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu)”. (al-Syura: 48)

وَأَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ فَإِن تَوَلَّيْتُمْ فَإِنَّمَا عَلَىٰ رَسُولِنَا ٱلْبَلَٰغُ ٱلْمُبِينُ

“Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk), kerana sesungguhnya kewajipan Rasul kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata”. (al-Taghabun, 12 )

Selain itu, terdapat beberapa ayat tentang alam ghaib yang menunjukkan bahawa ucapan Rasulullah s.a.w berkenaan perkara ghaib sebagai seorang penyampai risalah. Antara contoh yang dapat diberikan ialah :

وَيَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلرُّوحِ قُلِ ٱلرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّى وَمَآ أُوتِيتُم مِّنَ ٱلْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”. ( al-Isra’ : 85)

يَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلسَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَىٰهَا

Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu, (Wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?” (al-Nazi’at: 42)

Penulis akan menamatkan persoalan ini dengan mengemukakan ulasan yang menarik daripada Shah Waliyullah al-Dihlawi. Beliau menulis: “Ketahuilah, sesungguhnya apa yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w dan dibukukan di dalam kitab-kitab hadith terbahagi kepada dua, pertama, apa yang disebutkan sebagai penyampaian risalah. Berhubung dengan perkara inilah firman Allah s.w.t.

وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمْ عَنْهُ فَٱنتَهُوا۟

Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w kepadakamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. (Al-Hasyr: 7)

Kemudian al-Dihlawi menyebutkan apa yang disebutkan sebagai penyampaian risalah mengandungi apa yang terbit dari Rasulullah s.a.w, ucapan, perbuatan dan pengakuan dalam lapangan aqidah, ibadat, mu’amalat, akhlak yang baik dan buruk, keutamaan dan kelebihan amalan.[12]

Ijtihad Rasulullah s.a.w dalam perkara ini sangat sedikit. Sekiranya baginda berijtihad, maka ijtihadnya bukanlah penyimpulan hukum daripada nas-nas seperti mana yang disangkakan, bahkan kebanyakannya adalah apa yang Allah s.w.t. ajarkan kepada Bbaginda iaitu matlamat-matlamat syari’ah, prinsip perundangan, kemudahan dan hukum-hukum. Oleh itu, Baginda menjelaskan matlamat-matlamat (shari’ah) yang diterima melalui wahyu dengan prinsip tersebut. [13]

Kedua, apa yang disebutkan sebagai bukan menyampaikan risalah. Berhubung dengan inilah, sabdaan Rasulullah s.a.w.:

إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ إِذَا أَمَرْتُكُمْ بِشَيْءٍ مِنْ دِينِكُمْ فَخُذُوا بِهِ وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِشَيْءٍ مِنْ رَأْيٍ فَإِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ

Sebenarnya aku seorang manusia. Apabila aku memerintahkan sesuatu dari ajaran agama kam maka ambillah. Apabila aku memerintahkan kamu dengan sesuatu dari akal fikiran maka sesungguhnya aku seorang manusia. [14] [15] Pandangan al-Dihlawi ini menegaskan apa yang diutarakan oleh al-Qarafi yang menyatakan: “Sesungguhnya kebanyakan tindakan Rasulullah s.a.w. adalah menyampaikan risalah kerana sifat kerasulan itu lebih menguasai baginda. Oleh itu, setiap perkara yang diucapkan atau dilakukan oleh baginda sebagai menyampaikan risalah maka ia merupakan hukum umum kepada manusia dan jin hingga hari kiamat.”[16]

Sesungguhnya , usaha ang dibuat oleh al-Dihlawi dalam kitabnya, Hujjatullah al-Balighah merupakan usaha mentafsirkan Sunnah secara Maqasid al-Shari’ah. Bagaimanapun ia bukanlah tafsiran kepada setiap ucapan dan perbuatan yang terbit dari baginda, bahkan setakat perkara yang terbit dari baginda dengan sifat penyampai risalah dari pihak Allah s.w.t. Beliau menulis: “Bahagian inilah yang kami bermaksud untuk menghuraikannya dan menjelaskan makna-maknanya.[17]

[1] Disiarkan secara bersiri dalam laman web http://chihab.net dengan tajuk al-hadith: Fahman Wa Tanzilan. Arkitel ini diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh Muhammad Hanief Awang Yahaya untuk http://www.darulkautsar.net.

[2] Pensyarah Universiti Muhammad, Algeria.

[3] Ibn ‘ Ashur, Maqasid al-Shari’ah , al-Islamiyyah, hal.39.

[4] Al-Subki, al-ibhsj, jil.2, hal.264-265

[5] Al-Qarafi, Anwar al-Buruq Fi Anwa’ al-Furuq, jil.1, hal.205-206. lihat juga al-Qarafi, al-Ihkam Fi Tamyiz al-Fatawa ‘An al-Ahkam Wa Tassarrufat al-Qadi Wa al-Imam, hal.100.

[6] Ibid. jil.1, hal.208

[7] Al-Buti, al-Sunnah Masdar Li al-Tashri’ Wa Manhaj al-Ihtijaj Biha, Nadwah al-Sunnah al-Nabawiyyah Wa Manhajuha Fi Bina al-Ma’rifah Wa al-Hadarah, terbitan Muassasah Aal Bayt, ‘Amman dengan kerjasama Institut Antarabangsa Pemikiran Islam, 1409H/1989M, jil.2, hal.468.

[8] Ibid, jil.2, hal.469

[9] Al-Qarafi, op.cit, hal.99

[10] Ibid.hal.100

[11] ‘Allal al-Fasi, Maqasid al-Shari’ah Wa Makarimuha, hal.110

[12] Al-Dihlawi, Hujjah Allah al-Balighah, jid.1, hal.240-241

[13] Ibid, jil.1, hal.240

[14] Sahih Muslim, Kitab al-Fadha’il, Bab wujub Imtithal Ma Qalahu Shar’an Dunama Zakarahu Min Ma’ayisy, no: 6080, al-Minhaj, jil.15, hal.116

[15] Al-Dahlawi, Hujjah Allah al-Balighah, jil..1, hal. 240-241

[16] Al-Qarafi, al-Furuq, jil.1, hal. 205-206, lihat juga, al-Qarafi, al-Ihkam,hal.100

[17] Al-Dahlawi, Hujjah Allah al-Balighah, jil.1, hal.241

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s